Kalamullah

Kalamullah

Friday, February 22, 2013

Awan Kelabu



Buntu....

awan masih kelabu...

cuaca suram
tercalit rasa duka
pedih
kecewa
putus asa

mata terkebil-kebil
dimana agaknya sang mentari?
apakah ia sudah langsung melupakanku disini?

terketar-ketar
takut dan sejuk
melalui malam yg gelita

oh masa yg mengikat seluruh putaran bintang dan matahari
terburailah, kami sudah terlalu sengsara melalui malam yg bernanah
jauh dalam hati.. percayalah, kami masih ternanti-nanti
mengharapkan
mendambakan
malah merayu-rayu
agar mentari kan bersinar kembali
membantai kegelapan malam
menghembus dgn bayu segar
menolak awan kelabu
pergi buat selamanya


Resah

Thursday, February 21, 2013

Masih Mencari...




Bayangkan, anda hendak pergi ke Jitra, Kedah, daripada Batu Pahat, Johor. jauh bukan?

Bayangkan pulak, kena pg jalan kaki.

Bayang lagi, takde signboard.

Amacam? Dah bayang?

.......

Allah.. bantulah hambaMu yg super dhoif dan lemah ni.. yang bodoh, yang tak kuat, yang ego, yang asyik kalah dengan nafsunya, yang cepat putus asa, yang cepat rasa marah, yang ... mcm-mcm lagi.. huhu

Kalau dulu rasa yakin, jitra tu tak jauh mana pun. yakin yang kalau lari laju-laju, x lama lagi sampai la. yakin sgt. tp skrg asyik toleh kiri kanan. mana signboard?

.........

tiba-tiba,

"adik, adik tahu tak macam mana nak pegi Jitra? abang dari singapore ni. abang rasa x jauh dah ni kan. tapi tu la, abang ni ha cepat pulak rasa penat."

Aku menangis. abang yang bertongkat tu, yang jauh lagi jauh berjalan, yang jauh lg besar ujian, tgh berhempas pulas.

terima kasih ya Allah atas tanda yg Kau beri.

terima kasih.


Wallahua'lam

Mohd Aqmin
Teluk Intan, Perak





Monday, February 4, 2013

Kemurahan Tuhanmu...



"Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang(duniawi), maka kami segerakan baginya di dunia ini apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki. Kemudian kami sediakan baginya di akhirat neraka Jahannam, dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir"

"Dan barangsiapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik"

"Kepada masing-masing(golongan), baik yang menginginkan dunia, mahupun golongan yang menginginkan akhirat, Kami berikan bantuan daripada kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi"

(Al-Isra', 17:18-20)


SubhanaAllahi wabihamdih, subhanaAllahil a'zim.

Allah menceritakan kepada kita, ttg dua jenis golongan manusia.
satunya short-sighted, nak yang mudah, nak hidup senang, x sanggup bersusah
satu lagi long-sighted, tak kisah apa pun, janji di 'sana' nanti berjaya. skrg ni all-out, takde malas² atau alasan².

tapi kata Allah...
dua-dua orang ni pun, Allah banyak tolong..
Allah bagi itu dan ini..
Allah susun rezki baik².. walaupun orang pertama tu tak pernah fikir pasal Allah.

Allah kira, berapa banyak duit dia perlukan untuk hidup
Allah susun, pukul berapa dia bangun untuk bekerja
Allah malah izinkan jantung dia berdegup setiap saat, supaya darah² dalam badan dia dapat mengalir lancar

selepas daripada tu, Allah pertemukan pulak dia dengan jodohnya.. menggembirakan hatinya, menenangkan jiwanya...

dapat anak² yg menggembirakan lagi dirinya..

semua ni Allah susun dan berikan kepadanya..
Allah yang hantar bantuan² ni untuknya..

WALAUPUN DIA X INGAT ALLAH DAN ASYIK DENGAN DUNIANYA

Oh, derhaka apakah kita ini..??


Tuhan itu PemurahNya tidak bertepi
Walau hamba berlaku keji
Walau hamba berlalu pergi
Dia tetap, tetap menyusun rezki

Tuhan itu PemurahNya dahsyat sekali
Walau hamba kontang rasa cinta
Walau hamba kering ibadat untukNya
Dia tetap, tetap membantu kehidupan

Tuhan itu Pemurah, apa lagi yg kau cari?
Tatkala hamba mengejar dunia
Tatkala hamba lupa habis tanggungjawab dan kewajipan
Dia terus dan terus membenarkan kita hidup

Bagaimana, dengan Tuhan yang sebegini pemurah, kita masih berkira?

Kita masih berkira soal masa, untukNya dan untuk kita sendiri
Kita masih berkira soal harta, untukNya dan untuk kita sendiri

Kita kedekut untuk berjaga malam

Kita kedekut untuk infaqkan harta

Kita kedekut... kedekut untuk memerah kudrat berfikir masa depan ummat..

Kita berkira.. ada masa untuk Allah, masa lain untuk kita.. untuk dunia kita.. untuk kerjaya kita.. untuk harta dan kemewahan kita..

Kalaulah Allah itu kedekut... pasti sahaja kita terjerut. Mujurlah...


Wallahua'lam

Mohd Aqmin
London