Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, November 16, 2010

Nikmat Hati


Perlu saya akui, setelah sekian lama post demi post berlalu, tapi tidak hadir pula post-post yang mirip dengan post-post dahulu, yang selalu disangkut pada kata hati, pada frasa perasaan. Ada juga saya cuba untuk bermuhasabah. Apakah telah lenyap hati dari jiwa ini?
Ya Allah, Iftahli Babul Qalbi minal Quranil Karim.

Dulu cukup terang keresahan yang minimpa diriku. Sering sahaja hatiku terusik dengan percaturan tuhan. Ada sahaja yang dirasakan tak kena. Mudah benar mengalir butir-butir airmata, selalunya dek terlintas rasa kecewa dengan diri, rasa tak mampu, rasa tidak cukup. Ada juga terlintas perasaan yang mencucuk, yang cukup dalam, melayan perasaan hiba.

Ah, pernah sekali, aku meronta-ronta dengan kesedihan. Aku terlampau sedih tatkala diletakkan dirumah dengan keadaan yang terbatas, tak mampu untuk keluar, duduk dan terus duduk di rumah. Waktu itu aku menangis, aku merayu-rayu pada Allah, perasaan hamba itu... Oh, sungguh aku rindukan!

Pernah sekali aku terasa seolah ditembak. Manakan tidak, dalam penuh suci niat dan jernih azam untuk mengislahkan ummat, aku dihamburkan dengan jahiliyyah super. Sini sana penuh manusia berlompat-lompat. Pedih. Waktu itu aku sekali lagi menangis. Aku menjerit dalam hati. Merayu-rayu pada tuhan. Oh, Tuhanku! Mana hilangnya perasaan hamba itu?

Satu ketika itu, aku berasa malu dengan diriku sendiri. Yang tidak mampu untuk menyalurkan segala kekuatan dan kemampuanku untuk Allah. Yang hanya aku mampu lakukan, hanyalah duduk dan membaca. Sekali sekala berbual dengan rakan-rakan satu saf yang lain. Aku rasa sangat kecewa. Tidak mampu untuk mengejar Allah. Tapi kini, mana pergi sifat dan perasaan itu? Oh Tuhan, apakah Kau telah cabut nikmat kehambaan dalam jiwa ini?

Sungguh, kini, dulu dan selama-lamanya, aku tetap adalah HAMBA. Status ini TIDAK akan berubah tidak kira apapun yang berlaku. Maka hati, percayalah. KAU ITU HAMBA!!!

Sesaat tercabutnya perasaan hamba itu dalam diri ini, maka pada waktu itu, tidak berguna lagi nyawa yang masih menjiwa.
Oh Tuhanku, Aku merayu dan meminta, agar kau kembalikan perasaan hamba dalam diri ini. Kau lembutkanlah hati yang semakin mengeras ini, janganlah kau palingkan aku setelah kau beri hidayah.
Aamin.

Wednesday, November 10, 2010

Pemancing




Attachment file

Mari mari mari~
kita jadi pemancing hati~
Supaya nanti kan ramai lagi~
yang terus dan terus memancing setiap hari~

Mari mari mari~
jangan bertangguh walau sekali~
takut nanti ramai yang lari~
maka marilah memancing dengan santunnya sekali~

Mari mari mari~
Pemancing hakiki kerjanya diperhalusi~
tingkatkan teknik, utamakan prioriti~
Fiqhul Dakwah dihadam dengan amali~


YA AYYUHAL MUDDATSIR.
QUM!!! FAANZIR!


Sunday, November 7, 2010

Cukupkah?

Di saat ummat menangis, dan aku pula ketawa, sering terpacul soalan-soalan dalam benakku.
Apakah aku ini terlalu keras dan hitam hatinya, sehingga sanggup dan sampai hati berlaku sebegini?
Apakah aku tidak merasai kasih sayang Ar-Rasul junjungan, sehingga aku tidak berasa bersalah untuk berehat dan bersenang lenang?

Ar-Rasul, sebelum kerasulan, sudahpun runsing dan tertekan dengan akhlak dan perilaku arab jahiliyyah, sehinggakan baginda terpaksa beruzlah memencilkan diri didalam gua untuk berfikir dan menenangkan diri. Ya, baginda mencari jalan keluar kepada permasalahan yang melanda ummat. Ini sebelum kerasulan. Sebelum menjadi rasul sekalipun, baginda memang mencari. Bukan sekadar menunggu. Maka sangat zalim dan bodohlah kita andai kita hanya menunggu naqib naqibah yang mengatur perjalanan tarbiyyah dan dakwah kita. Sangat sangat.

Tatkala mendapat perintah untuk bangun dan berilah peringatan(Surah Al-Muddatsir), Baginda terus punya mentaliti tajmik, takwin dan tanfiz yang sangat giga dan mega. Baginda tidak menunggu kalam-kalam Allah yang seterusnya untuk memulakan dakwah. Baginda tidak menunggu cadangan dari Allah untuk men-DF mamat A, ataupun mamat B, hendak buat apa dan sebagainya. Baginda terus, ya, TERUS BEKERJA, sehingga terpacul kata-kata terkenal,
Sudah Berlalu Masa Tidurku
Timbul pula persoalan tentang pengorbanan
Adalah sangat jahil andai kata kita mempersoal pengorbanan baginda dalam menyampaikan risalah Allah. Demi memastikan sinar islam itu sampai kepada KITA hari ini, Baginda solat dalam keadaan diletakkan usus unta diatas leher baginda ketika sujud. Demi menyampaikan makna Islam kepada KITA hari ini, baginda pernah dibaling dengan batu oleh orang-orang gila dan kanak-kanak yang diupah ketika di Thaif, sehinggakan darah baginda menitis membasahi sepatu baginda. Demi KITA, baginda telah tercedera di pipi ketika Perang Badar. Demi KITA, Baginda telah dihentam bertubi-tubi, dicaci maki, dituduh gila, dituduh dengan berbagai tohmahan dan ejekan. DEMI KITA. Baginda tidak pernah merungut, kecewa ataupun berputus asa apabila ummatnya sendiri menolak baginda. Baginda terus melangkah, kerana baginda tahu dan yakin, hidayah itu milik Allah, dan ia boleh datang pada bila-bila masa. Maka sangat zalim dan kejam serta salahlah kita andai kata kita berputus asa pada orang yang kita seru, atau kita merungut dan marah dengan tindak tanduk mad'u, sedangkan baginda sanggup melalui semua itu untuk KITA. Sangat lemah jugalah KITA, andai kata segala tohmahan dan ejekan yang dilemparkan pada kita telah menyekat pergerakan dan harakah KITA. apakah kita tidak punya rasa malu untuk kita mengaku ummat seorang nabi yang super qowiyy, sedangkan kita tidak sanggup untuk melalui "selumbar benang dari seluruh pakaian" yang telah baginda lalui?

Baginda membina rijal-rijal, jauh lebih awal daripada baginda sibuk membina angkatan tentera. Bukankah antara ciri daei mu'min yang kita imani adalah tajarrud, zuhud, mengelak fitnah, menangani mehnah, dan berseni dalam memimpin ummat? Apa itu mengelak fitnah? Apakah tidak jelas tarbiyyah Ar-Rasul kepada Bilal bin Rabah, kepada Khabbab Al-Arrat, kepada Abu Dzar Al-Ghifari? Kalau difikirkan logik akal, boleh sahaja mereka memberontak, menentang kezaliman yang dilakukan keatas mereka, melawan ketua mereka dengan alasan yang sangat kukuh, kerana hakikatnya mereka telah diseksa dengan kekejaman yang sangat lah tidak adil. Hanya kerana menjaga iman, mereka diseksa sehingga hampir sahaja tercabut roh dari jasad, tapi mengapa, persoalan disini adalah mengapa, mereka tidak memukul semula? Mengapa mereka hanya bersabar? Hakikatnya ini adalah untuk mengelak fitnah. Kita tidak mahu mereka yang sememangnya ada kemampuan untuk membalas penyeksaan ke atas mereka(Bilal misalannya, adalah hamba yang sangat tegap dan kuat, boleh sahaja dipukulnya semula Umaiyyah bin Khalaf)Tapi seandainya ini yang berlaku, pasti ada gelombang fitnah yang akan mengatakan islam melahirkan hamba-hamba yang memberontak. Maka diajarnya untuk bersabar. Sehingga lah tiba masanya. Apakah KITA hari ini benar-benar tajarrud dan sabar dalam menghadapi mehnah, ataupun kita asyik sahaja merungut dan ingin memberontak serta ingin membalas dendam? Kalau para sahabat dulu ditegur nabi kerana 'gopoh' dalam meminta pertolongan Allah, apa pula agaknya kata Nabi melihat gelagat KITA?

Sememangnya, sangat jauh untuk KITA samakan diri kita dengan Ar-Rasul. Cumanya pada hari ini, marilah KITA sama-sama bermuhasabah, cukupkah segala apa yang kita lakukan untuk KITA layak dipandang oleh Allah sekalipun. Atau, adakah pada hari yang Besar itu nanti, Allah akan hanya berpaling dari KITA, kerana kita ini terlalu tidak signifikan dalam perjuangan untuk Ad-Deen? Ketahuilah, segala ilmu yang KITA ada, datang bersama tanggungjawab. Maka tanyalah, apakah perjalanan tarbiyyah yang kita lalui dari dulu hingga sekarang tidak mengembangkan rasa tanggungjawab KITA? Periksalah semula, hakikatnya, segala yang KITA lakukan tidak pernah cukup, hatta untuk membalas nikmat sebelah mata sekalipun. Maka marilah berhenti dari merasakan cukup, buang lah jauh-jauh, kerana hakikatnya, amalan yang kita lakukan hari ini, saaaaannnngggaaatttttlah tidak cukup. Semakin hari, semakin tidak cukup, kerana semakin hari makin banyak yang kita pelajari.

Ya, para ikhwah sekalian. Bangkitkanlah singa-singa dalam dirimu. Aku yakin ia sudah lama menunggu untuk dikejutkan.
Sungguh, Aku merindui negeri ini dipenuhi RIJAL-RIJAL seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah, Muadz bin Jabal, dan Salim(hamba Abu Huzaifah).-Umar Al-Khattab-
Bangkitkanlah semangat daei itu! Jangan sekali kau rasa terperosok di dalam bumi, kerana hakikatnya tempatmu adalah diatas bumi, untuk kau bergerak diatasnya, dan kau hanya perlu berhenti setelah tercabutnya roh dari jasad, maka pada kala itu, melekatlah kau dengan bumi, kerana tiada lagi amalan yang bisa menyelamatkanmu setelah itu.

Betul, yang KITA buat setakat ini BELUM CUKUP!
Jangan tidak percaya, usaha KITA ibarat HABUK sahaja!
Mari, ganda dan gandakan usaha KITA. Apalah guna tenaga yang ada dibiarkan kering dek dimamah usia, sedangkan dakwah senantiasa menunggu rijal-rijal sepertimu menyalurkan sepenuh tenaga untuk menjulang kalimat Allah! Bangunlah!

Ya Ayyuhal Muddatsir. QUM, FAANZIR

Friday, November 5, 2010

Hatinya, maka selamilah~


Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah....

Wahai para duat, berjaga-jagalah!

Ternyata, bukan senang untuk seorang murabbi membawa satu liqa' yang berjaya. Berjaya dalam erti kata liqa' itu hidup, baik selepas bacaan al-fatihah, mahupun setelah bacaan tasbih kifarah. Hidup dalam erti kata membina, dan senantiasa penuh dengan keimanan dan pergerakan.

Maka berbagai formula dirangka dan dicipta, dengan harapan menjadi garis panduan untuk
penggerak-penggerak baru membuat langkah-langkah pemula. Menjadi pencetus kepada apa yang bakal dilaksanakan. Wujudlah berbagai cara untuk 'masuk' dan terus 'masuk' ke dalam jiwa dan perasaan seorang mad'u. Ya, itulah prioriti KITA!

Masuk dan terus masuk dalam diri dan orang yang kita seru. Perubahan yang kita harapkan bukan datang hasil semburan perkataan dan kata-kata dari KITA. Ia mestilah perubahan yang datang dari dalam. Perubahan yang KITA harapkan mestilah berdasarkan kefahaman, bukan atas dasar tekanan. Bukan atas dasar paksaan. Yang ingin KITA seru adalah ISLAM, milik Rabbul A'lamin, Dia yang akan memberi hidayah itu, bukan KITA. Maka apakah wajar jika kita terus menyembur mad'u kita dengan jutaan kata-kata, apakah wajar kita bedah jutaan bahan dengannya sedangkan tidak sesaat pun kita luangkan untuk mendalami dan memahami dirinya? Tidak pernah pun kita berikannya ruang untuk meluahkan apa yang dirasainya, tidak pula kita luangkan masa untuk melihat dari kacamatanya.

Janganlah terlalu asyik menceritakan tentang cita-cita Islam, melihat negara dan tamadun yang masih jaaaauh dari terbentuk, kerana hakikatnya Ar-Rasul tidak pernah berbincang dengan para sahabat tentang pentadbiran negara selagi belum tiba masanya.
Berbincanglah dibawah tajuk Iman, dibawah tajuk Tazkiyyatun Nafs, di bawah lembayung Islam.
Bukan tergopoh dengan segala ketamadunan yang kita buru. Hakikatnya, yang kita mahukan adalah individu yang sempurna 10 muwasafatnya, bukan individu yang sekadar tahu cita-cita yang kita idamkan.

Dan pastinya, jangan pernah kita lupakan kepentingan mendalami diri mereka.
Apakah kita sangka cukup dengan taburan hujjah dan kisah mampu membentuk seorang muslim yang benar-benar muslim?

Apakah dulu KITA tidak pernah rasa terkejut, hiba, takut, risau selepas mengerti kebenaran?
Dan bukankah KITA merasakan sangat perlu untuk seorang manusia mendengar dan memahami keadaan KITA pada kala itu? Bukankah fitrah KITA inginkan tempat berteduh, tempat berlindung?
Benar, hakikatnya hanya Allah-lah tempat segala masalah diadukan.
Tapi bagaimana perkembangan kita dahulu? Apakah kita mengharapkan mad'u kita terus faham dan mendongak tanpa rasa takut? Eh, jangan sekali kita lupa perjalanan kita.

Semua perubahan itu bertahap. Bagaimana mungkin kita harapkan biji benih kan menjadi pohon dalam masa sesaat! Masa itu juga tarbiyyah. Yang penting, pastikan mad'u kita merasai kehadiran kita sebagai tempat meluahkan rasa. Tempat menceritakan keperitan. Menceritakan keresahan dan kesedihan. Semakin banyak yang dilaluinya, semakin sedih dan hiba hatinya.
Bak kata Ar-Rasul, "Jika kau tahu apa yang aku tahu, nescaya kau akan lebih banyak menangis dari ketawa".
Pastinya kebenaran itu hadir dengan penuh rasa pahit. Mana mungkin sedemikian mudah untuk kita melepaskan segala jahiliyyah dengan sekelip mata.

Maka, nasihat buat semua para duat yang membawa panji Islam, perubahan itu bertahap, dan janganlah kita mengharapkan hujan turun sebelum adanya langit yang mendung. Dikhuatiri, air yang turun dari hujan tanpa awan, tidak pula basah, jauh sekali menumbuhkan.
-Dipetik dari kata-kata Sheikh Abu Ala Al-Maududi-


Tuesday, November 2, 2010

Ketatnya Tajarrud..



Pernah, sewaktu dahulu aku tertanya-tanya, mengapa tidak kita gunakan segala 'ghazwah' yang dilabuhkan demi menghancurkan kita, sebagai alat untuk kembali mengislahkan manusia.

Kenapa, tidak sahaja kita 'taslim'kan segala macam wahan keduniaan, hiburan?
Kenapa, tidak sahaja kita 'ibrah'kan perjuangan Naruto, kisah cinta Romeo, ukhuwwah Digimon dan sebagainya?

Kunci kepada persoalan itu, adalah tajarrud.

Islam, SEPENUHNYA.

Suci dan bersih dari segala macam bentuk kekotoran, hatta sebiji habuk sekalipun tidak tersisa diatasnya. Ibarat bayi yang bersih, ditanggalkan segala macam pakainya: tanpa sebarang litupan lain, yang tinggal hanyalah ISLAM. Inilah tajarrud. Inilah yang diajarkan Para Rasul dan Nabi, yang sewajarnya kita dalami.

Selagi mana fikrah seseorang itu masih belum kukuh dan utuh, selagi itulah, dia sebenarnya tidak mempunyai kemampuan untuk menapis segala yang disogok kepadanya. Selagi belum benar-benar jelas, selagi itulah belum ada Al-Farouq yang sibghah dalam benaknya. Selagi itulah, tajarrud itu perlu sangat ketat pengawasannya. Sangat teliti penilaiannya.

Ada yang bertanya, bagaimana jika seseorang itu ingin untuk terus bersama dalam pasukan Islam, tetapi dalam masa yang sama, masih punya rasa cinta pada dunia.
Hakikatnya, tiada jalan tengah antara Islam dan Jahiliyyah. TIDAK sama sekali. Apakah jawatan untuk memegang panji Deenullah itu murah harganya? TIDAK!!

"Allah tidak akan membiarkan orang-orang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, hingga Dia membezakan antara yang baik dan buruk."
(Ali Imran, 3:179)

Ya, Dia akan membezakan kita, siapa yang benar-benar ikhlas untukNya, dan siapa pula yang munafik dan berpura-pura dalam perjuangan ini.

Ada satu analogi yang cukup keras dan jelas dalam menerangkan hal ini.
Jika terdapat 2 pasukan bolasepak, setiap satunya berjumlah 10 orang. Andai kata anda mengaku anda ahli pasukan Islam dan anda memakai baju pasukan Islam, tetapi anda berperlakuan seperti ahli Jahiliyyah, anda bergerak sehaluan dengan Jahiliyyah, bekerjasama dengan ahli pasukan jahiliyyah, mengiyakan apa yang diserunya, maka apakah status anda? Bukankah anda telah mengurangkan jumlah pasukan Islam, di masa yang sama menambahkan jumlah pasukan Jahiliyah? Apakah anda merasakan yang Pengurus Pasukan Islam(Allah) tidak berhak untuk mengeluarkan anda dari pasukan Islam?
Its either white, or black, no shades of grey.
Lakum deenukum wa liya Deen
Ingatlah, bukan Islam yang perlukan KITA, tapi KITA yang perlukan Islam.

Tanpa tajarrud, tidak mungkin akan lahir rijal-rijal yang sejahtera iman dan taqwanya, kerana hakikatnya, tajarrud itu adalah satu hasil selepas sebatinya iman dalam jiwa. Jelasnya taqwa dalam benak. Lantas, apakah misi perjuangan KITA? bukankah buah yang kita dambakan adalah buah qaedah sulbah dari pepohon Islam yang benar? Tajarrud bagi Muslim umpama Akar bagi Pokok. Tanpa akar, matilah pokok, tanpa tajarrud, pudarlah islam.

Kalau ada yang menyoalkan, kenapa terlalu ketat? tidakkah boleh dilonggarkan?
Kalaulah Abu Dzar sanggup meletakkan mukanya diatas tanah untuk dipijak gara-gara takut akan murka Allah, gara-gara takut masih tersisa karat-karat Jahiliyyah dalam dirinya, semata-mata kerana hal yang cukup halus jika nak dibandingkan Jahiliyyah masa kini, maka apa lagi bentuk kelonggaran yang kita mahukan?

Tajarrud bukan sekadar bersih dari jahiliyyah, malah ia juga melambangkan kesucian dan kemurnian, serta kesempurnaan dan kejelasan Islam. Tanpa ada apa-apa pun yang membatasinya. 'Adil dalam melambangkan apa itu Islam yang sebenarnya.

Longgarnya tajarrud yang kita kenakan pada bawaan kita, maka semakin kaburlah definisi islam pada mereka. Dan longgarnya tajarrud yang kita kenakan pada DIRI KITA sendiri, maka semakin hanyutlah kita dalam ombak yang serba keliru dan kelabu.

Setiap tindakan kita, tanyakanlah, adakah ini untuk dakwah secara tidak langsung untukku, ataukah adakah ini untuk aku secara tidak langsung untuk dakwah.
Sibghah kah islam dalam KITA?