Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, May 23, 2012

Hilang



Manusia sering merasakan takut, seandainya dia hilang sesuatu yang dirasakan berharga.

Takut, seandainya masa depan tidak secantik biasa.

Sedih, kerana hilang satu "kesenangan" atau ni'mat.

Tapi semua ini saya kira adalah bisik-bisik Sang Syaitan.

Kerana apa yang kita ada in the first place untuk hilang?

Pernah kah kita ini memiliki untuk merungut kehilangan?

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلۡغَنِىُّ ٱلۡحَمِيدُ
Wahai Manusia, kamu-lah yang Faqir kepada Allah(tidak ada apa2, dan berhajat untuk pelbagai perkara), dan Allah-itulah yang Maha Kaya(Tidak berhajat pada apa2), dan dia Maha Terpuji
Al-Fatir, 35:15

Umpamanya, seorang anak kecil yang menangis kerana patung permainan yang bukan milknya diambil semula oleh tuan patung itu. Kita pasti akan terlintas, oh, budak-budak zaman sekarang.. tak dapat apa mesti nak nangis...

Tapi itu-lah kita sebenarnya!

Tatkala hilang kejayaan yang bukan pun milik kita. Kita menangis?!
Tatkala hilang barang yang berharga. Kita resah dan gelisah?!
Tatkala sudah tidak lagi mendapat duit elaun misalannya. Kita menjadi huru-hara!!

Sedangkan, in the first place, semua tu bukan milik kita pun.

Kita asyik meminta dan mahukan macam-macam dalam dunia ni.
Sedangkan tak sedar, semua tu, bukan milik kita pun. Dan sangatlah pelik untuk kita berasa marah/sedih seandainya kita tidak memperoleh sesuatu yang bukan milik kita.

Firman Allah SWT lagi:
 وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا
وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ 
ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا
dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
At-Talaq, 65:2-3


Maka atas sebab apa kita merasakan hilang ataupun tidak mendapat sesuatu itu sebagai masalah?

Sedangkan Dia sudah punya perancangannya tersendiri untuk kita.

HasbunaAllahu wa ni'mal wakeel

Ya Allah, biarlah hati ini merasa cukup dengan adanya Engkau didalamnya. Biarlah jiwa ini merasa tenang dan gembira dengan tahunya aku, nanti disana aku akan dapat melihat-Mu.
Aamin

Wallahua'lam

MA
London


7 comments:

  1. cukuplah Allah bagiku
    kerana Allah lah yang memberi segala2nya
    even yang kita tak perasan
    perasaan gembira, sedih, sakit, malas, rajin, kasih sayang
    nikmat nyawa itu sendiri adalah nikmat yang sering dilupakan oleh manusia
    hidup disia2kan semata2 untuk dunia yang fana
    tanpa memikirkan tentang hari kemudian yakni hari akhirat

    =.=
    pertama kali berkunjung ke blog akh aqmin
    mantap2~hee
    ana azra
    wa anamuzakkar
    ziarah lah blog ^^Y

    ReplyDelete
  2. Azra...! :)

    Waah.. laju je kan dah sampai blog ana.. hehe

    Jzkk sudi singgah. Nak tag la blog anta kat blog list ana. Boleh kan? =)

    ReplyDelete
  3. hey hey

    jzkk Azra kerana perkenalkan blog ini :)
    in sha Allah ana akan jd pmbaca yg setia. ceh tetibe mangat.

    jzkk akh atas pengorbanan, susah payah memastikan keselesaan kami masa duarah :)

    tetibe tulis tribute. haha

    ReplyDelete
  4. Heheh~ x igt cane boleh smpai sini...
    boleh je tag...nnt ana tag blog nta jgak . hee ^^Y
    bacelah jugak blog inspector syakir nih
    lagi qawiy (konsisten)...hehe

    ReplyDelete
  5. haha.. Inspector Saahab, baca komen anda membuatkan saya tersenyum, satu-satu gambar antum haritu terbayang kat kepala... tapi anda yang mana satu ye? tak sempat taaruf kot, tak jumpa pon nama saahab

    :P

    *nak letak blog anda jugalah mcm neh. hehe

    ReplyDelete
  6. saya

    adlaah

    adlaah
    adlaah

    jeng jeng jeng

    kacing
    kacing
    kacing

    biarla rahsia. hehe ~~

    ReplyDelete
  7. akh aqmin
    sila lihat komen ana di atas
    ana dah mention dh nama sebenar inspector nih..

    inspector
    gedik ah :P

    ReplyDelete