Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, February 17, 2010

Milik Siapakah diri ini...




Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Sungguh, proses tarbiyyah itu senantiasa berlangsung, samada kita sedar atau tidak.
Sungguh, jiwa ini senantiasa dididik, samada dengan kesenangan, mahupun dengan kesusahan.
MasyaAllah.
Allah memang sangat hebat perancanganNya.
Al-Baqarah, ayat 216:



Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

>MasyaAllah. Cukup dahsyat ayat ini.
Seolah-olah nak menunjukkan betapa 'jahil' dan 'tidak tahu'nya kita. Betapa apa-apa pun yang kita fikirkan, masalah-masalah yang kita hadapi, semuanya sememangnya sudah dalam perancangan Allah. Nak tunjuk, kesedihan yang bergelora dalam benak jiwa adalah satu 'aturan' sebenarnya.
Allah itu Maha Adil. Dia tahu apa yang mampu kita tanggung@tak. Subhanallah.
Bila fikir perkara-perkara ini, terus terdetik dalam hati betapa hebatnya kuasa Allah, betapa tak ada apa-apanya kita di hadapanNya. Allahuakbar.

Sungguh. Aku memang begini keadaannya. Sering cemburu melihat senyuman orang lain. Sering keliru kenapa mereka tersenyum dikala aku tak jumpa gembira berdengung. Cukup cemburu. Bagaimana tidaknya, anda sentiasa empunya tempat untuk meluahkan rasa. Punya insan yang rela mendengar bicara. Punya sebab untuk gembira. Punya kasih untuk ditagih. Punya tempat cinta berselisih.
cinta kerana Allah.

Anda memang beruntung.
Kasih sayang saling bercantum.
Ikatan ukhuwwah menggunung.

Aku pula punya hati yang rentung.
Kasih tiada tempat bernaung.
Cemburu, kecewa, perasaan bergabung.


Tak sangka, aku sedih kecewa di penjuru bilik. Sedang tangis air mata takkan mengubah apa-apa. Aku tertekan dengan situasi hidup. Aku keliru apa silapnya.
Tangan bingkas menekan punat untuk meluah rasa. Inilah satu-satu tempat ku meluahkan rasa. Tempat yang selamat melafaz perasaan kecewa.

Apakah ini! Bagaimana mampu aku pikul ummah untuk ku pacu ke depan, andai air mata sudah mengalir tatkala ujian sebegini hadir?
Apakah aku mahu menjadi pembela agama? Jika ya, bukan sikap seperti ini yang perlu ada dalam jiwaku.
Bukan sifat kecewa. Putus asa.

حَسۡبُنَا ٱللَّهُ وَنِعۡمَ ٱلۡوَڪِيلُ

Cukuplah Allah untuk kami, dan Dialah sebaik-baik pelindung.
(Ali-Imran, 173)


Ya, memang benar aku cemburukan kalian.
Tapi aku punya Allah.
Dialah sebaik-baik tempat mengadu.
Astaghfirulllah.
Lemah benar penggantunganku kepada-Nya.
Lemah benar tawakkalku pada Nya.
Milik siapakah diri ini?



ALLAH!!


No comments:

Post a Comment