Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, April 10, 2013

Hati yang tertipu


***Diambil daripada buku Fadhail El-Fitan, di bawah tajuk "Ketika Kaki terbulus dalam lumpur"***


Al-Ghazali memulakan dengan memberi ingat: bahawa rangsangan bagi kebanyakan orang mengembangkan ilmu ialah kelazatan dapat menguasai, gembira kerana banyak pengikut, keriangan dengan pujian dan sanjungan. Syaitan mengabui pandangan mereka dengan berkata:
“Matlamat kamu ialah menyebarkan agama Allah dan mempertahankan syariat yang telah disyariatkan Rasulullah saw”.
Anda lihat wa`iz (pemberi peringatan) menyebut–nyebut kepada Allah bahawa dia telah memberi nasihat kepada khalayak umum, memberi peringatan kepada para sultan, dia bergembira atas penerimaan manusia terhadap ucapannya dan sambutan mereka terhadapnya, dia mendakwa sangat gembira dengan kemudahan yang diberikan kepadanya untuk memenangkan agama Allah, namun sekiranya muncul di kalangan rakan sebayanya sesaorang yang lebih baik dalam memberi nasihat dan peringatan yang menyebabkan orang ramai meninggalkannya dan mengarah kepada rakan sebayanya itu  dia merasa tidak senanag dan membuatnya rasa duka… Kalaulah yang mendorongnya memberi nasihat dan peringatan ialah agama Allah sepatutnya dia bersyukur kepada Allah kerana telah memikulkan sebahagian bebannya kepada orang lain. Kemudian selepas itu syitan masih tidak akan membiarkannya dan berkata kepadanya:
“ Kamu dukacita kerana pahala telah terputus daripadamu, bukan kerana manusia  meninggalkan kamu dan pergi kepada orang lain, kerana sekiranya mereka mendengar nasihatmu tentulah kamu yang akan mendapat pahala, kedukaanmu kerana kehilangan pahala adalah terpuji”.
Wa`iz yang malang ini tidak mengetahui bahawa ketundukannya kepada kebenaran dan penyerahan urusan kepada orang lain yang lebih baik, lebih besar pahalanya dan lebih menjana keuntungan akhirat berbanding jika dia bertindak bersendirian. Saya ingin tahu sekiranya Umar berdukacita apabila Abu Bakar mendahuluinya mengambil tempat menjawat kepimpinan. Apakah kedukaannya  sesuatu yang terpuji atau dikeji?. Orang yang berpegang teguh dengan agama tidak ragu-ragu kalau yang yang sedemikian itu telah berlaku nescaya Umar patut dikeji, kerana ketundukannya  kepada kebenaran dan penyerahannya akan urusan kepada orang yang lebih berkelayakan daripadanya lebih membawa keuntungan dalam urusan agama berbanding dia memikul kepentingan-kepentingan manusia, sekalipun di samping itu dia akan mendapat pahala yang banyak. Malah Umar sangat gembira dengan kebebasan orang yang lebih layak daripadanya dengan pengurusan itu  kenapa pula ulamak tidak bergembira dengan perkara yang sama.
Kadangkala sebahagian ilmuan tertipu dengan kelicikan tipudaya syaitan, lantas dia berbicara kepada dirinya; jika muncul orang yang lebih wajar daripadanya memikul urusan itu dia akan gembira. Pemakluman akan hal sedemikian tentang dirinya sebelum menempuh dugaan dan ujian adalah suatu kejahilan dan keangkohan.  Ini kerana jiwa manusia mudah dipimpin memberi janji dalam hal-hal  sebegini sebelum urusan itu turun, kemudian setelah mengalaminya dia berubah dan kembali (dukacita) dan tidak menunaikan janji. Semua ini tidak akan diketahui kecuali oleh mereka yang arif tentang kelicikan tipuhelah syaitan dan nafsu serta sudah lama sibuk mengujinya. Maka orang menperkenalkan…..hakikat keikhlasan dan mengamalkannya: adalah laut yang dalam, semua orang lemas di dalamnya kecuali saorang yang pelikl, jarang ada, individu yang ampuh. Mereka inilah  yang dikecualikan Allah dalam firmannya: إلا عبادك منهم المخلصين “ Kecuali hamba-hambamu yang ikhlas”. Sesaorang hamba Allah itu sepatutnya sangat memerhati dan menyelidik  perkara-perkara yang halus ini, jika tidak dia akan terikut sama menjadi pengikut syaitan sedangkan dia tidak merasakannya”. (Al-Ghazali:Ihya Ulum al-Din 4:381)
Ulangkalikan pemerhatian terhadap satu bentuk perilaku hati ini, nescaya akan terbuka untuk kamu pintu yang luas tentang fiqh al-qulub( pemahaman yang dalam tentang hati-hati) yang dengan izin Allah akan membebaskan anda dari kesempitan/ kesusahan  fitnah-fitnah yang mungkin merangsang saorang da`ie bersaing dengan saoran da`ie lain, dia tidak merasa senang dengan kewujudan da`ie itu, bicara dan pengajarannya,  tiada disana selain daripada  hasad dengki, wal`iyazubillah (semuga di lindungi Allah), lalu dia membuat adudomba terhadapnya  kepada kepimpinan.
Kesan hasad dengki jenis ini mungkin terbatas, tetapi tabiatnya membuat hati orang yang hasad sentiasa mendidih, ia akan memamah dirinya, dan syaitan amat ingin mencapai lebih banyak perolehan lagi, lalu dia merangsang saorang yany hasad itu  melakukan adudomba antara orang yang dia dengki dan rakan-rakannya, dengan itu kesannya merebak dan balanya menyeluruh/ melata.
Inilah keadaan yang diadukan oleh kebanyakan golongan fukaha’ muslim dan gulungan orang-orang Islam yang mulia, generasi demi generasi, Sesetengah du`at masih mengadu mengenainya, laporan-laporan dan kesaksian mahkamah juga menuturkannya, لا حول ولا قوة إلا بالله
Anda mendengar derita orang didengki berkata:
Dia menyebarkan satu ucapan  yang saya tidak pernah ucapkan
Dia melakukan sesuatu yang tidak betul
Hati anda seperti diramas: merasai derita yang ditanggungnya dan anda kecewa dengan keruntuhan akhlak ini.
Kemudian anda berpaling lalu pandangan anda terserempak dengan seorang yang solat berdoa kepada Tuhannya agar melindunginya daripada godaan dalam meriwayat (memindahkan sesuatu maklumat), lantas anda boleh mengkhayalkan betapa muslim ini telah disiksa oleh godaan bermain dengan kata-kata dan kenyataan-kenyataan.
Anda bertanya sejarah tentang perkara yang sangat menyusahkan Abdullah Bin al-Zubair, maka rupanya dia adalah apa yang Al-Afwah al-Awdi terus terangkan dalam ucapannya:
Aku tidak pernah melihat dalam bencana-bencana sesuatu yang amat dahsyat kesan
dan lebih sukar daripada memusuhi  seseorang. (al-Sayuti: Tarikh al-Khulafa’ 203)
Anda dapat lihat keluhannya ini semata-mata satu ruas/persimpangan dalam urutan  (kehidupan/ peristiwa) yang membawa kepada  dirinya di gantung di hadapan kaabah …… sebagai saorang perwira yang tidak mengalah …..
Anda ikuti cerita …. ia berlarutan.
Rawatan perbuatan memburuk-burukan orang lain ini bukanlah dengan memberi nasihat kepada pelakunya, kerana syaitan itu ramai anakpinaknya, takdir menentukan pembiakannya. Mereka dalam kerahsiaan mereka gembira dan megah dengan keturunan mereka. Tetapi rawatan yang berkesan ialah menyekat kepercayaan terhadap orang yang membuat kerosakan yang celupar, memperbaiki sangkaan terhadap orang-orang yang beriman, mengutamakan berita yang anda tahu tentang   saudara anda berbanding berita daripada orang yang berbisik di telinga anda. Memgigat kembali sejarah lampau saudara anda yang baik dan menjadikan hari-harinya yang berlalu sebagai bukti.

****************************************************************************************


Banyak rupanya jerat² yang telah menipuku dalam perjalan menuju Tuhanku
Maka tidak hairanlah, kiranya aku makin hari makin terasa sempit
keluh kesahku seolah tidak lagi didengari Tuhan
Mungkin saja, aku yang telah semakin jauh dariNya
Dek tertipu, terjerat dengan jerat Syaitan yg keji




Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment