Kalamullah

Kalamullah

Thursday, February 11, 2010

Keliru

Aku keliru.

Disaat ku menatap Raheequl Makhtum, ku teruja dengan sifat-sifat Rasulullah dan para sahabat, aku kagum membayangkan semangat berapi mereka dalam membawa panji-panji Islam.
Aku Sangat terpesona membaca cerita para sahabat, yang berlumba-lumba menjadi 'Abidullah yang setia di tikar solat setiap malam. Sungguh, aku cukup kagum.

Namun pabila ku melihat cermin, yang melontarkan imejan persekitaran, aku keliru.
Manusia sini sana berlumba mencari rezeki. Mengejar 'cita-cita' palsu, sedangkan cita-cita kita hanya satu, untuk kembali ke kampung halaman di syurga. Memburu segala kemewahan, mencari segala macam kebendaan yang diharapkan dapat memuaskan hati dan perasaan.
Wahai orang-orang yang beriman!! Ketahuilah nafsu itu tidak akan puas!! Ibarat cerita raja midas, yang imipikan emas bergunung.

Di sebelah kanan, seorang insan sibuk menceritakan kehebatan sains, dengan 'penciptaan' kereta dan cahaya, dengan ketakjuban besi dan logam.
Sedarkah anda semua itu hanyalah sunnatullah! Bukanlah penciptaan namanya, cuma sekadar penemuan, bagaimana semua eksperimen yang dilakukan hanyalah menceritakan sunnatullah yang telah sekian lama sedia ada.

Di sebelah kiri pula sibuk seorang teman membicarakan tentang sukan kegemaran. Pasukan menang dan pasukan kalah, penjaring terbanyak dan si penerima kad merah. Penuh semangat penceritaannya. Sedarkah dia itu semua TIDAK BERNILAI LANGSUNG sebenarnya?
apa ertinya andai pasukan A menang? Apa hasilnya andai si X menjaringkan gol? CUMA SEKADAR PERASAAN GEMBIRA SEMENTARA, KONON PENGHILANG SEGALA DUKA.

Ketahuilah, hati tidak akan tenang selagi ia tidak dipulangkan kepada penciptanya.
Hati tidak akan bisa gembira andai air mata tidak mengalir mengenangkan dosa terhadap-Nya.
Percayalah, ini semua hanya ilusi semata. Cuba kita tutup mata, dan timbulkan perasaan yang sangat dalam terhadap Allah. Pernahkah kita terfikir segala yang berjalan di hadapan kita ini sebenarnya tidak wujud langsung? Pernahkah kita terbayang, kekuasaan Allah itu membolehkan Dia melakukan apa saja, sehinggakan langit ingin diwarnakannya dengan warna pelangi sekalipun ia mampu dilakukan. Apakah kita terlupa bahawa INI BUKAN APA YANG AR-RASUL AJARKAN kita mengaku rasul itu pesuruh Allah, TAPI KITA BERPALING DARI AJARANNYA? KAFIR KAH KITA, ATAU LEBIH TERUK, MUNAFIK KAH KITA?

Ya Ayyuhal Ikhwah.
Ar-Rasul pernah sekali sebelum mendapat wahyu, ingin pergi ke satu pesta. Perayaan gamaknya. Tapi dengan kuasa Allah, ditimbulkan perasaan mengantuk dalam diri Baginda, dan tertidurlah baginda di pertengahan jalan sehinggalah tamat pesta itu, barulah terbangun.
Apakah seerah ini masih belum cukup untuk jadi tatapan kita manusia hina dan sombong ini?
Kenapakah Allah tidak membiarkan Rasul pergi majlis itu? Kenapa. KENAPA!

Sungguh, Allah itu Maha Mengetahui. Tetapi selaku manusia, mencari Ibrah peristiwa tidaklah salah, andai ia untuk memantapkan iman, dan meneguhkan amal, disamping mendorong kita mengkaji dan mencontohi sirah Rasulullah. Andai Ar-Rasul pergi ke majlis itu, tatkala baginda sudah mula berdakwah, adakah akan wujud 'tsiqah' itu dalam pemikiran kaum Arab. Pasti akan pantas terpacul dari mulut-mulut yang dengki seperti Abu Lahab perkataan seperti:
"Kau pernah menari-nari bersama anak-anak perempuanku. Kau bergembira, sama seperti mereka. Bagaimana kau boleh kata perkara itu semua sia-sia? sedangkan itulah yang kau lakukan satu ketika!"
Bagaimana Baginda ingin menyampaikan risalah tuhan andai sejarah baginda bertitikkan noktah hitam? Maka jelaslah asbab mengapa Allah tidak jadikan Baginda menyertai majlis itu.
Cukup Jamil Ad-din kita. Cukup.

Tapi aku masih keliru.
Dalam kecantikan dan keJELASan Ad-Din, mengapa ramai antara kita yang masih terbias jauh dari landasan yang satu? Mengapa, dalam keadaan Islam dihimpit dan dihina, masih ramai yang berseronok tak tentu hala?
Malu. Sungguh, kalian harus berasa malu, sebagaimana aku rasai. Andai Ar-Rasul tanyakan pada kita, mengapa kita dibuai angin dunia, sedang Ad-Din merana.
Apa jawapan yang kita ada?

Sungguh, Kita mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH.
tapi kita masih banyak 'menyembah' benda lain. Tak percaya?
percayalah. Masih syirik rupanya kita.

وَمَا يُؤۡمِنُ أَڪۡثَرُهُم بِٱللَّهِ إِلَّا وَهُم مُّشۡرِكُونَ ١٠٦
Dan kebanyakan meraka tidak beriman kepada Allah melainkan meraka masih lagi mensyirikkanNya.
*Surah Yusuf, Ayat 106*

Subhanallah. Adakah kita tergolong dalam orang-orang yang mensyirikkan Allah? Nauzubillahimindhalik. Aku tak nak.

Kenapa kita dikatakan syirik? Kenapa?
Sebabnya, kita lihatlah. Berapa ramai antara orang-orang yang menjaga amalannya, menjaga solat puasa dan zakatnya, malah menjaga pergaulannya juga.
Tapi bila diberikan tawaran wang ringgit(atau pound, dalam kes-kes tertentu, ;P), hancur luluh pegangannya. Berapa ramai yang belajar, untuk mendapat gaji tinggi semata? Berapa ramai yang bekerja tak mengira masa, untuk mendapat rumah mewah? Mana pergi Allah dalam hati kita? Mana pergi cara hidup Rasulullah. AbdurRahman bin Auf, bagaimana dia sanggup menginfakkan hartanya kepada Islam. Uthman bin Affan, yang yakin Allah telah membeli hartanya dengan ganjaran syurga. Mana pergi semua sifat-sifat ini?
Malah yang lebih teruk, bila kita bukan sahaja mengabdikan diri pada wang ringgit, malah juga kepada kemungkaran. Kita sanggup menggadaikan nyawa asal konsert sekian sekian dapat dilangsungkan. Pesta sana sini, kita sanggup ke hulu ke hilir, berjumpa teman lama katanya. Adakah itu ajaran Rasulullah? Tanyalah iman.

فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا ٨

Serta mengilhamkan kepada mereka jalan yang membawa kepadanya kepada kejahatan dan jalan yang membawanya kepada ketaatan.


*Surah As-Syams, ayat 8*



Maka jelaslah, hakikat bahawa memang Allah ilhamkan kita perasaan jahat dan baik. Tapi dari ilham inilah, Iman kita kan teruji, jalan mana yang akan dipilih.
Pabila kita di'popup'kan dengan kemungkaran, adakah kita akan menurut sahaja?
Atau kita akan katakan tidak?
Kempen Para Dai'e:

KATAKAN TIDAK PADA KEMUNGKARAN!

No comments:

Post a Comment