Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, March 3, 2010

Dingin.



Angin bertiup sayu.
Cuaca di luar mendung.
Bunga-bunga sudah mula tumbuh setelah sekian lama dilitup salji.
Udara semakin nyaman, semakin segar, semakin selesa.

SubhanaAllah.
Indah ciptaan Illahi.
SubhanaAllah.
Pasti syurga firdausi berkali-kali lebih indah.
SubhanaAllah.

***
Sayup-sayup kedengaran.
Suara memanggil insan.
Menyeru kembali kepada Tuhan.

Rentak bunyinya cukup terkesan
Memanggil manusia umat akhir zaman
Supaya kembali ke jalan Ar-Rahman.

Aku terpanggil, aku terseru.
Aku pergi, walau ada rasa keliru
Aku mahu menggapai awan biru

Walau kerap ku beri ingatan
Wahai hati betulkan tujuan
Khuatir nanti jadi Ujub Riya dan sesalan

Ya Tuhan Ya A'lim
Sungguh aku hamba yang zalim
Tak malu mengaku sendiri muslim.

Kenapa masih tidak aku fahami?
Kenapa hati masih degil menyelami?
Kenapa jiwa masih keras tuk mengakui?

Aku hamba!!!
Kenapa asyik meminta!
Kenapa fasik sentiasa!!

Ya Allah Ya Ghafur
Jangankau jadikan aku kufur
Walau iman didada kian luntur

Ku lihat kiri kanan
Penuh dengan rintangan
Apakah ini dugaan?
Atau murka dari Tuhan?

Ampun kan aku Ya Tuhan!


Ya Muqallibal Qulub
Sabbit Qalbi ala dinik.

No comments:

Post a Comment