Kalamullah

Kalamullah

Friday, September 28, 2012

Tawazun



"Setiap perkara yang diperintahkan oleh Allah akan ditentang oleh Syaitan melalui dua cara. Ia tidak peduli cara mana yang lebih berkesan, melampau atau mengurangi perintah Allah"
-Dipetik daripada Al-Muntalaq, susunan Sheikh Ahmad Ar-Rasyid

Melampau

atau

mengurang

.
.

Hakikatnya, realiti manusia hari ini, ternyata terlalu banyak yg terjatuh dalam dua kelompok ini.

Kelompok yang lalai, yang hanyut dan tidak ada sebarang bentuk "urgensi" dalam menguruskan Ad-Deen. Perasaan mereka tidak mampu mendorong mereka untuk beramal, untuk memperbaik, jauh sekali untuk mengubati penyakit ummat ini. Mereka menjadi orang yang ''relax", berfoya-foya dan banyak angan-angan dari amal. Ummat terus merasa pilu menyaksikan kewujudan orang-orang seperti ini, kerana mereka sentiasa merasa apa yang mereka lakukan sudah mencukupi, dan tidak perlu apa-apa bentuk pengorbanan tambahan lagi, semua susah payah dan perit derita, sudah tidak relevan lagi. Asal aku, isteri/suami aku, anak2 aku, dapat hidup baik, makan elok, pakai elok, dah cukup.

Kemudian, datang pula kelompok kedua. Kelompok ini, tidak seperti yang pertama tadi. Mereka semua sedar betapa kritikalnya keadaan ummat. Betapa terdesak dan ''urgent'' nya untuk melakukan sesuatu. Mereka pun terus membuang keenakan dan kepentingan diri sndiri. Tapi mereka ini melebih-lebih dalam urusan.. Mereka bersama sifat gopoh dan tergesa-gesa. Semua benda ditentang dgn keras. Perubahan dipinta dengan pantas. Desakan, doktrinisasi, ugutan, dan berbagai bentuk kekerasan mewarnai amal mereka. Mereka meng-hadkan diri mereka dengan jutaan larangan yang sgt ketat, tapi sayangnya, larangan yang sama mereka paksa-turunkan pada orang lain. Masyarakat menjauhi mereka, kerana merasakan kesengsaraan yang mereka lalui. Dan mereka terus menyalahkan manusia kiri dan kanan mereka, kerana pada mereka, sudah terlalu besar pengorbanan yg mereka lakukan.. Walhal, ternyata sekali mereka sangat berlebih-lebih dan memberatkan, lantas meng-komplekskan usaha islah yang ingin dilakukan.

Dan itulah keseronokan Sang Syaitan.. Mereka merosakkan manusia dengan dua sifat ini.. sama ada kurang, atau lebih.. sama ada jauh daripada agama, atau terlalu ekstrem dengan idealisme... kerana Islam itu menyeru yang cukup-cukup, tawazun, seimbang, wasatiyyah.

Dan bila ''kalimah wasatiyyah'' ini sampai pada manusia, syaitan datang pula dengan hasutan baru....

"Tak yah buat mcm tu, sederhana-sederhana cukup lah...."

"kene sederhana. kalau baik sangat nanti jadi ekstreme..."

"sembahyang, puasa cukup, buat baik, tolong orang sikit2, cakap2 islam dakwah2 sikit, cukup la. nak all-out tu, nanti ekstreme la tu"

Lantas mematikan jihad yang bersungguh-sungguh, supaya lahir generasi ''relax'' yang makin membukit...

Oh sukarnya.... Mencari titik tengah, antara isti'jal(gopoh), dan istirahah(berehat), antara berlembut, dan ketegasan, antara berdiam diri, dan reaktif...

Semoga Allah membantu kita untuk memilih yang terbaik...

"Ya Allah, jadikanlah kami melihat yang Haq itu sebagai Haq, supaya kami dapat mengikutinya, dan batil itu sebagai batil, supaya kami dapat menjauhinya..."


Wallahua'lam

Mohd Aqmin
London

Tuesday, September 25, 2012

Ghazwah Hidup

Hidup ini satu peperangan
Dan seharusnya, dalam satu peperangan, tidak patut ada masa kosong. Masa rehat dan bersuka-suka tanpa matlamat.

Dan moga Allah tetapkan hatiku utk terus berjuang..

Berjuang hingga nafas terakhir. Kerana setiap saat itu, adalah episod2 peperangan.

Aqmin
KLIA

Monday, September 10, 2012

Sesat

Bismillah..

Dulu aku merasa cukup yakin
Cukup confident
Yang mmg dakwah lah nadi ku.
Mmg Allah lah tujuan ku
Mmg tarbiyyah dan dakwah lah duniaku. Yg memberiku makna, tujuan dan keluasan jiwa. Atau bak kata Syed Qutb, yg membersihkan usia.

Tapi mgkin apa yg aku yakini
Atau aku percaya tu
Bukannya tumbuh dr hati
Sebaliknya dipacak drpd pembacaan
Drpd dengar2 org bercakap
Ia ada disitu, tp tidak benar-benar sibghah.

Akhirnya, aku sesat
Aku lemas dan terkapai-kapai
Saat ujian yang Dia susunkan utkku
Datang menggoda satu persatu
Aku akhirnya, terjelupuk, terperosok.

Hidup ini seluruhnya adalah mujahadah.
Bukan macam puasa, bila maghrib dah boleh makan.
Tapi hidup ni, seluruhnya, utk menahan nafsu. Menolak al-hawa demi Islam.
Bukan mcm dalam lecture. Tahan mata mengantuk, habis kelas nt boleh tidur.
Tapi hidup ini, setiap saatnya, dr mula nafas, sampai ke penghujungnya, adalah utk jihad. Utk berhempas pulas.

Aku gagal utk melaksanakannya.
Sering sahaja, selepas satu amal, aku pulang mencari "jahiliyyah". Konon itulah 'ganjaran' pd amal ku tadi.
Apakah, amal ku td bukan utk Allah?

Maka teka teki dan persoalan acapkali timbul dan mengahantui. Fikiranku bercelaru. Aku jd dua watak. Watak abid, dan watak kufr. Naik gila aku dibuatnya. Mmg gila.

Ada satu masa, sangat sukar nak beribadat. Bila baca quran, rasa mcm sedang memarahi diri sendiri. Rasa mcm setiap ayat terkena batang hidung. Jd berhenti baca quran. Nak qiyam, x boleh jugak. Macam mana nak merayu-rayu pd Allah, kalau dalam hati mmg bukan hanya ada Allah? Mcm konon cakap i love u, tp sebenarnya dah bercinta dgn org lain. Semua amal terus jd mcm x relevan. Eh, mana boleh.. Nanti kalau baca surah ni, xkan lepas tu nak buat bnda ni pulak. Berperang dgn fikrah sendiri. Nafsu vs fikrah. Boleh buat pengisian baru ni.

Hidup pulak, mula bercelaru
Risau, sedih, kecewa.

Percayalah... Kita ni terlampau lemah. Kalau kita tak meletakkan Allah sepenuhnya dalam hati kita, mmg akan rasa dunia ni gelap. Hati akan gundah. Mana tak nya.. Emosi sendiri pun tgh berperang, mcm mana nak uruskan perkara lain.

Dan mcm mana kita nak mintak tlg kt Allah.. Kalau kita tgh terang2 mengutamakan benda lain selain Dia? Takkan kita dah tak ada rasa malu/segan, meminta x tentu hala seterusnya melakukan prkr yg mmurkakan Allah? Bila kita tak mintak tlg dr Allah... Kita ni kuat sgt ke nak hidup atas muka bumi ni?

Kita yg sudah merasai kemanisan tarbiyyah.. Kefahaman... Apabila kita melangkahkan kaki kita keluar dr lingkaran tarbiyyah, kita akan merasai kesusahan yg amat sgt. Kita akan merana. Fikiran akan jd super serabut. Semua benda akan rasa susah. Sbb selama ini, Allah dok beri kita mcm2 ketenangan. Bila hilang tu semua, mmg xleh ckp lah!

Bak kata Raihan...
Tuhan leraikan lah dunia...
Yang mendiam di dalam hatiku...
Kerana disitu tidak ku mampu..
Memilik dua cinta...

Sama ada cinta dan redha Allah, atau cinta dan tipu daya dunia... Satu je, xleh dua-dua. Kalau kita amik dua, kita akhirnya akan sesat... Kerana confius dgn 'dua panduan'... Panduan ke syurga, dan panduan ke neraka..

Wallahua'lam

Mohd Aqmin
Teluk Intan