Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, December 23, 2014

Wahai langit, ajarkan aku...



Ada masa-masa
terlintas di kalbu gersang
rasa sedih... rindu...
bahkan rindu yang takkan mampu ku ungkapkan dengan kata-kata

Sering aku cuba
ku simpan hasrat yang tinggi
rasa yang ku cita-cita..
Oh, alangkah gersangnya jiwa

solat yang makin tidak khusyu
tilawah yang makin kering
muhasabah yang makin mengantukkan
Ya Allah, ampunkan dosaku

Wahai langit, ajarkan aku...
bagaimana kau mampu menangis, menangis dan menangis lagi
aku cuba, paksa, malah sungguh-sungguh mencuba
tapi gagal... mata masih kering.. jiwa makin gersang

Wahai langit ajarkan aku....
Kau yang taat masih bisa menangis
Mengapa aku yang derhaka begitu sukar?
Bukankah aku lebih memerlukan air mata daripadamu!

Wahai langit, ajarkan aku...
Apa erti muhasabah, apa erti menyesal, apa erti taubat
Kerna ku khuatiri, jiwa ini makin gersang
Hinggakan tiada tasbih dan zikir yang mampu menyuburkannya

Barangkali dalam jiwa sudah tiada rasa cinta
Sudah tiada cinta pada Allah
Yang dulunya jadi antara sumber
Demi cinta, ku lakukan semua

Teramat sangat lah aku takut
Jika nantinya terpampang
Amalku kosong
Rupa-rupanya semua rentung dibakar ulat

Aku rindu.. terlalu rindu... masa-masa sujudku dapat menginsafi dan membuatku ter-esak menangis dosa

Aku rindu... qiyam menjadi tempat luahan seluruh isi hati

aku rindu... tilawah menjadi sumber muhasabah yang menyegarkan..

aku rindu... mata basah menangisi dosa-dosa...

Wahai langit, ajarkan aku... bagaimana untuk menangis kembali

Sunday, December 14, 2014

Dakwah yang Inclusive...



Kecintaan kita pada dakwah ini, berasaskan beberapa prinsip...

1- Awwalan, dakwah ini adalah untuk kita, bukan untuk orang lain...
Kita akur bahawa Allah swt telah menciptakan kita sebagai abid dan khalifah, dan Allah swt telah menyusun hidup kita sehingga kita diberikan peluang untuk memahami ajaran Islam yang mulia ini. Dari sini, kita telah memahami, bahawa syahadah yang kita nyatakan berhbung terus dengan dakwah.Tanpa dakwah, barangkali syahadah kita juga bakal dipersoal. Maka amal dakwah ini kita cintai kerana ia adalah amanah untuk kita, peluang yang Allah swt telah bukakan untuk memasukkan kita ke dalam syurga. Besarnya ganjaran para pendakwah dicatitkan Allah swt di dalam surah Yasin, apabila menerangkan kisah Habib An-Najar, yang telah mendapat 'tiket ekspres' ke syurga, atas sebab dakwah yang dilakukannya. Hanya dengan menyampaikan kebenaran kepada kaum, maka beliau telah terpilih untuk masuk syurga tanpa hisab. SubhanaAllah.

2-Seterusnya, dakwah ini adalah cinta...
Ya cinta dan sayangkan kita pada manusia.. setiap makhluk.. kerana akhirnya kita ini meneruskan risalah dan perjuangan Ar-Rasul SAW yang sangat kita cintai.. Perjuangannya adalah untuk menjadi 'rahmatan lil alamin'... menyebarkan manfaat, menyebarkan cinta dan menyebarkan kasih sayang.
Aku sesekali menemplak diri sendiri, kerana aku mengaku bahkan sungguh-sungguh berusaha untuk kononnya menjadi seorang pendakwah. tetapi, betapa terhirisnya, apabila pernah sekali datang teguran daripada Allah swt, melalui seorang al-akh yang sgt dihormati.

"Adakah kita ini seorang pendakwah, ataupun semata-mata seorang pengurus dakwah?"

Ah.. soalan yang terus saja menampar wajahku yang penuh keegoan.
Benar, bahkan tepat sekali.. Selama ini, aku adalah seorang pengurus dakwah. Aku lihatkan dakwah ini secara mekanikal, dan kononnya strategik. Aku perhatikan pembesaran piramid dakwah, aku risau dan khuatirkan penguasaan bahan adik-adik binaan. Aku resah memikirkan taqwim yang banyak tertangguh, aku sensitif dan sangat peka tentang ruh jihad kumpulan penggerak.

Tapi... apakah aku ini seorang daie?

Tidak wajar, orang yang meng-operasi-kan dakwah, hanya memikirkan perkara di atas, kerana perkara di atas boleh difikirkan oleh sesiapa pun, hatta dia tidak pernah melalui tarbiah sekalipun.
Perkara di atas tidak ubah seperti satu checklist tugasan seorang eksekutif syarikat, yang bertanggungjawab memastikan pengkaderan yang tersusun.

Tapi... apakah itu yang dimaksudkan sebagai daie?

Daie adalah individu yang terbina imannya, sehinggakan kemanisan dan cahayanya memercik kepada sesiapa sahaja disekelilingnya.
Daie adalah pusat rujukan masyarakat tentang isu-isu harian, sama ada isu yang melibatkan masyarakat seluruhnya, atau beberapa individu secara spesifik.
Daie adalah tempat mencurahkan perasaan hati, tempat mengadu permasalahan. Disenangi, dihargai, hadirnya disayangi, perginya terasa kehilangan.

Inilah dakwah yang inclusive...
Tapi, apakah dengan senario seperti ini, maka fasa 'takwinul rijal' berhenti? TIDAK... ia akan terus berjalan, berjalan dengan irama dan melodi yang indah, diserikan dengan kehadiran 'amal inclusive' tadi...

Kerana adalah tidak masuk akal,
Daie itu orang yang berprogram sehingga full setiap minggu, hatta jirannya sendiri tak pernah ditegur salam, diziarah dan saling berkasih sayang.
Tidak masuk akal,
Daie itu orang yang busy nya dengan operasi takwin luar biasa, hatta apabila masyarakat yang bukan dalam rangka takwinnya, tidak langsung dipedulikan.. Bila ada yang dtg bertanya masalah, sang daie terasa berat kerana seolah menerangkan pada non-focus nya, adalah amal dhoif..

Orang yang tidak mengikut liqonya, umpama orang yang tidak layak mendapat peluang merasai kemanisan Islam.Tidak dihiraukannya.. Kerana yang dirisaukan taadi, adalah apakah piramid dkawah berkembang.. apakah itu ini... penuh dengan urusan teknikal dan materialistik..

Daie itu orang yang kuat hubungannya dengan Allah, dan rahmat Allah hadir apabila wujudnya rahmat dengan makhluk...

Wallahua'lam

Sunday, November 23, 2014

Potret Da'wah



Seorang pelukis mengambil berus lukisannya... berhadapan dengannya terbentang sebuah kanvas. Ya, dia akan melukis sesuatu. Dirinya telahpun dikerumuni ratusan manusia yang melihat dengan penuh rasa minat. Semua ternanti-nanti apakah yang bakal dilakarkan; dengan harapan lukisan itu kan memberi satu kesan -  ledakan semangat yang makin pudar.

Itulah sedikit latar suasana di pekan Darul Taqwa. Manusia-manusia disana mencari inspirasi. Tekanan dunia dan arus kehidupan terus menjadikan hari-hari yang cerah, menjadi gelap dan kucar-kacir. Lampu-lampu jalan semuanya tidak lagi berfungsi, rosak barangkali disebabkan penyelenggaraan yang lemah, atau mungkin juga ia tidak lagi menyala hanyalah kerana manusia terlupa di mana suisnya. Kenaikan kos sara hidup, pencemaran luar biasa dan kemarau panjang semuanya menyumbang kepada penurunan mendadak pada kadar kualiti hidup.

Pekan itu seakan menunggu masa untuk ditutup. Kadar kematian sangat tinggi. Mengikut perkiraan, barangkali hanya tiga puluh peratus sahaja anak yang lahir akan terus hidup sehingga umur 25 tahun. Dan barangkali hanya kira-kira 10-15% sahaja daripada kumpulan itu yang akan terus hidup sehingga umur 60 tahun. Populasi pekan Darul Taqwa ada lah beberapa puluh ribu. Tapi daripada angka ini, entah besar mana peratusnya, adalah daripada lingkungan umur 30 tahun kebawah.

Kembali kepada pelukis tadi...
Manusia mengerumuninya kerana mereka mengharapkan satu inspirasi daripadanya
Kehidupan yang terlalu kusam dan memenatkan menyebabkan jiwa menjadi kosong dan berlubang. Badan yang kepenatan, ruh yang kering, senyuman yang melemah, semuanya memerlukan inspirasi. Memerlukan satu 'booster'. Maka mereka berdebar-debar menanti apakah yang akan dikuis-kuis kan oleh tangan sang pelukis tadi

Dalam hati pelukis tadi... tersimpan seribu potret
Fikirannya celaru, potret apakah yang wajar dilukis
Dia sedar peranannya untuk memberi ledakan
Dia sedar manusia kelilingnya seakan lesu, tidak lagi ghairah merancang pembangunan
Apa lagi hanya untuk menyelesaikan masalah lampu tak menyala tiada siapa peduli
Tiada siapa berdiri dan mengambil responsibiliti
Semuanya menunggu... menanti.. seolah-olah Tuhan Yang Maha Kaya akan menurunkan wahyu
Seolah-olah mengharap akan turun Nabi Isa AS untuk menyelesaikan semua masalah mereka..

Pelukis tadi pincang
Apakah dia harus melukis awan-awan syurga
berhias anggur dan permata
untuk memberitahu pada manusia semua
bangunlah, ubahlah sikapmu yang malas dan lemah
supaya nanti kau beroleh syurga
hadiah mahal untuk pejuang yang ikhlas dan kuat

ataupun dia harus melukis neraka
kepanasan api hutomah
bersulam air daripada ainin aniah
Dan hiasan buah-buah tajam dari pohon ad-dhorii'
Supaya timbul rasa takut
Kesedaran untuk segera berubah
Supaya nanti tak diseret ke neraka
dihumban dan diseksa tanpa ada penghujung

Dia masih lagi memegang berus lukisannya
menggerak-gerakkan jari, sambil fikirannya terus berfikir
Bagaimana untuk menginspirasi?
Potensi yang ada pada manusia-manusia ini sangat besar
Kalaulah mereka sedar
Kalaulah mereka bangun dari tidur ini
Dan berhenti menjadi pemalas, dan semakin merasai tanggungjawab dan keutamaan

Pekan ini adalah pekan mereka. Pekan kita.
Mengapa harusnya kau bebankan pada sang pelukis?
Ini semua adalah peranan kita..
Mengapa kau menunggu pelukis untuk memberi inspirasi?
Tolonglah... Pelukis ini pn tidak kurang lemah.. tidak kurang cacat.. Tidak kurang bobrok hatinya..
Dia terasa tertekan.. Mengapa hanya dia yang melukis.. Mengapa hanya dia yang perlu memberi inspirasi...sedangkan dihadapannya ada potensi potensi yang hebat.. mengapa tidak mereka melukis? Mengapa tidak mereka memberi inspirasi? Mengapa mereka hanya menanti..?

Pelukis itu pernah menyepikan diri.. Menyorok dalam alasan.. Supaya tidak perlu melukis..
Tapi ternyata.. period itu adalah period hitam. Seluruh pekan terus bisu tanpa sebarang bunyi. Seolahnya, pekan itu tidak punya ketua.. Manusianya hilang arah tuju.. "Tiada lagi keperluan untuk hidup. Biarlah, kami semua akur untuk tidur.. sehingga pelukis itu pulang.." kata-kata yang terlepas ke telinga sang pelukis.. yang pedih, tajam bahkan terlalu amat menyedihkan..

Pelukis tadi mengesat air matanya.. dan meyakinkan hatinya.. Harapan itu masih ada.. Percayalah.. Ia lalu menanam hasrat.. impian.. Cita-cita
"Aku harus melahirkan lebih ramai pelukis"
Cukup lah aku penat melukis ribuan potret.. Seandainya potret itu hanya dapat memberi makna pada mereka selama beberapa hari atau minggu..
Kerana akhirnya, peranan ini perlu diwarisi.. Disebarkan dan dikukuhkan...

Ya, aku perlukan pelukis. Pelukis yang sanggup berjuang dan mengorbankan kemewahan peribadinya. Kerana aku ingin melukis potret dakwah.
Dengan warna-warni kehidupan





Sunday, September 21, 2014

'Hikmatus Syuyukh' ataupun sebenarnya malas?



Ok.. post ni mgkin sedikit kontroversi. ia hanyalah satu pandangan penulis, dan tiada kena mengena dengan mana-mana individu lain ye.
Dan nota dahi: post ni mungkin sedikit berat. tp sikit je, hehe

Antara kata-kata yang terkenal dalam dakwah dan tarbiah adalah "Hamasatus Syabab, wa Hikmatus Syuyukh". Maksudnya, semangat pemuda, dan kebijaksanaan sheikh/orang yang 'lama'. Selalu dengar? mesti la kot, kata dah famous..

Tapi ada satu part yang rasanya kita kena faham pada kata-kata ni. kalau tak, boleh jadi kita sebenarnya tengah salah faham.

Pertamanya, para duat hendaklah terdiri daripada mereka yang mempunyai semangat yang tinggi. SUPER TINGGI. bukan mereka yang cepat berserah, lembik, malas nak improve diri, akhirnya, menolak mas'uliyah dengan alasan, "Hikmatus Syuyukh...."

Anda rasa pelik? TIDAK. Ini fenomena yang sangat sering berlaku.

"Ana tak boleh akhi. Tak logik untuk ana buat benda tu. Jauh sangat tu. Ni kena suruh orang lain ni. "

"Anta ni semangat semangat je akhi... ana ni dah consider banyak benda, tak possible buat tu.. Hikmatus Syuyukh sikittt..."

Adakah alasan seperti ini wajar diterima...??

Cuba kita ingat kembali...

Sewaktu kita masih 'baru' dalam tarbiah, semangat kita meluap-luap. Kita rasa kita nak lakukan semua amal yang boleh. Nak sangat kerah seluruh kudrat untuk Islam.

Ada tawaran amal, sekelip mata kita jawab, "BOLEH!"
Kena menyampai, "BOLEH!"
Bawak usrah jauh, 4-5 jam travel, "BOLEH!"
Pergi program jauh super, mahal $250, "BOLEH!"

Semuanya boleh.. semuanya penuh dengan optimisma dan semangat yang membara... syurga terasa begitu hampir... sangat hampir..

umpama kisah anas bin an nahdar... yang dapat mencium bau syurga di medan Uhud... begitu 'real'..

Tapi, apa terjadi bila kita dah lama ikut tarbiah? Terasa semakin mulia dan semakin 'high-chance' masuk syurga kah, sampaikan kita semakin 'layak' menolak peluang2 amal?

Dewasa ini, semakin sering terdengar sayup-sayup alasan daripada para daie, bahawa kononnya mereka-lah orang paling busy di dunia. Mereka-lah orang paling x cukup duit. Mereka-lah orang paling pening, banyak masalah dan sebagainya.

Bila diseru untuk beramal, maka terhamburlah jutaan alasan men'justify'kan kenapa mereka tidak boleh....

Dakwah ni dah penat asyik dengar alasan para daie, tahu?

Apa jadi pada ayat Allah swt, "ٱنفِرُواْ خِفَافً۬ا وَثِقَالاً۬"   ?
Firman Allah swt " وَجَـٰهِدُواْ فِى ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ" pula bagaimana?
Apakah kau dah lupa seruan "إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَ‌ۚ "  ???

Wahai Ikhwah yang dikasihi....

Dakwah ini jalan perjuangan... Jalan Pengorbanan... Jalan Mujahadah.. Jalan Para Pencinta Syahid...

Kalau kita nak ikut dakwah... semata-mata sebab nak ikut.. supaya orang cakap kita bagus.. dan tak sanggup nak memberi, memberi dan memberi.... kita masih nak hidup seperti orang lain, ada masa banyak, hidup tak serabut, sentiasa cukup rehat dan sebagainya....

Maka barangkali kita tersilap. Kerana orang yang ikut dakwah, patutnya dalam pemikirannya, sudah bersedia untuk hidup susah. Sedia untuk tidak lagi hidup dalam kehidupan yang 'aman, tenteram, stabil'.... sebab matlamat kita akhirat, jadi apa-apa kesusahan di dunia ini terasa amat kecil dan sempit. Jiwa kita meronta-ronta untuk masuk ke syurga.. tak tahan dah duduk dunia ni.

Jiwa kita akan selalu menyanyi dengan ayat-ayat seperti " أَرَضِيتُم بِٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا مِنَ ٱلۡأَخِرَةِ‌ۚ" supaya kita tidak leka.

" نَصۡرٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٌ۬ قَرِيبٌ۬‌ۗ" bisik hati tiap kali berdepan dengan masalah dan kesempitan.

Semuanya kerana kita mendambakan syurga  yang abadi... janji Allah kita semat erat-erat...
 إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

Semua ini hanya dapat dirasai oleh jiwa yang hidup!!!

Dialami oleh hati yang beramal. Roh yang dalam medan perang!



Terutama buat mereka yang baru pulang ke tanah air...
Antum akan merasai satu dilemma yang luar biasa... kata orang, 'adjustment period'... suasana terasa asing.. semua berbeza.. dulu seakan sangat senang beramal.. kini seolah penuh halangan.. belum diambil kira jadual pekerjaan.. tuntutan² peribadi yang lain dsb... Memang mencabar..

Pada masa itu, kita sekali lagi melihat, sama ada fikrah yang terbenam dalam diri al-akh tadi, dapat memandunya keluar daripada fitnah tersebut. Adakah kita akan terus mencabar potensi diri kita, atau kita akan redha dan mengalah... ikut sahaja lah flow yang ada... pasrah sahaja lah.

Memang......
Dakwah ni susah... kalau asyik fikir hamasatus Syabab... penat lah.. mana larat...
Impian kita memang besar, tp potensi kita sikit.. x mampu...


Inilah masanya untuk 'challenge' diri kita. Push diri kita untuk perform extra, better than expected.
Barulah ada hamasatus Syabab..

Akhir sekali.. Jangan lupa firman Allah swt...
مَآ أَنتَ بِنِعۡمَةِ رَبِّكَ بِمَجۡنُونٍ۬

Jangan takut jadi gila. Jangan takut buat kerja banyak. Tak larat, penat, susah.

Jangan takut semua ni!!

Kata Allah, dengan nikmat tuhanMu, engkau ni bukan nya gila pun.


Mampukah kita memperoleh ucapan sebegitu dengan Allah swt?
Dan percayalah... Kita ni tak gila pun

Segila mana pun kerja yang kita tengah buat, super hectic, tak masuk akal etc... ianya tak gila


Dan hanya mereka yang betul-betul 'menjual' diri mereka kepada Allah swt... akan dapat merasai nikmatnya tawakkal.. nikmatnya pertolongan Allah...

Banyak kisah, sesuatu yang luar biasa, tak masuk akal dan sangat mustahil, berjaya dilakukan oleh seorang al-akh.... kerana luar biasanya pertolongan Allah swt pada mujahid² ini..

Akhir kata, Hamasatus Syabab, wa Hikmatus Syuyukh


Jangan lah kita yang baru 20-30 tahun ni, anggap diri kita dah syuyukh dan tak lagi berhamasah.. sedangkan para asatizah, walaupun menjangkau 60-70 tahun, masih lagi penuh dengan hamasah, masih lagi turun riadah bersama kita, masih lagi qiyam dan tahajjud jauh lebih lama dari kita...

Semoga Allah kurniakan kita kekuatan, agar dapat terus melangkah ke arah tujuan

Jzkk

Wallahua'lam
Doakan saya



Monday, August 18, 2014

Cinta kan Dunia



Kita ini umpama pelumba basikal. Perjalanan kita jauh. Sangat jauh.
Cuacanya panas. Jalannya bengkang-bengkok.

Yang perlu kita ingatkan diri kita:

  • teruslah mengayuh, jangan berhenti
  • hasil di penghujung sangat menguntungkan, maka bersungguh-lah
  • Kepedihan sekarang berbaloi untuk pulangan yang semewah ini

Tapi ternyata sekali.. Perjalanan jauh ini memerlukan kita menyiapkan bekal. Perlunya kita menyediakan minuman yang cukup. Mungkin perlukan bekalan tenaga dalam bentuk minuman tenaga @ makanan tenaga.

Tapi dalam menyiapkan bekal ini, datangnya satu penipu besar. Dunia.

Penipu ini akan cuba melalaikan kita dengan kemewahan. Meningkatkan nafsu kita sehingga kita tergelincir cuba memuaskannya. Walhal, nafsu itu umpama sebuah lembah yang tiada hujung, semakin ditambah semakin kosong.

Akhirnya....
Kita terpesona dengan tipu helahnya. Kita membawa bekalan yang tidak diperlukan. Perjalanan yang memerlukan kita membawa sebotol air minuman, kita tertipu dan akhirnya membawa dua buah kotak minuman. Makanan tenaga sepaket yang diperlukan, tapi kita pula membawa beberapa bungkusan. Menyusahkan perjalanan, menyebabkan sukarnya utk mencapai matlamat.

Begitulah... Bekal yang patutnya membantu kita melalui perjalanan panjang untuk sampai ke matlamat, akhirnya menjadi penyebab lambatnya kita sampai. Atau lebih teruk, menjadi penyebab kita gagal untuk sampai ke matlamat.

Dunia sangat² lah perlu diawasi.. Kerap kali, kita terasa beriman saat dunia ditarik dari kita.. kita berasa cukup seadanya, dekat dengan Allah dsb..

tapi saat ia dihamburkan pada kita.. saat ia menjadi apa yang peroleh dengan mudah.. kita akan mula dihantui perasaan cintakan dunia.. dan lebih teruk, apabila kita menjadi manusia yang takut hilangnya dunia dari dirinya. Hinggakan mungkin, kita sanggup gadaikan prinsip dan perjuangan, semata-mata kerana takut hilangnya dunia..

Sahabat Rasulullah SAW pernah berkata:
"Wahai dunia, tipulah orang lain, jangan tipu diriku. Aku telah menceraikan engkau dengan talak tiga. Aduh... Betapa sedikit bekal, dan betapa jauh perjalanan"

Beginilah mindset yang baik tentang dunia. Kita mengambil kurang daripada apa yang diperlukan, atau paling maksimum pun, secukup-cukup dengan apa yang diperlukan. Kerana lebihnya dunia daripada apa yang diperlukan, boleh membawa kepada bencana dan kecelakaan. Iaitu, saat hati kita mula terisi dengan dunia yang tiada pernah cukup.

Firman Allah swt:



Serta ia mengutamakan/melebihkan kehidupan dunia,





Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya

(An-Naziat, 79:38-39)


Tapi jangan salah sangka... Bukanlah dunia itu tidak boleh ada. Kutiplah sebanyak mana pun dunia. Tapi pastikan kita tidak tertipu. Pastikan ia tidak menghalang kita daripada mencapai matlamat kita. Pastikan kita tidak berasa takut kehilangannya. Pastikan kita tidak berasa kedekut, rasa bakhil, rasa cinta akannya. Orang yang mahu mengejar dunia perlu punyai keimanan dan ketaqwaan yang luar biasa. Kerana bisa sahaja, kemewahan itu berjaya menipu keimanannya yang sejengkal.

Teringat kisah Sang Sahabat Rasulullah SAW, Abdul Rahman bin Auf RA

Saat beliau dihidangkan dengan santapan yang mewah bagi tujuan berbuka puasanya.
Dia mencela dirinya kerana menikmati kemewahan.

Ya, dia mencela dirinya!

Kerana Sang Sahabat terbayang kisah temannya yang mulia, Mus'ab bin Umayr yang syahid di medan Uhud.

Mus'ab dan dirinya sama-sama adalah hartawan. tapi penghujung kehidupan Mus'ab, dia telah menyerahkan segala kemewahannya untuk Allah. Bahkan, kematiannya juga dalam keadaan yang cukup mengusik jiwa, tatkala Ar-Rasul sendiri tersentuh, apabila kain yang tinggal untuk menutupi tubuhnya tidak cukup untuk menutup seluruh tubuhnya. Inilah budaya orang mu'min yang cintakan akhirat. Hidupnya ingin diinfaqkan untuk Allah swt.

Mengenang kisah ini, Abdul Rahman bin Auf mengutuk dirinya. Dia khuatir, apabila mengenangkan Mus'ab telah meninggalkan kemewahan dunia untuk akhirat. Apakah dia yang masih menikmati kemewahan dunia ini, bisa menikmati kelazatan akhirat?

Pokoknya mudah bagi para pejuang... Hidup bukan untuk menikmati keindahan. Tapi untuk bekorban. Berjuang. Memberi. 

Kemiskinan bukanlah pada tidak adanya sesuatu harta.
tapi kemiskinan sebenar adalah apabila tidak boleh/tidak sanggup kehilangan harta untuk tujuan² yang lebih besar.

Wallahua'lam

Tuesday, May 13, 2014

Izin Allah...



Allah azza wajalla telah berfirman, seperti mana yang telah dicurahkan di dalam Al-Quran:


“ dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula)….” (al-An’aam: 59).

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya, yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (al-Hadiid: 22)

Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan [makhluk-Nya], menjelaskan tanda-tanda [kebesaran-Nya], supaya kamu meyakini pertemuan [mu] dengan Tuhanmu. (Ar-Ra'du: 2)

Pendeknya, tidak mungkin sesuatu itu berlaku tanpa pengetahuan Allah, dan tidak mungkin sesuatu itu berlaku di luar perancangan Allah. Semuanya dalam 'tangan' Allah.

Memahami hakikat ini akan menyenangkan jiwa para duat. para mu'min akan sentiasa gembira dengan hari-harinya. Kerana apa yang ingin digusarkan, apa yang ingin ditakutnya, Allah azza wajalla tahu apa yang sedang dilaluinya.. malah Allah-lah yang sedang menyusun plot perisitwa dalam hidupnya.

Nabi Musa...
Adakah saat beliau membawa kaumnya ke hujung laut, dia tahu laut itu akan terbelah?
Adakah dia memang telah belajar skill membelah laut, reti cara nk bagi molekul air berpisah ke ape ke?
TIDAK.
Tapi, dia taat perintah Allah dengan sebenar² Taqwa. Sungguh² berjihad, memberikan segalanya kepada Allah.. Dan pada masa itu, dia bertawakkal...
Kerana dia tahu, kalau-lah dia ditangkap Firaun, dia dan seluruh pengikutnya mesti kena siksa. Mesti kena bunuh. Tapi perkara ini tetap hanya akan berlaku dengan izin Allah...
Jadi hatinya tenang.. Jiwanya kukuh dengan keyakinan..
Dia tahu Allah akan memberi nya jalan keluar. Dia yakin. Dia pasti. Dia thiqoh dengan perancangan Allah.

Kisah Ghulam...
Budak ini terkenal dengan doanya:
اللَّهُمَّ أكْفنيهمْ بِمَا شِئْتَ
Ya Allah, selesaikanlah (urusanku) mereka dengan apa cara yang Engkau mahukan

Ya, Ghulam begitu yakin setiap peristiwa hanya boleh terjadi dengan izin Allah. Malah dia sangat yakin Allah swt PASTI akan memberikan pertolongan kepadanya.

Adakah semasa di atas kapal, dia telah menyiapkan pelampung kalau² dia tercampak supaya boleh terapung dan tidak lemas? Adakah pada masa itu, dia telah prepare ''cara'' untuk melepaskan diri daripada dicampak ke dalam laut?
TIDAK
Dia hanya yakin... Dia tahu segala perkara hanya akan berlaku dengan izin Allah

Kalau-lah pada masa itu Ghulam ditakdirkan dicampak, dan akhirnya mati.... so what?
Apa yang komplikatednya?

Sekiranya Allah mentakdirkan kematian/kecelakaan untuk kita, pasti Dia telah mengatur sesuatu yang lain untuk kita. Teruskanlah kehidupan, dengan keyakinan tidak ada peristiwa bisa berlaku tanpa izinNya. Jadi jangan terlalu takut dengan hidupmu.. takutlah dnegan Allah semata²..

Orang yang takut dengan selain Allah, mereka ini nyata sekali akan tertapis,
sepertimana firman Allah swt:

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.(At-Taubah, 18)
Hanya orang² dengan ciri di atas yang layak memakmurkan masjid Allah...

Maka ayyuhal mu'minun...
Percayalah, tidak ada satu peristiwa pun bisa berlaku, tanpa izin Allah
Dan tidak ada satu perisitwa pun, yang diluar perancangan Allah

hidup kita ini, tak kira sesempit atau segelap mana, tetap adalah sebahagian daripada susunanNya..
Maka bergembiralah.. jangan kita hidup dalam ketakutan kepada makhluk² disekeliling kita..
Pasti, dia akan berikan jalan keluar saat masanya tiba..

Dia pasti akan membelah laut untuk kita.. tak perlu terlalu risau dan fikir macam mana nak selamatkan diri.. yang penting, fikir sudahkan semua tuntutan Allah aku sempurnakan...

Dia pasti akan menenggelamkan pegawai² yang menangkap Sang Ghulam.. Tak perlu fikir bagaimana cara nak berenang dalam air sejuk, cara nak tumbuk atau 'hilang'kan diri... Saatnya tiba, dengan berkat doa Sang Ghulam, dan izin Allah taala, Dia akan berikan jalan keluarnya.. semuanya akan selamat..
Adapun kiranya penghujung kisah itu adalah kemudaratan, yakinlah, ianya juga adalah susunan Allah taala.. Boleh jadi kematian itu menjadi sebuah kematian yang menghidupkan, sepertimana matinya Ghulam di tangan raja..

Wallahua'lam






Monday, April 21, 2014

Syurga?



Aku berkira-kira... lebih 23 tahun aku sudah menumpang di bumi Allah...
ya, satu jangka masa yg panjang.

Aku terfikir... berapa banyakkah dosaku?

****

Hari ini, ada beberapa peristiwa yang mengetuk-ngetuk hatiku yang lesu

Semuanya, disusun khas oleh Allah swt untuk mengajarkan aku sesuatu... Allahu.. Saat aku ingkar, menutup mata dan hatiku, menolak kewajipan², berlaku fasiq.. Allah masih tidak jemu-jemu menyusun perisitiwa dalam kehidupanku untuk terus mendidik.

Tidakkah Allah itu terlalu penyayang?

1,
Tadi aku sempat menziarahi seorang ustaz yang sangat ditsiqohi. Qudwah buat kami syabab² yang terlalu mentah di jalan dakwah. Terlampau banyak mutiara yang dikongsikan, semoga Allah sahajalah yang membalas kebaikan² ustaz...

Ada satu masa kami berbual tentang seorang lagi ustaz yang duduk tidak jauh dari rumah kami.
Seorang lagi qudwah.
Kesusahan² yang beliau hadapi, tetapi masih setia dan sungguh² melaksanakan amanah dakwah.. Mampukah aku bertahan nanti saatku diuji?
Dan.. dicelah semua itu.. Dia sentiasa membantu manusia lain.
Aku yakin, saat Allah mengambil dirinya kembali suatu hari nanti, pasti seluruh penduduk kariah akan terasa kehilangannya. Kerana dia terlalu banyak memberi. Sehingga manusia lain pasti akan terasa kehilangan dirinya. Berapa ramai yang akan merasai pemergian ku nanti, dengan keadaan ku sekarang yang terlalu sedikit memberi? Yang asyik bermain difikiranku... Apa balasan untukku? Bagaimana aku ingin hidup esok? Apa keinginan nafsu ku. walhal....

Gambaran seorang al-akh yang berjuang..
"hadiah" buat muslimin disekelilingnya
kerana kebaikan yang dibawanya, manisnya dinikmati semua.

2,
aku ditegur seorang ikhwah...
kerana kecuaianku..
Tidak menyempurnakan masuliah ku..
Katanya, kendurnya aku, punya impak negatif pada lain..
Masalah yang timbul, bahkan puncanya juga dari aku!

tergamam aku dibuatnya... rupanya, kelalaianku, keculasanku, telah memberi kesan pada ikhwah di sekelilingku!

Aku termenung....
Begitu banyak kecuaianku..
Jauhnya aku dari gambaran ideal seorang Al-Akh..
Syurga?

Oh layakkah aku...

Bahkan membaca syurga yang punya peringkat-peringkat..
membuatkan aku tertanya
di tingkat berapakah tempatku
Oh tidak.. aku bahkan bertanya, apakh punya tempat utkku disana..







Monday, January 13, 2014

Pertolongan yg Buruk


Malam tadi, ada seorang ikhwah kongsikan sepotong ayat....
yang cukup memuhasabahkan diri ini..
yang pada hakikatnya, cukup untuk menjadi bom atom untuk meletupkan alasan2 para daie yang malas dan banyak merungut. mereka yang tidak all-out dan sambil lewa.
T-T



Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya dia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya dia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(4:85)

kata Allah... "man yashfa3 syafa3atan sayyiatan"
sape yg memberi pertolongan dengan pertolongan yg buruk

"yakun lahu kiflun minha"
Ha... pandai2 la dia tanggung akibatnya

T-T

maksudnya kat sini...

kekadang kita rasa bila kita nak setuju untuk buat dakwah, kita dah sikit-sikit buat keje dakwah ni, kita dah selesai... dah lepas syarat nak jadi ahli syurga.. dah kira masuk list orang yg Allah sayang...

tapi kita silap...

sebab allah terang2 dah kata

sapa yg memberi syafaat dgn syafaat yg buruk
--> maksudnya, dia ttp memberi. tetap memberi pertolongan, membantu
tapi bantuannya buruk
tak ikhlas
sambil lewa
tak sungguh-sungguh
banyak silap
cacat cela
-----------> orang² ini akan menanggung akibat perbuatannya! DOSA!
:(

Bayangkan... kita mula mentajmik adik-adik... tapi kerana dekatnya dunia dalam hati kita, inginnya kita mengejaar kejayaan duniawi, maka kita pun menggadaikan dakwah.. kita buat dakwah sambil lewa.. setakat jumpa anak usrah seminggu sekali.. call sekali seminggu.. x susun program dengan baik.. anak usrah tak terbina kerana 'lacking'nya kita...
kata Allah untuk orang mcm ni,
" haa.. tanggunglah akibat anak usrah ko lari nanti. dosa dia buat sbb apa yg kau lalaikan, ko akan tanggung. terlepasnya dia daripada gerabak dakwah dan tarbiah, ko lah orang yg akan menanggung kerugian tu..
:(

Astaghfirullah...

Ampunkan kami ya Allah.

#jom buat keje dakwah sungguh², bukan dengan sambil lewa, kerana kita tak nak dimarahi oleh Allah swt.
kita kena "yashfa3 syafa3atan hasanatan" baru selamat.
all-out.. sehabis baik.

Doakan ana ye.

Wallahua'lam






Saturday, January 11, 2014

takut



aku takut...









Apakah orang-orang yang membuat kejahatan itu menyangka bahwa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh, yaitu sama antara kehidupan dan kematian mereka? Amat buruklah apa yang mereka sangka itu
(45:21)


hidup di dunia lagi mereka ni dah dibezakan..
hidup penuh masalah.. kusut masai.. tertekan.. pressure..

apatah lagi bila mati..

Ampunkan aku ya Allah.
seriyes tak terkata... hati seolah x mampu berdenyut lagi..
rasa serba tak kena.. apakah aku semakin jauh dariMu ya Allah?
Jangan... jangan tinggalkan aku.. kemana aku nak pg nanti kalau kau murka padaku..

Masukkanlah aku dalam golongan orang-orang yg Kau ridhoi...
:'(

Wallahua'lam

PS: Tertanya²... macam mana antum kekalkan semangat dan pengharapan ye? as in rasa tenang dan gembira.. rasa sedap hati.. terlalu kerap dihantui perasaan takut dan kusut.. resah.... Kadang-kala seolah tekanan pun ade. huhu..