Kalamullah

Kalamullah

Monday, April 21, 2014

Syurga?



Aku berkira-kira... lebih 23 tahun aku sudah menumpang di bumi Allah...
ya, satu jangka masa yg panjang.

Aku terfikir... berapa banyakkah dosaku?

****

Hari ini, ada beberapa peristiwa yang mengetuk-ngetuk hatiku yang lesu

Semuanya, disusun khas oleh Allah swt untuk mengajarkan aku sesuatu... Allahu.. Saat aku ingkar, menutup mata dan hatiku, menolak kewajipan², berlaku fasiq.. Allah masih tidak jemu-jemu menyusun perisitiwa dalam kehidupanku untuk terus mendidik.

Tidakkah Allah itu terlalu penyayang?

1,
Tadi aku sempat menziarahi seorang ustaz yang sangat ditsiqohi. Qudwah buat kami syabab² yang terlalu mentah di jalan dakwah. Terlampau banyak mutiara yang dikongsikan, semoga Allah sahajalah yang membalas kebaikan² ustaz...

Ada satu masa kami berbual tentang seorang lagi ustaz yang duduk tidak jauh dari rumah kami.
Seorang lagi qudwah.
Kesusahan² yang beliau hadapi, tetapi masih setia dan sungguh² melaksanakan amanah dakwah.. Mampukah aku bertahan nanti saatku diuji?
Dan.. dicelah semua itu.. Dia sentiasa membantu manusia lain.
Aku yakin, saat Allah mengambil dirinya kembali suatu hari nanti, pasti seluruh penduduk kariah akan terasa kehilangannya. Kerana dia terlalu banyak memberi. Sehingga manusia lain pasti akan terasa kehilangan dirinya. Berapa ramai yang akan merasai pemergian ku nanti, dengan keadaan ku sekarang yang terlalu sedikit memberi? Yang asyik bermain difikiranku... Apa balasan untukku? Bagaimana aku ingin hidup esok? Apa keinginan nafsu ku. walhal....

Gambaran seorang al-akh yang berjuang..
"hadiah" buat muslimin disekelilingnya
kerana kebaikan yang dibawanya, manisnya dinikmati semua.

2,
aku ditegur seorang ikhwah...
kerana kecuaianku..
Tidak menyempurnakan masuliah ku..
Katanya, kendurnya aku, punya impak negatif pada lain..
Masalah yang timbul, bahkan puncanya juga dari aku!

tergamam aku dibuatnya... rupanya, kelalaianku, keculasanku, telah memberi kesan pada ikhwah di sekelilingku!

Aku termenung....
Begitu banyak kecuaianku..
Jauhnya aku dari gambaran ideal seorang Al-Akh..
Syurga?

Oh layakkah aku...

Bahkan membaca syurga yang punya peringkat-peringkat..
membuatkan aku tertanya
di tingkat berapakah tempatku
Oh tidak.. aku bahkan bertanya, apakh punya tempat utkku disana..