Kalamullah

Kalamullah

Friday, October 26, 2012

Basiroh



Hari demi hari berlalu, jam di dinding tidak pernah berhenti berdetik.. Roda masa terus berputar tanpa sejenak berpaling..

Muhasabah demi muhasabah
Renungan demi renungan
keluhan demi keluhan
sayu...
pilu...

Sampai bila nak statik? seminggu? sebulan? 6 bulan? setahun?

Sampai bila nak terluka?

Sampai bila???

Masa tidak akan berhenti macam kita ni.. bila down berhenti..
Kita sakit? Kita hancur? Hatta kita mati sekali pun, roda masa takkan berhenti meratapi pemergian kita..

Sebab itulah, dasar pondasi dakwah ini, ialah ila Allah.
Matlamat yang satu. Jelas.

Ribut, Taufan, Halilintar...
Semua mmg telah dijanjikan akan ''melawat'' kita sepanjang perjalanan ni...
Tinggal sahaja, untuk kita ''sedar'' masa diorang datang, supaya tak terbuai dek kesedihan..
Tak luntur dengan rayuan dunia.. Dengan goncangan perasaan..

Dakwah tak pernah akan berhenti, biarpun ada sepuluh pejuangnya yang futur..
Seratus? Seribu?
Argh!
Dakwah tetap akan berjalan dengan baik..
Bahkan, mungkin sahaja bertambah baik..

Ujian mmg akan datang..
"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita khabar gembira kepada mereka yang Sabar"
(2:155)

Siapa yang tidak lulus ujian itu.. Allah akan terus mengujinya.. Peluang demi peluang.. Peristiwa demi peristiwa.. Untuk melayakkannya menjadi pejuang Agama ini.. Atau mgkin sahaja Allah akan memberinya kemewahan utk menambahkan kekufurannya itu. Naudzubillahimindhzalik... Semoga Allah sahajalah yang menetapkan yang baik-baik untuk hambaNya yang beriman...

Akhirnya azam dipasang
Penuh keyakinan
Atas kejelasan manhaj Islam
Atas bashiroh makna kehidupan

Inilah penyelesaiannya..!!!

"Qul Hazihi Sabilee. Ud3u ila Allah, ala Bashiroh"

This is what I chose. My Path. And why can there be any regrets and doubts, when everything seems so clear? So real? There shall be no DOUBT, not even a single tiny part of my heart doubts this!

Takkanlah ujian-ujian kecil dah menghancurkan segala kefahamanmu?

Ketakutan?
Kelaparan?
Kekurangan harta?
Jiwa?
Buah-buahan ?

Come on la!
Semua ni Allah dah warning siap² kot.... Takkan dah ada disclaimer pun bila kena kita nak lari? nak down? nak give-up.

Bertalu-talu kesakitan, penderitaan...? Nah:
"Hadza ma wa3adana Allahu warasuluhu, wasodaqa Allahu wa rasuluhu"
"Inilah janji Allah dan RasulNya, dan benarlah Allah dan RasulNya"

Kata-kata muslimin tatkala melihat gerombolan tentera Ahzab. The victory is near.
Allahu akbar..!

Wallahua'lam

Mohd Aqmin
London

Friday, October 19, 2012

Antara Mahu dan Mampu..




Kadangkala kita lemah dengan bisikan sendiri. ya.. tiada siapa yang mampu memberikan kata putus melainkan hati sendiri. kita lemah dengan bisikan liar hati kita. antara rasa mampu dan mahu. rasa mahu mencuba yang lebih lagi. rasa mampu untuk meneruskan langkah lagi.
kita lihat adik-adik mula mengorak langkah mendekati mad’u. sungguh kita jealous akan semangat membara yang terbit dan mata dan dada-dada mereka. masa mereka kian terisi dengan perbincangan-perbincangan iman, keadaan mad’u, motivasi-motivasi kepada sesama mereka. itulah nikmat tarbiyah dan dakwah dari Allah buat mereka yang suatu ketika dulu kita merasainya.
apa kena dengan kita then? adakah rasa mahu dan mampu kian lusuh dari hati ibarat hilangnya warna biru pada jeans yang kita pakai saban hari? makin disental makin keruh warnanya! begitulah refleksi iman kita?? makin menurunkah? apakah tidak cukup bekalan dari usrah yang kita hadiri??
kita dengan mudah mengatakan kita tidak mampu!
“enti, ana rasa berat lah. ana takut ana yang stress kalau tak dapat siapkan bla bla bla”
“enti, ana sudah hilang rasa.. ana rasa ana tak mampu”
sama-sama muhasabah diri. kita yang suatu ketika dahulu pernah sama-sama berkejar ke sana ke mari utk melihat adik-adik indah dengan cahaya iman, kini kita pula suram dengan jiddiyah! kita malap dengan thumuhat! kita jauh dengan himmah aliyyah!!
lantas ayat ‘La yukallifullahu nafsan illa…’ kita lontarkan.
oh! dahulu kenapa kita tidak lontarkan awal-awal! sejauh mana kita mengenal ayat ini dong?
kalau soal makan, kita mampu bergerak dari satu dulang ke dulang lain mambantu sahabat lain habiskan makanan, namun untuk dakwah, kita senyapkan sahabat kita dengan ayat keramat itu!!!??
ah sudah tiba untuk kita muhasabah diri! antara mahu dan mampu. atau keduanya sudah hilang dari hati kita.

kata mahu capai ustaziatul alam, namun yang paling minimum kita beri pada dakwah!!?? 
kata mahu daki anak tangga maratib amal, hanya sejam kita beri buat dakwah ini?
kata mahu kuasai dunia dengan thumuhat seperti IHAB, 10% pun tak boleh beri untuk jalan ini??
oh betapa bermusimnya dakwah kita kan? aha!!
(di petik dari salah satu blog KITA – inspirasi dari buku Qawaid Dakwah ilaLlah)
-copypaste daripada blog muntalaq.wordpress.com-

Friday, September 28, 2012

Tawazun



"Setiap perkara yang diperintahkan oleh Allah akan ditentang oleh Syaitan melalui dua cara. Ia tidak peduli cara mana yang lebih berkesan, melampau atau mengurangi perintah Allah"
-Dipetik daripada Al-Muntalaq, susunan Sheikh Ahmad Ar-Rasyid

Melampau

atau

mengurang

.
.

Hakikatnya, realiti manusia hari ini, ternyata terlalu banyak yg terjatuh dalam dua kelompok ini.

Kelompok yang lalai, yang hanyut dan tidak ada sebarang bentuk "urgensi" dalam menguruskan Ad-Deen. Perasaan mereka tidak mampu mendorong mereka untuk beramal, untuk memperbaik, jauh sekali untuk mengubati penyakit ummat ini. Mereka menjadi orang yang ''relax", berfoya-foya dan banyak angan-angan dari amal. Ummat terus merasa pilu menyaksikan kewujudan orang-orang seperti ini, kerana mereka sentiasa merasa apa yang mereka lakukan sudah mencukupi, dan tidak perlu apa-apa bentuk pengorbanan tambahan lagi, semua susah payah dan perit derita, sudah tidak relevan lagi. Asal aku, isteri/suami aku, anak2 aku, dapat hidup baik, makan elok, pakai elok, dah cukup.

Kemudian, datang pula kelompok kedua. Kelompok ini, tidak seperti yang pertama tadi. Mereka semua sedar betapa kritikalnya keadaan ummat. Betapa terdesak dan ''urgent'' nya untuk melakukan sesuatu. Mereka pun terus membuang keenakan dan kepentingan diri sndiri. Tapi mereka ini melebih-lebih dalam urusan.. Mereka bersama sifat gopoh dan tergesa-gesa. Semua benda ditentang dgn keras. Perubahan dipinta dengan pantas. Desakan, doktrinisasi, ugutan, dan berbagai bentuk kekerasan mewarnai amal mereka. Mereka meng-hadkan diri mereka dengan jutaan larangan yang sgt ketat, tapi sayangnya, larangan yang sama mereka paksa-turunkan pada orang lain. Masyarakat menjauhi mereka, kerana merasakan kesengsaraan yang mereka lalui. Dan mereka terus menyalahkan manusia kiri dan kanan mereka, kerana pada mereka, sudah terlalu besar pengorbanan yg mereka lakukan.. Walhal, ternyata sekali mereka sangat berlebih-lebih dan memberatkan, lantas meng-komplekskan usaha islah yang ingin dilakukan.

Dan itulah keseronokan Sang Syaitan.. Mereka merosakkan manusia dengan dua sifat ini.. sama ada kurang, atau lebih.. sama ada jauh daripada agama, atau terlalu ekstrem dengan idealisme... kerana Islam itu menyeru yang cukup-cukup, tawazun, seimbang, wasatiyyah.

Dan bila ''kalimah wasatiyyah'' ini sampai pada manusia, syaitan datang pula dengan hasutan baru....

"Tak yah buat mcm tu, sederhana-sederhana cukup lah...."

"kene sederhana. kalau baik sangat nanti jadi ekstreme..."

"sembahyang, puasa cukup, buat baik, tolong orang sikit2, cakap2 islam dakwah2 sikit, cukup la. nak all-out tu, nanti ekstreme la tu"

Lantas mematikan jihad yang bersungguh-sungguh, supaya lahir generasi ''relax'' yang makin membukit...

Oh sukarnya.... Mencari titik tengah, antara isti'jal(gopoh), dan istirahah(berehat), antara berlembut, dan ketegasan, antara berdiam diri, dan reaktif...

Semoga Allah membantu kita untuk memilih yang terbaik...

"Ya Allah, jadikanlah kami melihat yang Haq itu sebagai Haq, supaya kami dapat mengikutinya, dan batil itu sebagai batil, supaya kami dapat menjauhinya..."


Wallahua'lam

Mohd Aqmin
London

Tuesday, September 25, 2012

Ghazwah Hidup

Hidup ini satu peperangan
Dan seharusnya, dalam satu peperangan, tidak patut ada masa kosong. Masa rehat dan bersuka-suka tanpa matlamat.

Dan moga Allah tetapkan hatiku utk terus berjuang..

Berjuang hingga nafas terakhir. Kerana setiap saat itu, adalah episod2 peperangan.

Aqmin
KLIA

Monday, September 10, 2012

Sesat

Bismillah..

Dulu aku merasa cukup yakin
Cukup confident
Yang mmg dakwah lah nadi ku.
Mmg Allah lah tujuan ku
Mmg tarbiyyah dan dakwah lah duniaku. Yg memberiku makna, tujuan dan keluasan jiwa. Atau bak kata Syed Qutb, yg membersihkan usia.

Tapi mgkin apa yg aku yakini
Atau aku percaya tu
Bukannya tumbuh dr hati
Sebaliknya dipacak drpd pembacaan
Drpd dengar2 org bercakap
Ia ada disitu, tp tidak benar-benar sibghah.

Akhirnya, aku sesat
Aku lemas dan terkapai-kapai
Saat ujian yang Dia susunkan utkku
Datang menggoda satu persatu
Aku akhirnya, terjelupuk, terperosok.

Hidup ini seluruhnya adalah mujahadah.
Bukan macam puasa, bila maghrib dah boleh makan.
Tapi hidup ni, seluruhnya, utk menahan nafsu. Menolak al-hawa demi Islam.
Bukan mcm dalam lecture. Tahan mata mengantuk, habis kelas nt boleh tidur.
Tapi hidup ini, setiap saatnya, dr mula nafas, sampai ke penghujungnya, adalah utk jihad. Utk berhempas pulas.

Aku gagal utk melaksanakannya.
Sering sahaja, selepas satu amal, aku pulang mencari "jahiliyyah". Konon itulah 'ganjaran' pd amal ku tadi.
Apakah, amal ku td bukan utk Allah?

Maka teka teki dan persoalan acapkali timbul dan mengahantui. Fikiranku bercelaru. Aku jd dua watak. Watak abid, dan watak kufr. Naik gila aku dibuatnya. Mmg gila.

Ada satu masa, sangat sukar nak beribadat. Bila baca quran, rasa mcm sedang memarahi diri sendiri. Rasa mcm setiap ayat terkena batang hidung. Jd berhenti baca quran. Nak qiyam, x boleh jugak. Macam mana nak merayu-rayu pd Allah, kalau dalam hati mmg bukan hanya ada Allah? Mcm konon cakap i love u, tp sebenarnya dah bercinta dgn org lain. Semua amal terus jd mcm x relevan. Eh, mana boleh.. Nanti kalau baca surah ni, xkan lepas tu nak buat bnda ni pulak. Berperang dgn fikrah sendiri. Nafsu vs fikrah. Boleh buat pengisian baru ni.

Hidup pulak, mula bercelaru
Risau, sedih, kecewa.

Percayalah... Kita ni terlampau lemah. Kalau kita tak meletakkan Allah sepenuhnya dalam hati kita, mmg akan rasa dunia ni gelap. Hati akan gundah. Mana tak nya.. Emosi sendiri pun tgh berperang, mcm mana nak uruskan perkara lain.

Dan mcm mana kita nak mintak tlg kt Allah.. Kalau kita tgh terang2 mengutamakan benda lain selain Dia? Takkan kita dah tak ada rasa malu/segan, meminta x tentu hala seterusnya melakukan prkr yg mmurkakan Allah? Bila kita tak mintak tlg dr Allah... Kita ni kuat sgt ke nak hidup atas muka bumi ni?

Kita yg sudah merasai kemanisan tarbiyyah.. Kefahaman... Apabila kita melangkahkan kaki kita keluar dr lingkaran tarbiyyah, kita akan merasai kesusahan yg amat sgt. Kita akan merana. Fikiran akan jd super serabut. Semua benda akan rasa susah. Sbb selama ini, Allah dok beri kita mcm2 ketenangan. Bila hilang tu semua, mmg xleh ckp lah!

Bak kata Raihan...
Tuhan leraikan lah dunia...
Yang mendiam di dalam hatiku...
Kerana disitu tidak ku mampu..
Memilik dua cinta...

Sama ada cinta dan redha Allah, atau cinta dan tipu daya dunia... Satu je, xleh dua-dua. Kalau kita amik dua, kita akhirnya akan sesat... Kerana confius dgn 'dua panduan'... Panduan ke syurga, dan panduan ke neraka..

Wallahua'lam

Mohd Aqmin
Teluk Intan

Saturday, July 21, 2012

Kesusahan



Kita selalu rasa diri kita ni susah
Sakit, pedih, penat, tak tahan, tersiksa
Kita faham, tugas dan tanggungjawab kita banyak
Tapi, kesusahan ni macam tak ada penghujung..
Macam mana ni?

Kita ada study, ada family, ada kerjaya, ada macam-macam lagi benda yg jugak perlu kita beri hak. Lepas tu kene fikir lagi, dakwah macam mana?

Belum masuk tentang emosi, perasaan. Ya betul, kita sepatutnya boleh kawal semua ni.. Tapi kita ni manusia, bergaul dan bekerja dengan manusia juga, mesti akan tertumpah air mata tatkala tergeser sini sana. Lepas tu kena fikir lagi, dakwah macam mana?


Belum cerita tentang syaitan. Nafsu. Ya, kita daie patut mampu manage semua ni. Tapi kita tetap manusia, ada jugak lubang-lubang yang mana kita tewas dengan syaitan dan nafsu kita. Bila kita tewas, apa neraca kita untuk kembali? Lepas tu kena fikir lagi... dakwah macam mana??


betul... Ada terlampau banyak perkara yang merisaukan kita. Yang memeningkan, memenatkan kita.. Ada masa kita rasa terkilan, kita rasa kecewa, kita rasa putus asa... Aaah, mana larat aku nak tanggung semua ni sorang-sorang! Aaah, tak lepas la kalau aku kene sabar je!


Ikhwah yang ana kasihi.....


Marilah kita kembalikan diri kita kepada Allah. Kita kembalikan pemikiran dan perasaan kita kepada Allah.


Tidakkah semua yang berada di alam buana ini, semuanya hasil ciptaanNya?


Kesusahan, kepayahan yang terpaksa kau tanggung itu, bukankah itu adalah hasil percaturan kekuasaan Allah?


Apakah kita sudah lupa, hidup kita di atas dunia ini hanya menunggu saat kematian, menunggu saat kita meneruskan perjalanan yang masih belum tamat ini?


Apa yang ada di atas muka bumi ini terlalu kecil, terlalu tidak memberi apa-apa makna.


Cita-cita yang hanya tersekat pada keterbatasan dunia, adalah cita-cita yang sangat cetek, malah seakan cita-cita kanak-kanak. Permainan dan celoteh budak kecil. Pemikiran dan angan-angan seorang yang masih belum dapat memahami realiti dan hakikat sebenar. Masih belum matang.


Cita-cita dan impian seorang akh itu sewajarnya merentasi batasan masa. Jauh lebih lama daripada umur hidupnya di atas muka bumi. Melewati segenap angan-angan. Melangkaui segala karut-marut yang diciptakan oleh manusia. Tidak bersangkut paut pada darjat, pangkat, harta bahkan bukan juga pada populariti.


Maka apabila kita berdepan dengan masalah... Kesedihan... Fikirkanlah... Apalah besarnya derita ini, jika nak dibandingkan dengan cita-cita kita sendiri...


Dan perhatikanlah mujahid/mujahidah lain diluar sana... Apa derita yang mereka alami.. Apa respon dan reaksi mereka.. Mereka sedang berdepan dengan ujian yang jauh lebih dahsyat.. Ujian yang menggegarkan jiwa! tapi apa respon mereka..? Ada sikap mereka..?? Kita pula..?


Percayalah... Akhirat yang kekal itu melangkaui segala apa yang mampu direncanakan, malah jauh lebih dahsyat daripada apa bentuk bayangan/sangkaan sekalipun.. Ia adalah tempat kembali yang kekal. 


Nabi Yusuf.. Ketika ditinggalkan adik-beradiknya... Tidakkah dia berasa teraniaya? Tidakkah dia berasa ditinggalkan untuk menghadapi segala-galanya seorang diri? Tapi Nabi Yusuf AS tahu... Allah sedang menyusun sesuatu untuknya... Apabila dia menjadi orang besar Negara Mesir, segala perencanaan itu menjadi jelas...


 وَٱللَّهُ غَالِبٌ عَلَىٰٓ أَمۡرِهِۦ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ
Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya. (12:21)

Tapi sebelum pengakhiran itu sampai, dia diuji lagi dan lagi. Dia dijual sana sini. Dia dipersalahkan kononnya menggoda isteri raja. Dia dipenjara. Semua itu dia terpaksa hadapi sendirian...!!! Apa kita sangka senang ke ujian-ujian itu?? Apa kita sangka Yusuf adalah Nabi, maka dia tidak ada masalah ??

Tidak ikhwah! Cuma yang mengkukuhkan posisi dan kekuatan hati Nabi Yusuf, adalah kepercayaan pada Allah..! Keyakinan pada Al-Haq!

Percayalah... Al-Haq pasti akan menang.. Lumrah alam telah membuktikannya...

Segala kesakitan dan kehinaan yang dilemparkan atas Al-Haq hanyalah sementara...

Umpama sebuah pohon yang tunasnya tertanam dalam tanah... Yang mungkin sebahagian daunnya nanti dimakan ulat.. Yang mungkin satu masa nanti dilanda kemarau... Tapi fitrahnya, pohon itu akan tetap hidup.. Dengan masa, tunas yang tertimbus akan timbul dan membesar.. Daun yang dimakan akan tumbuh semula.. Hujan akan turun juga satu masa nanti.. Ia akan tetap mampu mengharungi segala permasalahan itu.. Dan akhirnya menjadi sebuah pohon yang kuat.. Kerana itu adalah sunnatullah..

بَلۡ نَقۡذِفُ بِٱلۡحَقِّ عَلَى ٱلۡبَـٰطِلِ فَيَدۡمَغُهُ ۥ فَإِذَا هُوَ زَاهِقٌ۬‌ۚ 

Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang bathil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang bathil itu lenyap.(21:18)

Yang dituntu daripada kita, terutama orang-orang yang ingin membawa perubahan, adalah kesabaran.

Bukan Allah taknak perubahan tu jadi sekelip mata, tapi hanya dengan proses dan perlahan-lahan, perubahan tu lebih stable dan sustaining.

Wallahua'lam

Mohd Aqmin
Teluk Intan





Thursday, July 19, 2012

Hiburan Daie



Kita ini nyata sekali manusia yang lemah. Picisan.
Mudah sekali, dalam satu perjalanan, kita merasa sedih.
Sering, setelah sekian masa, kita mulai bosan.
Cukup tidak asing, ada pula antara kita yang merasa tersinggung.

Barangkali, dalam kepenatan dan susah payah kerja seorang daie ini, harusnya ada hiburan?
Buat penenang dan penghibur, supaya dada nya bisa jadi lapang.
Hatinya bisa jadi tenang.
Nafsunya akan mundur kepuasan.
Barulah kurang pergelutan. Sedikit pergeseran.

Ya!
Benar, tanpa hiburan hati akan menjadi gundah
Rasa berat dan pedih.
Penyakit lain pula akan perlahan datang dan merasuk
Terkilan, terasa hati, kecewa, tidak sangka....
Semuanya akan mula timbul, hasil bisikan syakwasangka Sang Syaitan

Maka...
Hiburan daie itu adalah...
Apabila ia melihat wajah mutarabbinya
Kesungguhan dan ketekunan mereka
Semangat dan himmah mereka
kebenaran yang lahir dari kilasan pandang mereka
Itulah kepuasan. Itulah keni'matan.

Apalagi yang lebih indah dan mengenyangkan
Daripada bergaul bersama mutarabbi yang semakin terbina
Bersama tajammu' yang semakin membaik
Akan wujudlah perasaan puas, perasaan gembira, perasaan senang
Itulah hiburan, keni'matan, keindahan
Yang dicari-cari oleh Sang Daie

Biarlah pada kala ia berasa sedih...
Hampir putus asa dan merasa lemah
Dihujani mehnah yang memeningkan
Didatangi kerosakan, kemusnahan, hilang harapan..
Malah, biar pada saat dia hampir kehilangan semuanya,

Tapi saat melihat mutarabbinya memberi taujih
Saat melihat mereka ke hulu ke hilir mencari mad'u
Oh, tidak tergambar kegembiraan
Mengalir laju titisan darah
Yang membawa bukan sekadar oksigen, malah kepuasan hakiki
Itulah hiburan seorang daie.

Mohd Aqmin,
Teluk Intan