Kalamullah

Kalamullah

Thursday, August 12, 2010

Api kelam, bercahayalah!



SubhanaAllah. Satu lagi hari penuh dengan nikmat Allah. Penuh dengan kurniaanNya.

Pernahkah kita terfikir, sampai kapankah perjuangan ini akan usai?

Oh Tuhan, janganlah kau jauhkan hati ini dari Ad-Deen mu.
Kegusaran pasti akan timbul, tatkala kita merasakan seolah-olah sudah hilang 'bekas-bekas' cahaya dalam hati ini. Mula terasa berat, mula terasa seolah-olah tiada tujahan untuk terus kedepan. Hatta untuk melakukan ibadat-ibadat khusus sekalipun, terasa seakan malas, seakan berat.

Ah, mana mungkin aku biarkan kefuturan ini terus meraja dalam jiwa. Akan aku tentang, akan aku perjuangkan kalimah syahadahku. Mana mungkin, aku biarkan segala-galanya tergadai semata-mata kerana kejatuhan himmah dari dalam diri ini. Oh Tuhan, kau uji hatiku dengan perasaan keduniaan. Mungkinkah kerana kebongkakkan aku yang mendakwa aku takkan bisa tergoda dek kemewahan dunia? Oh tuhan, ampuni kejahilan hambaMu. Aku sedar, bukan aku yang menang, tapi engkaulah yang menangkan sesiapa yang kau ingin menangkan.

فَلَا تُزَكُّوٓاْ أَنفُسَكُمۡ‌ۖ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰٓ
.....maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa. (An-Najm, 53:32)


Terima kasih Al-Quran. Terima kasih Allah. Kau betulkan aku sejurus selepas kau dapati aku tersasar dari jalanMu.

Janganlah kita sekali-kali mendakwa kita bebas dari apa-apa ujian. Kerana sesungguhnya, Dialah yang menentukan tiap-tiap perkara itu. Mungkin kita rasa kita tidak akan tergoda dengan keduniaan, tapi Dia boleh hilangkan minat kita terhadap akhirat, hinggakan kita hilang semangat dan kekuatan untuk terus beribadat kepada-Nya. Dia hilangkan rasa cinta kita kepadaNya, sehinggakan terasa cukup berat untuk menitiskan air mata.

Ya Ayyuhal Ikhwah. Marilah sama-sama kita bermuhasabah kembali, lemahnya jiwa kita ini. Jangan mudah rasa senang dengan amalan kita, kerana sesungguhnya, kita belum tahu sejauh mana nilaian Allah terhadapnya.
Maka,
Fastabiqul Khairat~

No comments:

Post a Comment