Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, March 7, 2012

Ubat penyakit



Setiap zaman itu mempunyai penyakit dan masalahnya yang tersendiri. Dan penyelesaian kepada penyakit setiap zaman itu tidak sama, jadi seandainya seorang daie itu adalah mereka yang mengambil template dan meletakkannya dalam perancangan dakwah tarbiyyahnya, tanpa benar-benar cuba memahami penyakit yang ada, maka barangkali dia umpama seorang doktor yang sedang memberi vitamin yang serupa kepada semua pesakitnya. Pasti sahaja pesakit-pesakit tadi akan mengadu, dan mula memarahi dan mengutuk doktor tadi, kerana demam pun diberinya vitamin C, batuk pun sama, selsema pun sama, bahkan kalau patah tangan pun tetap disuruhnya menelan vitamin C.

Mari perhatikan ''pesakit'' kita pada hari ini.

Apa gambaran Islam yang ada pada mereka?
Solat, puasa, zakat, kalau kaya sikit, haji.
Itu sahajakah Islam agak-agaknya? Habis kita buat haji, nak buat apa dah? Dah masuk syurga lah kalau buat haji ek? Kena banyak sedekah jariah. Kena selalu buat baik kat orang lain.
Errkk.......

Itulah penyakit umat kita.

Kalau kita berikan mereka ubat yang diberikan Imam Syafie kepada ''pesakit''nya dulu.
Kita ajarkan ilmu feqah, kita susun permasalahan yang ada. Kalau nak solat macam ni... Nak puasa tapi perut berlubang, macam ni.. Nak tu macam tu.. nak ti macam ti. nak ta macam ta.
Agak-agak selesai tak ''penyakit'' tu?
Habis lagi lah pesakit kita akan ingat islam dan agama itu pada bab-bab solat, pada bab-bab puasa dsb. Bila masuk bab mencari pekerjaan, oh itu tak ada kaitan dgn Islam. Bila mencari bab pentadbiran, hello, that is soo kolot. Bila datang bab prioriti, hey, dunia tak boleh tinggal lah, penting!
=.=''

Ataupun, kita berikan ubat yang pernah diberikan oleh Imam Muhammad Abd Wahab?
Segala amalan bid'ah diharamkan. Syirik dengan cara mempersekutukan Allah dgn kubur-kubur, kesemuanya dihapuskan dan diperangi. Agak-agak apa pulak yang akan jadi?
Habis semua orang berperang, dan Islam akan dilihat sebagai agama yang ektremis, semua benda tak boleh buat, habis semua orang tengah buat syirik. Bid'ah dah la merata-rata, ye dok?
Habis la, nanti bergaduh, kalau sekarang nak bagi ceramah kena ada sijil, nanti nak bagi salam pun kena ada kebenaran gamaknya.
@.@

Maka apa sebenarnya ubat yang paling sesuai untuk ''pesakit'' kita?
Itu terserah kepada kita untuk berfikir dan mencarinya. Mencari ubat untuk pesakit-pesakit kurun ke 14 Hijrah. Mencari apa sebenarnya keperluan dan kemestian untuk mereka menyedari tujuan dan tanggungjawab dalam kehidupan ini. Supaya tidaklah mereka terkapai-kapai dan meraung-raung dalam gelak tawa mereka, kerana mereka sebenarnya menderita, cuma sedang berpura-pura gembira. Kegembiraan yang kita rasa, tidak pernah mereka rasakan pun.

Hadith Rasulullah SAW:
ان الله تعالى يبعث لهذه الامة على رأس كلّ مائة سنة من يجدد لها دينها
Sesungguhnya Allah Taala telah membangkitkan untuk umat ini atas setiap ''kepala'' seratus tahun mereka yang akan memperbaharui agama untuk umat ini.
--->Mujaddid.

Itulah dia!

Penantian yang ditunggu-tunggu umat. Untuk lahirnya mujaddid yang akan menganalisis masalah dan kekurangan serta penyakit umat hari ini. Yang akan menyusun formula-formula untuk menyelesaikan masalah-masalah ini.  Mereka yang benar-benar memahami dan mendalami keadaan mad'u semasa.

Demikianlah penting dan dahsyatnya orang-orang yang berjaya menganalisis keadaan semasa. Mereka tahu dengan jelas apa yang perlu/ingin dilaksanakan mereka. Dan untuk kita berjaya memahami waqi' setempat itu, bukanlah dngan cara kita mempelajari ilmu feqah yang tinggi, menghafal quran setiap ayat, atau sebagainya. Tetapi caranya adalah dengan kita mempelajari Fiqh Ad-Dakwah ini sendiri. Kerana sesungguhnya,

sekiranya melakukan ssuatu yang wajib itu memerlukan sesuatu lain bersamanya, maka sesuatu yang lain itu juga akan dikira sebagai wajib. 

Sepertinya untuk solat kita memerlukan wudhu, maka pada waktu itu menjadi kewajipun untuk melakukan wudhu. Sama juga, untuk berdakwah kita memerlukan ilmu dan kefahaman(fiqh), maka mendalami fiqh dakwah itu juga lantas menjadi kewajiban.

Kerana itulah kita mempelajari Fiqh Dakwah daripada buku Muntalaq. Kerana kita faham daripada buku inilah kita akn dapat melihat waqi' dan suasana ummat, untuk kita sendiri meneruskan perjalanan yang maish sangat panjang ini. Dan buku Muntalaq juga merupakan antara permulaan daripada siri Ihya' Fiqh Dakwah yang terdiri dariapda buku tarbiyyah Sheikh Ahmad Ar-Rasyid seperti Al-Awaiq(hambatan), Al-Raqaiq(Pelembut jiwa). Dengan kefahaman Fiqh Dakwah yang jelas, nescaya lebih mudahlah untuk kita memilih, ubat apa yang paling sesuai untuk pesakit kita.

Jadi.. Jom kita belajar Al-Muntalaq!!

Wallahua'lam