Kalamullah

Kalamullah

Friday, February 26, 2010

Ketenangan yang tak kunjung tiba


SubhanaAllah. SubhanaAllah. SubhanaAllah.
Dengan rahmat dan limpah kurniaNya, kita semua dianugerahkan dengan 'jawatan' sebagai seorang muslim. Sungguh, jawatan ini bukan mudah diperoleh, dan pastinya sangat-sangat ditagih.
Kalau selama ini kita pernah merasakan bahawa jawatan CEO itu jawatan yang paling bahagia, paling kaya dan paling berjaya, ketahuilah, ia tidak dapat menandingi jauh sekali mengatasi jawatan sebagai seorang muslim. Jauh, jauh sekali.

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:

(( من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين )). صحيح البخاري ومسلم

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”


Itulah sebaik-baik jawatan. Jawatan sebagai seorang muslim dalam keadaan kita memahami agama itu sendiri. Sebagaimana Sumayyah memahaminya, sebagaimana Abu Bakr dan para sahabat memahaminya. Memahaminya dengan HATI. Tiadalah apa-apa dalam dunia dan seisinya yang dapat menandingi kebaikan yang terdapat pada kurniaan ini.
Sungguh, setiap hari, inilah yang kita doakan, agar mendapat kefahaman yang bisa mendorong kita untuk mengecapi mardotillah, tahap ketenangan yang sangat tinggi.

"Wahai jiwa-jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redho dan diredhoi. Masuklah dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah dalam syurgaKu."
-Al-Fajr 27-30-

SubhanaAllah. Alangkah indah andai itu seruan untukku.
Nanti!!
Bukankah Al-Quran itu memang diturunkan untuk semua? Maknanya, seruan ini memang untuk AKU! dan KAMU! ini seruan untuk KITA SEMUA!
SubhanaAllah!!

Tapi.
Tak semua sama.
Ada hati yang berbeza lafaznya.

"Aku nak berjaya dalam hidup juga.
Aku nak merasa berkereta besar.
Rumah banglo.
Pakaian berjenama, hidangan mewah sentiasa.
Nanti bila dah ada semua ini, barulah boleh bercakap tentang agama.
Dah puas dengan dunia, baru boleh 'fokus' akhirat.

Kalau aku tidak merasai ini semua, mana mungkin jiwaku kan tenang!
Mana mungkin aku kan dapat melelapkan mata andai perut tersiksa memakan bubur sentiasa!
Mana Mungkin!!"

Na'uzubillahimindhalik.

"... Katakanlah, 'Kesenangan di dunia ini hanyalah sedikit dan akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa......"
-An-Nisa', ayat 77-
Ketahuilah, dunia ini TIDAK BERNILAI LANGSUNG di sisi Allah.
Dalam satu hadis, diceritakan dunia ibarat titisan air yang masih terdapat pada tangan yang ditarik keluar dari laut.
Dalam satu hadis lain dunia diibaratkan dengan seekor bangkai kambing yang cacat, yang sudah tidak ada apa-apa kegunaan langsung.
Itulah dunia. Itulah yang kita kejar-kejar.
Dalam surah Ad-Dzariyat, ayat 56-57,
"Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu"
"Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan aku tidak meminta diberi makan dari mereka"

Allah dengan jelas telah menyatakan bahawa tujuan hidup kita memang untuk beribadat kepadaNya sahaja. Dan cukuplah rezeki yang kita cari untuk diri kita sendiri sahaja, kerana sesungguhnya Allah tidak menghendaki rezeki yang kita cari walau sedikitpun. Yang bererti walau sebanyak manapun rezeki dunia yang kita cari, ia tidiak dan tidak akan menjadi 'substitute' kepada amalan kita sebagai hamba-Nya. Tidaklah salah untuk kita mencari rezeki, kesenangan dunia dan sebagainya, tapi kita perlu ingat, segala perkara yang kita cari itu tidak akan menjadi SAKSI kepada kita untuk mendapat rahmat dariNya.
Lihat sahajalah Ar-Rasul junjungan mulia(SAW).
Baginda tidak empunya hartapun. Makan nya hanya gandum yang dimakan secara sedikit-sedikit. Pakaian Baginda tidak mewah, malah semuanya sekadar mencukupi menutup aurat dan bersih untuknya beribadat. Adakah kita ingin katakan Baginda seorang insan yang hina kerana tidak beharta? SANGGUPKAH kita mengatakan baginda orang yang tidak berjaya? Na'uzubillahimindhalik.
Baginda manusia PALING AGUNG. KEKASIH ALLAH. MasyaAllah cantik peribadinya. tiada tandingan. MULIA HIDUP DUNIA DAN AKHIRAT.
Itulah tahap ketenangan, kejayaan, kekayaan, kemewahan, kecantikan yang tertinggi.

Mari berkejaran memburu ridho Allah. Aku tidak mahu menjadi hambaNya yang kufur!
Fastabiqul Khairat~~~~~
"Berlomba-lombalah kamu membuat kebaikan~"

No comments:

Post a Comment