Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, August 11, 2010

Datangnya Ramadhan...


Saya sangat yakin, datangnya Ramadhan akan menyemarakkan semangat dan keazaman raaaammmaaaiii muslimin di seluruh dunia. Pasti sahaja, ada yang memasang niat untuk menggandakan ibadat, untuk melakukan seribu macam jenis amalan sunat.
Maklumlah, bulan Ramadhan nie lah msanya untuk dapat 'bonus' dalam ibadat kita.

Pesanan saya, teruslah melaksanakan segala niat untuk meraih ridho-Nya!

Pesanan saya juga, ingatlah ya, kita tidak mahu menjadi semata-mata seperti Fudhail bin Iyadh, Abidul Haramain. Kita tidak mahu bermain-main dengan ibadat. Kita tidak mahu semata-mata bermandikan dengan air mata keinsafan.
Tapi kita mahu menjadi seperti Ibnul Mubarak. Ibarat Rahib di malam hari, tetapi seperti singa di siangnya. Ramadhan bukan lampu isyarat untuk membenarkan kita berhenti dari tugas Khalifah, bukan tandanya kita boleh menghela nafas lega dengan menumpukan sepenuhnya masa kita untuk ibadat2 khusus sahaja.

Sebaliknya, Ramadhan lah masanya menyediakan ruhiyy kita dengan sebaik-baik amalan. Dengan amal-amal inilah, akan menguatkan hubungan kita dengan Allah, supaya nanti segala perkara yang kita lalui semuanya dpt dijalani dengan penuh kesediaan. Ingatlah, tugas Daie itu bukan satu tugas yang punya cutinya, selagi masih bernyawa tubuh kita, selagi itulah tugas itu masih terkendong di bahu kita.

Dan, janganlah lupakan, sediakanlah masa untuk muhasabah. Setiap hari yang telah berlalu itu nyatalah tidak akan kembali, maka bermuhasabahlah, supaya kesilapan hari ini tidak berulang kembali.

Wallahu'alam.





No comments:

Post a Comment