Kalamullah

Kalamullah

Monday, March 18, 2013

Pulangnya seorang mujahid



ana ingin meminta maaf, seandainya perkongsian ana ini terlalu personal. atau perkongsian ini dirasakan seolah meratap. Wallahi, ana tidaklah berasa kecewa, atau menyoal mengapa Allah azzawajalla memanggilnya pulang pada waktu ini, bahkan ana sangat² kagum dan cemburu, dengan kemenangan yg dikecapi al-akh ini. AL-AKH IMAN.




2009
aku sampai di heatrow. pada masa tu, aku mencari-cari abg senior yg berjanji untuk mengambilku di airport. ahh, itu pun mereka. nasib baik mereka masih setia menunggu, walaupun kami keluar agak lambat, sebab beg tak keluar² td.
Eh.. tu bukan senior yg dulu kat KY mcm 'action' sikit ke? ah biar la, janji aku dah sampai london, nk explore!

***
"Iman, nak phone kau pleasee..." Iman ni suka gajet. ada smartphone, lepas tu ada ipod, ada wayar tu wayar ni. macam² la dia ada. tp aku suka ipod dia. sebab dalam tu ada satu game yg best.
aku pun dok khusyu' tekan² ipod tu. seronok main. Muka iman serba salah. aku budak first year, takkan dia nak sound sebab main game kan. tp kalau korang kenal iman, dia mana pernah kesah, selagi benda tu al-haq, dia mmg akan cari jalan untuk sampaikan. dia sembang² ngan aku, lepas tu cakap main game ni buang masa. 
"erk.. erm.. mmg la.. tp.. erm.. yer la, abg² usrah ni mmg xde main² game pun.. tp.. erk.. erm.. tp.. hrm.. betul kut, tgk diorang mmg mantap, game x men, bola tak tengok, movie x layan. dok baca quran je.. " benak hatiku. aku pun terus dapat ala-ala SJ masa tu. tp aku bleh terima, sbb logik. dia pun minta maaf sbb tak delete game tu dalam ipod dia. lepas haritu, mmg xde dah apa² game dalam ipod tu.


2010
selepas mendapat syahadatul Haq. pada satu malam, dalam bilik Iman, ada aku dan dia. tengah malam. dia sedang nyenyak tidur. hatiku masa tu sangat kucar kacir. ya, mmg la aku tahu dakwah tu wajib selama ni. tp.. satu part dalam SH tu, bila penyampai tu cakap kalau kita berpaling, allah akan gantikan kita.. aku macam.... aduss... betul ke aku ni nak ikut dakwah all-out 100%. betul ke ni aku nak ikut dakwah tarbiyyah sampai mati. ke allah saje² je bagi aku kenal orang² hebat ni, supaya nanti aku dah tahu semua benda, tp lepas tu aku berpaling. supaya ALlah ade reason utk azab aku. macam mana ni... hati aku resah.
aku pun tak tahan.. terus menangis sorang-sorang tengah malam tu. mmg nangis yg teresak-esak. aku takut. takut jadi bahan api neraka. malam tu tangisan aku makin kuat... tiba-tiba, iman terjaga
dia tengok aku, dan bertanya, ko ok ke qemin?
terus aku berpura-pura dah tidur. x menjawab, sambil menahan nafas yg terkedu-kedu. aku pusingkan badan, dan terus pura-pura tidur. dia pun kembali tidur...
***
esoknya, dia senyum². tiba-tiba dia cakap, ko nanges ek semalam. aku pun elak², x nak mengaku. tapi kami berdua tahu, dan dia cakap dia ada anytime, untuk support aku. walaupun aku x berapa suka iman, tp aku gembira dengan support tu. itulah antara masa², aku decide aku nak hidup dan mati bersama dakwah tarbiyyah. aku x berapa suka iman, sbb aku rasa mcm artificial perubahan dia. dulu kt KY dia lain, saaaaannnnngggaaatttt lain. tiba-tiba nak cakap pasal islam. masa tu, dia masih 2nd yr, masih sedang berperang untuk memperbaiki diri. aku rasa dia x layak untuk tegur² pasal islam, sbb dia pun belum setel. ahh.. egonya aku masa tu.

2011
aku 2nd yr. selalu berulang-alik ke jerman. penat. kadang² rasa macam too much. pressure yg terlalu besar. adik² x taw boleh jadi ke tak. kadang² mcm sgt cerah, kadang² mcm xde harapan langsung. selalu lah aku monyok. selalu down. selalu rasa giveup. tiba-tiba, masa nak pg solat, iman dok buat apa yg dia selalu buat.
bercakap.
"Futur tu, adalah satu state yg mana kita slow selepas kita laju. maknanya bukannya kita stop, kita jadi slow pun tu sebenarnya dah futur. sebab tu la blablablabla...."
dalam hati aku terasa, eh mamat ni.. lek lek la.. nak pg solat kot.. tgh jalan pun nak cakap macam².. alah, mcm la dia tahu sangat. cukup² la, asyik push orang je.
aku rasa rimas dengan iman. sbb dia asyik² nak cakap pasal dakwah. asyik² nak cakap pasal all-out. aku dah all-out la ni, xyah la nak push² dah. dalam usrah dah la kena push, takkan luar usrah pun kena bantai. come on laaa...
*****
sebelum bertolak balik ke London. kali ni, kami akan balik ke london sebagai 3rd yr. kami bersepuluh. layer paling depan untuk dakwah di London. kali ni takkan ada abang² yg akan teman kami. we are on our own. Iman datang kat aku, bisik.
"min, jaga london baik². tgk ikhwah² lain. jagakan portsmouth sekali. please, tolong lead semua orang sama²."

2012
Berlaku peristiwa yg kompleks. banyak salah faham. tp once aku balik malaysia, sampai² malaysia, dialah antara orang first aku contact. sebab dia sentiasa memavailable kan diri untuk dakwah dan tarbiyyah. lagi² masa tu, dia dah habis KPLI, tp xdapat placement lagi. satu malaysia dia dok ronda². bagi pengisian kat sini, bagi pengisian kat sana, driver kat situ, kem kom kat sana, join rehlah dok seronok mandi sungai. itulah iman. non-stop buat kerja. mmg perangai dia. kadang² bila dia push orang utk jadi mcm dia, lagi² orang yg ego mcm aku, aku mula la nak judge dia. tp nak judge pun xleh nak cakap ape. sbb kita mmg sedar, makin lama iman atas jalan dakwah dan tarbiyyah, dia mmg improve diri dia. Dia makin jadi sempurna. kalau dulu mcm ni, sekarang dah lain. dah improve. dah berubah. makin lama makin dahsyat. sepanjang summer, mmg dia lah aku selalu hangout. kalau nak keluar rumah pun, carik alasan suruh dia jemput aku kat t.intan. sanggup dia dari tepeng singgah teluk intan nak pg KL. aku suke2 la, dapat naik kete free. dalam kete kitorang tak pernah ttdo, sbb iman kan. asal dok ngan dia, ade je point dia nak cakap. ada je point dia nak sampaikan. pompampompam. dia cerita tu cerita ni. wallahi, kalau duduk ngan iman x pernah bosan la. sbb dia banyak cerita. banyak kisah. banyak benda yg dia nak share ngan kita. 
*****
paling aku tak boleh lupa, masa kitorang on the way pg satu program ni.. dia cakap... Min, aku rasa ko dah berubah la.. ko jadi macam tenang.. mana ko yg dulu min? haha.. ko bukan pemukul gendang ke. woi, semangat la, extreme extreme! kita kan ikhwah extreme. mana boleh tenang², syabab sikit. dia pun pasang lagu indon. lagu tufail al-ghifari, kumpulan rapper Indon yg mendendangkan lagu² tarbiyyah versi rap. mmg berapi. mmg gila. mmg extreme. kami pun dok jerit² dalam kereta, rap sekali sbb lagu tu sumpah mmg berapi. saje iman nak aku semangat gila² sikit. lama x macam tu, semenjak hidup dalam tahun mehnah, banyak benda aku belajar dan mula jadi matang. tak macam dulu, main rempuh dan all-out kadang2 tak kena tempat. tp bila jadi matang ni, kadang² aku sendiri kurang semangat. sbb tak gila-gila mcm dulu. tp bila iman dok share benda² merepek dia mcm lagu ni, mmg aku dapat semagnat.
*****
Iman rumah dia kat tepeng. tp masa dia merayap² kat KL, bagi pengisian sana sini, dia pun duduk kl la. dia tumpang rumah sorang ikhwah kat putrajaya. tp masa aku turun KL, kami sama-sama tidur kat pejabat xxxx. tidur sama², sbb biasanya macam² nak sembang, kadang² ada benda private, err.. sebenarnya banyak benda private la, ye la iman kan, mana pernah stop cerita kisah hidup dia, lagi² untuk sampaikan point dan share kat orang. semua peristiwa yg dia lalui, kalau dia rasa boleh bg manfaat kat orang, habis dia share. masa tu, aku impressed sgt ngan iman. sbb dia mmg makin dahsyat. dulu kami sama² menggila dakwah, tp kami x jaga sangat amal fardi. skrg kami sama² realise amal fardi kami ni lembik sgt, xkena langsung dgn dakwah tu. tgk iman pun effort sgt2 nak improve. dia mmg seorang murabbi tarbiyah dzatiyah. keinginan untuk improve dan improve, sangatlah tinggi. dia mmg akan push dan paksa diri dia untuk improve. dan iman kan, mana pernah give up.

2013
aku balik malaysia sekejap. ada urusan sikit. masa turun KL, mmg target aku Iman la. mmg dia lah orang yg paling available untuk semua orang. aku tumpang RI dia, muntalaq. bersama² dengan ikhwah lain. sampai² kat KL, aku join miting pggerak kat satu kolper ni. subhanaALlah.. iman habis kerja pukul 7, dia gerak² sampai miting kul 8/9. dia x dinner pun lg. mmg tu la perangai dia. dakwah tarbiyyah mmg sentiasa yg utama.
****
sepanjang aku duk KL ngan dia, banyak la yg dia share. apa yg jadi daripada summer lepas. satu persatu cerita dia share. seronok dengar semangat² orang mcm Iman. mmg menaikkan iman, menaikkan rasa nak beramal all-out jugak mcm dia. IMan x pernah lupa, selalu dalam sembang² dia, dia kadang² cerita jugak ttg adik-beradik dan mak dia. dia sangat sayangkan keluarga dia. dia risau adik dia ni mcm ni, adik dia tu mcm tu, semua lah. mmg x pernah mengabaikan setiap sisi tanggungjawab yg dia ada. Wallahi, kalau nak cari orang yg sayangkan family, Iman mmg satu qudwah yg snagat baik. IMan share jugak pendapat dia ttg aku, teguran² dia, cadangan² dia... mmg butir² permata yg susah nak carik. siapa nak bagi advice kat kita secara percuma? hanyalah orang yang benar-benar sayangkan kita, yg akan perhatikan perubahan² pada diri kita, dan x jemu menasihati kita. itulah iman, seorang al-akh yg sangat kaya dengan kasih sayang.
*****
satu malam tu, ada program dengan adik². kitorang buat sesi parallel, aku handle satu grup, iman handle satu grup. Iman mcm biasa, bila start sesi dia, dia mula la menggila. habis terbakar adik² tu aku rasa. Dia mmg jadi raksasa, macam apa yg Iman biasa buat la. Jadi orang gila. dapat je marker pen dan whiteboard, habis dia psycho orang. Sungguh-sungguh nak sampaikan Islam yg dia rasai. Islam yg telah mengubah dia sepenuhnya. Iman yg dulunya senior di KY yg aku mcm rasa x selesa, menjadi seorang ikhwah yg sangat² dekat, sangat² membekas, sangat² mekar kasih-sayangnya... Kalau orang mahu melihat perubahan Umar Al-Faruq, aku akan ceritakan kisah Iman. Kerana sesungguhnya, perubahan yg dia alami, adalah satu perubahan yg dahsyat, daripada seorang gangster sebelum tarbiyyah, kepada seorang murabbi stail 'gengster' selepas tarbiyyah. Benarlah logam manusia itu...
****
sebelum aku balik, IMan ada share.. dia nak beli motor. dia xde duit, kalau tak dia nak beli kereta. kereta yg ada dia bagi adik² dia pakai. tapi dia cakap selama dia naik motor yg dia pinjam ni, mmg bahaya la. tp dia yakin je, dia mmg orang yg macam tu. lincah, yakin, x kisah. aku x rasa apa² pun masa tu. tak sangka....
masa dah sampai London, hari khamis.. ada berwhatsapp dengan dia.. x tahu kenapa, terasa nak sembang dengan dia.. tiba-tiba dia tanya pasal seluar yg dah lama dulu dia ambil, dia tanya nak bayar balik... allahurabbi.. aku cakap mmg x payah la, benda lama, halal je.. 
****
selepas solat jumaat, dapat whatsapp daripada emak. dia cakap kat facebook ada status Mak Iman cakap Iman accident. hatiku berderau. risau. gelisah. iman, accident? allah.. accident biasa² kut. aku bukak facebook, nak baca status mak dia. operation? kritikal ke? apa jadi ? masa dalam bas balik ke rumah dari satu tempat, aku laju menaip dalam hp.. bertanya pada ikhwah² di malaysia. apa jadi pada iman? apa jadi pada iman? mcm mana boleh accident? apa keadaan dia? apa yg jadi??????
hatiku gelisah.. esok ada program. aku kena prepare. ni kerja dakwahku. medan amalku. walaupun hatiku penuh keresahan dan kerisauan...
*****
pagi tu, kami bersiap² ke tempat program. masuk² pintu masjid, aku mendapat notification daripada ikhwah.
"Iman dah takde.. doakan arwah.."
Allah..........
.
.
.
Iman... dah.. takde...? terus aku call seornag ikhwah, nak dapatkan kepastian. betul ke. betul ke. plis cakap, betul ke?
"aah min.. dah habis.. semua orang ada kat sini.."
aku tak tahan. air mata mmg tak dapat dibendung. terus aku keluar dari masjid nak dapatkan ketenangan jauh dari semua orang lain.
Iman... Iman dah takde.. nanti aku balik malaysia, iman dah takde.. dia kata dia nak datang UK bulan 12.. tp dia dah takde.. dia kata nak aku duduk RI sekali ngan dia, tapi dia dah takde.. IMan....
****
aku menyapu mataku yg berair.. iman dah syahid. dia dah dapat apa yg dia idam-idamkan. dia mati ketika dia sedang dahsyat berjihad. Aku bersaksi, mmg Al-Akh Iman Syafiq, adalah seorang akh yg kuat beramal. dan beruntunglah dia, Allah telah memanggilnya pulang, ketika dia berada 'on top of his game'. dia mmg berada di puncak. Aku kena keep cool. aku kena menyampai ni. kemudian tiba-tiba, aku menangis lagi... tka tertahan.
aku cari ayat-ayat al-quran yg terlintas dalam kepala, dan membacanya berkali².

 مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٌ۬ صَدَقُواْ مَا عَـٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِ‌ۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُ ۥ وَمِنۡہُم مَّن يَنتَظِرُ‌ۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلاً۬
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.(Al-Ahzab, 33:23)


IMan telah menyelesaikan janjinya. dia telah menang. dia telah menang. dia telah menang.

Aku kuatkan diri, dia telah menang. dan kita ni yg masih diberikan peluang untuk mencapai kemenangan tu, hendaklah berpegang kepada janji kita.

perlahan², aku memujuk hatiku untuk bertenang

tp sekuat mana pun aku menahan, di celah² pengisian, tatkala aku membuka hp ku, dengan notification daripada ikhwah, dengan gambar2 dan pesanan² akhir daripada ibunya, msg² terakhir beliau dengan ikhwah yg ada... aku menjadi sebak... bukan sedih atau kecewa dia telah tiada. tapi sebak terharu, sebak bangga dan sebak cemburu. hebatnya dakwah dan tarbiyyah, menghasilkan orang yg sebegini hebat, menghasilkan orang yg sebegini dahsyat. aku buka fb, dan subhanaAllah, dia telah pergi, tetapi pemergiannya menghidupkan jutaan hati yg lain. dia telah banyak beramal, telah banyak berusaha menyentuh hati-hati manusia, dan semua mereka nyata tersentuh dengan usahanya. Menguatkan lagi perasaanku, Iman telah menang.

Aku sebak.. sangat cemburu dan terharu.. melihat seorang yg dalam dunianya yg berbeza sebelum tarbiyyah, kemudian diangkat mulia semulia-mulianya dengan Islam. Iman adalah contoh, qudwah dan seorang akh yg sangat banyak sisi yg boleh kita contohi.

Iman, ana sangat sayangkan enta. nta telah banyak menghidupkan hati ana, telah banayk mengajar dan bersama dengan ana, nta telah lama pun menjadi umpama abang ana.. Ana uhibbuka fillah, semoga ALlah mengizinkan ana untuk berjumpa dengan nta di syurga kelak. semgoa ALlah tetapkan, tsabatkan, dan istiqomahkan ana atas jalan ini.

Semoga kita berjumpa lagi

Kaulah teman
Kaulah sahabat
kaulah ikhwah
yg sangat² berbekas dalam hatiku

Wassalam

Wallahua'lam

Muhammad Nur Iman Shafiq 1989-2013
aku rindukanmu


Mohd Aqmin
London


7 comments:

  1. Semoga Allah menempatkannya dalam kalangan para syuhada..amiiin ya rabb

    ReplyDelete
  2. jzkk akhi, atas sharing ni. ana antara ribuan hati yang tersentak dengan tazkirah iman ni. walaupung ana tk pernah kenal sebelumnya. semoga kita semua benar-benar menjadikan qudwah yang dekat ini sebagai teladan. ana tak kenal. ana tak kenal enta, APG, akhi irfan. tapi semua yg antum ceritakan membuatkan ana rasa dunia DnT ni ada orang! dan ana rasa dekat. Allah sayangkan iman. Allah juga sayangkan kita semua. kerana dia hidupkan hati kita. dia tak matikan kita sekarang, sebab belum macam iman! T_T

    ReplyDelete
  3. jzkk atas perkongsian...subhanallah...ana sgt cemburukan as syahid iman....dy ikhlas...! sungguh dy ikhlas!!!

    ReplyDelete
  4. salam aqmin, ni bun, jzkk share. :'(

    ReplyDelete
  5. jazakallahukhoir, ana pernah brsama2 akhi iman dulu, dan serius apa yg enta tulis mmg tu lar dya sbenarnya. Bahkan ada byak lgi kbaikan ttg dirinya. wlaupun ana x kenal enta, ana harap kita dpt ktemu stu hri nnti. seyes~ pkongsian nie, mmberi smgat utk ana,utk truskan mnyebarkan apa yg akhi iman pnah smpaikan.jzkk skli lagi.. :"D

    ReplyDelete
  6. Akhi.Nanti kita liqa' same2 dgn abg Iman okeh.Kita msti cepat.Sebab abg Iman tgh tunggu.Klau lmbt nnti,kne 'pngkah' pulak.Ahaha.. .. .. Hm.. :')

    ReplyDelete
  7. Semoga kita semua kelak dikumpulkan dalam syurga yg tertinggi, sambil bercerita kisah-kisah, kesusahan-kesusahan, keperitan dan ujian yg kita lalui atas muka bumi...

    Al-Akh Iman telah menjadi satu kesah lagenda, umpama Si Ghulam dan kematiannya yg menakjubkan, dan kalian semuanya, termasuk ana sendiri, adalah orang-orang yg mendapat percikan hamasah dan mujahadahnya.

    Ayuh ikhwah dan akhwat, bukti² kebenaran sudah terlampau jelas, tidak seharusnya ada satu perkara pun yg mampu menghalang diri kita daripada terus memberi dan memberi, daripada bermujahadah sepenuhnya untuk Allah swt, kerna satu demi satu jiwa yg berjalan di atas jalan yg sama yang sedang kita lalui ini, sudahpun mendapat janji mereka...

    Kejelasan kehidupan ini tidak mgkin dapat jadi lebih jelas, bahkan yg tinggal hanyalah kita saja untuk benar² menjiwai peristiwa² yg disusunkan utk kita,

    ayuh, kemaskanlah tarbiyyah diri, dan beramal-lah! Syurga itu sudah terlalu dekat,

    Wallahua'lam

    ReplyDelete