Kalamullah

Kalamullah

Friday, February 26, 2010

Ketenangan yang tak kunjung tiba


SubhanaAllah. SubhanaAllah. SubhanaAllah.
Dengan rahmat dan limpah kurniaNya, kita semua dianugerahkan dengan 'jawatan' sebagai seorang muslim. Sungguh, jawatan ini bukan mudah diperoleh, dan pastinya sangat-sangat ditagih.
Kalau selama ini kita pernah merasakan bahawa jawatan CEO itu jawatan yang paling bahagia, paling kaya dan paling berjaya, ketahuilah, ia tidak dapat menandingi jauh sekali mengatasi jawatan sebagai seorang muslim. Jauh, jauh sekali.

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:

(( من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين )). صحيح البخاري ومسلم

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”


Itulah sebaik-baik jawatan. Jawatan sebagai seorang muslim dalam keadaan kita memahami agama itu sendiri. Sebagaimana Sumayyah memahaminya, sebagaimana Abu Bakr dan para sahabat memahaminya. Memahaminya dengan HATI. Tiadalah apa-apa dalam dunia dan seisinya yang dapat menandingi kebaikan yang terdapat pada kurniaan ini.
Sungguh, setiap hari, inilah yang kita doakan, agar mendapat kefahaman yang bisa mendorong kita untuk mengecapi mardotillah, tahap ketenangan yang sangat tinggi.

"Wahai jiwa-jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redho dan diredhoi. Masuklah dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah dalam syurgaKu."
-Al-Fajr 27-30-

SubhanaAllah. Alangkah indah andai itu seruan untukku.
Nanti!!
Bukankah Al-Quran itu memang diturunkan untuk semua? Maknanya, seruan ini memang untuk AKU! dan KAMU! ini seruan untuk KITA SEMUA!
SubhanaAllah!!

Tapi.
Tak semua sama.
Ada hati yang berbeza lafaznya.

"Aku nak berjaya dalam hidup juga.
Aku nak merasa berkereta besar.
Rumah banglo.
Pakaian berjenama, hidangan mewah sentiasa.
Nanti bila dah ada semua ini, barulah boleh bercakap tentang agama.
Dah puas dengan dunia, baru boleh 'fokus' akhirat.

Kalau aku tidak merasai ini semua, mana mungkin jiwaku kan tenang!
Mana mungkin aku kan dapat melelapkan mata andai perut tersiksa memakan bubur sentiasa!
Mana Mungkin!!"

Na'uzubillahimindhalik.

"... Katakanlah, 'Kesenangan di dunia ini hanyalah sedikit dan akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa......"
-An-Nisa', ayat 77-
Ketahuilah, dunia ini TIDAK BERNILAI LANGSUNG di sisi Allah.
Dalam satu hadis, diceritakan dunia ibarat titisan air yang masih terdapat pada tangan yang ditarik keluar dari laut.
Dalam satu hadis lain dunia diibaratkan dengan seekor bangkai kambing yang cacat, yang sudah tidak ada apa-apa kegunaan langsung.
Itulah dunia. Itulah yang kita kejar-kejar.
Dalam surah Ad-Dzariyat, ayat 56-57,
"Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu"
"Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan aku tidak meminta diberi makan dari mereka"

Allah dengan jelas telah menyatakan bahawa tujuan hidup kita memang untuk beribadat kepadaNya sahaja. Dan cukuplah rezeki yang kita cari untuk diri kita sendiri sahaja, kerana sesungguhnya Allah tidak menghendaki rezeki yang kita cari walau sedikitpun. Yang bererti walau sebanyak manapun rezeki dunia yang kita cari, ia tidiak dan tidak akan menjadi 'substitute' kepada amalan kita sebagai hamba-Nya. Tidaklah salah untuk kita mencari rezeki, kesenangan dunia dan sebagainya, tapi kita perlu ingat, segala perkara yang kita cari itu tidak akan menjadi SAKSI kepada kita untuk mendapat rahmat dariNya.
Lihat sahajalah Ar-Rasul junjungan mulia(SAW).
Baginda tidak empunya hartapun. Makan nya hanya gandum yang dimakan secara sedikit-sedikit. Pakaian Baginda tidak mewah, malah semuanya sekadar mencukupi menutup aurat dan bersih untuknya beribadat. Adakah kita ingin katakan Baginda seorang insan yang hina kerana tidak beharta? SANGGUPKAH kita mengatakan baginda orang yang tidak berjaya? Na'uzubillahimindhalik.
Baginda manusia PALING AGUNG. KEKASIH ALLAH. MasyaAllah cantik peribadinya. tiada tandingan. MULIA HIDUP DUNIA DAN AKHIRAT.
Itulah tahap ketenangan, kejayaan, kekayaan, kemewahan, kecantikan yang tertinggi.

Mari berkejaran memburu ridho Allah. Aku tidak mahu menjadi hambaNya yang kufur!
Fastabiqul Khairat~~~~~
"Berlomba-lombalah kamu membuat kebaikan~"

Sunday, February 21, 2010

Sunnatullah baru~


Lupakah kita bahawa kita telah diludah dan dipijak sejak berzaman lamanya?

Umat ini sudah merasakan segala bentuk penindasan dan penghinaan dari seluruh dunia sehingga manusia beragama manapun yang melihat akan selalu simpati dengan kedudukan kita kini; Lemah, terkebelakang, ditindas…

Bukankah sepertinya Tuhan tidak adil?

Dia seharusnya menyebelahi kita!

Seharusnya Dia menurunkan ‘Burung-Burung Ababil’ dan ‘Banjir Besar’ buat menghancurkan mereka yang zalim kepada umat Islam.

Tidakkah Tuhan itu selalu adil?

Ingatkah kita tentang sebuah kisah raja Abrahah, yang datang dari Yaman dengan tentera bergajahnya untuk menghancurkan Ka’abah?

Ingatkan kita akan ungkapan kata-kata Abdul Mutallib yang popular:

“Sesungguhnya, aku hanya Rabb (pemilik) unta-unta itu, sedangkan Baitullah itu empunya Rabb, yang akan menjaganya…”

Tatkalah kaabah di saat untuk diserang oleh Abrahah, penduduk Mekkah menunjukkan sikap pasif. Mereka bersembunyi di kaki-kaki gunung, mengosongkan kota Mekkah, dan menyerahkan sepenuhnya kepada Abrahah agar ia, bala tentera, dan pasukannya yang mengendarai gajah memasuki dan meluluhlantahkan Ka’abah.

Timbul persoalan, mengapa burung-burung Ababil tetap turun kepada kaum yang mempunyai sikap pasif dan pengecut?

Sebabnya, sudah menjadi Sunatullah dalam memusnahkan kaum yang zalim dengan perkara-perkara yang ajaib, sebelum kelahiran Manusia Agung. Peristiwa ‘tentera bergajah’ merupakan peristiwa terakhir dalam menolong agama Allah dengan cara yang luar biasa. Setelah itu, syariat tersebut ditegakkan dan sering bergema dengan jelas dalam bacaan-bacaan solat kita:

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membantu (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu, dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad : 7)

Kaum muslimin terlebih dahulu dituntut beramal dan berbuat secara tulus ikhlas kepada Allah semata-mata dan sesuai tuntutan sunnah Rasulullah SAW. Jika kita telah mempersembahkan kerja keras dan amal, nescaya Allah akan menurunkan bantuan serupa dengan ‘Burung Ababil’ untuk membantu kita menghapuskan musuh.

Ini merupakan sunatullah yang baru dan khusus hanya untuk umat Muhammad sehingga akhir zaman nanti.

Tidak akan ada perubahan dan penyimpangan darinya.

Kerana itu penantian dari sebahagian umat Islam untuk melihat bagaimana bentuk pembalasan Allah atas orang-orang yang zalim hanyalah penantian yang teramat panjang dan sia-sia.

‘Burung Ababil’ dan pertolongan lainnya tidak akan turun kecuali dengan usaha dan perjuangan dari setiap individu muslim.

Allah telah memberikan aturan-aturan yang jelas dalam melakukan perubahan dan keberadaannya berbeza sesuai tahapan yang dilalui oleh kaum muslimin. (rujuk ISK)

Masih ingatkah saudara pada kisah-kisah peperangan Baginda?

‘Burung-burung Ababil’ tidak juga kunjung turun menghapuskan kaum kafir dan mencegah pertempuran terjadi !!!

Sunatullah baru telahpun bermula, dan pasukan muslimin menyahutnya dengan keyakinan. Mereka mula mengatur strategi sebaik mungkin untuk melunaskan dan memenuhi syarat untuk meraih kemenangan, dan kemudiannya memanjatkan doa kepada Allah. Setelah melalui penderitaan, luka yang mengoyak, darah yang bersimbah, dan gugurnya satu demi satu syuhada, barulah pertolongan Allah hadir di medan jihad.

Sedarlah saudaraku, bahawa kini bukan lagi zaman Abrahah. Tidak cukup jika hanya dengan menadah tangan dan berdoa ataupun membaca beberapa surah dari Al-Qur’an, akan dapat mengubah situasi di bumi umat islam. ‘Burung-burung Ababil’ tidak akan turun untuk membinasakan kaum yang zalim jika kita hanya bersembunyi di balik kaki-kaki gunung.

Rujukan :
Al-Qur’an
Laisa fi zaman Abrahah, oleh Dr. Raghib As-Sirjani
Al-Jazeera Network News

Diambil dari www.pengembaraanhidup.wordpress.com

Thursday, February 18, 2010

Ibarat Membasuh Beras


Alhamdulillah.
Segala Puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, pencipta segala makhluk, penguasa segala kawasan.
Dengan Asma Allah, yang tiadalah tempat berserah selain-Nya, marilah sama-sama kita hayati jalan yang kita tempuhi ini.

Alhamdulillah. Sungguh, Allah itu Maha Kuasa. Maha Penyayang. Tanpa belas dan kasihan dariNya, tiadalah nikmat dan rahmat yang kan kita rasai.
Sungguh, perkara pertama dan selamanya yang perlu kita sedar adalah kita adalah hambaNya, dan nikmat Iman dan Islam yang dianugerahkan kepada kita adalah nikmat terbesar!
Subhanallah.

Marilah kita meniti Sirah Ar-Rasul junjungan, bagaimana baginda merupakan qudwah terbaik untuk dijadikan contoh tauladan.
Sewaktu turun perintah dakwah, dalam surah Al-Mudatsir, bagaimana lagaknya perasaan baginda? Bagaimana gamaknya jiwa baginda bergelora apabila disuruh memberi peringatan?
Peringatan kepada kaum yang telah 610 tahun hidup tanpa seorang pembimbing. Dengan kaum Yahudi yang membelakangkan ajaran Nabi Isa, dengan rata-rata orang Arab sudah terlalu jauh dari ajaran Nabi Ibrahim. Subhanallah.

Bayangkan, sewaktu itu, Nabi merupakan orang yang sangat dipercayai. Orang yang sangat dipandang tinggi, dihormati kerana sifat Al-Aminnya. Tapi, pabila mula menyampaikan firman tuhan, Baginda dicaci, dihina, diperolok, ditentang habis-habisan. Abu Lahab, antara orang yang sangat menyayangi Baginda sejak kecil, bagaimana dia telah mengadakan kenduri besar, meraikan kelahiran Ar-Rasul SAW. Tapi tatkala diberi kebenaran, dialah orang pertama yang menentangnya. Dialah orang yang pertama memperolok ayat-ayat Allah, sehingga turunnya surah Al-Masad, sebagai satu penghinaan dari Allah untuknya. Dia, dan isterinya, yang merupakan seorang penyair hebat, mendapat kenistaan sepanjang zaman. Sehingga orang-orang yang tidak pernah mengenalinya, yang hidup beratus-ratus tahun selepasnya, masih lagi mengenalinya dengan personaliti yang qabihah. Nauzubillahimindhalik.
Betapa dahsyatnya pembalasan kepadanya. Bayangkanlah, bukan sahaja di dunia mereka mendapat penghinaan yang sedemikian rupa. tapi bayangkanlah keadaannya di akhirat. Apakah masih ada belas untuk mereka di hadapan Allah! Tidak! Tidak sama sekali! Itu janji Allah. Mereka telah tertulis sebagai bahan bakar An-Nar!!

سَيَصۡلَىٰ نَارً۬ا ذَاتَ لَهَبٍ۬
Dia akan menderita bakaran api Neraka yang marak menjulang.
Al-Masad, ayat 3

Nauzubillah.. Dahsyatnya sengsara yang Allah timpakan bagi mereka yang menentang agamaNya.

Apa yang ingin ditunjukkan disini, kita hendaklah empunya satu pemikiran yang jelas, bahawa jalan ini jalan panjang. Jalan yang tidak dihamparkan dengan permaidani merah, kerlipan kamera dan bunga-bunga indah. Tetapi sebaliknya, mereka yang berada di jalan ini akan ditentang. akan dicaci, dimaki, dihina, diherdik, diperolok, dan diganyang, di mata manusia.
Itu memang sunnatullah. Memang aturan Allah.
Bersyukurlah kita, selagi kita tidak termasuk dalam golongan yang menentang, demi sesungguhnya perbuatan itu adalah kemungkaran yang dahsyat, dan seksaan Allah itu sangat berat.

Tetapi satu perkara yang perlu kita fahami. Kita berada di jalan ini tidak membenarkan kita mengherdik dan mencaci orang lain pula! Tidak pernah Ar-Rasul menggelak atau memperleceh orang yang tidak bersama Baginda. Sekali-kali tidak. Kerana demi sesungguhnya, orang yang masih belum terbuka pandangannya adalah tidak lain melainkan mangsa keadaan. Mereka adalah golongan yang masih belum mendapat hidayah-Nya. adalah salah untuk meletakkan mereka dalam darjat2 yang berbeza, kerana sesungguhnya, manusia itu sama disisi Allah, melainkan amalannya.

Dan selaku insan yang digelar khalifah alam oleh Allah SWT, kita seharusnya sedar sudah menjadi tanggungjawab kita untuk 'membersih' ke'taghut'an yang ada.
Tapi, dalam kita membersih, ingatlah kita akan perumpamaan membasuh beras.

Jangan terlalu keras meramas, takut nanti beras hancur, jangan pula dibiar sahaja, nanti tak bersih jawabnya. Bila betul caranya, insyaAllah, beras kan bersih, bersih juga tangan yang membasuh.
*kalo nak tambah, bley gak baca2 zikir sambil basuh. Bertambah sedap katanya*
=)

Wednesday, February 17, 2010

Milik Siapakah diri ini...




Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Sungguh, proses tarbiyyah itu senantiasa berlangsung, samada kita sedar atau tidak.
Sungguh, jiwa ini senantiasa dididik, samada dengan kesenangan, mahupun dengan kesusahan.
MasyaAllah.
Allah memang sangat hebat perancanganNya.
Al-Baqarah, ayat 216:



Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

>MasyaAllah. Cukup dahsyat ayat ini.
Seolah-olah nak menunjukkan betapa 'jahil' dan 'tidak tahu'nya kita. Betapa apa-apa pun yang kita fikirkan, masalah-masalah yang kita hadapi, semuanya sememangnya sudah dalam perancangan Allah. Nak tunjuk, kesedihan yang bergelora dalam benak jiwa adalah satu 'aturan' sebenarnya.
Allah itu Maha Adil. Dia tahu apa yang mampu kita tanggung@tak. Subhanallah.
Bila fikir perkara-perkara ini, terus terdetik dalam hati betapa hebatnya kuasa Allah, betapa tak ada apa-apanya kita di hadapanNya. Allahuakbar.

Sungguh. Aku memang begini keadaannya. Sering cemburu melihat senyuman orang lain. Sering keliru kenapa mereka tersenyum dikala aku tak jumpa gembira berdengung. Cukup cemburu. Bagaimana tidaknya, anda sentiasa empunya tempat untuk meluahkan rasa. Punya insan yang rela mendengar bicara. Punya sebab untuk gembira. Punya kasih untuk ditagih. Punya tempat cinta berselisih.
cinta kerana Allah.

Anda memang beruntung.
Kasih sayang saling bercantum.
Ikatan ukhuwwah menggunung.

Aku pula punya hati yang rentung.
Kasih tiada tempat bernaung.
Cemburu, kecewa, perasaan bergabung.


Tak sangka, aku sedih kecewa di penjuru bilik. Sedang tangis air mata takkan mengubah apa-apa. Aku tertekan dengan situasi hidup. Aku keliru apa silapnya.
Tangan bingkas menekan punat untuk meluah rasa. Inilah satu-satu tempat ku meluahkan rasa. Tempat yang selamat melafaz perasaan kecewa.

Apakah ini! Bagaimana mampu aku pikul ummah untuk ku pacu ke depan, andai air mata sudah mengalir tatkala ujian sebegini hadir?
Apakah aku mahu menjadi pembela agama? Jika ya, bukan sikap seperti ini yang perlu ada dalam jiwaku.
Bukan sifat kecewa. Putus asa.

حَسۡبُنَا ٱللَّهُ وَنِعۡمَ ٱلۡوَڪِيلُ

Cukuplah Allah untuk kami, dan Dialah sebaik-baik pelindung.
(Ali-Imran, 173)


Ya, memang benar aku cemburukan kalian.
Tapi aku punya Allah.
Dialah sebaik-baik tempat mengadu.
Astaghfirulllah.
Lemah benar penggantunganku kepada-Nya.
Lemah benar tawakkalku pada Nya.
Milik siapakah diri ini?



ALLAH!!


Thursday, February 11, 2010

Keliru

Aku keliru.

Disaat ku menatap Raheequl Makhtum, ku teruja dengan sifat-sifat Rasulullah dan para sahabat, aku kagum membayangkan semangat berapi mereka dalam membawa panji-panji Islam.
Aku Sangat terpesona membaca cerita para sahabat, yang berlumba-lumba menjadi 'Abidullah yang setia di tikar solat setiap malam. Sungguh, aku cukup kagum.

Namun pabila ku melihat cermin, yang melontarkan imejan persekitaran, aku keliru.
Manusia sini sana berlumba mencari rezeki. Mengejar 'cita-cita' palsu, sedangkan cita-cita kita hanya satu, untuk kembali ke kampung halaman di syurga. Memburu segala kemewahan, mencari segala macam kebendaan yang diharapkan dapat memuaskan hati dan perasaan.
Wahai orang-orang yang beriman!! Ketahuilah nafsu itu tidak akan puas!! Ibarat cerita raja midas, yang imipikan emas bergunung.

Di sebelah kanan, seorang insan sibuk menceritakan kehebatan sains, dengan 'penciptaan' kereta dan cahaya, dengan ketakjuban besi dan logam.
Sedarkah anda semua itu hanyalah sunnatullah! Bukanlah penciptaan namanya, cuma sekadar penemuan, bagaimana semua eksperimen yang dilakukan hanyalah menceritakan sunnatullah yang telah sekian lama sedia ada.

Di sebelah kiri pula sibuk seorang teman membicarakan tentang sukan kegemaran. Pasukan menang dan pasukan kalah, penjaring terbanyak dan si penerima kad merah. Penuh semangat penceritaannya. Sedarkah dia itu semua TIDAK BERNILAI LANGSUNG sebenarnya?
apa ertinya andai pasukan A menang? Apa hasilnya andai si X menjaringkan gol? CUMA SEKADAR PERASAAN GEMBIRA SEMENTARA, KONON PENGHILANG SEGALA DUKA.

Ketahuilah, hati tidak akan tenang selagi ia tidak dipulangkan kepada penciptanya.
Hati tidak akan bisa gembira andai air mata tidak mengalir mengenangkan dosa terhadap-Nya.
Percayalah, ini semua hanya ilusi semata. Cuba kita tutup mata, dan timbulkan perasaan yang sangat dalam terhadap Allah. Pernahkah kita terfikir segala yang berjalan di hadapan kita ini sebenarnya tidak wujud langsung? Pernahkah kita terbayang, kekuasaan Allah itu membolehkan Dia melakukan apa saja, sehinggakan langit ingin diwarnakannya dengan warna pelangi sekalipun ia mampu dilakukan. Apakah kita terlupa bahawa INI BUKAN APA YANG AR-RASUL AJARKAN kita mengaku rasul itu pesuruh Allah, TAPI KITA BERPALING DARI AJARANNYA? KAFIR KAH KITA, ATAU LEBIH TERUK, MUNAFIK KAH KITA?

Ya Ayyuhal Ikhwah.
Ar-Rasul pernah sekali sebelum mendapat wahyu, ingin pergi ke satu pesta. Perayaan gamaknya. Tapi dengan kuasa Allah, ditimbulkan perasaan mengantuk dalam diri Baginda, dan tertidurlah baginda di pertengahan jalan sehinggalah tamat pesta itu, barulah terbangun.
Apakah seerah ini masih belum cukup untuk jadi tatapan kita manusia hina dan sombong ini?
Kenapakah Allah tidak membiarkan Rasul pergi majlis itu? Kenapa. KENAPA!

Sungguh, Allah itu Maha Mengetahui. Tetapi selaku manusia, mencari Ibrah peristiwa tidaklah salah, andai ia untuk memantapkan iman, dan meneguhkan amal, disamping mendorong kita mengkaji dan mencontohi sirah Rasulullah. Andai Ar-Rasul pergi ke majlis itu, tatkala baginda sudah mula berdakwah, adakah akan wujud 'tsiqah' itu dalam pemikiran kaum Arab. Pasti akan pantas terpacul dari mulut-mulut yang dengki seperti Abu Lahab perkataan seperti:
"Kau pernah menari-nari bersama anak-anak perempuanku. Kau bergembira, sama seperti mereka. Bagaimana kau boleh kata perkara itu semua sia-sia? sedangkan itulah yang kau lakukan satu ketika!"
Bagaimana Baginda ingin menyampaikan risalah tuhan andai sejarah baginda bertitikkan noktah hitam? Maka jelaslah asbab mengapa Allah tidak jadikan Baginda menyertai majlis itu.
Cukup Jamil Ad-din kita. Cukup.

Tapi aku masih keliru.
Dalam kecantikan dan keJELASan Ad-Din, mengapa ramai antara kita yang masih terbias jauh dari landasan yang satu? Mengapa, dalam keadaan Islam dihimpit dan dihina, masih ramai yang berseronok tak tentu hala?
Malu. Sungguh, kalian harus berasa malu, sebagaimana aku rasai. Andai Ar-Rasul tanyakan pada kita, mengapa kita dibuai angin dunia, sedang Ad-Din merana.
Apa jawapan yang kita ada?

Sungguh, Kita mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH.
tapi kita masih banyak 'menyembah' benda lain. Tak percaya?
percayalah. Masih syirik rupanya kita.

وَمَا يُؤۡمِنُ أَڪۡثَرُهُم بِٱللَّهِ إِلَّا وَهُم مُّشۡرِكُونَ ١٠٦
Dan kebanyakan meraka tidak beriman kepada Allah melainkan meraka masih lagi mensyirikkanNya.
*Surah Yusuf, Ayat 106*

Subhanallah. Adakah kita tergolong dalam orang-orang yang mensyirikkan Allah? Nauzubillahimindhalik. Aku tak nak.

Kenapa kita dikatakan syirik? Kenapa?
Sebabnya, kita lihatlah. Berapa ramai antara orang-orang yang menjaga amalannya, menjaga solat puasa dan zakatnya, malah menjaga pergaulannya juga.
Tapi bila diberikan tawaran wang ringgit(atau pound, dalam kes-kes tertentu, ;P), hancur luluh pegangannya. Berapa ramai yang belajar, untuk mendapat gaji tinggi semata? Berapa ramai yang bekerja tak mengira masa, untuk mendapat rumah mewah? Mana pergi Allah dalam hati kita? Mana pergi cara hidup Rasulullah. AbdurRahman bin Auf, bagaimana dia sanggup menginfakkan hartanya kepada Islam. Uthman bin Affan, yang yakin Allah telah membeli hartanya dengan ganjaran syurga. Mana pergi semua sifat-sifat ini?
Malah yang lebih teruk, bila kita bukan sahaja mengabdikan diri pada wang ringgit, malah juga kepada kemungkaran. Kita sanggup menggadaikan nyawa asal konsert sekian sekian dapat dilangsungkan. Pesta sana sini, kita sanggup ke hulu ke hilir, berjumpa teman lama katanya. Adakah itu ajaran Rasulullah? Tanyalah iman.

فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا ٨

Serta mengilhamkan kepada mereka jalan yang membawa kepadanya kepada kejahatan dan jalan yang membawanya kepada ketaatan.


*Surah As-Syams, ayat 8*



Maka jelaslah, hakikat bahawa memang Allah ilhamkan kita perasaan jahat dan baik. Tapi dari ilham inilah, Iman kita kan teruji, jalan mana yang akan dipilih.
Pabila kita di'popup'kan dengan kemungkaran, adakah kita akan menurut sahaja?
Atau kita akan katakan tidak?
Kempen Para Dai'e:

KATAKAN TIDAK PADA KEMUNGKARAN!

Wednesday, February 10, 2010

Jangan!

Hati terasa hitam.
Tulang-belulang kini tak seringan semalam.
Sungguh, badan ini seolah tidak bermaya.
Seolah kehabisan tenaga, sedang tiada yang dicurahkan sentiasa.

Aku terasa longlai.
Terasa ibarat bunga yg telah dipetik dari pokoknya.
Walau masih berseri,
namun hakikatnya sudah tidak bernyawa
Aku sebenarnya mati.

Mati.
Sedang masih bernafas.
Mati.
Sedang masih bernyawa.
Apakah ini semua?
Wahai insan insani
Jangan kau lupa kau empunya tugas besar
Yang masih jauh sebelum siap selesai
Janganlah kau bertangguh
Nanti takut yang didepan semakin jauh
Dan yang didalam semakin runtuh.

Bukalah matamu
Akal yang kau ada bukan buat permainan semata
Hati yang kau rasa bukan tempat kau bersuka sentiasa.
Tapi untuk kau berfikir
Dan merasai
Hakikat kehidupan
Tugas dan peranan seorang Da'ie.
Bangunlah
Kau harapan agama.

Wednesday, February 3, 2010

Si Itik Yang Hodoh

Dengan Nama Tuhan yang telah menciptakan aku dan engkau, yang dengan kekuasaan-Nya maka terjadilah bumi yang terhampar luas, langit yg membiru dan hutan yang menghijau. Sungguh, Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana Si Pencipta.

Entah kenapa diri ini dengan tidak semena terbayang akan kisah si itik hodoh. Cerita yang dicipta buat kanak-kanak, dengan kononnya bertujuankan mengajar nilai-nilai murni dari kecil. Wallahualam, apa hakikat sebenar, tapi sungguh, ada iras-iras rasanya.

Perasaan yang timbul ini bukan dari sebab fizikal yg berbeza. Bukan juga warna kulit mahupun asal kenegerian. Namun, perasaan ini timbul dek kerana ketidakmampuan diri menapak ke depan sedang perajurit sebaris maju tanpa gentar. Entah kenapa, jiwa ini seakan rasa tidak mampu, seakan rasa tidak terdaya mengejarnya. Ya Allah, tunjukkanlah aku petunjuk Al-HudaMu.

Ada juga harapan dalam benak ini, moga-moga perasaan ini kan menjadi pencetus agar kaki menderap lebih laju, tubuh beterbangan bagai helang di kayangan. Sungguh, sama seperti si itik hodoh, yang sebenarnya adalah si angsa yang cantik rupawan. Sungguh aku ingin menjadi seperti itu. Bukan cantik di mata An-Nas yang sama hina, namun mulia disisi Allag Yang Esa.

Sifat-sifat jahiliyah ternyata masih belum kukikis sepenuhnya, masih belum beharga darah ini di jalan Ad-Din. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan, sungguh tiada apalah yang dapat aku lakukan tanpa keizinan-Mu. Sungguh, Muhammad SAW yang kau utuskan adalah pentarbiyah terbaik, yang menjadi qudwaduna(teladan kami). Dengan keizinanmu, berikanlah kami petunjuk, dan peliharalah kami untuk terus berbakti buat Ad-Din Mu. Aameen.