Kalamullah

Kalamullah

Monday, November 4, 2013

Takwin Dzatiyah


Astaghfirullah..
Sudah beberapa ketika tidak mencoretkan apa2 di blog. Sebahagiannya disebabkan kesibukan(alhamdulillah) manakala sebagian lain disebabkan kelalaian(astaghfirullah) semenjak pulang ke malaysia.

Ya, di bumi ini mataharinya sama cerah. Bulannya juga sama kuning. Tidak jauh beza. Cuma... udaranya nyata tidak serupa. Malaysia, medan sebenar yang mana dunia ideal diuji dengan realiti. Hak2 dan tanggungjawab yg mesti dipenuhi. Masyarakat, jiran, ibu ayah, saudara mara.... sangat mencabar.
Dan alam pekerjaan. Nyata berbeza. Tak lagi seperti dunia student dulu.

Pada masa ini, segala fikrah dan kefahaman yg dibina sebelum ini, diuji bertalu-talu. Saat urusan-urusan peribadi menimbun, apakah tergamak kita tinggalkan urusan-urusan da'wi ditepi?

Kalau dulu.... Dengan mudah kita ucapkan, dakwah adalah yg utama. Adalah nadi kehidupan.. Adalah bukti kita masih bernyawa.. pom pam pom pam kita bersemangat...

Alhamdulillah, mungkin ungkapan2 itu keluar setelah terbinanya fikrah dalam pemikiran.. maka kita pun cenderung berkata-kata apa yg kita fahami...

Tapi, adakah tubuh kita, kudrat kita, sudah beriman dengannya?

Realitinya, pada kaca mataku, kita ini akan melalui 3 peringkat:

1) Takwin Fikriyy
Pembinaan fikrah, menolak kefahaman-kefahaman karut marut warisan nenek moyang, serta bisik hasut Syaitan yg tak henti cuba menggelincirkan kita.
Pembetulan neraca dunia dan akhirat, penjelasan realiti, matlamat dan sebab sebenar kehidupan.
Menumbangkan segala cita-cita palsu, dan menggantikannya dengan cita-cita yg sebenar, mati dalam keadaan beriman, bahkan yg lebih tinggi ialah mati dalam usaha yg bersungguh-sungguh mendekatkan diri pada Allah dengan amal yg tidak henti-henti.
Ini adalah peringkat pertama. Membina pemikiran dan perasaan.

2)Takwin Jasad
Walaupun fikiran kita sudah sebati dengan dakwah, tubuh kita belum tentu. Terlalu ramai para duat yg terkandas dek kerana tubuh yg tidak mampu menanggung bebanan ini. Berapa ramai, yg pada awalnya di masa lapang, sangat bersemangat untuk dakwah dan tarbiah, tapi apabila diuji dengan kesibukan, maka dia pun terkontang-kanting. Kerja sehingga malam, maka masa yg berbaki sangat sedikit, apakah masih perlu diinfaqkan pada dakwah?! Mata pun sudah kuyu, takkan masih ingin ke mukhayyam? Kita nak sangat menyampai pada program, tp badan pun longlai.. Penat yg teramat sangat, masa usrah pun tertidur. Dah non-stop kerja masa ofis hour, bila malam, nak meeting, otak pun dah kering.xde energy.
Kalau macam ni... Bagaimana kita ingin membina rijal2? badan kita terlalu lemah...
Penyelesaiannya, mujahadah-lah. Push la diri sendiri. Mengantuk? Pergi mandi. minum air. Cari jalan utk terus segar. Jangan biarkan badan kita ni terlalu manja. Lanyak-lanyakkan dia.
Berapa ramai ikhwah yg mujahadahnya superb, sampaikan tubuhnya kini kuat. Tak lagi perlu tidur lama. Tak lagi perlu tidur atas tilam yg empuk. Tak lagi cepat lapar. Tak lagi sakit2.
Ini adalah satu latihan yg sangat perlu dilalui. Sakit, perit. Tapi ianya perlu. Takwinlah dirimu bersungguh-sungguh. Ia akan mengambil masa. Tapi pastikan ada progession nya! Apalah gunanya duat yg hanya berkobar pada mulutnya, tp jasadnya lesu, tak mampu bertahan lama utk amal yg panjang. Latihlah dirimu bersusah-susah. Banyakkan berjalan kaki. Bukanlah maksudnya menolak kemudahan, tapi biasakan kesusahan, supaya apabila diminta utk bekorban, badan terasa ringan dan tidak berat utk melaksanakan.
Ini adalah peringkat kedua, membesarkan kapasiti utk bekerja banyak.
Mu'min yg kuat lebih baik daripada mu'min yg lemah.

3)Takwin Nafs
Dah beberapa hari tidur 3 jam, takkan hujung minggu tak boleh nak berehat lebih sikit? Dah bawa usrah cukup la, aku ni bekerjaya, takkan nak kena meeting sampai 2-3 pagi selalu?
PENAT.PANCIT.
Itulah pintu yg sangat bahaya. Kerana apa yg kita fahami dan imani, belum tentu kita mampu dan berupaya lakukan dengan istiqamah.
Ramai orang akui dan setuju, pentingnya perbincangan ttg sesuatu perkara, perlunya ada yg menyusun program dan sangat2 kritikal utk ada yg menyelesaikan isu-isu tertentu.. Tapi siapa orangnya? Ahh.. biarlah ikhwah tu.. dia kan lg mobile.. ana sgt sibuk la..
Tu ikhwah tu kan tak kerja kan? haa.. biarlah dia uruskan semua perkara.. orang kerja ni lain ujiannya..
Tidak ada perasaan umpama Abu Bakr, yang proaktifnya menjangkaui pemikiran orang biasa. Siapa yg mahu membantu ini? Maka dialah yg pertama. Siapa yg mahu membantu itu? Dia juga orang pertama. Tidak terlintas dalam pemikirannya tentang hak diri sendiri, yang asyik bermain ialah penderitaan muslimin dek tiadanya Al-Haq di bumi... apabila dirinya sudah mampu menolak dan mengawal nafsu sendiri.. Jiwanya sibghah dengan iman.. Inilah tahap yg seterusnya, takwin nafs.

Ishh.. extremenyer.. mana boleh.. kena la manusiawi sikit...
Heyy.. kalau semua orang asyik nak jadi manusia, siapa nak jadi super saiya? Siapa nak jadi luarbiasa?
Ya, benar.... Badan kita ada hak atas diri kita... Ada limit... Tapi kenapa letakkan limit pada tahap terendah?
Kenapa terlalu manjakan tubuh sendiri...? Inilah pun masa yg kita ada untuk bg semua nya.. nanti dah mati, apa lagi yg kita ada untuk tawarkan? Nanti dah tua? tubuh yg dah lemah tu kita nak jualkan? Para Sahabat... mereka berlumba-lumba menjual diri dan harta mereka... Kisah Abdullah bin Jahsy... bersungguh-sungguh berdoa akan mati terbunuh dalam Perang Uhud dalam keadaan hidung dan telinganya dipotong... Amru bin Jamuh.. berdoa supaya tidak lagi kembali ke rumah selepas perang... Mereka bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kemenangan itu.. Apakah kita tidak mempunyai keinginan yg serupa?

Dan percaya atau tidak, di bumi Malaysia ini, semua yg disebut di atas perlu dilakukan sendiri.. Tiada siapa yg akan memaksa. jauh sekali mengancam sekiranya kita memilih untuk tidak melakukannya. Semuanya akan berbalik kepada tumuhat kita.. sejauh mana kita ingin berkhidmat pada ummat? Sejauh mana....
Semua ini secara dzatiyyah. Saat kita cakap 'penat'. siapa yg akan ukur tahap kepenatan? Tiada siapa, melainkan Iman.... saat kita cakap 'busy'. Siapa akan ukur tahap kebusyan? Tiada siapa kecuali Iman... bahkan ada sahaja Ikhwah yg tertidur ketika memandu, dek terlalu penat. Ada yg terlampau busy tapi masih mampu membawa liqo dan masih mampu mengisi dauroh.. semuanya berbalik pada tumuhat kita... seandainya kita benar-benar mahukan dakwah dan tarbiah, kita pasti akan menemui jalannya.

Ada orang memilih untuk memberi 5% daripada dirinya kepada dakwah.. alhamdulillah...
Ada juga orang yg memilih untuk memberi 25%...
Ada juga yg memilih untuk 50%...
SubhanaAllah, hebat2 belaka...

Tapi... sekiranya kita ingin memberikan 100%, memberikan segala apa yg kita miliki, bahkan kita sanggup tekorban kerananya, maka pemikiran dan cara hidup kita pasti akan berbeza. Kita tidak lagi menggunakan neraca manusia biasa.. Tetapi kita menggunakan neraca muslimin... yg sarat dengan keajaiban dan keluarbiasaan. Kenikmatan yg jauh melangkaui apa2 yg ada di atas muka bumi.

Begitulah, beberapa bulan pertama di bumi Malaysia mengajarku... Kefahaman ttg Tumuhat, ttg kasal da'wi, ttg himmah aliyyah, ttg irodah qowiyah.. semuanya teruji..
Kesungguhan kita mentakwin diri sendiri. Membina potensi yg kecil menjadi besar. Membina keupayaan yg sebelumnya tiada.

Kepada para duat yg masih berada dalam dunia student, jangan bazirkan masamu.. Tiap hari tambahkan tarbiah dzatiyah mu.. kerana akan tiba satu masa, segala yg kau ajarkan pada dirimu, akan diuji dan dibentuk satu persatu.. kuasai bahan2 tarbiah, supaya dalam kesibukan masa depan, kau sudah bersedia untuk beramal pada bila-bila masa...
Tarbiah wa takwin, toriquna lil tamkin.

Wallahua'lam






No comments:

Post a Comment