Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, January 8, 2013

Untuk Apa Kita Beramal?




1.
Seorang Badui datang menghadap Rasulullah SAW. Orang itu berikrar untuk beriman dan mengikuti Rasulullah, lalu dia berkata, “Aku akan berhijrah bersamamu” Nabi SAW memuji kebaikan orang badui ini kepada sebahgian sahabat baginda. Ketika terjadi Perang Hunain, Rasulullah memperoleh harta rampasan perang, lalu membahagikannya. Baginda memberi Orang Badui itu bahagiannya, dan memberi para sahabat dengan bahagian masing-masing. Saat itu, Si Badui itu sedang menggembala unta milik para sahabat. Ketika dia datang, para sahabat pun segera menyerahkan bahagian ghanimah Si Badui itu tadi. Tapi dia bertanya, “Apa ini?” Sahabat menjawab, “ini jatah yang diperuntukkan Nabi kepadamu”. Si Badui lantas menjawab, “Bukan kerana ini aku mengikutimu, tapi aku mengikutimu agar aku terpanah di sini-sambil menunjukkan tenggorakannya- dengan anak panah, hingga aku mati dan masuk syurga”.  Rasulullah berkata, “Apabila kamu membenarkan Allah, Dia akan membenarkanmu.” Kemudian mereka bangkit memerangi musuh. Tak lama setelah itu, Nabi melihat seseorang diangkat dengan tandu. Orang itu terkena panah tepat di bahagian tenggorokan. Rasulullah bertanya, “Apakah dia pria Badui itu?” . “Benar, “ jawab para sahabat. “Ia membenarkan Allah maka Allah mengkabulkan keinginannya”, seru Nabi SAW. Jenazah Pria Badui itu kemudian dikafani dengan jubbah Nabi SAW, dan diletakkan di hadapan, lantas Nabi mendoakannya. Di antara doa beliau yang terdengar dengan jelas ialah, “Ya Allah, ini hamba-Mu yang pergi jihad fi sabilillah. Dia gugur sebagai syahid dan aku menjadi saksi atasnya”.
(HR Nasa’I dan Hakim)

2.
Abdullah bin Jahsy berkata kepada Sa’d bin Abi Waqqash saad Perang Uhud, “Apakah kita tidak berdoa kepada Allah?”. Kemudian kdua orang itu menghadap ke satu arah. Saad mula berdoa, “Ya Tuhanku, apabila aku bertemu musuh, maka pertemukanlah aku dengan pria yang buas dan bengis. Aku akan membunuhnya, atau dia membunuhku. Berilah aku kemenangan, sehingga aku dapat membunuh dan mengambil salabnya(harta yg ditinggalkan saat kalah berperang).
Abdullah bin Jahsy mengaminkan doa Sa’d, lalu ia pun memohon, “Ya Allah, Berilah aku lawan yang bengis dan buas, yang aku memeranginya kerana-Mu, lalu dia membunuhku, membawa jasadku, dan memotong hidung serta kedua telingaku. Jika aku berjumpa dengan-Mu besok, Engkau bertanya, “Siapa yg memotong hidung dan telingamu?” maka aku akan menjawab, “Kerana-Mu, dan Kerana Rasul-Mu”. Maka Engkau akan menjawab “Kau benar”. Saad berkata kepada puteranya, “Wahai anakku, doa Abdullah bin Jahsy lebih baik dari doaku. Aku melihat jenazahnya di senja hari. Hidung dan telinganya tergantung di atas benang.”
(HR Haitsami, Baihaqi dan Hakim)



3.
Anas bin Malik berkata, “Pamanku, Anas bin Nadhr tidak mengikuti Perang Badar. Ia berkata, “Wahai Rasulullah, aku tidak datang dalam perang pertamamu, melawan musyrikin. Sungguh jika Allah memanggilku untuk memerangi musyrikin, nescaya Allah pasti melihat apa yang akan aku lakukan.”
Ketika terjadi pertempuran Uhud, dan pasukan Muslimin terpecah-belah, Anas bin An-Nadhr berkata, “Ya Allah, aku memohon maaf kepada-Mu atas apa yg telah diperbuat mereka (para sahabat), dan aku tidak bertanggung jawab atas apa yang dilakukan mereka(musyrikin). “
Anas langsung maju ke medan perang, lalu sa’d bin mua’dz menemuinya. Ia berkata, “Wahai Sa’d, demi syurga dan demi Tuhan An-Nadhr, sungguh aku mencium bau wangi syurga di dekat Uhud!” Sa’d berkata, “Aku tidak mampu, wahai Rasulullah, melakukan apa yg dilakukan olehnya.
Anas bin Malik menyambung, “Kami dapati jenazah Anas bin An-Nadhr terkena lebih dari 80 luka bekas sayatan pedang, tusukan tombak dan anak panah. Kami mendapatinya telah meninggal dunia. Tentera musyrikin memutilasi jasad An-Nadhr, hinggakan tidak ada yang mengenal jenazahnya kecuali saudara perempuan An-Nadhr yg mengenalinya melalui tanda yg tedapat di hujung jarinya. Kami menduga ayat berikut ini turun berkaitan dengan kisah Anas bin An-Nadr, dan mujahid sekelas dengannya. Ayat yg kami maksudkan ialah, “Di antara orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka, ada pula yang menunggu-nunggu. Mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya
(Al-Ahzab, 33:23)

4.
Sungguh orang pertama yang diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid. Ia dipanggil lalu diberitahukan kenikmatannya, hingga ia mengetahuinya. Allah bertanya, kerana apa kamu beramal? Dia menjawab, “Aku berjuang kerana-Mu hingga aku mati syahid.” Allah berkata, “Kamu dusta. Sebaliknya, kamu berjuang supaya dikatakan pemberani, dan kamu telah mendapatkan itu”. Kemudian Allah memvonisnya. Dia diseret lalu dilempar ke neraka.
Selanjutnya ialah orang yang menuntut ilmu, mengajarkan ilmu, dan membaca Al-Quran. Ia dipanggil lalu diberitahukannya kenikmatannya hingga ia mengetahuinya. Allah bertanya, “Kerana apa kamu beramal?” “Aku menuntut ilmu, mengajarkan ilmu dan membaca Al-Quran kerana-Mu”. Allah berkata, “Kamu dusta. Sebaliknya, kamu menuntut ilmu agar dikatakan kamu alim, kamu membaca Al-Quran supaya dikatakan Qari. Dan kamu telah mendapatkan semua itu.”  Kemudian Allah memvonisnya. Dia diseret lalu dilemparkan kedalam neraka.
Berikutnya adalah orang yang diberi kekayaan yang berlimpah ruah oleh Allah. Ia dipanggil kemudian diberitahukan kenikmatannya hingga ia mengetahuinya. Allah bertanya, “Kenapa kamu beramal?” Dia menjawab, “Aku tidak meninggalkan sesuatu pun yang Engkau inginkan agar hamba-hambaMu berinfak di sana kecuali aku akan memberikan nafkah di sana kerana-Mu. Allah berkata, “Kamu dusta. Kamu beramal agar disebut orang yang dermawan. Kamu telah mendapatkan itu”. Kemudian Allah memvonisnya. Dia diseret lalu dilempar ke neraka.
(HR Muslim dan Nasa’i).


Moga Allah redha dgn usaha-usaha kerdil kita. dan moga kita tidak berpenat-lelah, hanya utk mendapatkan ''title dunia'', sedangkan diakhirat kita akan dilabel pendusta yg kemiskinan, dek kerana amalnya hangus dijilat api.

Wallahua'lam

Mohd Aqmin
London

No comments:

Post a Comment