Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, July 17, 2012

Perjalanan yg panjang...



Pernah satu masa dulu, sewaktu masih di tadika dan sekolah rendah, terlalu ramai (terutamanya cikgu-cikgu) yang akan bertanya, "Apakah cita-cita awak?"

Dan pada masa tu... Aku berfikir, apakah jawapan yang paling mantap, dan akan menjadikan aku ni paling gempak dan 'bersinar' daripada orang lain. Aku mahukan jawapan yang paling mengejutkan orang. Paling dahsyat. Lantas aku menjawab, "Askar. Supaya boleh dapat banyak pahala kalau mati masuk syurga".

Jawapan itu aku pegang, kerana aku yakin itulah jawapan yang lebih gempak daripada jawapan "doktor yg kaya", atau "saintis yg berjasa". Kerana jawapan aku ada syurga. Entah apa yang aku fikirkan pada masa tu, tapi betul, aku merasakan jawapan yg ada syurga tu, adalah lebih gempak. Maka jawapanku pada soalan-soalan sebegitu, adalah askar. Walhal aku ni bukanlah budak yang sukakan aktiviti lasak, jauh sekali minat senjata-senjata. Yang menjadi kegemaranku, adalah cerita-cerita comel seperti doraemon dan pokemon, yang gaduh-gaduh macam street fighter semua, mana aku minat!

Tapi semasa darjah satu, aku pernah berbual dengan seorang tukang kebun. Dialah yang menyuruh aku untuk menjadi guru, kerana katanya, guru, apabila dia mengajar, setiap yg dia ajarkan tu akan menjadi pahala. Aah! samar-samar muka pakcik tu, tapi kalau tak silap semasa tu dia tidaklah tua mana, mgkin dalam usia 30-an. Tapi dia lah yang menyebabkan buku bahasa melayu darjah satu aku, dipenuhi dengan lukisan figur seorang ustaz. Kerana tiba-tiba, cita-citaku berubah menjadi seorang ustaz. Dan aku pun mula akrab dengan buku Iqra', rajin menghafal surah untuk menyertai pertandingan hafazan. Oh, indah betul kenangan masa kecil!

Namun, masa pun berlalu... Aku mula didedahkan dengan kepentingan wang.. Keindahan harta.. Keseronokan menjadi kaya raya.. Dan peri pentingnya menjadi pelajar paling cemerlang.. cita-cita ustaz? Menjadi bahan gelak ketawa. Semasa pulang ke kampung, mak akan bercerita kepada saudara-saudara lain, cita-cita aku yang dulu, yakni seorang ustaz. Dan semua orang pun akan ketawa dan merendah-rendahkan cita-cita itu. Termasuklah aku! kerana, apa ada pada ustaz? kaya pun tidak, dihormati pun tidak. Kan?

Tapi pada hari ini.. jika soalan yang sama diajukan kepadaku... Apakah cita-cita awak... Jawapan aku akan kembali seperti jawapan aku yang masih kecil. Cuma bezanya, kali ini jawapan itu bukan untuk menjadi orang yang ''special''. Bukan untuk tunjuk gempak.. Bukan untuk 'bersinar'. Tapi kerana realitinya..

1)Ummat ini memerlukan 'pekerja' yang sanggup menginfaqkan seluruh hidupnya. SELURUH hidupnya.
2)Ummat ini memerlukan orang yang mampu menunjukkan jalan keluar kepada permasalahan yg berlaku.

Dan ustaz yang aku fahami ini bukan lah ustaz yang aku fahami dulu. Bukan sekadar seperti gambar figur yang aku lukis-lukiskan dulu. Memakai baju melayu, bersongkok.. Bukan sekadar itu.

Tapi ustaz yang lengkap:
1)Salimul Aqidah(aqidah yang sejahtera)
2)Sahihul Ibadah(Ibadah yang sahih)
3)Matinul Khuluq(Akhlak yang mantap)
4)Muthaqaful Fikri(Luas pengetahuan)
5)Qawiyul Jism(Sihat tubuh badan)
6)Qadirun Ala kasbi(Mampu berdikari)
7)Mujahidun Linafsihi(Melawan Nafsu)
8)Munazhomun fi Syu'unihi(Terususun Urusan)
9)Harithun Ala Waqtihi(Menjaga waktu)
10)Nafi'un Lighoirihi(Bermanfaat kpd orang lain)


Aku perlu mujahadah gila-gila, untuk menjadi seorang yang dapat menyusun dakwah dengan sangat baik, dalam masa yang sama dapat menyusun diri dengan cemerlang. Dapat membentuk berjuta-juta rijal dakwah. RIJAL DAKWAH yang sodiq. Bahkan juga merupakan seorang jutawan, yang dapat membantu semua manusia yang memerlukan. Dapat hilangkan masalah ''ikhwah/akhwat yang tersekat urusan dakwah dek kerana masalah kewangan". Dapat beli banyak-banyak bangunan, supaya ikhwah tak ada masalah ''tak ada tempat nak buat program''.

Tapi semua nih, perlukan MUJAHADAH. aku masih lagi banyak main-main. Kalau serius dan fokus pun, asyik hanya pada satu benda. Aku kena besarkan kapasiti. Kena jadi gila. Kena jadi super saiya. Dan semua nih, perlukan disiplin.. Perlukan semangat yang terus membara dengan kefahaman yang super jelas ke mana aku nak pergi. Aku kene jelas semua nih!!

Dakwah memerlukan orang yang benar-benar berkualiti. Benar-benar dapat menyumbang. Bukan sekadar pengikut. Bukan sekadar ''penumpang''. Dan kita-lah, yang harus bangkit dari tidur, dan menjadi raksasa dakwah!! Kita kena jadi RAKSASAAAAAA!!!

Ya Allah, tunjukilah kami jalanMu. Bantulah kami memperoleh kemenangan. Atas diri kami, dan juga atas jahiliyyah yang menyelubungi kami. Ya Allah, permudahkanlah kami untuk mencapai cita-cita kami. Menjadi para mujahid dakwah, yang dicintaiMu.

Wallahua'lam

Mohd Aqmin
Teluk Intan



3 comments:

  1. mabruk ya akh! this is what we want. semoga kita semua istiqamah :)

    ReplyDelete
  2. Jzkk Akhi.. Doakan ana dapat thabat ke nafas terakhir. Dan doakan agar ana dapat realisasikan cita-cita ini. Untuk Dakwah yang KITA sayangi...

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. :)
    cita2 kita perlulah berpetakan cita2 Islam itu sendiri
    kenapalah kita dulu tak dikompaskan sebegitu rupa sejak kecil
    hurmm
    JOM kejar cita2 ni same2
    ana pun dulu ade jgak bercita2 nak jadi ustaz . heheh

    ReplyDelete