Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, July 21, 2010

Apa Erti Kesusahan?

Apa agaknya erti kesusahan ye?

Cuba kita fikirkan sama-sama. Adakah apa yang kita alami, yang tidak kita gemari, bulih diklasifikasikan sbg kesusahan?

Kita merungut, soklan exam susah. Kita kata, ini susah nih, kena pergi jauh-jauh nak join program Tarbiyyah. Kita cakap, ujian nih, susah, duit dah x cukup. Kita cakap lagi, susah nih, mad'u keras. Kita merungut lagi, kata, tak cukup masa. Malah, kita sempat bersungut lagi, penat la, itulah, x ada transport la, inilah, dan kata, semuanya susah.

.

.

.

tahukah kita apa itu kesusahan?

Allah berfirman,

أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kemelaratan dan penderitaan serta digoncangkan (dengan goncangan yang dahsyat), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.
(Al-Baqarah, 2:214)

Ingat cerita Khabbab?

Beliau disiksa setelah diketahui keislamannya, dipanggang sehingga menitis air-air dagingnya.
Setelah sekian masa, maka beliau pergi menemui Rasulullah SAW, bukan dengan niat untuk merungut pun, cuma ingin Ar-Rasul mendoakan akan pertolongan Allah datang kepada orang-orang yang disiksa.

Tahu jawapan Rasulullah?
Baginda SAW menceritakan tentang kisah siksaan orang-orang terdahulu.
Ada yang digergaji badannya, ada pula yang disikat dengan sikat besi dagingnya.
Dan mereka kesemua tidak pun merungut, kerana yakin akan aturan Tuhan.
Dan dikatakan, kamu, Khabbab, terlalu gopoh.


Oh, itu kisah Khabbab Al-Arat. Yang dahsyat pengorbanannya, yang terkenal sebagai guru besar dalam bekorban. Yang sampai menitis air daging disiksa beliau, tapi, yang beliau lakukan hanyalah berjumpa Ar-Rasul untuk mendoakan agar pertolongan Allah tiba, dek tak tahan dengan ujian itu, tapi Ar-Rasul sudah mengatakan bahawa dia terburu-buru.

Hai, kalaulah begini pun tidak layak merungut, masalah kita tu, bolehke kira sebagai kesusahan?

layakkah ia dikategorikan Ba'sai waddhaarro wazulzilu?

Hrm... Renung2kan...


No comments:

Post a Comment