Kalamullah

Kalamullah

Thursday, December 16, 2010

Mungkin terlepas pandang...






Mirror mirror on the floor, did I not realise that's me over there?


Gambar yang ringkas, tapi cukup dalam maksudnya. Inilah yang dimaksudkan lupanya kita untuk muhasabah, dan mudahnya kita mengambil langkah untuk menyalahkan.
Muhasabah, itu sahaja yang diminta.
Apalah guna segala yang telah dilalui, jika ia gagal dimunasabah, kerana pengalaman itu akan kekal sebagai pengalaman tanpa pengajaran sekiranya gagal diambil iktibar.

Haa!! Jangan terlalu cepat dan lekas mencari masalah kepada satu kerosakan itu pada orang lain! Muhasabahlah terlebih dahulu apa yang telah ENGKAU lakukan, kerana pada pengakhirannya, Allah tidak memberi ganjaran kepada satu kejayaan dan mengazab pada satu kegagalan. Sebaliknya, Allah menilai berdasarkan amalan dan usaha.

Ketahuilah, bayang-bayangmu ini, lebih dekat denganmu dari apa-apa sekalipun, termasuklah diri orang-orang disekelilingmu.

Wahai burung muda, sebelum kau salahkan sesiapa kerana ketidakmampuanmu untuk terbang, marilah lihat bayang-bayangmu terlebih dahulu.
Nescaya, kau kan ketemu masalahnya dimana.

Wallahua'lam.

Friday, December 10, 2010

Bila Cahaya Di'rasa' suram..


Ah.. Mengapa gamaknya terasa semakin lama, pencerahan, tazkirah, pembacaan, semuanya semakin gagal untuk menggetarkan jiwa?
Getus seorang Akh yang kebingungan mencari semangat yang lesap dek hakisan Sang Masa.

Memanglah kita kena bersabar, tapi at one point rasa macam dah tak ada harapan je.. Macam mana ekk?
Rintih seorang lagi Akh yang disulami rasa kecewa.

Hrmm... Macam mana la agaknya eh masa depan kita kalau macam ni..
terputus-putus suara seorang lagi, seakan-akan putus asa


Mengapa jadi begini?
Mengapa barisan mujahid yang diharapkan menjadi benteng Ummah, kini asyik dengan rungutan dan rintihan? Apa dia yang kita panggil sebagai perjuangan, kalau hanya disambar rasa penat dan luka cita-cita, kita terus terkubur dijajah futur?

Lupakah KITA suatu masa dahulu, kita telah dikutip oleh Allah, dari lembah penuh kehinaan dan kejahilan, dari kegelapan yang maha gelap, dan kita diberi peluang, ya kita diberi PELUANG untuk merasai cahaya.
Bukankah indah saat dulu?
Saat cahaya itu menyinari, kita rasa seolah sangat hampir denganNya. Yang asyik terpacul dari bibir-bibir adalah "Aku memburu RedhaNya", "Aku ingin MencintaiNya, lebih lagi".
Mana pergi kalimat-kalimat cinta itu?
Mengapa yang tinggal kini hanya butir-butir 'keterpaksaan', benih-benih 'keperitan'?

Apakah sama orang yang melakukannya kerana cinta, dan mereka yang melakukannya kerana takut api neraka?

Mana hilangnya cinta itu?
Apakah ia berlalu pergi, seperti berlalu perginya hidayah?

Oh...!!

Segala yang dirasakan ini, apakah ia petanda hatiku telah ditutup?

"KhatamaAllahu 'Ala Qulubihim, wa 'Ala Sam'iihim wa A'la Absorihim min Ghisyawah..."
Khatam. Khatam. KHATAM MIN GHISYAWAH!!

Apakah Allah telah menutup pintu-pintu hati ini, rapat-rapat, sehingga tidak tersisa walau sebentuk cahaya sekalipun?
Aah.... Bukankah dulu aku telah katakan, perasan indah, penuh jiddiyah, diselangi butir-butir cinta, adalah satu ni'mat yang perlu kau pelihara?
Aahh.... Lihatlah sekarang, ''pohon-pohon'' yang disiram, makin lama makin layu.. Layu dek hilangnya akar ruhiyyah!

Apakah ini kerana aku gagal menghargai?

Tuhannnn!!

Cahaya yang tidak pernah berubah terangnya, tapi kini dirasakan makin suram.
Tidak lain tidak bukan, kini sudah ada tabir yang menghadang cahaya itu dari terus sampai kepadaku.

Hai Syabab!
Kalau benarlah perjuangan yang kau pilih
Maka berjuanglah untuk tekorban
Bukan berjuang untuk terselamat

Apakah kita ini terlalu lemah untuk bekorban, sehingga semua perkara menjadi masalah?
Atau adakah kita ini terlalu kebudak-budakan, seperti kata Syed Qutb dalam Fil Zilal, pemikiran kanak-kanak?
atau...Mungkinkah semua ini kerana kita telah larut dalam kemewahan dunia?
Firman Allah, dalam surah An-Naziat, (79: 38,39)

وَءَاثَرَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا
فَإِنَّ ٱلۡجَحِيمَ هِىَ ٱلۡمَأۡوَىٰ

Dan dia mengutamakan kehidupan dunia
Maka sesungguhnya neraka Jahannamlah tempat kediamannya

Perhatikan disini, penggunaan huruf "fa".
Fa itu bermaksud terus, secara pantas dan direct.
Maksudnya, mereka yang mengutamakan kehidupan dunia, secara terusnya,(by default, etc) neraka jahannamlah tempat kediamannya.
Na'uzubillahmindhalik.

Ya Tuhan, Kokohkanlah bangunan kami, seperti mana kau kokohkan bangunan hati para sahabat disekeliling Nabi.
Ya Tuhan, kau semaikanlah rasa menghargai dalam diri kami, seperti mana menghargainya para sahabat terhadap Rasulullah.
Ya Tuhan, kau benarkanlah kami merasai semula rasa cinta itu, seperti mana tinggi cintanya Muhammad SAW kepadaMu.

Aamin.


Tuesday, December 7, 2010

The Right thing, at the right time

Dulu, aku sering mendengar,
"Saya x boleh cerita perkara ni kepada awak, sebab awak tak betul-betul merasainya, jadi kalau saya cerita, saya khuatir awak tidak akan benar-benar ''dapat'' point saya. lagipun, kalau awak benar-benar menghadapi perkara ini, barulah macam ''terhentak'' kalau saya cerita. baru effect dia besar, dan berkekalan"

Rasa macam sukar juga untuk terima, walaupun hati dipaksa untuk akur.
"alah, cerita je lah, bila sampai masanya, bolehlah aku terus tangkap point tuh, dan x perlu ulang kesilapan yang sama. Kalau x, kenapa nak ajar orang driving baru bagi lesen? lebih baik biar dia accident, lepas tuh baru kasik driving class. barulah dia rasa"
Getus hatiku yang dulu.

Namun, bila tibanya saat aku sendiri yang menuturkan perkataan yang mula-mula tadi, barulah aku benar-benar faham kenapa dan mengapa ianya dikeluarkan sedemikian. Mengapa ianya dimaksudkan begitu. Inilah yang kita namakan, Fiqhul Dakwah, hanya boleh dipelajari dan dihadam dengan AMALAN.
setelah melalui perkara ini, barulah saya faham kenapa dahulu saya juga diberitahu perkara yang serupa.

Benarlah, kita boleh menceritakan tentang fokus dakwah kepada sesiapa.
Tapi, apabila kita menceritakan perkara ini kepada mereka yang telah pun faham dan buat dakwah itu sendiri, maka dengan lebih mudah dan lancar, ia dapat difahami dan diterima.

Benarlah, kita boleh menceritakan tentang masalah ikhlas kepada sesiapa.
Tapi, apabila kita 'tackle' persoalan ini tatkala mutarabbi kita sendiri yang mencari dan menanyakannya, maka lebih mudah air mata sayu dan keinsafan, kehambaan dan keimanan, yang bisa mengalir dari hati yang jernih itu.

Benarlah, kita boleh sahaja menceritakan tentang cita-cita KITA, untuk membebaskan umat manusia secara keseluruhannya, rancangan masa depan KITA, tumuhat KITA saat tibanya kita kembali ke tanahair, tapi jika ini yang diceritakan kepada adik-adik yang masih tidak jelas siapa dan kemana kita cuba pergi, pastinya lebih banyak keraguan dari keyakinan yang akan terpancar.

Mungkin kata-kata
"setiap perkara ada fasanya. Kalau seekor rama-rama pun tidak terus terbang, perlu menjadi beluncas dan kepompong terlebih dahulu, apatah lagi kita manusia yang penuh ego dan emosi"
terlalu sinonim, biasa didengar, bahkan mungkin sahaja ramai yang faham dan hadam.

Tapi bagi aku, setelah melalui semua ini, ia seolah satu dimensi yang berbeza, tahap keyakinan yang berbeza, malah kesanggupan+semangat juga turut berubah. Ternyatalah, seorang yang telah ''melalui'' akan lebih ''merasai'' dari mereka yang hanya mendengar.

Samalah juga, seorang yang mempunyai mutarabbi yang perlu dijaga dan dibentuk, pastinya akan dapat melihat dengan kaca mata yang berbeza berbanding dengan seorang yang hanya sekadar dapat meninggikan tsaqafah tanpa dapat menyalurkan kefahamannya kepada orang lain. Disebabkan itulah, KITA harus perlu punya keinginan, kesediaan dan kemahuan untuk terus melaksanakan tugas syahadatul Haq kita, kerana hanya dengan inilah, kita dapat melaksanakan amanah dari-Nya, selain kita dapat memahami Al-Quran dengan apa yang difahami oleh Rasul SAW.

Benarlah kata orang, "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul~"

Wallahua'lam.


Tuesday, November 16, 2010

Nikmat Hati


Perlu saya akui, setelah sekian lama post demi post berlalu, tapi tidak hadir pula post-post yang mirip dengan post-post dahulu, yang selalu disangkut pada kata hati, pada frasa perasaan. Ada juga saya cuba untuk bermuhasabah. Apakah telah lenyap hati dari jiwa ini?
Ya Allah, Iftahli Babul Qalbi minal Quranil Karim.

Dulu cukup terang keresahan yang minimpa diriku. Sering sahaja hatiku terusik dengan percaturan tuhan. Ada sahaja yang dirasakan tak kena. Mudah benar mengalir butir-butir airmata, selalunya dek terlintas rasa kecewa dengan diri, rasa tak mampu, rasa tidak cukup. Ada juga terlintas perasaan yang mencucuk, yang cukup dalam, melayan perasaan hiba.

Ah, pernah sekali, aku meronta-ronta dengan kesedihan. Aku terlampau sedih tatkala diletakkan dirumah dengan keadaan yang terbatas, tak mampu untuk keluar, duduk dan terus duduk di rumah. Waktu itu aku menangis, aku merayu-rayu pada Allah, perasaan hamba itu... Oh, sungguh aku rindukan!

Pernah sekali aku terasa seolah ditembak. Manakan tidak, dalam penuh suci niat dan jernih azam untuk mengislahkan ummat, aku dihamburkan dengan jahiliyyah super. Sini sana penuh manusia berlompat-lompat. Pedih. Waktu itu aku sekali lagi menangis. Aku menjerit dalam hati. Merayu-rayu pada tuhan. Oh, Tuhanku! Mana hilangnya perasaan hamba itu?

Satu ketika itu, aku berasa malu dengan diriku sendiri. Yang tidak mampu untuk menyalurkan segala kekuatan dan kemampuanku untuk Allah. Yang hanya aku mampu lakukan, hanyalah duduk dan membaca. Sekali sekala berbual dengan rakan-rakan satu saf yang lain. Aku rasa sangat kecewa. Tidak mampu untuk mengejar Allah. Tapi kini, mana pergi sifat dan perasaan itu? Oh Tuhan, apakah Kau telah cabut nikmat kehambaan dalam jiwa ini?

Sungguh, kini, dulu dan selama-lamanya, aku tetap adalah HAMBA. Status ini TIDAK akan berubah tidak kira apapun yang berlaku. Maka hati, percayalah. KAU ITU HAMBA!!!

Sesaat tercabutnya perasaan hamba itu dalam diri ini, maka pada waktu itu, tidak berguna lagi nyawa yang masih menjiwa.
Oh Tuhanku, Aku merayu dan meminta, agar kau kembalikan perasaan hamba dalam diri ini. Kau lembutkanlah hati yang semakin mengeras ini, janganlah kau palingkan aku setelah kau beri hidayah.
Aamin.

Wednesday, November 10, 2010

Pemancing




Attachment file

Mari mari mari~
kita jadi pemancing hati~
Supaya nanti kan ramai lagi~
yang terus dan terus memancing setiap hari~

Mari mari mari~
jangan bertangguh walau sekali~
takut nanti ramai yang lari~
maka marilah memancing dengan santunnya sekali~

Mari mari mari~
Pemancing hakiki kerjanya diperhalusi~
tingkatkan teknik, utamakan prioriti~
Fiqhul Dakwah dihadam dengan amali~


YA AYYUHAL MUDDATSIR.
QUM!!! FAANZIR!


Sunday, November 7, 2010

Cukupkah?

Di saat ummat menangis, dan aku pula ketawa, sering terpacul soalan-soalan dalam benakku.
Apakah aku ini terlalu keras dan hitam hatinya, sehingga sanggup dan sampai hati berlaku sebegini?
Apakah aku tidak merasai kasih sayang Ar-Rasul junjungan, sehingga aku tidak berasa bersalah untuk berehat dan bersenang lenang?

Ar-Rasul, sebelum kerasulan, sudahpun runsing dan tertekan dengan akhlak dan perilaku arab jahiliyyah, sehinggakan baginda terpaksa beruzlah memencilkan diri didalam gua untuk berfikir dan menenangkan diri. Ya, baginda mencari jalan keluar kepada permasalahan yang melanda ummat. Ini sebelum kerasulan. Sebelum menjadi rasul sekalipun, baginda memang mencari. Bukan sekadar menunggu. Maka sangat zalim dan bodohlah kita andai kita hanya menunggu naqib naqibah yang mengatur perjalanan tarbiyyah dan dakwah kita. Sangat sangat.

Tatkala mendapat perintah untuk bangun dan berilah peringatan(Surah Al-Muddatsir), Baginda terus punya mentaliti tajmik, takwin dan tanfiz yang sangat giga dan mega. Baginda tidak menunggu kalam-kalam Allah yang seterusnya untuk memulakan dakwah. Baginda tidak menunggu cadangan dari Allah untuk men-DF mamat A, ataupun mamat B, hendak buat apa dan sebagainya. Baginda terus, ya, TERUS BEKERJA, sehingga terpacul kata-kata terkenal,
Sudah Berlalu Masa Tidurku
Timbul pula persoalan tentang pengorbanan
Adalah sangat jahil andai kata kita mempersoal pengorbanan baginda dalam menyampaikan risalah Allah. Demi memastikan sinar islam itu sampai kepada KITA hari ini, Baginda solat dalam keadaan diletakkan usus unta diatas leher baginda ketika sujud. Demi menyampaikan makna Islam kepada KITA hari ini, baginda pernah dibaling dengan batu oleh orang-orang gila dan kanak-kanak yang diupah ketika di Thaif, sehinggakan darah baginda menitis membasahi sepatu baginda. Demi KITA, baginda telah tercedera di pipi ketika Perang Badar. Demi KITA, Baginda telah dihentam bertubi-tubi, dicaci maki, dituduh gila, dituduh dengan berbagai tohmahan dan ejekan. DEMI KITA. Baginda tidak pernah merungut, kecewa ataupun berputus asa apabila ummatnya sendiri menolak baginda. Baginda terus melangkah, kerana baginda tahu dan yakin, hidayah itu milik Allah, dan ia boleh datang pada bila-bila masa. Maka sangat zalim dan kejam serta salahlah kita andai kata kita berputus asa pada orang yang kita seru, atau kita merungut dan marah dengan tindak tanduk mad'u, sedangkan baginda sanggup melalui semua itu untuk KITA. Sangat lemah jugalah KITA, andai kata segala tohmahan dan ejekan yang dilemparkan pada kita telah menyekat pergerakan dan harakah KITA. apakah kita tidak punya rasa malu untuk kita mengaku ummat seorang nabi yang super qowiyy, sedangkan kita tidak sanggup untuk melalui "selumbar benang dari seluruh pakaian" yang telah baginda lalui?

Baginda membina rijal-rijal, jauh lebih awal daripada baginda sibuk membina angkatan tentera. Bukankah antara ciri daei mu'min yang kita imani adalah tajarrud, zuhud, mengelak fitnah, menangani mehnah, dan berseni dalam memimpin ummat? Apa itu mengelak fitnah? Apakah tidak jelas tarbiyyah Ar-Rasul kepada Bilal bin Rabah, kepada Khabbab Al-Arrat, kepada Abu Dzar Al-Ghifari? Kalau difikirkan logik akal, boleh sahaja mereka memberontak, menentang kezaliman yang dilakukan keatas mereka, melawan ketua mereka dengan alasan yang sangat kukuh, kerana hakikatnya mereka telah diseksa dengan kekejaman yang sangat lah tidak adil. Hanya kerana menjaga iman, mereka diseksa sehingga hampir sahaja tercabut roh dari jasad, tapi mengapa, persoalan disini adalah mengapa, mereka tidak memukul semula? Mengapa mereka hanya bersabar? Hakikatnya ini adalah untuk mengelak fitnah. Kita tidak mahu mereka yang sememangnya ada kemampuan untuk membalas penyeksaan ke atas mereka(Bilal misalannya, adalah hamba yang sangat tegap dan kuat, boleh sahaja dipukulnya semula Umaiyyah bin Khalaf)Tapi seandainya ini yang berlaku, pasti ada gelombang fitnah yang akan mengatakan islam melahirkan hamba-hamba yang memberontak. Maka diajarnya untuk bersabar. Sehingga lah tiba masanya. Apakah KITA hari ini benar-benar tajarrud dan sabar dalam menghadapi mehnah, ataupun kita asyik sahaja merungut dan ingin memberontak serta ingin membalas dendam? Kalau para sahabat dulu ditegur nabi kerana 'gopoh' dalam meminta pertolongan Allah, apa pula agaknya kata Nabi melihat gelagat KITA?

Sememangnya, sangat jauh untuk KITA samakan diri kita dengan Ar-Rasul. Cumanya pada hari ini, marilah KITA sama-sama bermuhasabah, cukupkah segala apa yang kita lakukan untuk KITA layak dipandang oleh Allah sekalipun. Atau, adakah pada hari yang Besar itu nanti, Allah akan hanya berpaling dari KITA, kerana kita ini terlalu tidak signifikan dalam perjuangan untuk Ad-Deen? Ketahuilah, segala ilmu yang KITA ada, datang bersama tanggungjawab. Maka tanyalah, apakah perjalanan tarbiyyah yang kita lalui dari dulu hingga sekarang tidak mengembangkan rasa tanggungjawab KITA? Periksalah semula, hakikatnya, segala yang KITA lakukan tidak pernah cukup, hatta untuk membalas nikmat sebelah mata sekalipun. Maka marilah berhenti dari merasakan cukup, buang lah jauh-jauh, kerana hakikatnya, amalan yang kita lakukan hari ini, saaaaannnngggaaatttttlah tidak cukup. Semakin hari, semakin tidak cukup, kerana semakin hari makin banyak yang kita pelajari.

Ya, para ikhwah sekalian. Bangkitkanlah singa-singa dalam dirimu. Aku yakin ia sudah lama menunggu untuk dikejutkan.
Sungguh, Aku merindui negeri ini dipenuhi RIJAL-RIJAL seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah, Muadz bin Jabal, dan Salim(hamba Abu Huzaifah).-Umar Al-Khattab-
Bangkitkanlah semangat daei itu! Jangan sekali kau rasa terperosok di dalam bumi, kerana hakikatnya tempatmu adalah diatas bumi, untuk kau bergerak diatasnya, dan kau hanya perlu berhenti setelah tercabutnya roh dari jasad, maka pada kala itu, melekatlah kau dengan bumi, kerana tiada lagi amalan yang bisa menyelamatkanmu setelah itu.

Betul, yang KITA buat setakat ini BELUM CUKUP!
Jangan tidak percaya, usaha KITA ibarat HABUK sahaja!
Mari, ganda dan gandakan usaha KITA. Apalah guna tenaga yang ada dibiarkan kering dek dimamah usia, sedangkan dakwah senantiasa menunggu rijal-rijal sepertimu menyalurkan sepenuh tenaga untuk menjulang kalimat Allah! Bangunlah!

Ya Ayyuhal Muddatsir. QUM, FAANZIR

Friday, November 5, 2010

Hatinya, maka selamilah~


Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah....

Wahai para duat, berjaga-jagalah!

Ternyata, bukan senang untuk seorang murabbi membawa satu liqa' yang berjaya. Berjaya dalam erti kata liqa' itu hidup, baik selepas bacaan al-fatihah, mahupun setelah bacaan tasbih kifarah. Hidup dalam erti kata membina, dan senantiasa penuh dengan keimanan dan pergerakan.

Maka berbagai formula dirangka dan dicipta, dengan harapan menjadi garis panduan untuk
penggerak-penggerak baru membuat langkah-langkah pemula. Menjadi pencetus kepada apa yang bakal dilaksanakan. Wujudlah berbagai cara untuk 'masuk' dan terus 'masuk' ke dalam jiwa dan perasaan seorang mad'u. Ya, itulah prioriti KITA!

Masuk dan terus masuk dalam diri dan orang yang kita seru. Perubahan yang kita harapkan bukan datang hasil semburan perkataan dan kata-kata dari KITA. Ia mestilah perubahan yang datang dari dalam. Perubahan yang KITA harapkan mestilah berdasarkan kefahaman, bukan atas dasar tekanan. Bukan atas dasar paksaan. Yang ingin KITA seru adalah ISLAM, milik Rabbul A'lamin, Dia yang akan memberi hidayah itu, bukan KITA. Maka apakah wajar jika kita terus menyembur mad'u kita dengan jutaan kata-kata, apakah wajar kita bedah jutaan bahan dengannya sedangkan tidak sesaat pun kita luangkan untuk mendalami dan memahami dirinya? Tidak pernah pun kita berikannya ruang untuk meluahkan apa yang dirasainya, tidak pula kita luangkan masa untuk melihat dari kacamatanya.

Janganlah terlalu asyik menceritakan tentang cita-cita Islam, melihat negara dan tamadun yang masih jaaaauh dari terbentuk, kerana hakikatnya Ar-Rasul tidak pernah berbincang dengan para sahabat tentang pentadbiran negara selagi belum tiba masanya.
Berbincanglah dibawah tajuk Iman, dibawah tajuk Tazkiyyatun Nafs, di bawah lembayung Islam.
Bukan tergopoh dengan segala ketamadunan yang kita buru. Hakikatnya, yang kita mahukan adalah individu yang sempurna 10 muwasafatnya, bukan individu yang sekadar tahu cita-cita yang kita idamkan.

Dan pastinya, jangan pernah kita lupakan kepentingan mendalami diri mereka.
Apakah kita sangka cukup dengan taburan hujjah dan kisah mampu membentuk seorang muslim yang benar-benar muslim?

Apakah dulu KITA tidak pernah rasa terkejut, hiba, takut, risau selepas mengerti kebenaran?
Dan bukankah KITA merasakan sangat perlu untuk seorang manusia mendengar dan memahami keadaan KITA pada kala itu? Bukankah fitrah KITA inginkan tempat berteduh, tempat berlindung?
Benar, hakikatnya hanya Allah-lah tempat segala masalah diadukan.
Tapi bagaimana perkembangan kita dahulu? Apakah kita mengharapkan mad'u kita terus faham dan mendongak tanpa rasa takut? Eh, jangan sekali kita lupa perjalanan kita.

Semua perubahan itu bertahap. Bagaimana mungkin kita harapkan biji benih kan menjadi pohon dalam masa sesaat! Masa itu juga tarbiyyah. Yang penting, pastikan mad'u kita merasai kehadiran kita sebagai tempat meluahkan rasa. Tempat menceritakan keperitan. Menceritakan keresahan dan kesedihan. Semakin banyak yang dilaluinya, semakin sedih dan hiba hatinya.
Bak kata Ar-Rasul, "Jika kau tahu apa yang aku tahu, nescaya kau akan lebih banyak menangis dari ketawa".
Pastinya kebenaran itu hadir dengan penuh rasa pahit. Mana mungkin sedemikian mudah untuk kita melepaskan segala jahiliyyah dengan sekelip mata.

Maka, nasihat buat semua para duat yang membawa panji Islam, perubahan itu bertahap, dan janganlah kita mengharapkan hujan turun sebelum adanya langit yang mendung. Dikhuatiri, air yang turun dari hujan tanpa awan, tidak pula basah, jauh sekali menumbuhkan.
-Dipetik dari kata-kata Sheikh Abu Ala Al-Maududi-


Tuesday, November 2, 2010

Ketatnya Tajarrud..



Pernah, sewaktu dahulu aku tertanya-tanya, mengapa tidak kita gunakan segala 'ghazwah' yang dilabuhkan demi menghancurkan kita, sebagai alat untuk kembali mengislahkan manusia.

Kenapa, tidak sahaja kita 'taslim'kan segala macam wahan keduniaan, hiburan?
Kenapa, tidak sahaja kita 'ibrah'kan perjuangan Naruto, kisah cinta Romeo, ukhuwwah Digimon dan sebagainya?

Kunci kepada persoalan itu, adalah tajarrud.

Islam, SEPENUHNYA.

Suci dan bersih dari segala macam bentuk kekotoran, hatta sebiji habuk sekalipun tidak tersisa diatasnya. Ibarat bayi yang bersih, ditanggalkan segala macam pakainya: tanpa sebarang litupan lain, yang tinggal hanyalah ISLAM. Inilah tajarrud. Inilah yang diajarkan Para Rasul dan Nabi, yang sewajarnya kita dalami.

Selagi mana fikrah seseorang itu masih belum kukuh dan utuh, selagi itulah, dia sebenarnya tidak mempunyai kemampuan untuk menapis segala yang disogok kepadanya. Selagi belum benar-benar jelas, selagi itulah belum ada Al-Farouq yang sibghah dalam benaknya. Selagi itulah, tajarrud itu perlu sangat ketat pengawasannya. Sangat teliti penilaiannya.

Ada yang bertanya, bagaimana jika seseorang itu ingin untuk terus bersama dalam pasukan Islam, tetapi dalam masa yang sama, masih punya rasa cinta pada dunia.
Hakikatnya, tiada jalan tengah antara Islam dan Jahiliyyah. TIDAK sama sekali. Apakah jawatan untuk memegang panji Deenullah itu murah harganya? TIDAK!!

"Allah tidak akan membiarkan orang-orang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, hingga Dia membezakan antara yang baik dan buruk."
(Ali Imran, 3:179)

Ya, Dia akan membezakan kita, siapa yang benar-benar ikhlas untukNya, dan siapa pula yang munafik dan berpura-pura dalam perjuangan ini.

Ada satu analogi yang cukup keras dan jelas dalam menerangkan hal ini.
Jika terdapat 2 pasukan bolasepak, setiap satunya berjumlah 10 orang. Andai kata anda mengaku anda ahli pasukan Islam dan anda memakai baju pasukan Islam, tetapi anda berperlakuan seperti ahli Jahiliyyah, anda bergerak sehaluan dengan Jahiliyyah, bekerjasama dengan ahli pasukan jahiliyyah, mengiyakan apa yang diserunya, maka apakah status anda? Bukankah anda telah mengurangkan jumlah pasukan Islam, di masa yang sama menambahkan jumlah pasukan Jahiliyah? Apakah anda merasakan yang Pengurus Pasukan Islam(Allah) tidak berhak untuk mengeluarkan anda dari pasukan Islam?
Its either white, or black, no shades of grey.
Lakum deenukum wa liya Deen
Ingatlah, bukan Islam yang perlukan KITA, tapi KITA yang perlukan Islam.

Tanpa tajarrud, tidak mungkin akan lahir rijal-rijal yang sejahtera iman dan taqwanya, kerana hakikatnya, tajarrud itu adalah satu hasil selepas sebatinya iman dalam jiwa. Jelasnya taqwa dalam benak. Lantas, apakah misi perjuangan KITA? bukankah buah yang kita dambakan adalah buah qaedah sulbah dari pepohon Islam yang benar? Tajarrud bagi Muslim umpama Akar bagi Pokok. Tanpa akar, matilah pokok, tanpa tajarrud, pudarlah islam.

Kalau ada yang menyoalkan, kenapa terlalu ketat? tidakkah boleh dilonggarkan?
Kalaulah Abu Dzar sanggup meletakkan mukanya diatas tanah untuk dipijak gara-gara takut akan murka Allah, gara-gara takut masih tersisa karat-karat Jahiliyyah dalam dirinya, semata-mata kerana hal yang cukup halus jika nak dibandingkan Jahiliyyah masa kini, maka apa lagi bentuk kelonggaran yang kita mahukan?

Tajarrud bukan sekadar bersih dari jahiliyyah, malah ia juga melambangkan kesucian dan kemurnian, serta kesempurnaan dan kejelasan Islam. Tanpa ada apa-apa pun yang membatasinya. 'Adil dalam melambangkan apa itu Islam yang sebenarnya.

Longgarnya tajarrud yang kita kenakan pada bawaan kita, maka semakin kaburlah definisi islam pada mereka. Dan longgarnya tajarrud yang kita kenakan pada DIRI KITA sendiri, maka semakin hanyutlah kita dalam ombak yang serba keliru dan kelabu.

Setiap tindakan kita, tanyakanlah, adakah ini untuk dakwah secara tidak langsung untukku, ataukah adakah ini untuk aku secara tidak langsung untuk dakwah.
Sibghah kah islam dalam KITA?

Monday, October 4, 2010

Kemanisan bersama!





Assalamualaikum wbt.

Waaah!!! Perjalanan dari Finsbury Park ke Greenwich semalam memang sangat2 best!!
:)

Rasanya, ini adalah kali pertama pergi berpicnic sampai 30 orang sekaligus. memang rekod la!

Paling best adalah dalam bot tuh, suasana hujan rintik-rintik ala-ala meromantik kan lagi keadaan. suasana havoc telah menyebabkan kena sound dari speaker bot tuh. hahahaha

aksi diatas bot mewah london

Dan tentunya, makan-makan dekat sebelah greenwich national museum(??) sangat2 sedap dan menyelerakan. hehe
Ada yang tak cukup siap tambah lagik. kui3..
Team Jaulah Greenwich 2010-diapit dgn 2 payung lagi-


Tapi yang paling penting sekali, adalah pengajaran dari alam yang kita peroleh pada hari itu. Bagaimana keindahan alam ciptaanNya ternyata membawa kita untuk mengenang semula betapa kerdilnya kita berbanding ciptaan-ciptaan yang lain, namun dengan Islamlah kita dimuliakan.

Kecantikan pemandangan kota london dari atas ternyata menunjukkan kekuasaan Illahi. Bak kata Maher Zain
Oh are we so blind looking for the signs oh no we just have to open our eyes our hearts our mind

Quote dari Rosne:
Tak kisah dari manapun masa mula dikira, kalau masa yang ada kita tak manfaatkan, maka sia-sia jugak.

UCL-ians


Jadi, marilah kita sama-sama memanfaatkan sisa-sisa masa yang masih terbaki dalam usia kita untuk kita benar-benar mengenal pencipta alam ini, rabbal a'lamin moganya bertambah izzah dan himmah kita untuk terus mengabdikan diri padaNya.

InshaAllah.

Monday, September 6, 2010

Harga Sebuah Syurga


Assalamualaikum wbt.

Apabila anda ke pasar malam untuk membeli barang-barang, anda telah mendapati sebuah jam tangan Fossil yang beharga RM30.00
Apakah anda benar-benar yakin jam Fossil yang dijual itu benar-benar jam Fossil yang diuar-uarkan sebagai jam tahan lasak dan bergaya itu?
Atau anda akan mengesyaki unsur-unsur cetak rompak, unsur-unsur 'bahan celup' dan ketidakaslian. Kerana hakikatnya, perkara yang cantik, berkualiti, indah, bagus, dan berguna, PASTILAH sangat mahal harganya.

Maka saya ingin mengajukan persoalan. Betulkah syurga itu sangat-sangat indah? Dengan sungai yang mengalir, dengan buah-buah yang tidak perlu dipetik dan paling penting, dapat bertemu dengan Allah?

Aik, kalau betullah syurga seindah itu, mana mungkin syarat untuk memasukinya sedemikian senang? Takkanlah, kalau syurga sangat-sangat best, syarat untuk memasukinya hanyalah dengan mengucapkan 2 kalimah syahadah? Waaah.. macam seorang paman yang terkumat kamit menjampi serapah, maka secara tiba-tiba, akan jadi sesuatu yang sangat dahsyat. Ucap kalimah syahadah, maka, BOOOOM. masuk syurga.
Senang sangat.
Ke ni promotion dari Allah?
Tapi takkanlah sangat murah harganya? Ataukah, syurga yang dimaksudkan, hanyalah syurga 'celupan', 'cetak rompak' dan tidak asli?

Wahai jiwa-jiwa yang membaca dengan hati.

Perhatikanlah sedalam-dalamnya. Adakah Islam agama yang pelik dan tidak rasional?

Islam adalah agama yang diturunkan untuk manusia, maka secara tabi'inya, gerak akur Islam adalah berdasarkan 'alamiyah manusia. Mana mungkin, seorang yang mengucapkan kalimah syahadah yang boleh dilakukan dengan sekali nafas sahaja, sudah menjadi terlalu berbeza daripada orang yang yang tidak mengucapkannya, sedangkan perilaku mereka masih tetap sama.

Kita semua pasti bersetuju, bahawa orang yang masuk syurga itu sangatlah berbeza nasibnya dengan mereka yang dihumban ke neraka. Bezanya ibarat api dan air, bahkan, jauh lebih berbeza dari itu. Maka, mana mungkin 2 orang yang perbuatannya hampir serupa, tetapi seorang masuk syurga dan seorang ke neraka, hanya kerana beza satu nafas?
Mana mungkin, 2 orang yang sama-sama bermaksiat kepada tuhannya, melakukan kemungkaran bersama-sama, tetapi nasib mereka di akhirat jauh berbeza? Mana pergi keadilan Allah?

Maka jawapan bagi persoalan diatas, adalah, sudah tentu tidak sekadar ucapan kalimah syahadah sahaja sudah mencukupi untuk membezakan nasib 2 manusia ini. Sudah tentu, kumat-kamit ucapan mantera semata-mata, tidak akan membezakan ahli neraka dan ahli syurga, kerana hakikatnya, syurga itu mahal harganya.

Adalah sesuatu yang menyedihkan, apabila ramai manusia menyangka, kalimah syahadah sebagai tiket percuma untuk masuk syurga. Hakikatnya, kalimah yang bersulamkan tanggungjawab itu, adalah tiket ke neraka, bagi mereka yang menzaliminya. Ya, benar. Orang yang mengucapkan kalimah syahadah, tapi tidak melaksanakan tanggungjawab disebalik kalimah itu, adalah ibarat sedang berbohong dengan tuhannya. Maka, disinilah kita mampu melihat logik, mengapa umat Islam ditindas dan dihina, tetapi tidak mendapat bantuan Allah. Ia adalah kerana, kita telah lama berbohong dan cuba menipuNya.

Dalam seerah, kita telah membaca dan mendengar kisah burung Ababil. Burung ini telah dihantar Allah untuk melemparkan batu-batu Sijjil kepada tentera Abrahah. Burung-burung inilah yang telah dihantar untuk melindungi Kaabah dari dihancurkan tentera bergajah tersebut. Tapi pernahkah kita terfikir, mengapa disaat Palestin ditindas disiksa dan dibunuh dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan, disaat rakyatnya dipijak dan dirogol, ditembak dan dicincang dengan ganasnya, Allah tidak menghantar apa-apa bantuan kepada KITA? Kenapa tidak ada gerombolan Ababil ke-2, yang dihantar untuk menghancurkan Israel laknatullah? Pernahkah kita terfikir akan persoalan ini?

Jawapan bagi persoalan tersebut, adalah pada akal dan fikiran kita sendiri.Adakah kita akan menolong orang yang asyik menipu dan membohong diri kita? Apakah kita akan membantu orang yang berlaku zalim terhadap kita? Ya, pastinya kita TIDAK akan menolong mereka. Maka, apakah yang kita mahukan lagi dari Allah, apabila ummat Islam pada hari ini asyik menipu dan membohong Allah, sedangkan Allah itu Maha Mengetahui. Kita asyik berlaku zalim, maka layakkan pertolongan Allah untuk tiba kepada kita? Segala permasalahan ummat hari ini, adalah dari punca tidak memahami erti dan makna sebenar kalimah syahadah. Tidak mengerti, tanggungjawab dan amanah yang terkandung dalam bait-bait tersebut. Yang mana, apabila kita mengucapkan kalimah tersebut, kita sebenarnya telahpun berjanji untuk mengurung diri kita dan hawa nafsu dari fatamorgana dunia. Yang mana bait-bait janji itu mewajibkan kita untuk tunduk patuh kepada Yang Maha Esa, patuh akan ajaran dalam kitab Al-Quran, dan Sirah Nabi akhir zaman. Apabila kita tidak mengimani mana-mana dari perkara ini, maka kita sebenarnya telah menipu dan berbohong, serta mungkir janji dengan Allah. Dan kemurkaan siapakah lagi yang lebih ditakuti selain kemurkaan Allah?

Wahai akal yang berfikir.
Syurga itu tidak murah harganya. Dan harganya bukan terletak pada kalimah syahadah, kerana hakikatnya, kalimah syahadah itu bukan tiket ke syurga, tapi bebanan tanggungjawab yang amat berat yang perlu dipikul untuk tidak ke neraka. Sesungguhnya, dengan memahami hakikat inilah baru kita mampu untuk menerima kenikmatan dan keindahan syurga. Barulah kita dapat mengakui, bahawa nikmat Allah itu Maha Luas. Barulah kita dapat akur, bahawa syurga itu, sememangnya indah.


Saturday, August 21, 2010

Apa cara berterima kasih?


Apa respon anda bila diberi hadiah?
Cuba fikirkan betul-betul, anda diberi dengan hadiah yang sangat beharga, yang tiada bandingannya. Apakah respon anda?

Saya sangat yakin, anda pasti akan berterima kasih. Betul?

Persoalannya, bagaimana caranya untuk berterima kasih?

Jom kita sama-sama bayangkan satu keadaan. Seorang cikgu telah menghadiahkan anda sebuah komputer riba sempena hari kelahiran anda. Sebagai membalas jasa guru itu, paling-paling kurang, cara untuk mempamerkan rasa terima kasih anda, pastilah anda akan menuruti segala perintahnya, menyiapkan segala kerja rumah yang diberinya. Betul? Pastilah anda akan berasa sangat bersalah, seandainya anda gagal untuk menghantar tugasan yang diminta. Pasti akan timbul rasa malu, yalah, anda telah dihadiahkan dengan sesuatu yang sangat beharga, namun apabila diminta untuk melakukan sesuatu yang mudah pun, anda gagal. Pastilah anda khuatir, si pemberi hadiah akan berkecil hati, dan mungkin akan meminta semula hadiahnya.

Maka saya ingin anda samakan situasi dan keadaan diatas dengan keadaan se'orang' pemberi 'hadiah' kepada kita. Pandanglah wajahmu. Anda mendakwa dirimu adalah seorang Islam. Dan saya pasti, kita semua mengakui islam itu adalah satu rahmat. Mana tidaknya, seorang yang bergelar muslim, disayangi tuhannya. tetapi mereka yang tidak, sesungguhnya, belas kasihan itu nyata bukan untuk mereka. Satunya dibalas syurga, dan satu lagi dibalas neraka.
SubhanaAllah, jelaslah, orang yang bergelar islam ini jauh lebih istimewa di depan mataNya, berbanding mereka yang kafir. Bukankah ini merupakan satu nikmat yang sangat besar? Apakah lagi bentuk 'hadiah' yang boleh dibandingkan dengan 'hadiah' ini?
Maka, persoalan timbul, apakah cara kita berterima kasih kepadaNya?

Kalau dalam contoh laptop tadi, cara kita berterima kasih adalah dengan berbuat baik dengan guru itu, kita ikut arahan dan suruhannya, maka kenapa untuk 'pemberi hadiah' yang jauh lebih bernilai ini kita tidak lakukan perkara yang sama?

Ada 2 sebab, mengapa kita tidak melakukan perkara yang dinyatakan diatas.

Satu, kerana kita tidak merasakan bahawa kita telah menerima 'hadiah' yang sangat istimewa daripada-Nya. Kita merasakan, semua nikmat yang kita peroleh, hanya ibarat gula-gula hacks, yang nilainya tidak sampai 10sen sekalipun, dan disitulah puncanya kita tidak tahu erti menghargai. Kes ini banyak, cumanya, ia sangat pelik.
Manusia jenis apakah yang tidak sedar akan nikmat kurniaan-Nya yang jika dihitung maka pastinya tidak dapat dihitung?
Udara yang kita sedut, alam yang kita tengok, hatta jantung dan jasad kita sendiri, adalah 'hadiah' dari-Nya. Apatah lagi nikmat 'Islam', satu anugerah yang tidak ternilai sehingga membolehkan yang hina jadi mulia, yang buta kini melihat dengan mata.
Maka, tanyakanlah, apakah kita 'hadiah' yang kita terima ini tidak bernilai, sehinggakan kita tidak punya rasa untuk 'berterima kasih' kepada-Nya?

Kedua, adalah kerana kita tidak tahu apa perintah dan suruhan-Nya. Kita tidak tahu, apa yang boleh, dan apa yang tidak. Dalam erti kata lain, kita tidak empunya peluang, untuk keluar dari lembah kejahilan, untuk mengetahui yang mana hak dan yang mana batil. Kita tidak tahu apa itu Islam, kita tidak tahu tanggungjawab yang terselindung disebalik kalimah syahadah yang kita ucapkan. Barangkali, kita sendiri tidak tahu, apakah sebenarnya Islam itu, ataupun mungkin, kita kabur dengan pengertiannya.

Sesungguhnya, saya akan sedaya-upaya berusaha, untuk sama-sama membantu mereka yang berada di golongan kedua tadi untuk mengetahui dan memahami segala 'suruhan' si 'pemberi hadiah' kepadanya, supaya nanti, dia bisa berterima kasih kepada-Nya. Insha-Allah.

Tapi, bagi mereka-mereka yang berada dalam golongan pertama tadi, sungguh, tiadalah yang mampu saya lakukan untuk membuka mata anda. Hanya Allah lah yang berkuasa untuk menjadikan dirimu tidak lagi buta, tatkala matamu masih melihat. Tidak lagi pekak, tatkala telingamu masih mendengar. "Fabiayyi ala irabbikuma tukazziban"->Maka nikmat tuhanmu yang manakah ingin kau dustakan?
Oh, orang yang tidak tahu menghargai, bukalah matamu. Moga rahmat Allah senantiasa bersamamu, walaupun dirimu menyombong penuh ego dan nafsu.

Wallahua'alm.

Friday, August 20, 2010

Iman dibalas bala?



Salam ukhuwah islamiah. moga keterjalinan yang ada antara hati-hati kita bisa menjadi satu batu loncatan untuk kita semakin dekat dengan-Nya. Sungguh, tiadalah yang lebih diminta dan dirayukan, selain dari keridhoan-Nya.


seperti dalam post sebelum ini, Iman adalah satu perkara yang perlu diusahakan. Ia bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia ibarat satu hasil tanaman, yang perlu diusahakan, yang disiram dan dibaja. Tapi, apa sebenarnya balasan iman? Apakah benar iman itu kunci kepada kebahagiaan dunia akhirat? Ah, lihatlah dunia hari ini, kata-kata itu seolah tidak selari dengan realiti dunia. Apakah ini sekadar satu teori, atau tanggapan semata-mata? Benarkah iman itu kunci kejayaan?

Pandanglah masyarakat hari ini. Kenapa masyarakat muslim masih dipijak? Mengapa Islam tidak tertegak? Lihatlah orang-orang yang berjaya. Yang punya harta, yang bahagia. Adakah mereka berjaya sebab Iman? Ah, sangat tidak kena pernyataan ini!

Lihat negara-negara Islam. Palestin. Tidakkah jihad itu bukti Iman mereka? Tapi, kenapa Palestin tidak berjaya? Kenapa Palestin tidak bahagia? Pakistan. Tidakkah majoriti mereka adalah Islam? Kenapa masih ada peperangan, masih ada pertelingkahan. Pembunuhan. Apakah ini namanya rahmat, ataupun Bala sebenarnya? Lihat afghanistan. Disiat-siat penduduknya dek kerakusan musyrikin. Hah, adakah anda masih ingin mengatakan Islam membawa rahmat, kunci kejayaan? Hatta Malaysia sendiri. Bukankah kita negara Islam? Kita punya ratusan masjid-masjid yang tesergam indah. Inilah buktinya, kita mengagungkan masjid, rumah Allah! Apakah ini masih bukan bukti keimanan? Tapi kenapa kita masih dilanda dengan berbagai masalah? Kita seolah ditindas dengan sangat dahsyat oleh orang bukan Islam, ramai orang muslim yang makan pakainya tidak terbela, sehingga ramai sekali yang sengsara, biarpun ramadhan sudah menyapa. Belum dikira lagi dengan banyaknya bencana yang menimpa. Bukankah ini satu bala? Mana pergi ganjaran keimanan?

Niat saya menulis bukan untuk meragukan kesahihan Islam. Hakikatnya, Islam itulah satu-satunya yang tiada keraguan. Al-Quran itulah, "La Raiba fih. Hudal lil muttaqin". Tiada keraguan padanya. Petunjuk buat orng-org bertaqwa. Tapi, dalam realiti hari ini, apakah masih boleh diterima hakikat Iman itu penentu kejayaan?

Jawapan bagi segala persoalan itu, adalah, Ya.
Benarlah, Iman sememangnya adalah kunci kebahagiaan. Apakah tidak kita perhatikan, bagaimana keimanan yang ditunjukkan para sahabat bersama Ar-Rasul dulu merupakan satu manifesto, bahawa iman sememangnya akan menjana kejayaan. Kalau bukan kerana Iman, apakah mungkin tentera Badar yang jumlahnya 313 mampu menewaskan tentera musyrikin seramai 1000 orang? Apakah mungkin Islam mampu menundukkan empayar Rom dan Parsi yang dahulunya merupakan 2 kuasa besar dunia. Satu-satunya alasan yang boleh membenarkan semua ini berlaku, adalah Iman kepada Allah. Kerana kekuasaanNya lah, segala perkara berlaku, demi sesungguhnya, Dia Berkuasa atas segala sesuatu.

Betullah, kalau anda mengatakan itu semua kisah-kisah silam. Tapi anda ternyata salah, jika anda menyangka bahawa cerita itu hanya sekadar cerita, sebagai simbol kekaguman semata-mata. Firman Allah,

سُنَّةَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلُ ۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلًا
(Kekalahan orang-orang yang menentang Rasul Allah sudah tetap menurut) "Sunnatullah" (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu. (Al-Fath, 48:23)


Ya, semua itu sunnatullah. Haq tetap akan menang dengan batil. Sesuatu yang dasarnya adalah iman yang mendalam, mana mungkin dikalahkan oleh apa-apa sekalipun. Dan cerita-cerita zaman silam inilah gemasuara yang mengiyakan ayat-ayat ini. Sungguh, persoalan sekarang, bukan lagi kenapa Iman tidak berbalas rahmat, tapi persoalannya, apakah benar iman itu ada dijiwa?

Cuba kita perhatikan betul-betul. Kalau benarlah iman itu ada dalam jiwa muslim di Malaysia, maka perhalusikanlah kekusutan fikiran ini dalam memikirkan, mengapa setiap hari ada sahaja laporan buang bayi? Mengapa, setiap hari, ada shaja laporan pergaduhan sesama pemimpin rakyat, sedangkan punya aqidah yang serupa? Lihat remaja dijalanan, apakah budaya rempit, budaya arak, judi dan dadah itu hasil keimanan? Lihat pula masjid-masjid yang tesergam keindahannya. Nyatalah, dengan remaja dan masyarakat yang punah, masjid kini hnya jadi simbol, jadi tempat agam. Kosong, sepi dan snyi. Inikah keimanan?

Quran, kitabullah yang diturunkan. Dimana hilangnya?
Di masjid-masjid, kitab-kitab ini tersusun rapi. Tidak terusik. Cantik, tapi berdebu dan berhabuk. Mushaf Quran juga, sudah jadi satu aksesori perhiasan, bukan lagi buku rujukan.
Quran nyata hilang dari hati manusia. Berapa ramai pada hari ini membaca Al-Quran dengan memahami tuntutannya? Ataukah, kita sekadar membaca dengan suara dan nada yang merdu semata-mata? Cubalah kita fikirkan, kalau-kalau kita pergi berjumpa dengan doktor.
Kita meminta perskripsi ubatan untuk mngubat penyakit kita.
Maka, kita pun diberi satu list yang menuliskan semua perskripsi tersebut.
Cukupkah, dengan hanya membaca maka penyakit yang kita hadapi akan terubat?
Ataukah, perskripsi itu perlu difahami, dan dibeli ubatan daripadanya?

Oh, kalau begitu, apa bezanya dengan Al-Quran?
Ia merupakan perskripsi dari Allah Azza wajalla, untuk kita mengetahui cara mengubati penyakit ini! Tapi sebahgian besar dari kita, bukan setakat tidak memahami dan mengamalkan bait-bait kalimah-Nya, malah, ramai pula yang langsung tidak membacanya! Kita merayu, "Ihdinasshirotol mustaqim"->Tunjukkanlah kamu jalan yang lurus
Tapi, setelah ditunjuk jalannya, kenapa kita tidak mengikut jalan lurus yang ditunjukkan Allah?
Quran itu telah diturunkan, tujuannya sebagai petunjuk, dan mereka yang meminta petunjuk pada awalnya tadi, apakah anda mempermainkan Allah? Anda meminta, tapi setelah diberi, anda tidak menerima? Aduh, besar sangatkah dirimu untuk berlagak dihadapan Allah?
Nah, maka padanlah dengan keingkaran dan kesombonganmu itu, Allah turunkan bala yang menimpa!

Sekali lagi, tujuan saya menulis, bukan lah untuk mengherdik atau menyalahkan sesiapa. Tapi, adalah untuk kita sama-sama berfikir, apakah kita dizalimi, ataukah kita yang menzalimi ayat-ayatNya? Orang yang beriman, dan taat akan perintah-perintah Allah, itulah orang-orang yang bertaqwa. Orang-orang yang beriman. Dan itulah, kemenangan yang agung.
Tapi kita yang mengaku beriman, tapi nyatalah masih jauh dari tahap keimanan itu, ibarat mempermainkan Allah dengan pengakuan kita. Ketahuilah, Allah itu Maha Mengetahui, Maha Bijaksana. Apakah kita mengira, bahawa Dia akan tertipu? "wallahu sari' ul iqab"
->Dan sesungguhnya, azab Allah itu pantas.
Lantas, padanlah kita diturunkan bala. Rupanya, ini adalah balasan untuk kita yang konon bermuka-muka denganNya. Kita sangka kita melakukan apa yang betul, sedangkan, ternyatalah, kita sedang mempermainkan kata-kata yang betul dengan amalan yang bathil.

Jadi, apa peranan kita?

Wallahua'lam.




Thursday, August 19, 2010

Apa itu Beriman Kepada Allah?


Wah, mudah-mudahan, di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, kita sama-sama cuba memperbanyakkan kegiatan-kegiatan yang bisa membawa ridhoNya kedalam jiwa.

Harap-harapnya, dapatlah diambil jis-jis dari perkongsian ini ya. Makna dan erti keimanan.

Seperti yang ditulis dalam post sebelum ini, sesungguhnya Allah sendiri membezakan, hamba-hambaNya dalam kalangan orang-orang yang pergi bersolat ke masjid itu. Cuba bayangkan, orang yang pergi solat di masjid itu dah la tidak ramai, itupun, Allah tetap menapis lagi, siapa diantara mereka, yang benar-benar layak untuk mengimarahkan rumah-Nya.

Fikirkanlah.

Kata Allah, orang-orang yang layak ini, adalah mereka yang beriman kepada Allah.

"Aik? Bukankah solat itu sendiri sudah cukup untuk membuktikan yang kita beriman kepada Allah? Ada ke orang yang tak beriman nak solat? Orang beriman tapi tak solat tu, adalah!"

Jadi, apa sebenarnya maksud beriman kepada Allah?

Apakah dengan solat, belum cukup untuk membuktikan keimanan kita kepadaNya?

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan,

“Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan mengadap penuh kepada Allah s.w.t. Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah. Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketelusan berinteraksi dengan-Nya. Di dalam hati juga terdapat sebuah kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah. Di dalam hati, juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan, dan keputusan Allah, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan-Nya.”

Itulah dia erti keimanan.
Yang mana, tanpa perasaan ini, hati kita akan terasa seolah dirobek dengan kekasaran jahiliah, terasing dengan kegelapannya, sedih, gelisah dan bergejolak tatkala jahiliyah itu menyapa. Hanya dengan rasa imanlah, hati ini akan kembali tenteram dan bebas dari perasaan-perasaan itu.

Cuba kita pandang langit
Apakah ia punya tiang? Apakah ia pernah bergoyang?

Cuba perhatikan burung-burung yang menari-nari diangkasaraya.
Apakah kita terlalu buta untuk melihat kekuasaanNya?

Oh Tuhan, bukakanlah mata hati kami, untuk kami pupuk rasa rindu dan cinta kepadaMu
Oh Tuhan, tunjukilah hati kami, jalan-jalan untuk kami ma'rifat akanMu

Sesungguhnya, iman ini bukan satu perkara yang dibuat-buat, tapi adalah satu kurniaan, setelah kita berusaha mencarinya. Firman Allah,

قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا ۖ قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَـٰكِن قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ ۖ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Orang-orang " A'raab (Badwi)" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Hujurat, 49:14)


Nyatalah disini, iman itu bukan sesuatu yang mudah. Yang mudah adalah menjadi Islam. Tapi untuk memperoleh darjat keimanan itu, iman perlu masuk meresap kedalam hati. Dan sesungguhnya, ia akan hanya berlaku, bila si pemilik merayu-rayu, dan meminta dengan penuh ikhlas, untuk memahami dan memperolehnya.

Mungkin sukar untuk difahami, tapi demi sesungguhnya, fikirkanlah. Hanya dengan berfikir, kita mampu memahami bait-bait kalimahNya. Berkali-kali, Allah menegur kita, Afala tatafakkarun! Apakah kamu tidak berfikir! Marilah sama-sama kita hayati. Marilah sama-sama kita selusuri. Makna, dan erti keimanan.

Demi sesungguhnya, dengan keimanan kepada Allah-lah, kita akan dapat menggarap erti sebenar, kehidupan. Lantas, dengan inilah, kita mampu memahami, cara dan qaedah, untuk mengubati ummat.
Wallahua'lam.

Hayatilah bait-bait lagu ini. InshaAllah, sangat terkesan.




Wednesday, August 18, 2010

Solat akan menjadi Nur


Dunia pada hari ini telah membeliakkan mata melihat hakikat ummat Islam ditindas.
Oh, maafkan saya, dunia pada hari ini tertidur, sambil ummat Islam dipijak dan dinista. Seolah-olah tiada yang menyedari, akan hakikat pengkhianatan hak manusia yang konon-kononnya menjadi perjuangan aktivist keamanan dunia sedang berlaku dengan dahsyatnya.

Hoho.. bulih tahan lagik ayat karangan bm nih. :)

Hrm... Sebelum kite pg jauh-jauh, bincang masalah Islam dah tak sehebat dulu, Islam tak diterima dalam politik ke ape ke, apa kata kita bincang bende small scale, yang mana benda macam nih pun, kita masih tidak berjaya selesaikan. Amacam?

Erm.... Solat kita, apa khabar ek? Sihat ke dalam bulan ramadhan nih? Harap-harapnya, sempena ''Bazaar Shahru Ramadon" nie, makin 'berisi' lah solat-solat kita ye. Sabda Rasulullah,

Pada hari Hisab, solat akan menjadi nur kepada orang yang mengejarkannya;...

dan Allah pun kan dah cakap,
إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ‌ۗ

"... Sesungguhnya, solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar....."
Al-Ankabut, 29:45



Maka, sebelum kita berfikir jauh-jauh cara mencegah kemungkaran, jom kita tengok bab solat kita dulu, nak? :)

Eh, jangan salah sangka tau! Masalah ummat sekarang(lalai, leka, lari dari kefahaman Islam sebenar, buang bayi, saling bertelingkah, tidak bersatu, bla bla bla.....) semuanya berpunca dari masalah gagal menghayati makna dan tujuan solat.
Eh, x percaya ke? Betul la!
Nanti kita akan korek dalam-dalam tajuk nih. Kita akan tengok, macam mana dengan solat, mampu mengatasi semua permasalahan tu.
Ok? Tapi, syaratnya, kita kenalah menghayati solat kita ni dulu.
Kenalah memahami tujuan kita solat lg. Barulah boleh pergi apa 'kuasa' yang ada dalam solat.

Kalau tambah tolak pun tak betul lagi, takkan dah nak ajar yang matematik boleh cipta bom. betul tak? hihihi

Ok, ni ada fakta yang rasanya seeeemmmmuuuuaaaaa orang dah tahu.
Solat berjemaah, lebihnya darjat dari solat sendirian, sebanyak 27 kali.
Maka, marilah kita solat jemaah di masjid!

Hrm... tapi kan...
Allah ada kata,

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ
فَعَسَىٰ أُولَـٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. At-Taubah, 9:18


Eh eh! Perasan tak? Allah cakap, orang-orang yang layak memakmurkan masjid Allah itu hanyalah orang-orang yang ciri-cirinya dinyatakan diatas. Waah!

huhu.. Bila reflek balik, baru sedar..
"Sejauh mana aku beriman kepada Allah?
Adakah aku benar-benar ma'rifat akan-Nya? Apakah aku benar-benar memahami hakikat kebesaran-Nya? Siapa Allah? Kenapa aku perlu tunduk kepadaNya? Sudahkah semua persoalan ini terjawab?

Sejauh mana pula aku beriman pada hari akhirat? Takutkah aku dengan azab api neraka? Bergetarkah hati dan jantungku, bila perkataan "JAHANNAM" itu disebutkan dalam bait-bait perkataanNya dalam Quran? Apakah aku benar-benar memahami dan menghayati nikmat syurga, sehingga aku sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya?

Oh.. patutlah selama ini, bila sahaja aku pergi masjid untuk solat jemaah, pasti tidak dapat istiqamah. Pasti sahaja esok lusa, aku akan rasa malas. Akan timbul rasa tidak mahu pergi. Oh tuhan, nyatalah aku ini terlalu jahil tentang Mu!"

Huhu.. tapi kalau macam nih, kira bukan semua orang la layak solat dekat masjid? Kira bukan semua orang la layak untuk dapat pahala 27 kali ganda tu dekat masjid? Habis tu, macam mana pulak solat dapat cegah kemngkaran? Macam mana pulak solat tu cahaya?

Hrm... Ingin tahu jawapan-jawapan nya?
Stay tuned!
Ikuti sambungannya nanti!




Thursday, August 12, 2010

Api kelam, bercahayalah!



SubhanaAllah. Satu lagi hari penuh dengan nikmat Allah. Penuh dengan kurniaanNya.

Pernahkah kita terfikir, sampai kapankah perjuangan ini akan usai?

Oh Tuhan, janganlah kau jauhkan hati ini dari Ad-Deen mu.
Kegusaran pasti akan timbul, tatkala kita merasakan seolah-olah sudah hilang 'bekas-bekas' cahaya dalam hati ini. Mula terasa berat, mula terasa seolah-olah tiada tujahan untuk terus kedepan. Hatta untuk melakukan ibadat-ibadat khusus sekalipun, terasa seakan malas, seakan berat.

Ah, mana mungkin aku biarkan kefuturan ini terus meraja dalam jiwa. Akan aku tentang, akan aku perjuangkan kalimah syahadahku. Mana mungkin, aku biarkan segala-galanya tergadai semata-mata kerana kejatuhan himmah dari dalam diri ini. Oh Tuhan, kau uji hatiku dengan perasaan keduniaan. Mungkinkah kerana kebongkakkan aku yang mendakwa aku takkan bisa tergoda dek kemewahan dunia? Oh tuhan, ampuni kejahilan hambaMu. Aku sedar, bukan aku yang menang, tapi engkaulah yang menangkan sesiapa yang kau ingin menangkan.

فَلَا تُزَكُّوٓاْ أَنفُسَكُمۡ‌ۖ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰٓ
.....maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa. (An-Najm, 53:32)


Terima kasih Al-Quran. Terima kasih Allah. Kau betulkan aku sejurus selepas kau dapati aku tersasar dari jalanMu.

Janganlah kita sekali-kali mendakwa kita bebas dari apa-apa ujian. Kerana sesungguhnya, Dialah yang menentukan tiap-tiap perkara itu. Mungkin kita rasa kita tidak akan tergoda dengan keduniaan, tapi Dia boleh hilangkan minat kita terhadap akhirat, hinggakan kita hilang semangat dan kekuatan untuk terus beribadat kepada-Nya. Dia hilangkan rasa cinta kita kepadaNya, sehinggakan terasa cukup berat untuk menitiskan air mata.

Ya Ayyuhal Ikhwah. Marilah sama-sama kita bermuhasabah kembali, lemahnya jiwa kita ini. Jangan mudah rasa senang dengan amalan kita, kerana sesungguhnya, kita belum tahu sejauh mana nilaian Allah terhadapnya.
Maka,
Fastabiqul Khairat~

Wednesday, August 11, 2010

Datangnya Ramadhan...


Saya sangat yakin, datangnya Ramadhan akan menyemarakkan semangat dan keazaman raaaammmaaaiii muslimin di seluruh dunia. Pasti sahaja, ada yang memasang niat untuk menggandakan ibadat, untuk melakukan seribu macam jenis amalan sunat.
Maklumlah, bulan Ramadhan nie lah msanya untuk dapat 'bonus' dalam ibadat kita.

Pesanan saya, teruslah melaksanakan segala niat untuk meraih ridho-Nya!

Pesanan saya juga, ingatlah ya, kita tidak mahu menjadi semata-mata seperti Fudhail bin Iyadh, Abidul Haramain. Kita tidak mahu bermain-main dengan ibadat. Kita tidak mahu semata-mata bermandikan dengan air mata keinsafan.
Tapi kita mahu menjadi seperti Ibnul Mubarak. Ibarat Rahib di malam hari, tetapi seperti singa di siangnya. Ramadhan bukan lampu isyarat untuk membenarkan kita berhenti dari tugas Khalifah, bukan tandanya kita boleh menghela nafas lega dengan menumpukan sepenuhnya masa kita untuk ibadat2 khusus sahaja.

Sebaliknya, Ramadhan lah masanya menyediakan ruhiyy kita dengan sebaik-baik amalan. Dengan amal-amal inilah, akan menguatkan hubungan kita dengan Allah, supaya nanti segala perkara yang kita lalui semuanya dpt dijalani dengan penuh kesediaan. Ingatlah, tugas Daie itu bukan satu tugas yang punya cutinya, selagi masih bernyawa tubuh kita, selagi itulah tugas itu masih terkendong di bahu kita.

Dan, janganlah lupakan, sediakanlah masa untuk muhasabah. Setiap hari yang telah berlalu itu nyatalah tidak akan kembali, maka bermuhasabahlah, supaya kesilapan hari ini tidak berulang kembali.

Wallahu'alam.





Wednesday, July 21, 2010

Apa Erti Kesusahan?

Apa agaknya erti kesusahan ye?

Cuba kita fikirkan sama-sama. Adakah apa yang kita alami, yang tidak kita gemari, bulih diklasifikasikan sbg kesusahan?

Kita merungut, soklan exam susah. Kita kata, ini susah nih, kena pergi jauh-jauh nak join program Tarbiyyah. Kita cakap, ujian nih, susah, duit dah x cukup. Kita cakap lagi, susah nih, mad'u keras. Kita merungut lagi, kata, tak cukup masa. Malah, kita sempat bersungut lagi, penat la, itulah, x ada transport la, inilah, dan kata, semuanya susah.

.

.

.

tahukah kita apa itu kesusahan?

Allah berfirman,

أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kemelaratan dan penderitaan serta digoncangkan (dengan goncangan yang dahsyat), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.
(Al-Baqarah, 2:214)

Ingat cerita Khabbab?

Beliau disiksa setelah diketahui keislamannya, dipanggang sehingga menitis air-air dagingnya.
Setelah sekian masa, maka beliau pergi menemui Rasulullah SAW, bukan dengan niat untuk merungut pun, cuma ingin Ar-Rasul mendoakan akan pertolongan Allah datang kepada orang-orang yang disiksa.

Tahu jawapan Rasulullah?
Baginda SAW menceritakan tentang kisah siksaan orang-orang terdahulu.
Ada yang digergaji badannya, ada pula yang disikat dengan sikat besi dagingnya.
Dan mereka kesemua tidak pun merungut, kerana yakin akan aturan Tuhan.
Dan dikatakan, kamu, Khabbab, terlalu gopoh.


Oh, itu kisah Khabbab Al-Arat. Yang dahsyat pengorbanannya, yang terkenal sebagai guru besar dalam bekorban. Yang sampai menitis air daging disiksa beliau, tapi, yang beliau lakukan hanyalah berjumpa Ar-Rasul untuk mendoakan agar pertolongan Allah tiba, dek tak tahan dengan ujian itu, tapi Ar-Rasul sudah mengatakan bahawa dia terburu-buru.

Hai, kalaulah begini pun tidak layak merungut, masalah kita tu, bolehke kira sebagai kesusahan?

layakkah ia dikategorikan Ba'sai waddhaarro wazulzilu?

Hrm... Renung2kan...