
SubhanaAllah.
Sungguh, hari ini matahari hati memancar-mancar keriangan, penuh rasa gembira.
Tubuh yang seketika lesu tak bermaya, demam dan sebagainya, menjadi penuh tenaga.
Semua kerana-Nya. Alhamdulillah.
Ku juga yakin para ikhwah di luar sana pasti juga tidak jemu-jemu mendoakan kesejahteraanku.
Jazakallahu kheyr.
Ombak
Bergema bingit suaramu
Membadai pantai yang sunyi
Mengubah suasana, tenang pergi
Pantai
Berpeluh nelayan jadi engkau
Dihentak berkali bagai belanga
Menelusuri kesabaran engkau kira
Batu-batuan
Kukuh besi dimamah udara
Jadi perisai membendung tentera
Tapi kau pergi, bila masa membilang angka
Wahai Sang Pantai
Janganlah berharap batuan tok jadi dinding
Kerana ia pergi pasti
Satu masa nanti
Jangan kau terkial
Mencari pengganti menerobos sisi
Jadilah pantai yang berani
dan kuat insani
Menentang ombakan yang gelora bagai
Kerana kau,
Punya Iman yang rata
Jangan jadikan ombak
Alasan tok kau terjebak
Kerana kau,
Adalah Ghuraba'
-Yang Asing
No comments:
Post a Comment