Kalamullah

Kalamullah

Thursday, December 13, 2012

Hanya Gerhana... Percayalah..!!








 Da'i pada hari ini berdepan dengan Toghut yang sangat hebat.. Toghut yang telah merosakkan, malah membunuh terus ke-islaman dan ke-imanan para Muslimin.

Toghut ini bijak.... Dia telah merekrut begitu banyak manusia untuk bekerja dengannya.. manusia yang enggan bekerja dengannya pula, telah ditipu dan diperdaya habis-habisan, hinggakan mereka tidak lagi sedar tanggungjawab mereka..

Kerana itulah... Da'i sebenarnya sangat sedih.. sangat sedih dan kecewa melihat nasib dakwah pada hari ini...

Begitu ramai orang-orang yang tahu tentang Islam, tapi telah menjadi alpa dan leka...

Dan jauh lebih ramai pula, orang-orang yang AT, yang hebat, yang sangat logam, terpedaya dengan toghut malah bekerja untuknya..

"Kealpaan orang-orang yang baik, dan semangat orang-orang yang konfius"

Itulah nasib dakwah pada hari ini...

Dakwah gagal merekrut orang-orang hebat.. yang dapat dikaut dakwah, hanyalah orang-orang yang lesu, alpa dan lega.. orang-orang yang menjadi pak turut dan tidak bernafsu untuk menghidupkan dakwah..

Orang-orang yang logam, yang keras kemahuannya, yang berfikiran jauh... semuanya tidak mengikut dakwah.. semuanya telah direkrut jahiliyyah... bekerja siang-dan-malam.. all-out meriahkan stesen-stesen tv... menghiburkan masyarakat dengan movie, dengan sukan.. kerana telah diperdaya toghut, sehingga mereka memberikan segala-galanya untuk menghidupkan suasana Jahiliyyah.. bergembira dan bersuka ria..

melihat kepada perlumbaan ini... daie menjadi sedih.. menjadi kecewa.. sampai bila dakwah akan dapat mengatasi toghut, kalau pendokong-pendokongnya sahaja sudah jauh berbeza komitmen, kemampuan dan kapasiti? Sampai bila dakwah akan menjadi ''underdog'' kepada toghut? terpaksa dicucuk hidung dan diheret kesana sini...

Apakah nasib dakwah..?

Ikhwah yang ana kasihi.... Inilah realiti dakwah zaman ini.. Tiada siapa yang sudi memikirkan nasib dakwah.. yang betul-betul menyayangi dakwah.. daie tadi berasa cukup murung.. cukup sedih.. kerana menggambarkan dakwah ini diperlakukan sedemikian.. hanya baki-baki masa, celah-celah yang tidak sibuk, sisa-sisa pendapatan.. itulah yang disumbangkan untuk dakwah..

Melihat dakwah diperlakukan seperti rumah anak yatim.. yang hanya mendapat baju-baju buruk.. hanya mendapat katil-katil lama.. bantal-bantal kotor.. semuanya sisa dan benda-benda yang sudah tidak diperlukan orang lain.. itulah yang diberi/disumbangkan kepada dakwah.. maka daie tadi bertambah sedih...

Neraca keindahan, kehidupan ini sudah lama bertukar... daripada kejelasan syahadah, menjadi kerseronokan dunia, kepada kerja-kerja yang kecil dan tidak penting..

Tapi daie tadi segera tersedar... segera terbangkit daripada rungutan dan mimpi-mimpi buruknya..

Dia tidak boleh sekali-kali meninggalkan tugasnya.. segala rasa sangsi, rasa putus asa dan kecewa lantas musnah, tatkala dia ter'reflect'... yang dia sebenarnya berada di tengah-tengah rombongan orang-orang beriman yang sedang berjalan. Rombongan ini bukan dia yang mulakan, dan dia harus segera mencari orang yang akan menyambungnya. Baton sudah bermula sejak dahulu, di'pass'kan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.. Bahkan daie-daie dahulu, sakit dan perit mereka berusaha memahamkan dia sendiri... seperti itulah juga dia harus bekerja, bahkan lebih lagi!!

Daie tadi semakin terasa apabila menyedari... bahawa Allah sudahpun menjanjikan, tidak akan pupusnya golongan yang menegakkan kebenaran ini.

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ

Akan sentiasa ada satu golongan dari kalangan umatku yang sentiasa berada di atas kebenaran. Orang yang menyalahi mereka tidak akan memudharatkan sehingga Allah memberikan keputusannya sedangkan mereka tetap berada dalam keadaan tersebut

Malah daie tadi semakin sedar... Bahawa sebenarnya yang benar-benar mengekalkan dirinya atas jalan dakwah ini, ialah kefahamannya tentang Islam.. Bahawa Islam ini adalah berita yang agung, yang tidak bersangkut paut dengan terima atau tolaknya manusia, malah semata-mata kepada apa yang diminta Allah dan apa yang dihargaiNya. Tidak langsung berkait dengan balasan walau sekecil mana daripada manusia..

Daie tadi semakin jelas.. bahawa sebenarnya yang diminta daripadanya ialah pengorbanan di atas pengorbanan. Perjuangan yang tidak berbelah bahagi.. Keikhlasan dalam keikhlasan.. Natijahnya, semuanya sudah pun ditetapkan, Al-Haq tetap akan mengatasi Al-batil, walaupun realiti semasa tidak seperti itu..

walaupun gerak kerja dakwah tidak selaju jihad toghut, tapi percayalah... Ia pasti akan berubah! Al-Haq terlampau benar hinggakan tidak ada kebatilan yang mampu menghalangnya. Umpamanya, Al-Haq itulah cahaya, yang apabila dicampak kepada kegelapan, maka akan hilanglah segala kegelapan tadi. Al-Batil tidak ada sebarang kuasa langsung untuk menghalangnya..!!

Demikianlah... daie tadi memujuk dan meyakinkan dirinya.. segala kacau bilau, kelemahan dan kelesuan dalam barisan muslimin.. Segala tingkah laku dan akhlak muslimin terhadap dakwah yang teramat sangat menyedihkan itu... Segala ini, hanyalah sementara..!! hanyalah umpama Gerhana.. Yang sampai masanya, ia akan berlalu pergi, akan hanya tinggal sebagai satu memori..

Islam pasti akan menang..! Kerja-kerja pengislahan ini harus terus berlaku, bahkan ia pasti tidak akan pernah putus pun, kerana saki-baki mu'min tidak akan pernah membiarkannya berlaku.

Sebelum kemenangan itu dihadiahkan Tuhan.. Daie tadi lantas terus kembali bekerja dengan kuatnya.. dengan penuh kesungguhan tanpa mengharapkan apa-apa penghargaan.. yang didambakannya, hanyalah Allah, tidak akan ada yang lain yang mampu mengubat perasaannya, melainkan memikirkan satu hari nanti segala ini akan disebut satu persatu oleh Tuhan yang sangat-sangat dicintainya....

Wallahua'lam

Mohd Aqmin
London




2 comments:

  1. Allah. Amat terkesan di hati membacanya. Jazakallah saudara

    ReplyDelete
  2. Amat terkesan di jiwa. Jazakallah akhi

    ReplyDelete