Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, March 22, 2011

Benarkah kita diatas Kebenaran?


Dalam Al-Quran, Allah sering mengaitkan kebenaran dengan cahaya, dan kebatilan sebagai zulm(kegelapan). Pernahkah kita terfikir mengapa..???

Hakikatnya, cuba kita bayangkan sebuah bilik yang gelap. Inilah perumpamaan sebuah kebatilan, penuh disulam kejahilan yang pekat hitamnya. Kemudian, datang pula sebuah kebenaran, yang berupa cahaya. Pada waktu inilah, kegelapan itu dipecahkan oleh cahaya. Kebenaran akan menutup segala kebatilan.

Kata-kata seorang teman,

Gelap itu tandanya tidak ada cahaya. Batil itu juga tandanya tiada Al-Haq.
SubhanaAllah... Tepat sungguh kata-kata ini! Batil dan Haq itu bukannya dua entiti yang berbeza, sebaliknya ia merupakan tanda tidak wujudnya yang satu lagi. Umpama malam dan siang, umpama panas dan sejuk. Tidak wujud pertarungan antara dua elemen ini, yang ada hanyalah sama ada Batil, ataupun Al-Haq!!

Maka ikhwati fillah...

Cubalah tanyakan pada diri kita, apakah kita ini cahaya ataupun kegelapan. Apakah kita ini sebuah bilik yang terang ataupun gelap? Adakah dalam diri kita sudah tertegak Al-Haq, atau masih dalam timbunan runtuhan kebatilan? Sekali lagi, katakanlah pada diri kita, andai kita benarkan cahaya itu memasuki hati kita, maka akan terlerailah satu-persatu kejahilan. Jahiliyyah tidak akan pernah mampu untuk bertarung dengan kebenaran..

Dan andai benar kita membenarkan cahaya menerangi kamar kegelapan kita, maka hayatilah...
Fahamilah dan amatilah, kisah perjuangan kekasih kita, Ar-Rasul SAW, dalam siri dakwah baginda dalam mengislah ummat manusia seluruhnya. Bagaimana sehingga Nabi digelar gila dan tidak siuman, gara-gara penuh konsentrasi dan komitmen dalam menyampaikan Islam.


Kata orang, bila kita benar-benar berada diatas kebenaran, maka kita akan menjadi super-gila. Kerana hakikatnya, kebenaran itu adalah gila, dimata yang masih kabur akan perjalanan kehidupannya. Tanyalah diri kita, adakah kita telahpun menjadi gila, sehinggakan kita sanggup meninggalkan segala-galanya. Kita sanggup tinggalkan harta, kepentingan dunia, keinginan hati, segala-galanya!! semua ini, semata-mata, demi menjadikan bilik kita bercahaya, kerana kita tahu, kegelapan yang ada, hanyalah tanda kita masih belum bersedia meneranginya.

Wallahua'lam.


Tuesday, March 8, 2011

Tak semua orang masuk syurga..


Hohoho... mungkin anda akan merasakan tajuk post kali ini agak kasar/keras.
Hrm... tapi apakan daya, memang itu hakikatnya. Takkanlah saya nak berbohong semata-mata kerana tidak mahu berlaku keras/tegas kan???

Hrm... cuba lihat di kiri dan kanan anda. Kawan-kawan anda, abang-abang senior anda, adik-adik junior anda, sheikh-sheikh yang mengajar anda, pak arab-pak arab, semuanya sekali. Bayangkan, dalam ramai-ramai orang yang berbuat kebaikan, yang sekali pandang sahaja mereka ini, kita sendiri akan merasakan saaannggaaat kerdil nak bandingkan dengan amalan mereka, hanya beberapa sahaja dari kalangan ini yang akan masuk syurga. Errrkkk!! maksudnya, yang lain-lain akan ke neraka??

Menakutkan, ya?
Macam mana kita nak lebih ''tinggi'' chance masuk syurga, sedangkan dah raaaammmaaaaii orang yang lagi hebat dari kita? seolah-olah, mcm dalam lumba lari, kita dah ketinggalan 400m. Macam mana nak kejar semula, betul tak? Habis tu... Kira kita memang masuk neraka lah?

oh.. Tidak, sudah tentu tidak...
Disebabkan kita diizinkan untuk merasai nikmat kesedaran sedikit lewat berbanding dengan kawan-kawan, abang-abang yang lain, bukanlah bermaksud kita berada di belakang dalam perlumbaan meraih ridho Allah. Tapi kerana Allah mengetahui, dengan kapasiti dan had kita, dengan kesungguhan dan kemampuan kita, sebenarnya kita mampu untuk melakukan perkara-perkara yang lebih dahsyat dari mereka. Amal mampu jadi sebesar/lebih besar dari amal mereka. Kita sebenarnya boleh lebih banyak pahala berbanding mereka. Ya, kita sebenarnya boleh menjadi lebih hebat dari pak arab dan sheikh-sheikh. Dari abang-abang kita.

Cuma kuncinya disini....
Dimana kesungguhan kita? Dimana kemahuan kita??
Himmah(semangat) punya 3 rukun yang cukup cantik.
1-Iradah(keinginan) yang kuat
2-Respon Cepat pada benda-benda yang ada
3-Istiqomah dengan perubahan/peningkatan yang cuba dilakukan.

Kalaulah semangat yang ada dalam diri kita pun hanya seciput buah rambutan..
Hoho... Maaf cakaplah, mungkin syurga tu melampau kut untuk even kita mimpikan.
Macam orang yang duit tak ada, kerja pun tak ada, semangat nak cari kerja pun tak ada, tapi nak mimpi beli satu negara.

Macam saya cakap, melampaulah!

Point dia disini, dimanakah semangat kita? Dimanakah kesungguhan kita? Dimanakah keinginan kita? Dimanakah rasa hamba kita? Heyy!! Kita dah dengar syahadatul Haq. Dah tahu hakikat dan tanggungjawab yang kita pikul terhadap kalimah syahadah yang kita ucapkan. Apakah ianya terhenti disitu sahaja??

Maka persoalan yang perlu kita tanya setiap saat.
Betulkah kita ini ingin masuk syurga?
Ataupun.... kita just rasa nak masuk syurga sebab semua orang lain nak masuk syurga??
Hey, tahu ker apa dalam neraka tu?
panas jer??
Hey, neraka tu adalah tempat berhimpunnya orang-orang zalim, kejam, kufur, degil, jahat. Namakan sahaja. Firaun? Namrud? Qarun? SEMUA nya dalam neraka.
Bahkan syaitan si penghasut pun akan bersemayam didalamnya.
Dan ketahuilah, mereka semua akan tinggal disana SELAMA-LAMANYA. Kalau kita masuk neraka... Kita juga adalah makhluk yang sebaris dengan mereka dalam amalan. Kita juga akan berada dalam neraka SELAMA-LAMANYA. Beranikah kita??

Syurga itu mahal harganya.
Kalau orang lain telah membuat bidaan yang tinggi padanya, apakah kita sangka dengan hanya mengetahui mahalnya syurga sudah cukup untuk melayakkan diri kita memasukinya?
Di mana semangatmu?
Apa kau ingin dibaham api yang menyala?

Sedangkan neraka sendiri sudah tidak termampu menelan kesemua manusia-manusia yang leka dan tidak patuh pada Tuhannya.

Ingatlah, tak semua orang masuk syurga.
Mungkin sekarang kita mampu gelak ketawa dan gembira dengan ukhuwah, dengan manisnya gurau senda, dengan seronoknya main-main, ingatlah...
Satu hari nanti ini semua akan menjadi hujah, sama ada hujah untukmu atau hujah kepadamu.
Maka, bersiaplah...

Tak semua orang masuk syurga. tapi pastinya kita ingin tergolong didalamnya.
Jom, kita tunjukkan semangat kita kepada Allah, lebih dari semangat yang ditunjukkan oleh orang disekeliling kita.
Biarlah Allah sendiri mengingati kita sebagai "hambaku yang cukup bersemangat dengan amalannya yang memuncak itu..."

Ya Allah, redhakanlah Kami sebagai hamba yang kau redhai.
Dan jadikanlah kami orang-orang yang bermakna kepada agamaMu ini Ya Rabbi..
Aamin..

Wallahua'lam

Friday, March 4, 2011

Hidayah jarang datang bertandang..


Sungguh, manusia itu jarang sekali bersyukur. cukup naif bila bercakap tentang penghargaan. Kita butuhkan segala macam ganjaran, layanan. tapi bila mula dihitung usul penghargaan.... mungkin sekali kitalah yang paling tidak memahami atau lebih teruk, kitalah yang paling menentang konsep menghargai ini. Kita nistakan si pejuang dengan kata-kata pertikaian keikhlasan, kita jolokkan jihadnya dengan tuduhan-tuduhan melampau. Apakah ada tempat untuk orang seperti ini dihadapan Allah kelak?

Itu baru penghargaan kita dengan manusia. bagaimana pula dengan Pencipta kepada manusia tersebut?

Sadarkah kita, betapa banyak peristiwa yang telah disusun dalam kehidupan kita untuk dititipkan dengan secebis nikmat hidayah? rasa izzah dan cinta kepada ad-deen. rasa tanggungjawab, rasa hina diri, rasa bersalah, rasa loser dan rasa kecewa dengan amalan kita yang lesu. Apakah anda rasa perasaan ini biasa? Hey!! Inilah pintu-pintu kepada hidayah!
Siapa sahaja yang diberikan peluang untuk rasa dirinya loser? Betapa ramainya orang diluar sana yang merasakan dirinya cukup hebat dan ditenggelami ego dan kerakusan. Betapa ramainya orang diluar sana yang tidak punya rasa bersalah, rasa hina, kecewa dengan hidupnya.

Semua inilah pintu hidayah wahai ikhwah kesayanganku.
Tatkala kesemua pintu-pintu ini ditutup, dan kita merasakan cukup. Maka istighfarlah..
Mungkinkah hati kita sudah menjadi terlalu hitam hinggakan tiada cahaya yang menerpa..

Masalah ummah hari ini, tatkala didatangkan dengan perasaan-perasaan sebegini, tidak pernah berlaku muhasabah yang berpanjangan. dan tentunya, tidak ada berlakunya tindakan sebagai langkah penjagaan semangat. biasanya semangat yang ada itu dibiarkan terkubur dek tiada tindakan. Maka, boleh jadi kita yang suatu masanya menangis kerana rasa bersalah pada tuhan, kecewa kerana rasa hina, kini tidak lagi merasai perasaan-perasaan itu, bahkan yang lebih teruk, kita merasakan kesemua perasaan itu hanyalah mainan emosi. dan kita terus menolak tentang segala perkara dan peristiwa yang membawa kita kepada tahap tersebut.

Saat tercabutnya perasaan-perasaan ini dari lubuk hati kita..
Ujilah tahap keimanan kita, kerana hakikatnya ia terlalu rendah hingga tidak layak diuji Allah sekalipun. Rupa paras, kacak wajah dsb,
kesemuanya kita akan inilai berdasarkan keimanan.

Dan perhatikanlah!!
Jika benar kita telah meninggalkan saat-saat sedemikian, apakah kita masih lagi punya perasaan/keazaman yang serupa pada waktu ini? Ataukah kesemua itu sudahpun ditenggelamkan dek dahsyatnya arus nafsu dan gelojaknya haloba. Ketahuilah, hidayah tidak bertandang berkali-kali. Apabila ia datang sebaliknya kita tidak menghargainya, kita tidak mengendahkan ia, ataupun kita hanya menyambutnya buat beberapa ketika, kita tidak menggengam seerat mungkin....
Ketahuilah, perasaan itu mungkin pergi, dan tidak akan kembali, buat selama-lamanya...

Saya doakan, moga Allah titipkan semangat dan keazaman kepada seorang teman yang saya kasihi, supaya Allah kembalikan roh Islam yang dahulunya mekar dalam jiwanya. Moga Allah menjaga kita semua dari kemunafikan, dari kelesuan dan kereputan himmah.

Benar, sekali kita terlepas dari tiang hidayah, alangkah sukarnya untuk kita kembali memegang erat dan melekat padanya.

Ya Muqallibal Qulub...
Tsabbit ala deenik.

Aamin.

Tuesday, March 1, 2011

Andai kita sedar betapa singkatnya hidup ini...

Berapa ramai antara kita yang berkobar ucapannya dalam bermadah tentang perjuangan, tentang pengorbanan. beriya-iya kita mengibarkan bendera pengorbanan.

Tapi sayangnya, dalam puluhan daie yang sanggup berjuang ini, hanya tinggal berapa sahaja yang benar-benar bekorban??
Cukup ramai yang tertapis, dek tak tertahan pengorbanan dan permintaan yang dibutuhkan dakwah ini. Siapa mampu, untuk mengorbankan jiwa dan raga sepenuhnya, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Ya, kita beri itu dan ini, kita curahkan tenaga, kita infaqkan sepenuhnya masa, kita beri segala macam harta yang kita punya... kemudian, buussshh!!!! kita dihentap lagi dengan ujian, kita dicucuh lagi dengan api kesakitan dan penderitaan.
Oh, apakah peperangan yang kita hadapi ini??

Ya, inilah jalan dakwah, yang mana orang-orang yang mahu berjalan diatasnya perlu sedar, sepanjang perjalanan setiap titis darah perlu sedia dikorbankan, setiap detik masa perlu sedia diinfaqkan, setiap cebisan harta perlu sedia dihulurkan. Kerana kita hidup bukan untuk kita, sebaliknya kita hidup sepenuhnya untuk perjuangan fikrah Islamiyyah ini. Kita hidup sepenuhnya untuk Allah. Kerana kita sedar, betapa singkatnya kehidupan sebelum kematian ini.

Dan, adapun para daie yang masih tsabat dan masih berjuang, betapa ramai pula antara mereka kekal bernafas dengan meletakkan limitasi pada perjuangan mereka. Lihatlah betapa rendahnya mereka meletakkan limit pada diri mereka. Masa hanya dikorbankan apabila diminta. Tenaga hanya dicurahkan apabila dipujuk. Komitmen hanya dihulurkan apabila ditanya. Harta hanya diinfaqkan apabila sesi pujuk rayu dan taujih yang panjang dilaksanakan. Oh, betapa lemah dan kerdilnya jiwa kita??!!

Apakah janji Allah tidak terlalu indah untuk kita nafikan.
Apakah ridho Allah tidak cukup lumayan untuk kita perjuangkan.
Apakah cinta Allah tidak terlalu melekakan untuk kita ghairah kejarkan.

Andai kita sedar betapa singkatnya hidup ini, pastinya pengorbanan bukan lagi satu persoalan, kerana kita tahu, apa yang kita beri adalah satu benih yang kita tanam untuk kita tuai di syurga kelak...


Friday, February 25, 2011

Daie yang Lemah


Apakah perasaan anda selepas berjaya menamatkan satu pertandingan lumba lari 100m??
Pasti anda rasakan, penuh gembira dan syukur, serta sangatlah bangga kerana berjaya menamatkan satu pertandingan yang cukup membutuhkan sepenuh konsentrasi dan tenaga.

Bagaimana pula perasaan anda, setelah menamatkan pertandingan lumba lari 400m??
Pasti anda rasakan, penuh gembira dan syukur, serta sangatlah bangga kerana berjaya menamatkan satu pertandingan yang amat memenatkan, serta mencabar.

Bagaimana pula perasaan anda setelah menamatkan pertandingan bola sepak???
Pasti anda rasakan, penuh gembira dan syukur, serta sangatlah bangga kerana berjaya menamatkan satu pertandingan yang cukup panjang, cukup penat, cukup menyeksakan.

Itulah kita.
Tak sabar mencari garis penamat dalam setiap perbuatan yang kita lakukan, semata-mata untuk menghela nafas lega, nafas "penamat".

Dakwah ini bukan seperti "cooling down", yang mana pada akhirnya ada part yang kita tarik nafas dan tahan sebelum hembus kuat-kuat.

Dakwah ini bukan seperti kita mengambil semua benda dan masukkan dalam beg kita supaya makin lama makin berat, sehingga lepas dari satu berat tertentu, kita boleh lepaskan dan rasa gembira kerana telah berjaya.

Itu bukan dakwah.

Daie yang menganggap itu dakwah, barangkali punya nafsu dakwah yang cukup rendah dan lemah. Barangkali, tidak punya keazaman dan keberanian setinggi mana. Barangkali, tidak punya kemampuan untuk bertahan walau sekejap.

Dakwah ini tidak ada penghujungnya.
Bagi mereka yang suka mencari garis penamat, khabarkanlah pada jiwa anda, anda telah memilih jalan yang salah.

Tidak mungkin akan wujud walau sesaat pun dari usia seorang daie itu, dimana waktu dia layak untuk menghela nafas lega dan tenang kerana berjaya.
Kerana selagi belum menjejak kedua belah kaki kedalam syurga, maknanya kita masih belum berjaya. Hatta kita berjaya mentajmik, malah mentakwin beribu orang Murabbi sekalipun. Itu belum cukup untuk menjadi sijil supaya kita layak untuk menghela nafas lega.
Rehat bagi seorang daie adalah bukti kelalaiannya.

Masalah daie hari ini, kita sering mengharapkan agar dakwah ini seperti lumba lari. Pecut selaju mungkin, nanti kita boleh rehat cepat dan awal kerana sudah berjaya.

Sedangkan dakwah itu seperti Marathon. Terus dan terus berlari.
Yang penting adalah tsabat sepanjang usia, bukan sekadar laju pada awalnya, kemudian perlahan-lahan mula menyusup dan seterusnya lesap dari pandangan.

Ayuh, berhentilah kita mencari garisan penamat, tapi marilah kita gigih untuk terus dan terus berlari tanpa henti walalu sesaat. Futur itu, juga adalah jahiliyyah.

Jahiliyyah ini, tidak memerlukan kita untuk melakukan kesemua dari komponennya untuk kita menjadi pendokong jahiliyyah. Bahkan, cukuplah untuk kita lakukan sezarah sekalipun jahiliyah. Ia akan merebak, sedikit demi sedikit. Mungkin kita mulakan dengan habuk kecil, tapi dengan masa dan syaitan yang ada, habuk itu mungkin akan mnjadi punca kepada terbina tembok besar yang memisahkan antara dua tempat akhir, syurga atau neraka.
Sifatnya, adalah ketagih. Once you commit Jahiliyyah, it will be very difficult for you to leave it.

Pengajarannya.
Seorang daie perlu dan harus melihat jauh kehadapan, dan sepatutnya mempunyai keazaman dan kesungguhan yang berterusan hingga ke hujungnya.

Akhir kata:
"Jihad itu bukan untuk 1 tempoh masa, tetapi untuk selama usia masih tersisa"

Wallahua'lam.

Friday, January 28, 2011

Aturan Tuhan



Alhamdulillah. Satu kalimah yang sebenarnya cukup untuk menitiskan airmata seorang muslim. Seorang yang mengerti akan hakikat kehambaan, kehinaan dan kekerdilan yang ada pada dirinya. Apa lagi perasaan yang bisa terlintas saat kalimah ini terpacul? Kalimah yang memuji Yang Maha Satu, yang padanyalah segala bentuk penghargaan wajar diajukan, kerna Dialah yang menyebabkan segala sesuatu terjadi.

Hari ini kita juga tertolak naik dek melihat semangat dan keinginan saudara-saudara kita di Tunisia, di Yaman dan di Mesir melawan kekejaman kerajaan. Dahsyat sungguh perjuangan dan keinginan mereka dalam menegakkan apa yang mereka merasakan kebenaran. Keadaannya umpama seorang ayah yang sanggup mengharungi lautan api demi menyelamatkan anaknya. Demikianlah kesanggupan saudara-saudara kita dalam perjuangan yang mereka kobarkan sebagai menegakkan keadilan. Kesemua ini, apakah kita sangka berlaku dengan tiba-tiba? Apakah dengan tiba-tiba semua orang di Mesir terseru untuk berarak? Sudah tentu TIDAK!

Ruh kebangkitan mereka ini lahir dari tindakan Ahmad Bouazizi, yang merupakan seorang graduan yang tidak punya pekerjaan, yang telah membakar diri. Allahua'lam, saya tidak punya kuasa untuk menjatuhkan hukum atas tindakannya yang membakar diri sendiri, apakah ianya dibenarkan disisi Islam. Tapi apa yang ingin saya tonjolkan, adalah hidup kita ini sememangnya memerlukan 'spark'. Memerlukan satu tamparan, satu terjahan yang benar-benar membuka mata dan mencelikkan hati kita. Ia umpama ''activation energy'' dalam satu-satu proses kimia. Selagi tidak cukup, maka selagi itulah segala proses/reaction tidak akan berlangsung. Jika seorang mekanik pula, ia umpama pembakaran ''spark plug''. Spark plug inilah yang telah mencetuskan pembakaran minyak, sebelum pembakaran berterusan boleh berlangsung.



Begitu jugalah kita sebenarnya. Kita memerlukan satu 'spark' yang bisa menggerakkan hati kita untuk benar-benar memahami/mendalami Islam. Spark inilah yang akan benar-benar membuka hati kita dengan menyedari segala ke'dhoif'an kita, serta kekurangan kita dalam menyempurnakan tugas hidup kita. Benar, mungkin kita boleh kata aku seorang muslim yang baik. Aku berjaya dalam pelajaran dan pekerjaan. Tapi, tanyalah diri kita, apakah segala bentuk amalan yang kita lakukan setiap hari ini, mampu untuk membalas nikmat walau sebelah mata yang Allah kurniakan pada kita? Jika jawapannya tidak, maka adalah satu perkara logik, jika saya mengatakan, Allah berhak menarik/melakukan apa-apa pun yang Dia mahukan. Boleh sahaja, Dia menarik nikmat pancaindera kita, boleh juga jika dia terus membutakan mata dan hati kita dari menerima sinaran Islam.

Maka, tatkala kita menyangka kita adalah muslim yang baik, maka carilah dan semaklah diri anda. PASTINYA kata-kata itu akan hanya terpacul dari hati yang telah dibakar dengan dosa-dosa maksiat, hinggakan hati tadi hangus kehitaman. Tragedi sebeginilah, yang me'mati'kan raaammmaai sangat insan-insan di dunia. Tanyalah diri kita dengan sejujurnya, apa sebenarnya darjat aku dihadapanNya. Sejauh mana aku mahu dilihat mulia disisi Allah?

Namun.....
Ketahui jugalah. Spark yang kita peroleh, tamparan dan kejutan yang kita peroleh, sangatlah sedikit sebenarnya jika hendak dibandingkan dengan keadaan keseluruhan kita. Bayangkan semula contoh spark plug sebentar tadi. Kalaupun berlaku 'spark', dan ada percikan api, namun sayangnya minyak tidak berada berdekatan dengannya, ataupun ada komponen-komponen enjin yang menyebabkan enjin tidak berfungsi dengan baik, maka boleh jadi 'spark' tadi hanya sia-sia dan tidak berguna. Sangatlah sia-sia.

Hal inilah yang terjadi di kebanyakan majlis-majlis yang ada hari ini. Mungkin sahaja, penyampaian yang penuh semangat dan kesungguhan, mampu menggegarkan hati si pendengar. Tapi selepas itu, maka tamatlah segala jenis ''follow-up'' yang ada. Seolah matlamat sudahpun tercapai. Hal ini SALAH!

Kita bukannya mahu melihat 'spark plug' tadi menyala, sebaliknya kita mahu melihat kereta ini berjalan. Spark plug tadi hanya satu langkah awal, yang mana kita mungkin perlukannya sangat-sangat, tapi setelah adanya ia, tanpa benda-benda penting lain, boleh jadi spark plug itu kan jadi sia-sia semata-mata. Maka.... Adalah menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk menyusun hidup kita untuk mencari dan terus mendalami makna sebenar kehidupan.

Boleh jadi, kita telah diberi petunjuk berkali-kali, sehinggalah datangnya 'amaran' dariNya. Apakah pada waktu itu, kita masih ingin berdalih dan menolak??? TIDAK MUNGKIN!!!
Itulah pentingnya kita untuk senantiasa mencari dan berfikir. Sungguh, apapun jenis perancangan yang ada didalam kepala kita, hakikatnya, perancangan Allah-lah yang paling tepat dan bijak. Boleh jadi, kehebatan Allah itu telah terbukti, dengan Dia sendiri menyusun hidup kita untuk berlaku sebegini. Kita mungkin tidak pernah meminta hidayah, tapi ia sendiri yang datang kepada KITA.

Boleh jadi, kita assyiiikkk sangat dengan urusan duniawi. Maka, pada waktu itu, Allah menguji kita dengan pelbagai kesusahan. Sebenarnya, Allah mahu kita kembali mengingatiNya.

Sungguh, perancangan Allah-lah yang terbaik~

"Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, sedangkan ia baik untuk kamu, boleh jadi kamu suka akan sesuatu, tetapi ia buruk untuk kamu."
(2:216)


Memang cantik kan ayat nih?
=)
Wallahua'lam.

Wednesday, January 12, 2011

Julat Kemanusiaan



Salam wbt.

Hah. Ingat tak kita akan firman Allah yang berkali-kali dalam Al-Quran, yang menyatakan
"Khalaqnakum min turaab"
"Telah kami ciptakan kamu semua dari tanah"

Yup kawan-kawan. Kita semua nih, dari tanah tau!

Hohoho... Pernah tertanya-tanya tak, kenapa tanah? Kenapa tak langit ker, pokok ker...???
Maka akan banyak lah jawapan yang keluar. Akan ada yang cakap, sebab tanah tu sumber bagi semua kehidupan dan sebagainya. InshaAllah, semua pun betul, sebab Allah ciptakan alam ini untuk ditadabbur, bukan untuk dihukum. Pendek kata, alam ini untuk kita lihat dan kita ambil ibrah darinya, bukan untuk kita kaji dan generalize hukum-hukum alam ini semata-mata.

Ada yang akan cakap, burung terbang seindah roh-roh yang diangkat ke syurga. Ada jugak yang cakap, deru angin laju ibarat lajunya keinginan memandu diri kita. Banyak kan pengajaran yang kita boleh ambil sebenarnya???

Eh eh.. Dah lari tajuk pulak. :P

Hrm.. Yang ingin saya ketengahkan, melalui pemandangan mata tumpul saya ini, Allah ciptakan manusia itu dari tanah,(Baca: sesetengahnya mengatakan tanah liat) adalah kerana manusia itu BOLEH DIBENTUK. Yup2, macam plastesin, kita leh buat shape comel2, dan pom pom pom, taaddaaa!! Jadilah ia sesuatu yang sangatlah cantik.

Err.... Tapi kan... Plastesin tuh, boleh jugak dibentuk menjadi benda yang tak cantik(baca:bentuk najis misalannya. Eeeeuuwwww!!!) dan semestinya kita tidak suka bentuk-bentuk yang tak cantik ini!!!

Dan yang lebih mengigit hati ini, adalah nasib plastesin-plastesin yang tidak kita bentuk. As in, plastesin yang kita main gulung-gulung dengan dia, pastu golek-golek sikit, pastu kita tak buat dia jadi bentuk apa-apa pun. Apa nasib mereka????

Ya benar ikhwahuna(saudara-saudaraku) sekalian.

Plastesin yang digolek-golek, dipintal-pintal dan ditenyeh-tenyeh, tapi kemudiannya tidak dijadikan sebagai apa-apa bentuk menarik, AKAN TETAP DIANGGAP TIDAK BERMANFAAT, dan akan tetap DIBUANG BERSAMA-SAMA dengan plastesin yang dibentuk jadi tak cantik tadi. Fuuuhhhh....!!!!

Samalah jugak dengan proses tarbiyyah manusia ini akhi.

Manusia yang ditarbiyah dengan cantik, dan menjadi 'output' yang cantik, akan berguna kepada perjuangan Ad-Deen yang masih sangat susah, tetapi tetap ini. (So'bun Tsabit).

Sekalipun manusia itu mengikut tarbiyyah Islamiyah, tetapi tarbiyyah itu tidak sempurna,
salah entah celah mana, bukan Allah dihatinya, maka ia akan menjadi ''output'' yang tidak siap. Mungkin seperti plastesin yang telah ditenyeh2, golek2, tetapi tidak betul-betul dibentuk menjadi senduk atau periuk yang boleh digunakan untuk aktiviti main masak-masak oleh gadis-gadis(dan jejaka-jejaka) bawah 5 tahun. Apa nasib mereka? Juga menjadi lebihan kepada ''permainan masak-masak''. Ada ataupun tidak mereka, tidakpun dipandang Allah.

Manusia yang hidupnya penuh dengan pendidikan yang 'salah', akan juga menjadi produk yang 'salah'. Apa hasilnya?? Ia akan menjadi sesuatu yang tidak diperlukan Ad-Deen, atau lebih teruk lagi, ia mungkin menjadi sesuatu yang dicela Al-Malik. Na'uzubillahimindhalik, mohon benar Allah jauhkan sejauh-jauhnya kita dari golongan ini.


Maka, sebagai plastesin(tanah), jenis apakah kita ini agaknya?

Dan sebagai orang yang membentuk plastesin(tanah), jenis apa agaknya kita ingin plastesin itu dibentuk ya?

Sekadar satu peringatan ringkas untuk diri sendiri, jangan mudah berlepas tangan pada plastesin yang telah kita giling-giling dan gumpal-gumpal. Kita telah 'menyentuh'nya, pastikan ia terbentuk sebagai sesuatu yang berguna.
Dan memandangkan kita sedang berhadapan dengan plastesin, ingatlah, plastesin juga punya fitrahnya!

Wallahua'lam.
Ya Allah, berilah kami HidayahMu, dalam pencarian kami akan redhaMu. Lemah dan Jahillah kami ini, tanpa setitip kekuatan dan kebenaran yang Kau berikan.
Aamin.