Kalamullah

Kalamullah

Thursday, November 29, 2012

Jalan Ini



Kadang-kadang terasa sayu.. tapi kadang-kadang terasa gembira.. Terasa terubat rasa sedih dan dukacita..

Bila nak imbas semula apa yang Allah telah susunkan untuk aku, terasa sangat2 bercampur baur perasaan.

Sayu sebab rindu ikhwah-ikhwah seperti zaman dulu. Rindu masa-masa ukhuwah, masa-masa cinta itu tersemai dengan subur, dibaja dengan kasih sayang dan kebersamaan. Teringat ada sekali,
"Jom, pg solat di masjid.. kita gerak ramai-ramai, gegarkan jalan menuju rumah Allah...!"

dan ternyata pada waktu itu kami berbaris umpama kawanan pancaragam. ramai dan tampak gagah.

Rindu masa-masa itu. Rindu juga kenangan-kenangan personal yang terlakar dengan individu-individu tertentu. kenangan pilowtalk. kenangan potong bawang. kenangan terasa hati. marah. kagum. sayang. cinta....

seolah terasa kenangan itu umpama kabus-kabus yang menebal dalam dunia fantasi...

kemudian masa pun menjalankan tanggungjawabnya.. daun berguguran, musim berganti... kita mula memasuki medan baru, corak kerja baru... dan orang disekeliling kita pun berubah...teman seperjuangan kita kini orang yang berbeza..

Sekuat mana pun kita mencuba, tapi kita tetap menyedari, segalanya sudah berubah. kadang-kadang kita cuba mengubat rasa.. aku sedang gembira..

tapi ternyata... Insan di kiri dan kanan kita sekarang adalah insan yang berbeza. Kita pun cuba untuk menyesuaikan rasa. Dan terjumpa keserasian. Oh.. akhirnya...

Pada masa itu kita merasakan cukup gembira, kerana ada orang disekeliling kita yg sangat2 menaikkan iman, terasa sangat ingin bersama dengannya setiap masa... ukhuwah yang dijalinkan terasa cukup erat, terasa cukup kuat, cukup manis.. melihat sosok qudwah yang sangat menaikkan rasa ingin all-out utk Allah.. kagum.. inspirasi.. terubat luka yg sgt pedih.... meskipun pertemuan itu masih sangat baru, masih sangat muda usianya.. tp kasih sayang, kepercayaan dan rasa cinta ternyata sudahpun berakar dengan sangat kuat..

Terasa sangat indahh.. Apabila bait-bait yang pernah dibaca dalam naskah-naskah buku, dalam kisah-kisah terdahulu.. kini seolah menjelma dihadapanku.. Antum ternyata mengobarkan api cinta, rasa percaya dan yakin akan jalan tarbiyyah ini.. Terasa kemenangan sangat-sangat hampir..

Tapi terlintas semula... mereka juga ada period masanya... sampai waktu, mereka juga akan berganti.. tidak ada yang kekal...

pada masa itu terasa seperti ingin lari dari realiti.. mgkin kali ini berbeza..?

tapi kemudian..

masa pun datang sekali lagi melaksanakan tanggungjawabnya...

matahari dan bulan sekali lagi berubah peranan..

dan semuanya berubah, buat kali yang seterusnya..

Aku pun diserbu sedikit rasa sedih.. kerana seolah perlu membina thoifah baru disekeliling ku.. untuk merasai biah itu.. seolah kini aku tidak boleh mengharap lagi, malah harus pula memberi.. harus pula menjadi sosok qudwah itu.. menjadi wajah-wajah yang pernah membangkitkan imanku dulu.. menjadi watak-watak yang memberi makna kepada diriku dulu.. untuk orang lain disekelilingku...

Terasa sayu kerana aku rindukan biah itu..!

Tapi hati ini terasa sangat bersyukur... kerana susunan Allah yang cukup sempurna.. Mendidik aku sebegini..

Oh... banyak sungguh wajah yang telah memberi makna kepada hidupku...

dan sungguh, aku menjadi rindu dan sayang akan setiap dari mereka.... setiap satu watak itu, mampu ku tuliskan sebuah novel menceritakan detik-detik manis penuh keimanan bersama mereka... Cukup indah, cukup membina... andai Allah tukar walau seorang pun dari kalian, barangkali aku tidak seperti aku...

Tetapi pengalaman akhirnya mendidik aku sesuatu..

Jalan ini akhirnya menanam kepadaku tentang satu ma'rifat...

Hanya Allah-lah yang berhak kita cintai dengan sebenar-benarnya, dengan sepenuh-penuhnya, jauh lebih daripada segala perasaan cinta dan sayang yang lain, kerana hanya Dialah yang kekal dan tidak pernah meninggalkan kita... tidak pernah berpisah, tidak pernah bosan, tidak pernah mengah menjaga kita.... Hanya Dia-lah, yang wajar menjadi punca segala rasa cinta, punca segala rasa himmah, punca segala keinginan.. Kerana Dia sentiasa kekal, sentiasa memahami setiap cebisan daripada pengalaman kita... Dia tidak pernah mengecewakan kita.. tidak pernah menjadikan kita sedih dan sayu..

Terima kasih Allah. Kerana mendidik ku untuk benar-benar mencintaiMu. Totalitas, tanpa penyekutuan.

Dan kepada semua watak yang hadir dalam hidupku... Kalian sangat bermakna buat ku.. Semoga Allah redhai cebisan-cebisan kenangan kita, dan semoga kita dapat bersama-sama di dalam syurga kelak, sambil bercerita kembali tentang memori-memori di dunia ini...

Wallahua'lam

Mohd Aqmin
London



Wednesday, November 28, 2012

Sujud



Dalam perjalanan
Aku terjumpa suatu kenikmatan
ketenangan dicari-cari
Rupanya berada di dalam sujud

Sujud yang meletakkan segala urusan lain ketepi
Hanya untuk memenuhi khalwah denganNya

Yang menolak segala kesempitan dunia
dengan keluasan kuasa Allah

Yang membuang rasa kecewa dengan diri sendiri
Kepada yakin dengan tangan Allah

Yang kusut dengan pelbagai urusan yang tersekat
Kepada menikmati setiap saat tarbiyyah

Daripada tekanan dan tanggungjawab seorang khalifah
Kepada rasa patuh dan thiqoh seorang abdi

Daripada rasa penat, rasa lelah pada mehnah yang menimpa
Kepada segala himmah bertumpu(main concern) padaNya

SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Tidak terkata rasa syukurku padaMu
atas tarbiyyah yang Kau susunkan untukku ini

Dan sesungguhnya, ibadatku, solatku, hidupku dan matiku...
Moga semuanya adalah untukMu

Moga sujudku
Menjadi tanda janji dan ikrar cintaku padaMu

Wassalam



Mohd Aqmin,
London



Tuesday, November 13, 2012

Bukannya gila pon...




Firman Allah SWT:
 مَآ أَنتَ بِنِعۡمَةِ رَبِّكَ بِمَجۡنُونٍ۬ (٢) وَإِنَّ لَكَ لَأَجۡرًا غَيۡرَ مَمۡنُونٍ۬
berkat ni’mat Tuhanmu kamu [Muhammad] sekali-kali bukan orang gila. (2) Dan sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang besar yang tidak putus-putusnya. (3)
(Al-Qalam 68:2-3)


“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.

Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.

Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.

Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.

Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

-Ustaz KH Rahmat Abdullah.

Wallahua'lam

Mohd Aqmin
London

*dalam kekusutan menyusun segala kewajipan dan tanggungjawab. Moga ini lah tarbiyyah terbaik untukku.