Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, December 5, 2012

Dunia apakah ini?



Hati saya seolah-olah dicucuh dgn besi panas. Pedih yang teramat sangat.

Apakah tidak pelik manusia ini...? Ataukah dunia ini sememangnya pelik..? ataupun, saya seorang sahaja yg merasai kepelikan ini?

Apa tidaknya.. apabila manusia menjadikan ratusan, bahkan ribuan alasan utk mengelakkan mereka daripada berfikir ttg akibat sesuatu perbuatan...

Bagaimana otak mereka ini berfungsi..??

Bagaimana otak mereka, mampu utk mengalihkan pemikiran, membuang rasa 'perlu cari jawapan' itu daripada benak hati mereka..?

Tipulah, kalau dalam diri seorang manusia itu, tidak terlintas, apa yg ingin dicapainya dalam kehidupan ini..
Tipulah, kalau dalam diri manusia itu tidak pernah terfikir, yg dia satu hari nanti akan mati..
Tipulah, kalau dalam diri manusia itu tidak ada persoalan tentang dari mana dia datang, apa yg perlu dilakukannya disini, kemana tempat yg bakal dia pergi selepas ini...

Tipu! Tipu!

Tapi.... biarpun persoalan-persoalan ini datang pada diri mereka... bagaimana agaknya otak mereka boleh menolak persoalan-persoalan itu daripada menghantui diri mereka? Apakah 'ubat bius' yg digunakan, hinggakan boleh hilang terus rasa risau, tidak sedap badan dan runsing dalam diri mereka?

Bagaimana, dengan kematian demi kematian yg mereka saksikan dengan mata sendiri, ataupun kisah-kisah kematian yg pernah mereka dengarkan, boleh hanya menjadi seperti satu jenaka, ataupun 'satu lagi' cerita kosong? Takkan peristiwa-peristiwa ini tidak menimbulkan persoalan... Apa jadi pada arwah? Apa yg bakal dilaluinya selepas ini? Bagaimana mereka 'melarikan diri' daripada persoalan-persoalan ini..????

Tidakkah semua ini satu perkara PELIK..!!!

Kita berlumba-lumba mendapatkan gred peperiksaan yg tinggi, ingin menjadi pelajar cemerlang, mendapat pujian daripada ramai orang, ingin menjadi 'pelajar yg terkenal'.... tapi untuk apa semua itu? untuk 'kepuasan' yg sementara? yg tak sampai setahun pun ia bertahan, sebelum kita mula mengejar pengkat-pangkat dan nama yg lain... kita sendiri pun menyedari.. besarnya nama kita sebagai pelajar cemerlang itu, tidak akan dipandang sesiapa pun sekiranya apabila memasuki bidang kerjaya, kita gagal memenuhi standard yg diminta..sama seperti tatkala kita menjadi seorang pekerja yg hebat, ia tidak membawa apa-apa makna apabila kita memasuki alam baru, alam akhirat.

Kita tahu semua ini

Tapi kita masih mengejar dgn usaha yg gila-gila, untuk dapatkan 'kepuasan' sementara itu..

Kemudian kita cuba berhempas pulas menjadi pekerja paling cemerlang.. dengan meletakkan harapan dapat menjadi pegawai besar.. dapat menjadi bos.. dapat menjadi 'datuk' dan sebagainya.. kita mahukan 'kejayaan' baru.. mahu menjadi kaya..

Tapi tidakkah itu 'kepuasan' sementara jugak..?

Kaya mana pun kita pada harta, itu tidak akan pernah memberi kita ketenangan, keindahan dan keselesaan.. Kerana semua itu, hanya datang daripada hati yg dapat dikawal.. hati yg dapat tunduk pada kesederhanaan.. dapat redha dengan ketentuan.. dapat patuh dan taat pada perintah..

Kaya mana pun kita, hebat mana pun kita, besar mana pun, tidakkah kita masih tetap seorang hamba???

Apa bezanya seorang hamba degnan seorang hamba yang lain?

Tidak ada beza, melainkan seorang itu lebih disayangi tuannya.. sama ada dia mempunyai banyak harta atau tidak, harta-harta itu mesti dipulangkan/diserahkan semula kepada tuannya.. itu bukan hak milik seorang hamba.. apakah wujud istilah 'bos kepada hamba-hamba'...??? hanya jiwa yg terlalu hina yg rela menjadi hamba kepada hamba..!!! hanya hamba yang tidak cerdas, tidak 'hidup' sahaja yg mahu mati-matian menjadi 'bos' kepada hamba yg tidak ada nilai.. lantas, untuk apakah usaha dan penat lelah kita ini..? sekadar menjadi bos kepada hamba???

Sedarlah.... apapun yg kita kejarkan.. yg ingin kita capai.. ingin kita peroleh.. Kita tetap seorang hamba..

apalah nilai seorang hamba.. saatnya di akhirat nanti ditemplak..

(Allah) berfirman: Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam Neraka dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu! (23:108)

(Lalu dikatakan kepada mereka: Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasakanlah azab seksa kerana kamu melupai(disebabkan kesibukan, tidak sempat berfikir/mengingat) pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan(akan melupakan) keselamatan kamu lagi dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan. (32:14)

Ya Tuhan, dunia apakah yang sedang aku diami ini..??



No comments:

Post a Comment