Kalamullah

Kalamullah

Saturday, December 29, 2012

Anta Ghaniyy Ya Rabb..



Perjalanan kita dalam kehidupan ini ternyata sangat panjang.

Dan seandainya, kita infaqkan seluruh masa kita untuk berzikir kepada Allah, ia masih tidak akan pernah mencukupi untuk membalas segala nikmat yg dianugerahkanNya kepada kita.

Dan Aku.

Aku terlampau malu denganNya.

Semakin lama aku hidup, semakin banyak pula nikmat dan kemanisan yg Dia susunkan untukku.

Allahu rabbi
Anta Ghani
Anta Rahmanur Rahim

Wa Ana...
Ana faqir..
Ana dhoif..

Tak pernah aku gambarkan
Atau impikan sekali pun

Untuk terpilih oleh Allah
Merasai manisnya nikmat Islam
Mencintai tarbiyyah dan menikmati dakwah

Melihat perubahan pada diri manusia..
Menjadi saksi langkah-langkah yg mereka ambil untuk menjadi insan yg lebih mulia
Ya, mereka menjadi mulia
dengan memaknai Islam yg ada dalam diri mereka

Saat air mata berlinangan
Aku berasa sungguh cemburu
Kerana air mata itu, air mata mereka
Yang sedang sarat dengan hidayah

Melihat banyaknya manusia yang perlahan-lahan memilih untuk bersama dakwah
Manusia yang terasa cukup manis nilai Islam ini
Hinggakan mereka lantas terkinja-kinja ingin menyampaikan pada yg lain
Kerana terasa izzah, manis dan nikmatnya Hidayah ini

Hari ini kita menyaksikan...
Artis seorang demi seorang terpilih memperoleh hidayah
Orang-orang yg dahulunya menentang
Kini menjadi pejuang
Moga Allah dengan rahmatNya mengekalkan hidayah itu untuk mereka
Dan kita

Ini semua umpama satu magis!!
Semalam yg kelihatan kelam dan suram
Ternyata sudah diganti cahaya mentari yg cemerlang
Malah bunga-bunga mula membuka tirai kehidupan...

Inilah kekuasaan Allah..!!
Kehebatan dan kebijaksanaan aturanNya
Ia bukan atas hasil usaha tangan kita
Sekali-kali tidak...!!

Tapi ia adalah anugerah
Hadiah
penghargaan
Yang diberikan Allah apabila melihat usaha dan amal kita yg seciput ini

Maka bayangkanlah....
Bayangkanlah...

Kalau para duat bekerja lebih sedikit
Overtime up sikit
bekorban lebih sedikit
Jadi lebih efisien lebih sedikit
Kurang sedikit bagi alasan
Banyak sedikit memberi, memberi dan memberi

Bayangkanlah ikhwah...!!!!

Apa kemenangan yang bakal dihadiahkan Allah kepada kita?
Apa natijah daripada usaha kita yg seciput itu?

SubhanaAllah...

Kemenagnan Islam itu pasti
Dan ianya semakin pasti
dengan bertambahnya pejuang yg sanggup memberikan apa sahaja
Untuk Islam yg dicintai

Ianya sudah tidak jauh..
Janji Allah PASTI akan terlaksana..

Ayuh, be part of it
Kejelasan manhaj Islam ini
Pasti akan mengalahkan segala bentuk kebatilan
Dan percayalah... Saat itu sudah tiba!

Terima kasih Ya Allah
Kerana terus memilih kami di atas jalan ini...

Moga kita tidak akan digantikan dengan kaum yg lain semata-mata kerana kita ini terlampau lembik dan tidak bermaya utk membantu Islam.


 وَرَبُّكَ ٱلۡغَنِىُّ ذُو ٱلرَّحۡمَةِ‌ۚ إِن يَشَأۡ يُذۡهِبۡڪُمۡ وَيَسۡتَخۡلِفۡ مِنۢ بَعۡدِڪُم مَّا يَشَآءُ كَمَآ أَنشَأَڪُم مِّن ذُرِّيَّةِ قَوۡمٍ ءَاخَرِينَ 

Dan Tuhanmu Maha Kaya, lagi Melimpah-limpah rahmatNya. Jika Dia kehendaki, nescaya Dia binasakan kamu dan menggantikan sesudah (binasanya) kamu dengan sesiapa yang dikehendakiNya, sebagaimana Dia telah menjadikan kamu dari keturunan kaum yang lain. (6:133)

Wallahua'lam

Mohd Aqmin
London

Thursday, December 13, 2012

Hanya Gerhana... Percayalah..!!








 Da'i pada hari ini berdepan dengan Toghut yang sangat hebat.. Toghut yang telah merosakkan, malah membunuh terus ke-islaman dan ke-imanan para Muslimin.

Toghut ini bijak.... Dia telah merekrut begitu banyak manusia untuk bekerja dengannya.. manusia yang enggan bekerja dengannya pula, telah ditipu dan diperdaya habis-habisan, hinggakan mereka tidak lagi sedar tanggungjawab mereka..

Kerana itulah... Da'i sebenarnya sangat sedih.. sangat sedih dan kecewa melihat nasib dakwah pada hari ini...

Begitu ramai orang-orang yang tahu tentang Islam, tapi telah menjadi alpa dan leka...

Dan jauh lebih ramai pula, orang-orang yang AT, yang hebat, yang sangat logam, terpedaya dengan toghut malah bekerja untuknya..

"Kealpaan orang-orang yang baik, dan semangat orang-orang yang konfius"

Itulah nasib dakwah pada hari ini...

Dakwah gagal merekrut orang-orang hebat.. yang dapat dikaut dakwah, hanyalah orang-orang yang lesu, alpa dan lega.. orang-orang yang menjadi pak turut dan tidak bernafsu untuk menghidupkan dakwah..

Orang-orang yang logam, yang keras kemahuannya, yang berfikiran jauh... semuanya tidak mengikut dakwah.. semuanya telah direkrut jahiliyyah... bekerja siang-dan-malam.. all-out meriahkan stesen-stesen tv... menghiburkan masyarakat dengan movie, dengan sukan.. kerana telah diperdaya toghut, sehingga mereka memberikan segala-galanya untuk menghidupkan suasana Jahiliyyah.. bergembira dan bersuka ria..

melihat kepada perlumbaan ini... daie menjadi sedih.. menjadi kecewa.. sampai bila dakwah akan dapat mengatasi toghut, kalau pendokong-pendokongnya sahaja sudah jauh berbeza komitmen, kemampuan dan kapasiti? Sampai bila dakwah akan menjadi ''underdog'' kepada toghut? terpaksa dicucuk hidung dan diheret kesana sini...

Apakah nasib dakwah..?

Ikhwah yang ana kasihi.... Inilah realiti dakwah zaman ini.. Tiada siapa yang sudi memikirkan nasib dakwah.. yang betul-betul menyayangi dakwah.. daie tadi berasa cukup murung.. cukup sedih.. kerana menggambarkan dakwah ini diperlakukan sedemikian.. hanya baki-baki masa, celah-celah yang tidak sibuk, sisa-sisa pendapatan.. itulah yang disumbangkan untuk dakwah..

Melihat dakwah diperlakukan seperti rumah anak yatim.. yang hanya mendapat baju-baju buruk.. hanya mendapat katil-katil lama.. bantal-bantal kotor.. semuanya sisa dan benda-benda yang sudah tidak diperlukan orang lain.. itulah yang diberi/disumbangkan kepada dakwah.. maka daie tadi bertambah sedih...

Neraca keindahan, kehidupan ini sudah lama bertukar... daripada kejelasan syahadah, menjadi kerseronokan dunia, kepada kerja-kerja yang kecil dan tidak penting..

Tapi daie tadi segera tersedar... segera terbangkit daripada rungutan dan mimpi-mimpi buruknya..

Dia tidak boleh sekali-kali meninggalkan tugasnya.. segala rasa sangsi, rasa putus asa dan kecewa lantas musnah, tatkala dia ter'reflect'... yang dia sebenarnya berada di tengah-tengah rombongan orang-orang beriman yang sedang berjalan. Rombongan ini bukan dia yang mulakan, dan dia harus segera mencari orang yang akan menyambungnya. Baton sudah bermula sejak dahulu, di'pass'kan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.. Bahkan daie-daie dahulu, sakit dan perit mereka berusaha memahamkan dia sendiri... seperti itulah juga dia harus bekerja, bahkan lebih lagi!!

Daie tadi semakin terasa apabila menyedari... bahawa Allah sudahpun menjanjikan, tidak akan pupusnya golongan yang menegakkan kebenaran ini.

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ

Akan sentiasa ada satu golongan dari kalangan umatku yang sentiasa berada di atas kebenaran. Orang yang menyalahi mereka tidak akan memudharatkan sehingga Allah memberikan keputusannya sedangkan mereka tetap berada dalam keadaan tersebut

Malah daie tadi semakin sedar... Bahawa sebenarnya yang benar-benar mengekalkan dirinya atas jalan dakwah ini, ialah kefahamannya tentang Islam.. Bahawa Islam ini adalah berita yang agung, yang tidak bersangkut paut dengan terima atau tolaknya manusia, malah semata-mata kepada apa yang diminta Allah dan apa yang dihargaiNya. Tidak langsung berkait dengan balasan walau sekecil mana daripada manusia..

Daie tadi semakin jelas.. bahawa sebenarnya yang diminta daripadanya ialah pengorbanan di atas pengorbanan. Perjuangan yang tidak berbelah bahagi.. Keikhlasan dalam keikhlasan.. Natijahnya, semuanya sudah pun ditetapkan, Al-Haq tetap akan mengatasi Al-batil, walaupun realiti semasa tidak seperti itu..

walaupun gerak kerja dakwah tidak selaju jihad toghut, tapi percayalah... Ia pasti akan berubah! Al-Haq terlampau benar hinggakan tidak ada kebatilan yang mampu menghalangnya. Umpamanya, Al-Haq itulah cahaya, yang apabila dicampak kepada kegelapan, maka akan hilanglah segala kegelapan tadi. Al-Batil tidak ada sebarang kuasa langsung untuk menghalangnya..!!

Demikianlah... daie tadi memujuk dan meyakinkan dirinya.. segala kacau bilau, kelemahan dan kelesuan dalam barisan muslimin.. Segala tingkah laku dan akhlak muslimin terhadap dakwah yang teramat sangat menyedihkan itu... Segala ini, hanyalah sementara..!! hanyalah umpama Gerhana.. Yang sampai masanya, ia akan berlalu pergi, akan hanya tinggal sebagai satu memori..

Islam pasti akan menang..! Kerja-kerja pengislahan ini harus terus berlaku, bahkan ia pasti tidak akan pernah putus pun, kerana saki-baki mu'min tidak akan pernah membiarkannya berlaku.

Sebelum kemenangan itu dihadiahkan Tuhan.. Daie tadi lantas terus kembali bekerja dengan kuatnya.. dengan penuh kesungguhan tanpa mengharapkan apa-apa penghargaan.. yang didambakannya, hanyalah Allah, tidak akan ada yang lain yang mampu mengubat perasaannya, melainkan memikirkan satu hari nanti segala ini akan disebut satu persatu oleh Tuhan yang sangat-sangat dicintainya....

Wallahua'lam

Mohd Aqmin
London




Wednesday, December 12, 2012

Dosa kelmarin



kelmarin
Aku terjun ke lembah dosa
buat kesekian kalinya

selumbar lama
menusuk pedih dalam jiwa
rasa kesal..... rasa kecewa....
apakah iman yg cuba dibina, akhirnya tewas lg dengan dunia?

Allah...

Rapuh benar hati ini
Tapi masih bermimpi untuk memikul kerja-kerja yg mulia
Oh, betapa hinanya aku ini..!!!

Apabila hati itu lantas kotor
hitam dipenuhi noda
Maka seluruh tubuh pun menjadi pembuat maksiat
Mulut yg terlampau lancang dalam berbicara
mata yg terkedip-kedip mengumpul dosa
tangan yg pantas melukakan jiwa manusia

Mengapa Ya Rabb...!!
Mengapa aku terlampau cenderung dgn dosa dan maksiat...
Apakah kerana imanku terlampau lemah?
atau nafsuku yg terlampau tinggi?
atau... mgkin kah Engkau tidak pernah meredhai keberadaanku disini?

Allah....

Dosa kelmarin.
Mengingatkan aku tentang rasa malu
Malu pada Tuhan
Betapa angkuhnya aku, konon tiada manusia yg tahu
Walhal... Tidak ada apa-apa yg terlepas daripada pengetahuanNya

Moga dosa kelmarin
Menjadi satu titik dalam hidupku
Yang bisa jadi pengingat
Berwaspadalah dgn syaitan

Moga ia kekal pada hari kelmarin
Tidak pula pada hari yang mendatang

Aku menutup mataku
Dengan linangan air mata
Moga Kau ampunkan dosaku
Walau ku tahu, air mata ini tidak cukup membersihkan hitam dan kotornya hatiku

Allah...

Wallahua'lam

Mohd Aqmin
London





Saturday, December 8, 2012

Daie generasi baru...



Hari ini
Aku melihat generasi daie yg baru...
Yang menggantikan generasi-generasi terdahulu..

Generasi baru ini
Mereka mencari-cari amal
Amal mana yg serasi dan seronok utk mereka lakukan
yg susah, tak seronok, bukan utk mereka
Sedangkan generasi dulu
tidak pernah memberikan pilihan pd diri
Buat semua

Generasi baru ini
Mereka banyak concern ttg masa
banyak kerja lain nak dibuat
sedangkan generasi dulu
Mengorbankan segala minat yg lain
Untuk benar-benar mencari formula terbaik utk dakwah...
Berbincang apa nak buat, mcm mana nak improve dakwah..

Generasi baru ini
Mereka memperuntukkan sebahagian kecil wang mereka utk dakwah..
selebihnya utk menampung keperluan diri...
Sedangkan generasi dulu
hanya memperuntukkan sebahagian kecil wang utk diri sndiri
yang lainnya, semua utk dakwah..
sebabnya duit mmg takkan pernah cukup...

Generasi baru ini
Mereka banyak menunggu..
tauzif dan taujih dari murabbi utk buat kerja
sedangkan generasi dulu...
mencari kerja dan berebut nak mulakan sunnah baru..
apa yg boleh melajukan dakwah..

Generasi baru ini
Mereka menyusun masa utk dakwah
Kerana yg lain, perlu utk study dan homework
pening banyak sgt masa yg diperlukan dakwah
sedangkan generasi dulu...
pening memikirkan, kenapa lah banyak sgt homework,
nak buat dakwah full-time pun susah

Generasi baru ini
sedih, down tension...
Bila hidup tak terurus, exam markah rendah, duit habis
Sedangkan generasi dulu...
Menangis tersedu-sedu, rasa nak terjun gaung
Bila mutarabbi tak datang program, usrah tak efektif, seruan tak diterima..
rasa mcm sesak nafas kalau terbayang dakwah ini tak membesar dan berkembang..

Generasi baru ini..
usrah tangguh boleh? dauroh skip boleh? kerja banyak la...
sedangkan generasi dulu..
rasa mcm nak jerit-jerit suruh masa berhenti supaya sempat join dauroh
tidur entah mcm mana, asalkan tak miss wasilah2 tarbiyyah..
takut kalau ketinggalan dalam gerabak tarbiyah..

Generasi baru ini..
hidupnya terurus, semuanya tersusun dan nampak cantik
tidur on-time, kerja semua siap, ada masa utk jalan-jalan melancong lg..
sedangkan generasi dulu..
tidur tak cukup, mata merah, kerja kadang-kadang tak sempat siap,
duduk luar negara lama, tapi tak sempat/terfikir pun nak pg jalan-jalan....
Sebab asyik fikir mcm mana nak bumikan teori-teori dalam buku kepada hati-hati mad'u...

Oh generasi baru
Seronoknya kamu
Mungkin sebab Allah banyak tolong kamu
Menjadikan kerja-kerja kamu mudah dan tak perlu banyak bertarung

Semoga mata rantai dakwah ini tidak terputus

Allah ampunkan dosa-dosa kami, ampunkan kekurangan dalam amal-amal kami,

Dan bantulah kami, dalam menjaga keaslian dakwah yg mulia ini....

Mohd Aqmin
London





Wednesday, December 5, 2012

Dunia apakah ini?



Hati saya seolah-olah dicucuh dgn besi panas. Pedih yang teramat sangat.

Apakah tidak pelik manusia ini...? Ataukah dunia ini sememangnya pelik..? ataupun, saya seorang sahaja yg merasai kepelikan ini?

Apa tidaknya.. apabila manusia menjadikan ratusan, bahkan ribuan alasan utk mengelakkan mereka daripada berfikir ttg akibat sesuatu perbuatan...

Bagaimana otak mereka ini berfungsi..??

Bagaimana otak mereka, mampu utk mengalihkan pemikiran, membuang rasa 'perlu cari jawapan' itu daripada benak hati mereka..?

Tipulah, kalau dalam diri seorang manusia itu, tidak terlintas, apa yg ingin dicapainya dalam kehidupan ini..
Tipulah, kalau dalam diri manusia itu tidak pernah terfikir, yg dia satu hari nanti akan mati..
Tipulah, kalau dalam diri manusia itu tidak ada persoalan tentang dari mana dia datang, apa yg perlu dilakukannya disini, kemana tempat yg bakal dia pergi selepas ini...

Tipu! Tipu!

Tapi.... biarpun persoalan-persoalan ini datang pada diri mereka... bagaimana agaknya otak mereka boleh menolak persoalan-persoalan itu daripada menghantui diri mereka? Apakah 'ubat bius' yg digunakan, hinggakan boleh hilang terus rasa risau, tidak sedap badan dan runsing dalam diri mereka?

Bagaimana, dengan kematian demi kematian yg mereka saksikan dengan mata sendiri, ataupun kisah-kisah kematian yg pernah mereka dengarkan, boleh hanya menjadi seperti satu jenaka, ataupun 'satu lagi' cerita kosong? Takkan peristiwa-peristiwa ini tidak menimbulkan persoalan... Apa jadi pada arwah? Apa yg bakal dilaluinya selepas ini? Bagaimana mereka 'melarikan diri' daripada persoalan-persoalan ini..????

Tidakkah semua ini satu perkara PELIK..!!!

Kita berlumba-lumba mendapatkan gred peperiksaan yg tinggi, ingin menjadi pelajar cemerlang, mendapat pujian daripada ramai orang, ingin menjadi 'pelajar yg terkenal'.... tapi untuk apa semua itu? untuk 'kepuasan' yg sementara? yg tak sampai setahun pun ia bertahan, sebelum kita mula mengejar pengkat-pangkat dan nama yg lain... kita sendiri pun menyedari.. besarnya nama kita sebagai pelajar cemerlang itu, tidak akan dipandang sesiapa pun sekiranya apabila memasuki bidang kerjaya, kita gagal memenuhi standard yg diminta..sama seperti tatkala kita menjadi seorang pekerja yg hebat, ia tidak membawa apa-apa makna apabila kita memasuki alam baru, alam akhirat.

Kita tahu semua ini

Tapi kita masih mengejar dgn usaha yg gila-gila, untuk dapatkan 'kepuasan' sementara itu..

Kemudian kita cuba berhempas pulas menjadi pekerja paling cemerlang.. dengan meletakkan harapan dapat menjadi pegawai besar.. dapat menjadi bos.. dapat menjadi 'datuk' dan sebagainya.. kita mahukan 'kejayaan' baru.. mahu menjadi kaya..

Tapi tidakkah itu 'kepuasan' sementara jugak..?

Kaya mana pun kita pada harta, itu tidak akan pernah memberi kita ketenangan, keindahan dan keselesaan.. Kerana semua itu, hanya datang daripada hati yg dapat dikawal.. hati yg dapat tunduk pada kesederhanaan.. dapat redha dengan ketentuan.. dapat patuh dan taat pada perintah..

Kaya mana pun kita, hebat mana pun kita, besar mana pun, tidakkah kita masih tetap seorang hamba???

Apa bezanya seorang hamba degnan seorang hamba yang lain?

Tidak ada beza, melainkan seorang itu lebih disayangi tuannya.. sama ada dia mempunyai banyak harta atau tidak, harta-harta itu mesti dipulangkan/diserahkan semula kepada tuannya.. itu bukan hak milik seorang hamba.. apakah wujud istilah 'bos kepada hamba-hamba'...??? hanya jiwa yg terlalu hina yg rela menjadi hamba kepada hamba..!!! hanya hamba yang tidak cerdas, tidak 'hidup' sahaja yg mahu mati-matian menjadi 'bos' kepada hamba yg tidak ada nilai.. lantas, untuk apakah usaha dan penat lelah kita ini..? sekadar menjadi bos kepada hamba???

Sedarlah.... apapun yg kita kejarkan.. yg ingin kita capai.. ingin kita peroleh.. Kita tetap seorang hamba..

apalah nilai seorang hamba.. saatnya di akhirat nanti ditemplak..

(Allah) berfirman: Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam Neraka dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu! (23:108)

(Lalu dikatakan kepada mereka: Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasakanlah azab seksa kerana kamu melupai(disebabkan kesibukan, tidak sempat berfikir/mengingat) pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan(akan melupakan) keselamatan kamu lagi dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan. (32:14)

Ya Tuhan, dunia apakah yang sedang aku diami ini..??