Kalamullah

Kalamullah

Thursday, March 14, 2013

Pengajaran dr Al-Fil



tempoh hari, sedang bersolat, tiba-tiba satu visual terbayang dalam fikiran.

tentang Al-Fil. (alam taraika fafa3ala...)

Satu mesej yg mungkin khas diilhamkan Allah swt sebagai teguran buat hati yg sangat kotor dan penuh dosa ini..

Kata Allah, "tidakkah kau memerhatikan bagaimana tuhanmu bertindak terhadap pasukan bergajah?"

pasukan bergajah yg dikepalai Raja dari Yaman, bernama Abrahah

Bukankah Allah telah menghancurkan Abrahah dan pasukannya dengan dahsyat sekali?

Bukankah Allah telah mengirimkan Ababil dengan batu-batu sijjil untuk menghancurkan pasukan ini?

Malah mereka hancur, umpama daun-daun yg dimakan ulat..

Mengapa Allah hancurkan mereka sampai macam tu sekali?

mengapa?

Tidakkah Abrahah itu dengki dengan Kaabah dan ujub dengan kekuasaan dirinya sendiri?

Bukankah Abrahah itu mahukan manusia mengiktiraf gereja besar yg dibinanya di Sanaa, tetapi berasa marah kerana orang arab masih lagi bertawaf di Kaabah dan bukan di gerejanya?

Adakah ini pengajaran yg Allah ingin kita perhatikan? Bahawa orang-orang yg mahukan pengiktirafan atas muka bumi, orang-orang yg dengki, mahukan kebanggaan dan ingin merasai nikmat pujian dan kekuasaan, adalah orang-orang yg akan dikirimkan dengan As-sijjil?

Astaghfirullah.....

Mungkin sahaja kita ni orang-orang yg kuat berdakwah... sanggup buat itu ini..
kononnya pengorbanan kita tak terhingga.. kononnya penat lelah kita semua untukNya..

tp tanyalah dalam hati-hati kita kembali... apakah benar di dalamnya ada ALlah?

ataukah didalamnya masih tercalit keinginan dihargai..

didalamnya masih terselit rasa ingin diiktiraf.. ingin dipuji.. ingin dilambung tinggi..

jika ya, maka istighfarlah... hentakkanlah dahimu ke tanah... dan memintalah.. merayulah agar al-wadood masih mencintaimu..

merayulah agar hatimu dapat dijernihkan.. dapat dibersihkan..

kerana dikhuatiri, ia akan terjerumus kedalam kehinaan, seperti mana Abrahah yg akhirnya mengambil keputusan untuk menghancurkan Kaabah... mungkin sahaja asalnya Abrahah hanya mahu beramal utk agamanya.. hanya mahu membina gereja besar.. tetapi disebabkan penyakit dalam hati ini... akhirnya menyebabkan kehancuran di atas kehancuran.. kehinaan yg berganda menimpa dirinya..

sama-sama kita hakimi diri kita... moga-moga tak tergelincir menjadi Abrahah yg seterusnya.. dihancurkan oleh burung-burung kecil, dan kisahnya dicanang-canang dalam Al-Quran, agar keinginan menjadi ''terkenal'' dirinya tercapai, cuma dengan sebab dan keadaan yg salah..

Nauzubillahimindhalik


Wallahua'lam

London

1 comment: