Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, February 1, 2012

Qa-La-Ba



Semalam, ada satu halilintar yang datang dan merobohkan semua bangunan dalam hati saya. Ermm.. bangunan syarikat Malas sdn bhd, dan jugak bangunan Futur-ish Ltd.

Kisahnya begini.

Dalam kelas semalam, ada belajar grammar arabic, bentuk2 perkataan. Kali nih go through bentuk 7, dan salah satunya pasal perkataan انقلب (Inqalaba) yang bermaksud diterbalikkan. Halilintar itu mula dikesan sebab perkataan Inqalaba nih macam ejaan انقلاب (Inqilab) yang bermaksud untuk menjatuhkan, revolusi dsb. Berkat pengisian "Manhaj Inqilab Islamiyyah" yang pernah dicuri-curi dengar, saya tanyalah lecturer tuh, apa kata dasar Inqalaba dan Inqilab nih, sebab macam menarik je.

Maka lecturer tu pun menulis, kata dasarnya, قلب (qalaba), yang bermaksud bolak-balik.(turn upside down). Dan halilintar tuh dengan lajunya menghentam semua harta pusaka syarikat malas dan futur sekali harung, bila lecturer tuh sambung, "Be careful, if you pronounce it as Qalb, it will be ''heart'', because the Arabs they always thought the heart always turns ".
T_______________T

Rupa-rupanya, Qalbun tuh, yang kita dok kata hati tuh, maksud kata dasar dia, ialah bolak-balik. Faham ker revelation yang saya alami nih? Bayangkan, kalau kita nih orang Arab, dan kita baca Quran, bila Allah cakap pasal hati, pastinya akan pecah seribu punyalah emosi dan perasaan kita sebab kena tegur dengan Dia. Kira macam Allah dah bagitau, benda tu memang dok bolak-balik, so kena lah beware. Tapi kita buat tak tahu jer. Macam Allah dah warning, dalam badan kita ada bom, so jangan lompat2, nanti meletup. Kita wat dono, selamba je melakukan benda yang akan merosakkan hati kita, yang akan lebih membolak-balikkan dia, sampaikan dia tak boleh nak duduk diam tenang dan aman. Sampaikan dia jadik keras, dan tak boleh dengar cakap. Lepas tu, kita nak salahkan orang lain pulak. :\

Kiranya, Qalbun tuh, maksudnya ialah benda yang berbolak balik. Dan Allah ada bagitau, "Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang".(13:28)
Kalau orang Arab baca, bunyi dia:
"Benda yang dok bolak-balik, turun baik, terbalik-terbalak tuh, hanya akan jadik tenang, akan jadi aman, bila kau ingat Allah."

Perrrgghh...!!

Nampak ker? Kiranya, masalah kita selama nih, hati kita nih cepat dupdapdupdap. Kejap nak buat jahat, kejap nak buat baik, kejap macam tu kejap macam nih. Nak buat macam mana, nama dia pun benda yang bolak-balik, so terima je lah ok? Tapi macam mana nak jaga dia, ha, ingat Allah. Simple kan?

Kiranya, kalau benda yang berbolak balik tuh, tak jadik tenang, sama ada kita tak ingat Allah, atau kita tak ingat Allah dengan cara yang sepatutnya. Ye lah, kalau dah dapat resipi satu masakan, tapi hasilnya tak best, sama ada kita tak guna resipi tuh, ataupun kita tak ikut betul2, susunan, kuantiti, cara letak, cara potong yang dinyatakan dalam resipi tuh. kalau tak, mesti berhasil punyalah..!



Jadi, kalau anda rasa malas, futur, dan tak senang/tenang, maksudnya, anda kena check balik, it could be benda yang berbolak-balik tu memerlukan sesuatu untuk duduk tenang balik. Kalau anda biar, maka jawabnya benda tu akan terus berbolak-baliklah, sebab dia tak dapat apa yang dia patut perolehi.

So, kalau hati anda tak tenang, berbolak balik, maka cepat-cepatlah ingat akan Allah. Kalau tak mampu buat sorang-sorang, ajaklah kawan-kawan untuk sama-sama mengingati Allah. Kena buat selalu, sebab hati tu berbolak-baliknya selalu.

Lastly, nak share doa nih.


"Ya Muqallibal Qulub. Tsabbit Qalbi, ala Deenik".

"Wahai Yang Membolak-balikkan benda yang berbolak balik. Tetapkanlah benda yang berbolak balikku ini, pada agamaMu".

:')

Wallahua'lam



3 comments:

  1. Best. Short and sweet, yet sgt2 berbekas pda benda yg berbolak-balik itu. huhu..

    jzkkk.

    ReplyDelete
  2. Hu.. sedih jugak sebenarnya, berbekas dekat orang lain, sendiri punya entah keras nak buat macam mana lah agaknya...

    Doakan akhi.

    ReplyDelete
  3. jzzk for sharing.
    sgt mmbantu.

    ReplyDelete