Kalamullah

Kalamullah

Thursday, February 18, 2010

Ibarat Membasuh Beras


Alhamdulillah.
Segala Puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, pencipta segala makhluk, penguasa segala kawasan.
Dengan Asma Allah, yang tiadalah tempat berserah selain-Nya, marilah sama-sama kita hayati jalan yang kita tempuhi ini.

Alhamdulillah. Sungguh, Allah itu Maha Kuasa. Maha Penyayang. Tanpa belas dan kasihan dariNya, tiadalah nikmat dan rahmat yang kan kita rasai.
Sungguh, perkara pertama dan selamanya yang perlu kita sedar adalah kita adalah hambaNya, dan nikmat Iman dan Islam yang dianugerahkan kepada kita adalah nikmat terbesar!
Subhanallah.

Marilah kita meniti Sirah Ar-Rasul junjungan, bagaimana baginda merupakan qudwah terbaik untuk dijadikan contoh tauladan.
Sewaktu turun perintah dakwah, dalam surah Al-Mudatsir, bagaimana lagaknya perasaan baginda? Bagaimana gamaknya jiwa baginda bergelora apabila disuruh memberi peringatan?
Peringatan kepada kaum yang telah 610 tahun hidup tanpa seorang pembimbing. Dengan kaum Yahudi yang membelakangkan ajaran Nabi Isa, dengan rata-rata orang Arab sudah terlalu jauh dari ajaran Nabi Ibrahim. Subhanallah.

Bayangkan, sewaktu itu, Nabi merupakan orang yang sangat dipercayai. Orang yang sangat dipandang tinggi, dihormati kerana sifat Al-Aminnya. Tapi, pabila mula menyampaikan firman tuhan, Baginda dicaci, dihina, diperolok, ditentang habis-habisan. Abu Lahab, antara orang yang sangat menyayangi Baginda sejak kecil, bagaimana dia telah mengadakan kenduri besar, meraikan kelahiran Ar-Rasul SAW. Tapi tatkala diberi kebenaran, dialah orang pertama yang menentangnya. Dialah orang yang pertama memperolok ayat-ayat Allah, sehingga turunnya surah Al-Masad, sebagai satu penghinaan dari Allah untuknya. Dia, dan isterinya, yang merupakan seorang penyair hebat, mendapat kenistaan sepanjang zaman. Sehingga orang-orang yang tidak pernah mengenalinya, yang hidup beratus-ratus tahun selepasnya, masih lagi mengenalinya dengan personaliti yang qabihah. Nauzubillahimindhalik.
Betapa dahsyatnya pembalasan kepadanya. Bayangkanlah, bukan sahaja di dunia mereka mendapat penghinaan yang sedemikian rupa. tapi bayangkanlah keadaannya di akhirat. Apakah masih ada belas untuk mereka di hadapan Allah! Tidak! Tidak sama sekali! Itu janji Allah. Mereka telah tertulis sebagai bahan bakar An-Nar!!

سَيَصۡلَىٰ نَارً۬ا ذَاتَ لَهَبٍ۬
Dia akan menderita bakaran api Neraka yang marak menjulang.
Al-Masad, ayat 3

Nauzubillah.. Dahsyatnya sengsara yang Allah timpakan bagi mereka yang menentang agamaNya.

Apa yang ingin ditunjukkan disini, kita hendaklah empunya satu pemikiran yang jelas, bahawa jalan ini jalan panjang. Jalan yang tidak dihamparkan dengan permaidani merah, kerlipan kamera dan bunga-bunga indah. Tetapi sebaliknya, mereka yang berada di jalan ini akan ditentang. akan dicaci, dimaki, dihina, diherdik, diperolok, dan diganyang, di mata manusia.
Itu memang sunnatullah. Memang aturan Allah.
Bersyukurlah kita, selagi kita tidak termasuk dalam golongan yang menentang, demi sesungguhnya perbuatan itu adalah kemungkaran yang dahsyat, dan seksaan Allah itu sangat berat.

Tetapi satu perkara yang perlu kita fahami. Kita berada di jalan ini tidak membenarkan kita mengherdik dan mencaci orang lain pula! Tidak pernah Ar-Rasul menggelak atau memperleceh orang yang tidak bersama Baginda. Sekali-kali tidak. Kerana demi sesungguhnya, orang yang masih belum terbuka pandangannya adalah tidak lain melainkan mangsa keadaan. Mereka adalah golongan yang masih belum mendapat hidayah-Nya. adalah salah untuk meletakkan mereka dalam darjat2 yang berbeza, kerana sesungguhnya, manusia itu sama disisi Allah, melainkan amalannya.

Dan selaku insan yang digelar khalifah alam oleh Allah SWT, kita seharusnya sedar sudah menjadi tanggungjawab kita untuk 'membersih' ke'taghut'an yang ada.
Tapi, dalam kita membersih, ingatlah kita akan perumpamaan membasuh beras.

Jangan terlalu keras meramas, takut nanti beras hancur, jangan pula dibiar sahaja, nanti tak bersih jawabnya. Bila betul caranya, insyaAllah, beras kan bersih, bersih juga tangan yang membasuh.
*kalo nak tambah, bley gak baca2 zikir sambil basuh. Bertambah sedap katanya*
=)

No comments:

Post a Comment