Kalamullah

Kalamullah

Saturday, February 18, 2012

Kasih Sayang



Eh, pertamanya, ini bukan post pasal i lap u u lap me, ataupun post sempena hari-hari pelik yang diraikan dunia. Tapi ini post pasal kasih sayang, hubungan hati, heart-to-heart, antara seorang akh(saudara lelaki) dengan seorang akh yang lain. Mencintai, atas sebab hubungan aqidah, tali apa yang lebih tebal dan lebih kukuh dari aqidah?

Secara jujur, penulis bukanlah orang yang pandai mencintai. >.<

Eh, betul, kalau zaman dulu, bab cintan cintun nih, memang *teeeeeeeetttttttttttttttttttttttttttt* sangat. anti. jadi bila nak cakap pasal kasih sayang, memang kekok. Tak reti, dan tak suka. *uhukksss*

Cinta, cinta, cinta


Tapi Ar-Rasul SAW telah mengajar kita, kasih sayang-lah, kunci kepada dakwah. Kunci kepada berjayanya misi kita mengembalikan Islam sebagai ustadziatul Alam. Allah SWT pun, kerap menceritakan dalam Al-Quran, bagaimana sifat penyayang itu seharusnya tumbuh dengan subur dan mekar dalam jiwa orang-orang yang beriman.

Firman Allah SWT:
Dan dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang.(Al-Balad, 90:17)


Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah dia mencintai untuk saudaranya, apa yang dia cintai untuk dirinya".(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dulu sebenarnya pernah je dengar benda ni, tapi tak pernah merasainya. Sampailah satu masa tu, masa borak2 dengan seorang teman, masa tu tengah cerita betapa best dan betapa sayangnya penulis kat ikhwah-ikhwah yang sangat best dan gempak nih, tiba-tiba teman tu cakap
"Kalau aku tak lalui apa yang kau lalui, dan tak rasa apa yang kau rasa, mungkin aku akan rasa ko pelik sebab appreciate member sampai macam tu. Hahaha"

Erk.. Betul, sebenarnya, penulis sendiri sangat lah susah nak faham benda ni. Perasaan tu menumbuh, dan mula merebak ke seluruh jiwa. Perasaan sayang dan menghargai. Barulah faham kisah-kisah Sahabat zaman dulu, macam mana mereka mencitai Rasulullah SAW. Dulu rasa pelik, apasal lah orang-orang dulu sanggup nak mati daripada tengok nabi mati.

Ada satu kisah, Khubaib Al-Ansari. Beliau pada satu ketika ditangkap dan ingin disalib. Pada waktu itu, ada seorang pemimpin musyrikin sengaja menganggu imannya dengan berkata, “Adakah kamu suka Muhammad berada di tempat kamu, dan kamu pula selamat di tengah-tengah keluargamu?” Khubaib melaungkan kata-katanya yang masyhur, “Demi Allah aku tidak suka bersenang-senang bersama keluarga dan anakku, pada hal Rasulullah s.a.w. dicucuk sebatang duri!”

SubhanaAllah...!! Demikianlah rasa cinta dan sayang para sahabat dengan Rasulullah SAW. Khubaib tidak sanggup bersenang-senang, walaupun Rasulullah dicucuk sebatang duri sahaja. Abu Sufyan menyaksikan hal ini dan berkata, "Demi Allah aku tidak pernah menyaksikan seseorang mengasihi seseorang seperti sahabat Muhammad mengasihi Muhammad". Boleh ikuti kisah penuh Khubaib ni di blog Ustazah Maznah.

Banyak lagi kisah bagaimana Ar-Rasul mengajar kita erti kasih sayang. Lihat sahaja tingkah Ar-Rasul dengan perempuan Yahudi yang menganggu baginda dengan meletakkan duri. Tidakpun Ar-Rasul menengking atau memarahinya, bahkan Baginda menziarahinya pula tatkala ia sakit. Lihat sahaja bagaimana Ar-Rasul ketika dibaling batu di Thaif. Baginda tidakpun memarahi dan berdendam, sebaliknya, mendoakan, moga generasi selepas itu menerima Islam. Islam itu bukan agama yang memarahi, yang mengongkong dan memaksa. Sebaliknya ia adalah agama kebebasan, kesejahteraan.

Dan selama ini, kasih sayang itulah yang tidak dirasai oleh manusia seluruhnya, Tidak merasai rasa cinta sesama Muslim itu, Yang ada hanya lah kebencian, kutuk-mengutuk, herdik-mengherdik, saling menyalahkan, dan sebagainya. Walhal, agama itu penuh rasa cinta, penuh rasa sayang. Disebabkan tidak berpeluang merasai kasih sayang inilah, kebanyakan dari manusia tidak mampu mengerti mesej kebebasan dan kesejahteraan yang disampaikan Al-Islam. Dan sesungguhnya, dengan rasa cinta inilah, kita semakin mengerti, apa itu perasaan sayang/cinta kepada Allah. Kerana demi Dzat yang nyawaku berada didalam tanganNya, seandainya cinta sesama manusia sudah seindah ini, maka sekiranya kita mengerti, betapa dahsyatnya pula cinta kepada Rabbul Alamin.

Wallahua'lam

PS: Patutlah, Sheikh Jumuah Amin menasihatkan,
"nahnu nuqaatil an naas bil hub"



No comments:

Post a Comment