Kalamullah

Kalamullah

Friday, September 28, 2012

Tawazun



"Setiap perkara yang diperintahkan oleh Allah akan ditentang oleh Syaitan melalui dua cara. Ia tidak peduli cara mana yang lebih berkesan, melampau atau mengurangi perintah Allah"
-Dipetik daripada Al-Muntalaq, susunan Sheikh Ahmad Ar-Rasyid

Melampau

atau

mengurang

.
.

Hakikatnya, realiti manusia hari ini, ternyata terlalu banyak yg terjatuh dalam dua kelompok ini.

Kelompok yang lalai, yang hanyut dan tidak ada sebarang bentuk "urgensi" dalam menguruskan Ad-Deen. Perasaan mereka tidak mampu mendorong mereka untuk beramal, untuk memperbaik, jauh sekali untuk mengubati penyakit ummat ini. Mereka menjadi orang yang ''relax", berfoya-foya dan banyak angan-angan dari amal. Ummat terus merasa pilu menyaksikan kewujudan orang-orang seperti ini, kerana mereka sentiasa merasa apa yang mereka lakukan sudah mencukupi, dan tidak perlu apa-apa bentuk pengorbanan tambahan lagi, semua susah payah dan perit derita, sudah tidak relevan lagi. Asal aku, isteri/suami aku, anak2 aku, dapat hidup baik, makan elok, pakai elok, dah cukup.

Kemudian, datang pula kelompok kedua. Kelompok ini, tidak seperti yang pertama tadi. Mereka semua sedar betapa kritikalnya keadaan ummat. Betapa terdesak dan ''urgent'' nya untuk melakukan sesuatu. Mereka pun terus membuang keenakan dan kepentingan diri sndiri. Tapi mereka ini melebih-lebih dalam urusan.. Mereka bersama sifat gopoh dan tergesa-gesa. Semua benda ditentang dgn keras. Perubahan dipinta dengan pantas. Desakan, doktrinisasi, ugutan, dan berbagai bentuk kekerasan mewarnai amal mereka. Mereka meng-hadkan diri mereka dengan jutaan larangan yang sgt ketat, tapi sayangnya, larangan yang sama mereka paksa-turunkan pada orang lain. Masyarakat menjauhi mereka, kerana merasakan kesengsaraan yang mereka lalui. Dan mereka terus menyalahkan manusia kiri dan kanan mereka, kerana pada mereka, sudah terlalu besar pengorbanan yg mereka lakukan.. Walhal, ternyata sekali mereka sangat berlebih-lebih dan memberatkan, lantas meng-komplekskan usaha islah yang ingin dilakukan.

Dan itulah keseronokan Sang Syaitan.. Mereka merosakkan manusia dengan dua sifat ini.. sama ada kurang, atau lebih.. sama ada jauh daripada agama, atau terlalu ekstrem dengan idealisme... kerana Islam itu menyeru yang cukup-cukup, tawazun, seimbang, wasatiyyah.

Dan bila ''kalimah wasatiyyah'' ini sampai pada manusia, syaitan datang pula dengan hasutan baru....

"Tak yah buat mcm tu, sederhana-sederhana cukup lah...."

"kene sederhana. kalau baik sangat nanti jadi ekstreme..."

"sembahyang, puasa cukup, buat baik, tolong orang sikit2, cakap2 islam dakwah2 sikit, cukup la. nak all-out tu, nanti ekstreme la tu"

Lantas mematikan jihad yang bersungguh-sungguh, supaya lahir generasi ''relax'' yang makin membukit...

Oh sukarnya.... Mencari titik tengah, antara isti'jal(gopoh), dan istirahah(berehat), antara berlembut, dan ketegasan, antara berdiam diri, dan reaktif...

Semoga Allah membantu kita untuk memilih yang terbaik...

"Ya Allah, jadikanlah kami melihat yang Haq itu sebagai Haq, supaya kami dapat mengikutinya, dan batil itu sebagai batil, supaya kami dapat menjauhinya..."


Wallahua'lam

Mohd Aqmin
London

2 comments:

  1. salam saudara,

    x pasti sama ada browser saya sahaja yang kluar camni, tap ruangan iklan kat atas sebelah kanan blog saudara kadang-kadang keluar gambar perempuan seksi.

    sori takde kene mengena dngan post, minta diuruskan segera.

    ps: nice post btw, ustaz zaharuddin ada tulis pasal mende wasatiyyah ini:

    http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1009-konsep-sederhana-wasatiy-a-k-fiqh-2012.html#comment-30749

    keep up the gud work.

    ReplyDelete
  2. Jzkk

    Saya tak sure mcm mana boleh ada iklan kat page ni in the first place. hrm.. rase dulu dah block dah sume iklan2.

    takpe, nanti akan cuba check semula.
    :)

    ReplyDelete