Semalam, ada duduk dan berborak-borak dengan beberapa orang ikhwah(ikhwah=saudara lelaki/teman rapat). Masa borak-borak tuh, ada seorang ni kongsikan, selama berada dekat Malaysia, masa belajar Pendidikan Islam dari tadika sampai lah ke SPM, yang banyak kita belajar, yang banyak ditekankan ialah bab Feqah. Bab Ibadat, dari macam mana nak ambik wudhu, sampailah kepada macam mana nak bayar zakatnya, nak buat hajinya, nak puasa ganti, nak puasa nazar blablabla....
Sebelum saya menyambung statement ini, jom kita bersyukur dulu. Sebabnya, paling kurang, dekat Malaysia kita ada didedahkan dengan benda-benda nih, walaupun ianya menyebabkan Islam yang kita ''sarung'' tu jadi kering, dan tidak masuk hati, paling kurang pun, dapat jugak kita tahu apa yang Islam suruh buat. Kita jauh lebih beruntung dari orang-orang di Nigeria. Kenapa Nigeria? Bukan random ok!!! Saya pernah terjumpa dengan seorang pelajar di universiti saya, dia menganut agama kristian, dan mentah-mentah tak faham kenapa orang Islam depan mata dia macam baik. Sebab dari kecik, di negara Nigeria tuh, apa yang dia nampak ialah Muslim yang membunuh kristian. Dia siap tanya, betulker Islam ajar bunuh orang kristian akan dapat masuk syurga lagi tinggi. Dan dia pelik, kenapa muslim kat uni tak bunuh orang kristian. Gulp. Kesian kan? Tasawwur(tasawur=gambaran) Islam yang dia peroleh adalah gambaran yang tidak benar.
Ok, kembali kepada statement ikhwah tu. Katanya, masa kat Malaysia asyik dengan benda-benda tu je, sedangkan tak pernah pun belajar ataupun merasai nikmat/erti Muslim tu. Tak dapat ''rasa'' basah iman tu. Tak pernah tahu pun tujuan hidup. Saaaammmppppaaaiiiilllaaaahhhh dekat UK, baru dapat rasa benda tu. Dan punyalah dia bersyukur, sebab Allah SWT menyusun hidup dia dari sekecil-kecil perkara, hinggalah ke yang sebesar-besarnya, yang akhirnya menyebabkan dia berpeluang merasai semua tuh. Huhu.. Sangat terkesan sebenarnya, terutamanya bila kita tengok balik, setiap zarah atom ketentuan yang Allah SWT telah tetapkan untuk kita. Setiap benda walau sekecik manapun, biar la hari yang kita terbangun lewat, kita tertinggal coursework, kita mimpi dapat jawapan exam, kita gaduh dengan kawan, kita dapat nombor satu masa darjah satu, tapi nombor 5 masa darjah 5 dan nombor tu terus meningkat dengan usia, semua benda tu, adalah ketentuan yang Dia tentukan untuk kita, dan menjadikan kita berada di mana kita berada sekarang nih. Betul tak?
Dulu saya ni menagih perhatian mak dan ayah. *blushing.. adus.. habis la mak gelak tergolek-golek baca nih*, jadi banyak benda yang saya ''push'' diri sendiri untuk impress kan mak dan ayah. Nak tunjuk kat mak dan ayah, saya ni lagi bagus dari abang. Jadi saya pun masa kecik masuk sekolah agama petang, saya masuk kelas mewarna, kelas melukis, mengaji al-quran, kelab komputer, blablablabla...... Banyak super! Padahal, baru darjah satu.
Haha.. tergelak jugak sebenarnya, sebab masa join kelab komputer tuh, first time, sebab tak pernah tengok komputer, bila cikgu suruh tutup komputer saya dengan bergaya dan yakinnya terus tekan suis. rosak komputer tuh. hahah.. Tapi dari situlah saya dok komplain cakap cikgu marah, dan alasan yang saya berikan sebab kat rumah tak ada komputer lah saya tak tahu semua tu. Tuptaptuptap, rumah kami pun dapatlah sebuah kmputer yang ayah beli. :)
Eh, dah lari jauh nih.
Bila fikir balik... sebab semua perkara tu lah sebenarnya, saya ada kat mana saya ada sekarang ni. Kalau Allah tak letakkan perasaan tu dalam diri saya, mungkin dulu saya tak ''push'' diri saya sangat, dan end up mungkin tak sampai pun UK, dan xnampak pun tujuan hidup semua. (banyaknya mungkin).
Point dia, setiap titik dalam hidup kita, tak pernah berlaku dengan sia-sia. Semuanya berlaku sebab Allah nak dekatkan kita dengan Dia. Setiap titik kehidupan kita, sebenarnya bersambung untuk membentuk sebuah garisan..!! Garisan menujuNya! kalau hari ni teruk macam mana pun, percayalah, Dia hanya nak kita makin dekat denganNya. Dan seriyes, kalau betul kita perhatikan balik titik-titik kehidupan kita, pastilah kita akan sedar, yang nikmat Allah tuh, super duper muper banyaknya..!!! Dan Allah sendiri ada beritahu dalam Al-Quran,
وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(An-Nahl, 16:18)
Kiranya, ni'mat yang Allah bagi tuh, terlampau banyak, sampaikan tak ada nombor yang boleh describe. Kiranya kalau nak banding dengan jumlah penduduk kat dunia, yang dah mencapai berbillion-billion, zillion-zillion, giant-giant, percayalah, ni'mat Allah berkali-kali ganda lebih banyak daripada nombor-nombor tuh.
Maka, the next time anda ingin menghadapNya, dan memohon doa kepadaNya, cuba ingat perkara ni yer.
Ingat yang Dia dah bagi macam-macam kat anda, tapi anda tetap angkuh dan bongkak nak ikut cakap sendiri je. Tapi, bila tak ada orang yang nak tolong anda dah, tak ada orang yang pedulikan anda, tak ada orang yang ingat anda, masa tu, anda dengan terhegeh-hegeh, tak tahu malu, datang mengesot kepadaNya. Masa tu, satu-satunya harapan anda, adalah Dia. Jadi anda pun merayu-rayu, meminta itu dan ini. Adakah Dia akan biarkan? Tidak, bahkan Dia akan penuhi permintaan anda. Tetapi kemudiannya, anda akan pergi lagi, gembira dan melupakannya, bergantung pada selainNya, sehinggalah anda kecundang dalam semua perkara, tak mampu melakukan apa-apa, barulah anda kembali semula kepadaNya. Tapi ada dia ungkit semua tu? Tak, bahkan Dia Maha Pengampun.
Yang anda ni, bila Dia tak berikan sesuatu, anda mula persoalkan, "hey, tuhan taknak tolong aku ke ha, aku terkangkang nak buat cw nih susah takde orang nak tolong!", anda menjerit-jerit histeria "Tuhan nih, tak pernah nak paham masalah aku ker, tak pernah nak bagi aku penyelesaian. Asyik-asyik masalah non-stop. Tension betul lah! Nak buat apa-apa pun ada je masalah!".
Tak rasa malu ker?
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment