Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, May 23, 2012

Hilang



Manusia sering merasakan takut, seandainya dia hilang sesuatu yang dirasakan berharga.

Takut, seandainya masa depan tidak secantik biasa.

Sedih, kerana hilang satu "kesenangan" atau ni'mat.

Tapi semua ini saya kira adalah bisik-bisik Sang Syaitan.

Kerana apa yang kita ada in the first place untuk hilang?

Pernah kah kita ini memiliki untuk merungut kehilangan?

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلۡغَنِىُّ ٱلۡحَمِيدُ
Wahai Manusia, kamu-lah yang Faqir kepada Allah(tidak ada apa2, dan berhajat untuk pelbagai perkara), dan Allah-itulah yang Maha Kaya(Tidak berhajat pada apa2), dan dia Maha Terpuji
Al-Fatir, 35:15

Umpamanya, seorang anak kecil yang menangis kerana patung permainan yang bukan milknya diambil semula oleh tuan patung itu. Kita pasti akan terlintas, oh, budak-budak zaman sekarang.. tak dapat apa mesti nak nangis...

Tapi itu-lah kita sebenarnya!

Tatkala hilang kejayaan yang bukan pun milik kita. Kita menangis?!
Tatkala hilang barang yang berharga. Kita resah dan gelisah?!
Tatkala sudah tidak lagi mendapat duit elaun misalannya. Kita menjadi huru-hara!!

Sedangkan, in the first place, semua tu bukan milik kita pun.

Kita asyik meminta dan mahukan macam-macam dalam dunia ni.
Sedangkan tak sedar, semua tu, bukan milik kita pun. Dan sangatlah pelik untuk kita berasa marah/sedih seandainya kita tidak memperoleh sesuatu yang bukan milik kita.

Firman Allah SWT lagi:
 وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا
وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ 
ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا
dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
At-Talaq, 65:2-3


Maka atas sebab apa kita merasakan hilang ataupun tidak mendapat sesuatu itu sebagai masalah?

Sedangkan Dia sudah punya perancangannya tersendiri untuk kita.

HasbunaAllahu wa ni'mal wakeel

Ya Allah, biarlah hati ini merasa cukup dengan adanya Engkau didalamnya. Biarlah jiwa ini merasa tenang dan gembira dengan tahunya aku, nanti disana aku akan dapat melihat-Mu.
Aamin

Wallahua'lam

MA
London


Tuesday, May 15, 2012

Bergaduh...?


Selalu bergaduh tak..?

Tak kisah la bergaduh dengan siapa, dengan adik ke,
"Eh, ni kerusi abang. bangun², jangan kacau abang duduk buat kerja!"
"Hey..! Ni buku kerja sekolah abang la! kenapa adik lukis gambar rama²?"

Ataupun dengan kawan-kawan serumah:
"issh... kau ni, makan bukan nak basuh pinggan mangkuk. Plisss laa.."
"Hello... kacak dan jelitanya kau, makan sampai habis semua lauk yang ada dalam rumah ni."

Erk... Tak tarbawi ek pergaduhan ni? Okok, tukar sikit...

Bergaduh dengan anak usrah...
"Astaghfirullah.. Man.. aku dah cuba sedaya upaya man untuk tahan marah.. tapi bila kau berkelakuan macam ni, aku rasa kesal dan kecewa man.. Kau sepatutnya jadi lagi matang, ......"
"Erk.. ponteng usrah pulak dia.. Bila tanya.. macam-macam alasan keluar.. tegur, mesti berjawab.. susahnye nak bentuk dia....Ish.. tak tau nak buat apa dah ni..."

Bergaduh dengan usrah-mate....
"eee... si X ni.. tak pernah nak bekorban.. asyik² tunggu khidmat orang lain je.. Kalau dia ingat dia susah, orang lain pun susah kot! takkan la menerima je...! Mad'u kat luar sana banyak kut nakkan tarbiyyah, dia dok rilek je.... huhu.. istighfar².."
"Astaghfirullah... Dah seminggu aku tengok kau ni tak join halaqah... anak usrah kau pun, macam dah tak terjaga tarbiyyah diorang.. bila orang tanya kau marah².. kau ok tak ni sebenarnya?"

Ataupun, bergaduh dengan sesiapa sahaja.

Apa perasaan bila kita bergaduh? Marah? Rasa macam nak pukul dengan kayu/besiGeram?Apa lagi..?Tak tahan? Nak meletup?

Haa... mesti anda akan ingat macam...
"Ish.. mesti nak highlight point sabar, point kena beralah, point blablabla.. "

Hihi.. Tak, kali ni nak ajak kita sama-sama menyoroti kisah Nabi Yusuf....

Boleh rujuk surah Yusuf, dan baca dari awal sampai la ke ayat 100... Huhu.. panjang sikit la tapi, meh saya ringkaskan...(tapi kalau nak betul2 feeling memang kena baca full story la ekk... )

1-Adik beradik Nabi Yusuf nak ''hilang''kan Nabi yusuf sebab jeles Nabi Yaakub(Ayah mereka) lebih sayangkan Nabi Yusuf.
(Ha, sape yang selalu jeles dengan Naqib bahagi kasih sayang tak adil, mak ayah tak adil semua tu, sila muhasabah sekarang. Adakah anda sedang menjadi adik-beradik yusuf???)  T___T

2-Mereka meninggalkan Nabi Yusuf di sumur setelah berjaya meyakinkan Nabi Yaakub mereka akan menjaga Yusuf baik².. Tapi bila diorang balik tanpa Yusuf, dan hanya bawak baju yang ada darah palsu, dan lakonan menangis ala-ala tacing konon sedih Yusuf dimakan serigala. Nabi Yaakub dah dapat rasa diorang tipu.. Tapi apa Nabi Yaakub cakap...?

"Fasabrun Jamil.. Wallahu musta'anu ala ma tasifun.."
"Dan hanya bersabar itulah yang terbaik bagiku.. dan pada Allah-lah dimohon pertolonganNya atas apa yang kamu ceritakan..." Yusuf, (12:18)


3-Masa berlalu.. dan sekarang Nabi Yusuf dah jadi bendahara Mesir.. sebelum tu dia telah dibeli menjadi hamba, dah kena fitnah, lepas tu masuk penjara lagi...

4-adik-beradik dia datang untuk meminta bantuan makanan dalam musim kemarau... Tapi tak tau Bendahara Mesir ni, adalah Nabi Yusuf.. Bila Nabi yusuf reveal, dan bawak Nabi Yaakub semua ke istana balik, apa kata Nabi Yusuf..? Apa agak-agak, kata orang yang telah dianiaya sedemikian lama? Baginda berkata:
وَقَدۡ أَحۡسَنَ بِىٓ إِذۡ أَخۡرَجَنِى مِنَ ٱلسِّجۡنِ وَجَآءَ بِكُم مِّنَ ٱلۡبَدۡوِ مِنۢ بَعۡدِ  أَن نَّزَغَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ بَيۡنِى وَبَيۡنَ إِخۡوَتِىٓ‌ۚ إِنَّ رَبِّى لَطِيفٌ۬ لِّمَا يَشَآءُ‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ "

"....Dan sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia membebaskan aku dari rumah penjara dan ketika membawa kamu dari dusun, setelah syaitan merusakkan [hubungan] antaraku dan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut terhadap apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
(Yusuf, 12:100)


Ha.. Nampak tak...????

Masalah sebenar bila jadi masalah ukhuwah tu, ialah....
---->SYAITAN YANG MEROSAKKAN HUBUNGAN ANTARA KITA DAN ORANG LAIN<---
Yang jadi problem nya, syaitan lah! Dia lah yang dok cucuk itu tak kena, ini tak kena.. Dengki, jeles, geram, tak puas hati, nak lebih, tak nak beralah, kenapa dia tak buat lebih, asyik aku je kena bekorban, dia ni tahu komen je kerja taknak buat, dia ego!, dia blablablablabla....

Problem paling akar dia, SYAITAAANNNNN!!

Ee.. geram betul dengan syaitan. Suka rosakkan hubungan orang. Eeee!!

=)

Nampak tak...?

Bila anda bergaduh, ingatkan diri anda, ini adalah sebahagian daripada plot si syaitan. Memang dia nak anda rasa tak puas hati, dia nak anda bergaduh, rosak ukhuwah semua. Walhal, benda simple je...!!

Bila anda rasa marah semua, ingatkan diri anda, bukan orang tu yang bermasalah, tapi syaitan yang merosakkan hubungan antum..!!

Tengok cara pandang Nabi Yusuf.. dia tak pernah menyalahkan adik-beradik dia.. Dia tak kata setelah adik-beradikku meninggalkan aku.. Dia tak kata adik-beradikku tak berperikemanusian.. dia tak kata adik-beradikku tak considerate.. Dia tak kata semua ni.. Tapi, apa yang dia cakap..? Syaitan. Syaitan. Syaitan..!!!

Bila kita sedar, segala masalah yang terjadi, yang problem nya ialah Syaitan, maka kita akan sedar yang perasaan marah tu tak sesuai. Perasaan geram tu tak patut. Sebab diorang tu mangsa hasutan syaitan! Mangsa si penipu! Maka akan tumbuh rasa sayang... akan tumbuh rasa kasihan.. akan tumbuh rasa cinta...

Kalaulah mereka mengerti, pasti tak akan jadi macam tu.

Kalaulah mereka tak tertipu dengan syaitan, mesti tak akan ada perangai macam tu.

Maka seluruh tubuh kita akan dikuasai oleh perasaan nak tolong. Nak bantu. Nak tunjuk kebenaran. Sayang! Sayang! Sayang! Nak tarbiyyah! Nak didik mereka!!

Sebab kita nak beri mereka kekuatan, untuk melawan Syaitan.

Jadi lain kali anda rasa marah dengan orang...

Pesan Saidina Umar:
"Janganlah membantu Syaitan untuk menjatuhkan temanmu. Tapi bantulah temanmu untuk menjatuhkan syaitan"

Ingat perasaan Nabi Yusuf. Ingat syaitan ni jahat.
=)

Wallahua'lam

MA
London


Sunday, May 13, 2012

Mereka, dan kita



Syurga adalah balasan daripada Allah SWT. Balasan bagi mereka yang menginfaqkan seluruh hidup mereka untuk Allah. Dan kita mengharapkan untuk sama-sama layak mendapat balasan yang serupa.

Tetapi mereka itu, benar-benar menginfaqkan seluruh hidup mereka untuk perjuangan...!

Mereka itu, benar-benar merindukan syahid dalam berjuang untuk agama Allah...!

Dan mereka itu juga, setiap kali jatuh dan diuji, sentiasa bingkas bangun untuk kesekian kalinya, kerana mereka yakin, perjuangan ini adalah perjuangan mereka, dan akan ada hanya dua kesudahan daripadanya, syahid, atau menang..!

Saksikanlah....



Inilah mereka...

Mengimpikan pembebasan Jerusalem...

Mendambakan kemenangan Islam, penegakan Khalifah...

Merasai hakikat dan erti kehidupan yang sebenar...

Hidup dalam perjuangan...



Dan kita.....?

Masih lagi dalam kegelapan, meraba-raba halatuju, masih dengan masalah emosi yang tidak menentu..

Masih lagi rakus dengan nafsu, menginginkan kepuasan yang tidak kenal erti cukup..

Masih lagi tidak sanggup bekorban, masih lagi mementingkan diri sendiri, masih lagi sombong, ego dengan Allah yang Maha Esa...

Masih lagi bermaksiat kepadaNya...

Masih lagi fasik, sambil menyorok-nyorokkan kefasikan.. Bermain-main dan memperolokkan Allah.. kononnya Dia tidak tahu setiap isi hati..

Masih lagi berat untuk berubah, masih tidak sanggup merendahkan ego..



Dan kita mendakwa kita ingin ke syurga yang sama?

Firman Allah:
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan [begitu saja], sedang Allah belum mengetahui [dalam kenyataan] orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(At-Taubah, 9:16)

Andai kita diukur.. apakah kita akan masuk dalam kalangan manusia yang benar-benar berjihad..? Atau sekadar penumpang dalam agama ini? Atau sekadar pemerhati? Atau sekadar munafik? Dan sekiranya kita tidak diiktiraf... kemana lagi akan kita pergi?

Sesungguhnya Allah sahajalah yang dapat memimpin seseorang yang sesat kembali ke jalan yang lurus...

Dan moga Dia tidak mengenepikan, mengusir aku, kamu dan kita semua daripada kelompok manusia yang berada dalam rahmat dan keredhaanNya..


Wallahua'lam

London


**Kalau 5 tahun yang lalu kita bercakap tentang pembebasan Palestina, pasti sahaja kita merasakan ianya suatu yang sangat jauh dan hanya akan menjadi cita-cita dan harapan semata-mata. tapi kuasa Allah SWT, pada hari ini, andai sahaja Israel melihat roh jihad mereka ini, pasti terlintas dalam fikiran mereka, "mimpi buruk itu sudah tiba".

Membentuk Individu untuk ummat yang padu!