Kalamullah

Kalamullah

Friday, July 6, 2012

Pola Masa



Hakikatnya, kita ini semakin meningkat usia
Usia makin bertambah, dari satu angka, menjadi dua
Dan dari kanak-kanak, menjadi dewasa

Dengan wujudnya kefahaman
Setiap saat itu mematangkan
Akan memberikan kita kesedaran
Setiap saat itu juga, tandanya bertambah tanggungjawab

Kita sudah bukan kanak-kanak yang hanya bermimpi
Budak yang hanya menghias cita-cita
Tapi kita ada rijal
Syabab, yang perlu merealisasi dan meng-realiti
Dan tentunya, ia membutuhkan seluruh, bahkan setiap inci jiwa raga

Apabila kita menyedari realiti ini
Yang mana pola masa sedang berjalan dengan pantasnya
Kita akan tercungap-cungap
Kerana nyata sekali, hidup kita ini terlalu berehat
Senang lenang, dan mewah dgn kelalaian

Bukanlah saya ini ingin menuding atau menghentam
Tapi waraskanlah fikirmu sejenak
Kenang-kenangkan lah akan ajalmu
Yang sudah ternanti-nanti masa yg makin menghampiri
Barangkali kita terlupa
Hidup ini bukan abadi, bahkan penamatnya sudah pasti

Lanjutan daripada kesedaran ini
Yakni hakikat pertambahan tanggungjawab dan kemestian
Tugasan dan pekerjaan
Kita akan celik
Dan tidak lagi tidur dalam mimpi yg sia-sia
Bahkan bangkit, berjuang dengan setiap apa yang ada

Kerana yang kita terlalu impikan...
Adalah ketenangan, kerehatan dan keindahan
yang kekal abadi di Firdausi nanti..

Ya Rabb, segarkanlah jiwa ku dengan ajal yang makin dekat, supaya aku tidak lagi membuang sisa dan baki usiaku, pada Syaitan yang terlalu jahat.

Aamin

Mohd Aqmin,
Teluk Intan

No comments:

Post a Comment