Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, April 17, 2013

Ikhlaslah..



Amal tanpa ikhlas...
adalah umpama burung yg kudung sayapnya
mustahil bisa sampai ke destinasi yg diidamkannya
lantas apakah kita sangka, amal² yg dicelup dengan rasa riya', yg ditempel dengan rasa ingin dihargai, yang penuh dengan najis-najis hati.. apakah ia bisa membawa kita berjumpa Rabbil Alamin?

Ibn Qayyim Al-Jauzi ada menceritakan.. dalam nasihat-nasihat kepada muridnya
"Aku ingin kamu sekalian melakukan amal amal tanpa berkata. Orang yang arif, yang beramal kerana Allah, adalah laksana bumi yang selalu diinjak-injak, diolah dan dibolak-balik, tetapi dia tetap membisu"

Demikianlah, seorang daie, ia laksana bumi. pohon-pohon subur berdiri diatasnya, menyerap manfaat-manfaat daripadanya, tumbuh menghijau dan meninggi, hidup dan berakar daripadanya. tetapi ia tidak pernah berbunyi, tak pernah meminta dihargai. Malah ia terus berbakti, walau sekalian alam terus memijak dan melompat-lompat di atasnya. Inilah pesan-pesan daripada golongan terdahulu, dalam proses mendidik jiwa yg ikhlas. Yang memberi solely untuk dapatkan keredhaan Allah. Yang tidak langsung mahu dikenali manusia. Mahu terus berbakti dan memberi segala yang ia punyai, tetapi tidak mahu manusia memandangnya lebih daripada gumpalan tanah, yang tidak lebih daripada tempat kita semua berpijak. Manusia yang beroleh manfaat darinya adanya yang bersyukur, ada yang tidak, tapi ia tetap terus ridho dan gembira kerana ia yakin, tiadanya penghargaan dari manusia itu tanda besarnya cinta dari Allah yg bakal diperoleh nanti, kerna semakin teserlah, amalnya bukan untuk sesiapa, selain Tuhan yang memerhati.

Ibn Qayyim Al-Jauzi pula pernah menjelaskan perbezaan antara orang yang menhindari riya' dan orang yang tidak, katanya,
"Seringkali ada orang yang tampak khusyu', tapi bertujuan supaya dikatakan ahli ibadah, tampak diam, tapi bertujuan supaya dikatakan takut kepada Allah, dan tampak meninggalkan dunianya, tapi supaya dikatakan zuhud. Adapun ciri orang yang ikhlas ialah, dia bersikap sama, baik ketika di tengah orang banyak, mahupun dikala bersendirian. Mungkin saja di tengah orang banyak dia berusaha tersenyum, dan tampak ceria, agar sebutan zahid hilang darinya. Adalah Ibn Sirin tertawa di siang hari, tapi jika malam tiba, maka kamu dapat melihat dia menangis dan menyesal, seakan-akan dia telah membunuh seluruh penduduk desa"

Adakah kita, sama di hadapan manusia, dan dikala sendirian? Bahkan seharusnya, apabila sendiri itu lebih kuat perasaan muhasabah, lebih mendesak rasa khusyu, zuhud dan taqwa. Kerna pada kala itulah, kita bersendirian dengan Tuhan yang Maha Mengetahui isi hati. Orang-orang seperti ini tidak peduli apa pandangan orang terhadapnya, yang menghantui mereka ialah kalau-kalau Allah azzawajalla tidak mempedulikan mereka lagi.

Allah...

Bantulah aku untuk mendapat ikhlas
Sembuhkanlah hatiku yang mgkin terlalu buta
Hinggakan terlintas rasa inginkan balasan selain dariMu
Astaghfirullah...

Allahumma Tohhir Qalbi..

London

No comments:

Post a Comment