Kalamullah

Kalamullah
Showing posts with label Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah. Show all posts

Wednesday, June 24, 2015

Rasa Hati...



"...Kita juga mahu supaya bangsa kita faham bahawa mereka lebih kita sayangi daripada diri kita sendiri. Demi kasih sayang ini kita sedia jadikan nyawa kita sebagai penebus demi mengembalikan kehormatan bangsa ini. Nyawa ini sedia dikorbankan demi menebus semula maruah, harga diri, agama dan impian mereka jika perlu...."

-Imam Syahid Hasan Al-Banna, Risalah Dakwatuna

Dua akar kepada kefahaman kita sebagai duat haruslah berasas kepada:

1- Tanggungjawab, perintah Allah swt, amaran Allah akan azab seksa orang yang menyembunyikan kebenaran, kefahaman taklif sebagai seorang muslim, peranan orang yang mengucap syahadah, dosa yang boleh di'taichi' kepada kita seandainya mengambil sikap "i dont care".

2- Rasa cinta kita kepada manusia, perit dan siksa kita apabila terbayang insan-insan dihadapan kita bakal diseretkan kedalam api neraka yang bergejolak, tak senang duduk memikirkan nasib orang-orang yang terus lalai dan leka dengan penipuan dunia, risau dan sedih apabila teringat nasib umat manusia yang akan dibakar di dalam api neraka yang tak terbayang kepanasan, kehinaan, kecelakaan yang bakal ditimpakan ke atas mereka.

Inilah dua akar yang akan membantu kita untuk terus 'terbang'.

Sayap pertama akan membantu kita untuk sedar kita tidak boleh leka, wujud keperluan mendesak untuk menerangkan kepada umat manusia akan realiti dan hakikat sebenar untuk menyelamatkan diri kita. Maka kita akan cuba untuk mencari jalan supaya kita dapat melaksanakan tanggungjawab ini sebaiknya, dan akhirnya menyelamatkan diri sendiri.

Namun..... sayap pertama ini, nyata sekali tidak mencukupi!


Bersambung...

Sunday, December 14, 2014

Dakwah yang Inclusive...



Kecintaan kita pada dakwah ini, berasaskan beberapa prinsip...

1- Awwalan, dakwah ini adalah untuk kita, bukan untuk orang lain...
Kita akur bahawa Allah swt telah menciptakan kita sebagai abid dan khalifah, dan Allah swt telah menyusun hidup kita sehingga kita diberikan peluang untuk memahami ajaran Islam yang mulia ini. Dari sini, kita telah memahami, bahawa syahadah yang kita nyatakan berhbung terus dengan dakwah.Tanpa dakwah, barangkali syahadah kita juga bakal dipersoal. Maka amal dakwah ini kita cintai kerana ia adalah amanah untuk kita, peluang yang Allah swt telah bukakan untuk memasukkan kita ke dalam syurga. Besarnya ganjaran para pendakwah dicatitkan Allah swt di dalam surah Yasin, apabila menerangkan kisah Habib An-Najar, yang telah mendapat 'tiket ekspres' ke syurga, atas sebab dakwah yang dilakukannya. Hanya dengan menyampaikan kebenaran kepada kaum, maka beliau telah terpilih untuk masuk syurga tanpa hisab. SubhanaAllah.

2-Seterusnya, dakwah ini adalah cinta...
Ya cinta dan sayangkan kita pada manusia.. setiap makhluk.. kerana akhirnya kita ini meneruskan risalah dan perjuangan Ar-Rasul SAW yang sangat kita cintai.. Perjuangannya adalah untuk menjadi 'rahmatan lil alamin'... menyebarkan manfaat, menyebarkan cinta dan menyebarkan kasih sayang.
Aku sesekali menemplak diri sendiri, kerana aku mengaku bahkan sungguh-sungguh berusaha untuk kononnya menjadi seorang pendakwah. tetapi, betapa terhirisnya, apabila pernah sekali datang teguran daripada Allah swt, melalui seorang al-akh yang sgt dihormati.

"Adakah kita ini seorang pendakwah, ataupun semata-mata seorang pengurus dakwah?"

Ah.. soalan yang terus saja menampar wajahku yang penuh keegoan.
Benar, bahkan tepat sekali.. Selama ini, aku adalah seorang pengurus dakwah. Aku lihatkan dakwah ini secara mekanikal, dan kononnya strategik. Aku perhatikan pembesaran piramid dakwah, aku risau dan khuatirkan penguasaan bahan adik-adik binaan. Aku resah memikirkan taqwim yang banyak tertangguh, aku sensitif dan sangat peka tentang ruh jihad kumpulan penggerak.

Tapi... apakah aku ini seorang daie?

Tidak wajar, orang yang meng-operasi-kan dakwah, hanya memikirkan perkara di atas, kerana perkara di atas boleh difikirkan oleh sesiapa pun, hatta dia tidak pernah melalui tarbiah sekalipun.
Perkara di atas tidak ubah seperti satu checklist tugasan seorang eksekutif syarikat, yang bertanggungjawab memastikan pengkaderan yang tersusun.

Tapi... apakah itu yang dimaksudkan sebagai daie?

Daie adalah individu yang terbina imannya, sehinggakan kemanisan dan cahayanya memercik kepada sesiapa sahaja disekelilingnya.
Daie adalah pusat rujukan masyarakat tentang isu-isu harian, sama ada isu yang melibatkan masyarakat seluruhnya, atau beberapa individu secara spesifik.
Daie adalah tempat mencurahkan perasaan hati, tempat mengadu permasalahan. Disenangi, dihargai, hadirnya disayangi, perginya terasa kehilangan.

Inilah dakwah yang inclusive...
Tapi, apakah dengan senario seperti ini, maka fasa 'takwinul rijal' berhenti? TIDAK... ia akan terus berjalan, berjalan dengan irama dan melodi yang indah, diserikan dengan kehadiran 'amal inclusive' tadi...

Kerana adalah tidak masuk akal,
Daie itu orang yang berprogram sehingga full setiap minggu, hatta jirannya sendiri tak pernah ditegur salam, diziarah dan saling berkasih sayang.
Tidak masuk akal,
Daie itu orang yang busy nya dengan operasi takwin luar biasa, hatta apabila masyarakat yang bukan dalam rangka takwinnya, tidak langsung dipedulikan.. Bila ada yang dtg bertanya masalah, sang daie terasa berat kerana seolah menerangkan pada non-focus nya, adalah amal dhoif..

Orang yang tidak mengikut liqonya, umpama orang yang tidak layak mendapat peluang merasai kemanisan Islam.Tidak dihiraukannya.. Kerana yang dirisaukan taadi, adalah apakah piramid dkawah berkembang.. apakah itu ini... penuh dengan urusan teknikal dan materialistik..

Daie itu orang yang kuat hubungannya dengan Allah, dan rahmat Allah hadir apabila wujudnya rahmat dengan makhluk...

Wallahua'lam

Friday, August 30, 2013

Jangan Minta Penangguhan



Seringkali, apabila kita diminta melakukan suatu amal...
"Nanti boleh tak?"
"Erm.. sekarang ana busy sikit. Minggu depan nta dtg tanya lg boleh?"
"Ana x ready lagi nak bawak usrah akhi.. ana baru je join usrah.. baru setahun.. bagi la ana masa sikit lagi.."
"Ana x kuasai bahan lagi la akhi.. Nanti ana dah kuasai bahan baru ana bawak usrah eh"
"Ana tak habis dengar recording lg tajuk tu. Kalau boleh bagi ana masa 2 bulan ok? By that time iA ana ready jadi muwajjih"

Selalu.. sangat selalu.. Kita gemparkan dunia dengan jutaan alasan..  Walhal Allah swt telah dgn jelas menceritakan:

Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka:  "Tahanlah tanganmu [dari berperang], dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat!" Setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian dari mereka [golongan munafik] takut kepada manusia [musuh], seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih sangat dari itu takutnya. Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan berperang kepada kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan [kewajiban berperang] kepada kami beberapa waktu lagi?" Katakanlah: "Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikit pun. (4:77)-Ayat ini tentang orang² yg di Mekah kononnya mahu berperang tp tak diizinkan, tp apabila di madinah, diturunkan perintah perang, mereka berbalik kebelakang.

Apabila bercakap... Bukan main lebat.. Kita cakap kita nak ustadziatul Alam.. Nak jadi mujahid.. Nak berjuang.. Nak bekorban.. Nak mati syahid.. Siap jerit² dalam syiar..

Tapi bila diminta realisasikan janji itu.. Banyak pulak alasan.

Minta tangguh. Next time. Lain kali. Not now.

Jawapan Allah:
Mataa3ud Dunia Qaleel.. Wal Aakhiratu khairul limanittaqa.

Orang-orang ini sebenarnya tak tahu.. tak sedar.. tak percaya.. yang dunia ini hanya pendek.. sedikit.. sekejap.. dan akhirat itu jauh lebih mulia..

Orang-orang ini sebenarnya tidak mempercayai perkara ghaib.. tak cukup yakin dengan akhirat...

sedangkan, sambung Allah lagi, "kamu tidak akan dizalimi..."
Kalau kita bekorban.. kita berjuang.. kita bagi semua.. percayalah.. kita tidak akan dizalimi.. takkan rugi.. Allah akan balas setiap peluh, air mata, darah, masa, tenaga kita... duit kita.. semuanya Allah akan balas dengan seadil-adilnya.. Percayalah, mataa3ud Dunya Qaleel!

Allah lagi menceritakan...

Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri [3], [kepada mereka] malaikat bertanya: "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?". Mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri [Mekah]". Para malaikat berkata: "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?". Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali, (4:97)-Ayat ini pula tentang orang² yg tak ikut sama berhijrah ke Madinah.. Alasan mereka pelbagai, akhirnya mereka ditinggalkan di Mekah...Dan apabila Perang Badar, mereka dipaksa utk berperang bagi pihak musyrikin, dan apabila mereka dibunuh, ayat ini menceritakan dialog mereka dgn Malaikat.


Alasan... Banyak sangat alasan...
xkan habis kalau nak tulis alasannya.

Tak sempat prepare. Busy. xde transport. penat. xde tu. xde ni. etc³....

Bayangkan, kalau kita mati masa tu.. Dan kita dipersoal.. "Eh, asal ko ni. mati dalam rumah. xde keje dakwah ke nak buat?"

Kita pulak cakap.. Oh, aku ni baru nak start kerja.. duit xde.. transport xde..

Memang kena pelempang dgn malaikat.

"Bukankah bumi Allah ni luas?"

Dan paling sedih.. orang yg duk bagi alasan ni...
tempatnya di akhirat... akhirat akhi... xmo.. sobs³...

Ar-Rasul tidak memaksa semua muslimin berhijrah.. Baginda hanya menyampaikan perintah Allah...

Dan masing² akan menjawab.. Allah benarkan orang² yg uzur utk tidak turut serta.. tp seuzur manakah kita?

Kita boleh menjawab di hadapan manusia, dengan alasan²... dan mereka akan memaafkan kita.. mereka akan menerima alasan kita.. mereka akan husnudzon dengan kita.. dengan alasan² ciptaan kita...

Murabbi kita sekalipun, bahkan tidak akan melebihi daripada apa yg Ar-Rasul kerjakan.. Baginda tidak memaksa, bahkan menyerahkan pilihan itu bulat² kepada setiap Muslimin.. Anda tak mahu berhijrah, maka itu urusan anda dan tuhan. tugas Rasul, menyampaikan... mengajak.. Menunjukkan qudwah.. Menjelaskan dengan terang..

Murabbi kita boleh mentaujih kita utk beramal.. Minta bantuan kita untuk itu dan ini.. Tapi seandainya kita tidak mahu, dan kita mula mencipta alasan utk menipunya.. Maka, dia pasti akan menerimanya...

Cuma kitalah yang perlu bersedia menjawab dengan para malaikat...

"Alam takun Ardullahi waasi3ah?"

Mampukah kita menjawab sindiran itu?

Kerana begitu banyak ruang yang ada, cuma tinggal kita sahaja berusaha mencarinya, inisiatif utk mencari jalan utk beramal.. Utk tidak lagi memberi alasan.. Kerana bumi Allah itu begitu luas.. rezeki yg ada didalamnya begitu banyak..

Maka Ikhwah akhwat....

Berhentilah memberi alasan, atau meminta penangguhan..

Tetapi berusahalah utk all-out, cari segala jalan yg ada, usahakan sebenar-benar.. Jangan mudah sekali memutuskan engkau tidak boleh, hanya kerana alasan² picisan..

Kerja boleh disiapkan
Tak bersedia boleh disediakan
Tak habis dengar recording boleh baca nota
Tak de masa boleh susun
Tak de transport boleh cari/pinjam

Tidak wajar ada alasan...

Kalau urusan penting, seperti mendapat kerja/jawatan pangkat tinggi.. Kalau kena lakukan apa², tak keluar pula alasan² yg sama.. bahkan sanggup ketepikan semua masalah lain, utk sempurnakan tugasan...

Sampai bila nak kelas-keduakan dakwah?

Doakan kita semua thabat dan terus berhimmah tinggi dalam amal,

Wallahua'lam






Sunday, July 28, 2013

Misr, Kami bersamamu



وَڪَأَيِّن مِّنۡ ءَايَةٍ۬ فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ يَمُرُّونَ عَلَيۡہَا وَهُمۡ عَنۡہَا مُعۡرِضُونَ
Dan banyak sekali tanda-tanda [kekuasaan Allah] di langit dan di bumi yang mereka melaluinya, sedang mereka berpaling daripadanya.
(12:105)

Ya, apa yg berlaku harini, semuanya adalah tanda-tanda daripadaNya
Langit yg masih biru
Awan yg berarak
Kucing dan anjing yg masih tak sebulu
Burung yg kadang-kala melepaskan 'bom' atas kereta
semua itu adalah tanda² daripada Allah
untuk kita tadabburkan
Fikirkan
Dan ambil ibroh

Termasuklah yg berlaku di Mesir
Kita marah
Kita geram
Tapi, apakah mesej yg cuba Allah sampaikan pada kita melaluinya?

Kita pernah mendengar kisah² dari kitab² kuning....
Kisah² ajaib, tentang para mu'minin yg dihempap kezaliman taghut
Tentang Bani Israel diperlaku dgn kejam oleh Firaun
Tentang pelbagai kejadian luar biasa
Yang mana usai membaca kisah itu, dada kita berombak, mulut kita hanya mampu menuturkan
"La hawla wala Quwwata Illa billahil Aliyyil Adzim"

Kini,
Hari ini,
Dalam usia kita masih hidup,
Allah datangkan lagi kisah semisal itu
Kisah ibu yang merebus batu untuk menyedapkan hati sang anak
Kisah kanak-kanak yg bangkit menolak kedzaliman
Orang yg berdarah² dalam medan perang, tetapi tidak mahu membuka puasa
Hanya kerana mereka mahu syahid dalam keadaan berpuasa
Mereka mahu berjumpa Allah azza wajalla sambil dapat berkata
"aku berjuang di jalanMu, dalam keadaan berpuasa"

Apakah pengakhiran mereka nanti...???

Orang-orang seperti ini... Tidakkah Allah swt akan membalas mereka dengan syurga?

Masihkah ada ruang di Jannatul Firdaus Mu ya Allah untuk hamba sejahil aku.. yang sarat dengan dosa..

Kisah 1

Hala Mohamed Abu She'sha
Telah syahid dalam serangan samseng semasa perarakan menyokong legitimasi di Mansurah Jumaat semalam, 10 Ramadhan 1434H.

Status terakhir beliau di akaun facebook peribadi miliknya:
"Kami mencintai kesyahidan jauh lebih besar dari kami mencintai kehidupan, oleh itu jangan cabar kami, bagi kami syahid itu adalah cita-cita tertinggi kami"

Kisah 2

Walaupun beliau cedera parah, beliau tetap menolak untuk berbuka, kerana beliau berharap untuk berbuka di syurga.

Kisah 3

Gambar As Syahid Umar Al Haridy, seorang hafiz quran yang membantu anak-anak kecil di Masjid menghafal Al Quran.

Lihatlah pada tolak ansur agama ini di wajahnya dan pada kitab Allah di tangan kanannya.

Selepas hari beliau pergi ke Medan Rabiatul Adawiyah, setiap hari anak-anak ini datang bertanyakan perihal Umar Al Haridy di hadapan Masjid dan menanti-nanti kedatangannya untuk membantu mereka menghafal Al Quran lagi.



Dan pelbagai lagi kisah² yg menyayat hati...

Bukan tersentuh semata-mata kerana mereka dizalimi...
Tapi kerana kukuhnya keinginan mereka utk mati di jalan Allah
Dan Allah telah mengabulkan impian mereka

Mereka ini nyata sekali orang yg terpilih...


Ya Allah, aku juga mahu tercatat sebgai orang yg berjuang untukMu
Walau aku tahu... aku ini terlalu berdosa... terlalu hina.. terlalu teruk...

Perangaiku masih sgt menyedihkan
amalanku super kurang
aku masih banyak membuang masa
Masih banyak maksiat

Tapi ya Allah
Aku berdoa
aku memohon
Aku mengharap

Satu hari nanti... Kau kabulkan doa ku ini
Moga Aku tercatat dalam kalangan orang² yg syahid
Kerana berjuang utkMu

Kau bantulah aku membina imanku
Bantulah aku membina peribadiku
Bantulah aku membina diriku

Moga Aku satu hari nanti layak
Utk mati syahid di jalanMu





''Nafas kebenaran itu lebih panjang daripada nafas kebatilan, jangan sangka kami takut, tertekan atau ragu-ragu dengan kudrat tuhan kami".

"Kami akan kekal disini, dan jika dengan izinNya dicatat kematian untuk kami, maka kami akan mati sebagai syuhada, dan jika dicatat hidup untuk kami, maka kami akan hidup dengan merdeka"

"Aku akan kekal disini sehingga Dr Mursi kembali menjadi pemimpin, sehingga Mubarak kembali ke penjara, dan sehingga As Sisi dihukum gantung, hak-hak orang yang telah mati tidak akan disia-siakan, kami akan mati bersama mereka, tidak ada apa yang dapat mengalahkan orang yang mencintai kematian, dan kami cinta kepada kematian!"

Kata-kata Al-Haq sememangnya mempunyai graviti yg sgt dahsyat, bagaimana ia mampu terlahir?

Kekuatan, strategi, kekuasaan, pemerintahan mungkin mampu untuk mengawal jasad manusia. Tapi hati manusia yg tertarbiah, nyata sekali tidak akan tergugah dgn apa² gesakan fizikal. Kita sudah nampak dgn jelas siapa pemenang sebenar "permainan" ini...

Kalau pertempuran ini mengejar material, ya, Sisi mungkin bisa jadi pemenang
Tapi kalau 'goal' pertempuran ini ialah kekuatan dan kesatuan, keyakinan dan kepercayaan,
Sisi adalah 'loser' paling teruk

Kecuali semua yg berkumpul (50-60% penduduk Mesir) dibunuh/dihalau keluar/dirasuk hantu,
Mesir tidak akan pulang kepada pemerintahan toghut.

HasbunaAllahu wani'mal wakeel

Allahummansur Islama wal Muslimeen
Fi Misr, fi falastin, fi syiria, fi kulli makan, wa kulli zaman

Ayuhlah singa-singa Islam
Tanda apa lagi yg kau tunggu daripada Tuhanmu
Agar engkau akhirnya sedar, dan bingkas bangun dari lenamu

Sekaranglah masanya
Sudah berlalu masa rehatmu
Sudah tiada masa berlapang tangan

Ayuh!!

Wallahua'lam



 فَلَمَّآ أَحَسَّ عِيسَىٰ مِنۡہُمُ ٱلۡكُفۡرَ قَالَ مَنۡ أَنصَارِىٓ إِلَى ٱللَّهِ‌ۖ قَالَ ٱلۡحَوَارِيُّونَ نَحۡنُ أَنصَارُ ٱللَّهِ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَٱشۡهَدۡ بِأَنَّا مُسۡلِمُونَ
Maka tatkala ’Isa mengetahui keingkaran mereka [Bani Israil] berkatalah dia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk [menegakkan agama] Allah?" Para hawariyyin [sahabat-sahabat setia] menjawab: "Kamilah penolong-penolong [agama] Allah. Kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri
(3:52)


Friday, May 31, 2013

Kit Murobbi: Tarbiah Bil Ahdath



Dengan kuasa dan ketentuan Allah swt, dakwah yang pada suatu masa dahulu dimulakan oleh seorang Rasul, kini sudahpun tersebar ke seluruh dunia. Asalnya Baginda Ar-Rasul SAW memulakan dakwah ini, seperti yg kita baca dalam buku-buku dan yg kita rasai dalam nukilan² ayat Quran dan himpunan Hadith, dengan menyampaikan mesej Uluhiyyah kepada Allah. Totalitas menyerahkan seluruh jiwa dan raga pada Allah swt, Tuhan yang menciptakan dan menyempurnakan.

Kita saksikan ke'pekat'an tarbiah yang dilakukan Rasulullah, melalui produk tarbiahnya.

Bilal bin Rabah, hamba yg walau diseksa dengan dahsyat, masih tetap dengan "Ahad" nya.
Abu Bakr, yang infaqnya utk Peperangan Tabuk merupakan seluruh hartanya. Bahkan beliaulah yg banyak memerdekakan hamba yg diseksa semasa zaman Makkah.
Umar, dari musuh jadi pejuang setia, matinya dibunuh ketika solat. muhasabahnya luar biasa.
Mus'ab bin Umayr, sanggup meninggalkan kemewahan yg mengasyikkan, hinggakan beliau syahid dalam keadaan kainnya tidak cukup menutup seluruh badan.

Dan ratusan lagi contoh yang bisa membeliakkan mata dan mengalirkan air mata....

Kerana mereka semuanya produk yang luar biasa. Tadhiyah mereka pada dakwah ini cukup hebat sekali. Mereka ternyata beriman dengan ayat:

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (9:24)

Kisah Dhamrah bin Jundub

Ketika perintah hijrah diturunkan, terdapat sekelumpuk muslimin di Mekah yang tidak ikut berhijrah. Sebahagiannya kerana ketidakmampuan: uzur, tua, sakit, tidak ada upaya, dan sebagainya, manakala sebahagian lain kerana takut, berat, tidak sanggup tinggalkan perkara yg dicintai, dsb. Allah swt telah menurunkan satu ayat amaran yg sangat keras kepada golongan kedua, iaitu:

Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu? Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya? Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah Neraka Jahanam dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berupaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui satu jalan (untuk berhijrah) (4:97-98)

Ketika mendengar ayat ini, Dhamrah bin Jundub seolah terketar-ketar. Dia adalah seorang tua yg tidak mampu berhijrah, namun ketakutannya pada Allah mendorongnya utk terus berkata kepada anaknya, "Pikul lah aku, sesungguhnya aku tidak layak tergolong dalam golongan yg lemah, demi Allah aku tidak akan tinggal di Mekah walaupun satu malam"

akhirnya Dhamrah mati dalam perjalanan ke Madinah. Matinya dalam kemuliaan. Kemenangan yg cukup mahal. Dia telah menjual hidupnya demi Allah, dan Allah telah membelinya dengan syurga, spt firmanNya:

.....dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (4:100)

Bagaimana Mengulang formula tarbiah ini?

Para penggerak dakwah pasti mencemburui kepekatan penghayatan para sahabat. Bagaimana mereka mampu jadi se'obses' itu dengan Islam? Bagaimana mereka sampai begitu mahu memberikan segala-galanya untuk dakwah? Apa rahsianya? Apa resipinya?

Lagi-lagi pada ketika ini, kita membuka lapangan dakwah yang meluas, begitu banyak tuntutan daripada pelbagai medan. Dakwah kita bukan lagi dakwah yang sirri, tapi adalah dakwah yang jahriyy, cuba utk memercikkan cahaya Islam pada seluruh masyarakat. Berkongsi keindahan dan kemanisannya dengan semua. Tapi tentunya keluasan lapangan memerlukan kepekatan yg lebih luar biasa. Memerlukan kadernya yg lebih sanggup bekorban, lebih menjiwai dakwah, lebih merasai suka dan derita dakwah. Menangis dan ketawa kerana dakwah. Kita memerlukan rijal seperti ini, untuk menampung bebanan yang jauh lebih besar dari sebelumnya. Adalah satu 'suicide' untuk memikulkan bebanan yang berat pada kader yang belum rela menjual seluruh dirinya utk dakwah, kerana nauzubillahimindhalik, boleh jadi keduanya akan saling membenci, kader tadi akan benci pada dakwah, dan dakwah akan serik dengan lemahnya komitmen kader begitu.

Maka para murobbi perlu lebih pantas, perlu lebih cekap dan perlu lebih peka. Tunjang pentakwinan perlu kemas, perlu jelas dan perlu kukuh. Asas pembinaan kekuatan dakwah adalah tarbiah, adalah murobbi. Kalau murobbinya ala kadar, maka saksikanlah kehancuran dakwah satu persatu. Kalau murobbinya main-main, maka dakwah juga hanya akan sekedar menjadi satu jenaka. Murobi perlu menjadi agen tarbiah yg peka dan kreatif. Seandainya murobi sendiri sudah melonggarkan segala perkara, apa yg kita harapkan pada mutarobi?

Meningkatkan mutu tarbiah

Apabila kita bedah permasalahan tarbiah, satu perkara yg sering kita jumpa ialah:

...kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (22:46)

Banyak keadaannya, bukan tidak tahu, tetapi tidak merasai.
Bukan jahil akal, tapi jahil hati.

Liqa' usari yang dibawa banyak sekali membahaskan tentang ilmu. Ayat-ayat quran ditadabur. Hadith-hadith dihurai. Tapi tidak memercikkan api keimanan.

Apakah kerana ayat quran kini tidak lagi valid? Ataukah hadith kini makin kering?
Mustahil! Manhaj ini diturunkan Allah swt dengan jaminan 'relevan' hingga akhir zaman. Mustahil manhaj ini menjadi lapuk dan tidak lagi sesuai.

Mungkinkah... Masalahnya jatuh pada liqa' usari yang hanya berhenti pada akal, tetapi tidak pecah pada hati?

Cuba antum bayangkan... sekiranya dakwah yang diseru oleh Rasul SAW hanya berlegar tentang ayat-ayat quran dan hadith.. Baginda datang berjumpa dengan sahabat dan bercerita itu dan ini.. Apakah ianya bisa menjadi relevan? Hanya sekedar membaik dan membaik, tanpa tujuan. Para sahabat yang sibuk dengan pelbagai urusan, tiba-tiba nak didatangi dengan ayat quran yang takde apa-apa kaitan sgt dengan kehidupan mereka. Bagaimana hati ingin celik dan terkesan?

Kreativiti: Tarbiah bil Ahdath(tarbiah melalui peristiwa)

Disinilah perlunya kreativiti murobi...

Risalah Al-Quran turun dengan susunan Allah swt, mengikut peristiwa yang berlaku..
Apabila terjadi Perang, maka ayatnya menceritakan tentang perang..
Apabila terjadi perdebatan, ayatnya tentang isi perdebatan..
Apabila terjadi apa pun, tarbiah berjalan dengan memanfaatkan peristiwa tersebut.

Misalannya... bagaimana Rasulullah SAW ingin mentarbiah tentang nilai tajarud, nilai niat dan nilai ikhlas?
Ketika perisitwa Hijrah, Rasulullah SAW bercakap tentang hadith Niat.
Menyentuh langsung tentang niat orang yg hijrahnya kerana perempuan. Menyentuh langsung orang yang niat hijrahnya kerana dunia. Mereka akan mendapat apa yang mereka mahukan. Sedangkan orang yg hijrahnya kerana Allah dan Rasul, akan mendapat keredhaan Allah dan Rasul, yang nilainya jauh melepasi segala yg mampu diimaginasi akal fikiran. Maka jiwa para sahabat pun bergetar, terasa dekat hadith ini. Muhasabah dan evaluasi terus menguasi fikiran mereka: "benarkah aku hijrah kerana Allah dan rasul? jika tidak, aku hanya akan bekorban isi dunia, dengan isi dunia, sedangkan aku punya peluang berjual beli isi dunia dengan akhirat yg abadi."

Ketika para sahabat sibuk dengan urusan jual beli di pasar... Rasulullah SAW pun bercerita tentang bangkai kambing dan nilai dunia. Secara terus membuat perbandingan kesibukan harian para sahabat itu umpama sibuk berebut mendapat sesuatu yang tidak ada nilai. Lantas membuka hati untuk berfikir, "berbaloikah aku mengejar dan bersibuk tentang hal-hal ini?"

Pada awal dakwah baginda, yang diceritakan adalah tentang aqidah...
ayat-ayatnya langsung 'direct' tentang kehidupan masyarakat arab ketika itu.

Budaya Jahiliah: Anak perempuan yang ditanam hidup-hidup
Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: Ditanya. (8) Dengan dosa apakah dia dibunuh? (9) Dan apabila surat-surat amal dibentangkan. (10) Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya. (11) Dan apabila Neraka dinyalakan menjulang. (12) Dan apabila Syurga didekatkan. (13) (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya. (14) (81:8-14)

Kisah Abu Lahab yang dikutuk Allah dalam Al-Quran
Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama; (1) Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. (2) Dia akan menderita bakaran api Neraka yang marak menjulang. (3) Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. (4) Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal. / (5) (111:1-5)

Dan banyak lagi... Kisah Abrahah dalam Surah Al-Fil, kisah dalam surah Quraisyh, Fathul Makkah dalam An-Nasr, etc.

Semua ayat Quran dan Hadith datang mentarbiah mengikut keadaan semasa, situasi, masa, tempat.
Peringatan yang datang 'kena' pada suasana.
Amaran yang 'related' dengan kehidupan dan harian yg dilalui
Teguran yang 'direct' tentang peristiwa yang sedang berlaku

Maka Para Murobi harus juga berfikir dengan kerangka yang sama, memberikan tarbiah agar ia 'kena'  dengan kehidupan mad'u. Tepat dengan keperluan dan kehendaknya, berdasarkan keadaan dirinya. Apa yang dialaminya. Apa yang dirasainya. Peristiwa apa yang berlaku ke atasnya.

Disinilah perlunya kepekaan terhadap persekitaran dan peristiwa. Dan kebijaksanaan menyampaikan materi. Bagaimana peristiwa semasa, berita-berita yg terdapat dalam surat khabar misalannya, yang menjadi tarikan mad'u digunakan utk menyampaikan risalah. Menggunakan tragedi yang dilalui mad'u utk mendekatkan dirinya pada Allah.

Contohnya, ketika berlaku pergaduhan antara mad'u dan temannya, kita gunakan isu ini utk capai ahdaf yang ditetapkan. ketika musim baru berkenalan, baru menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, kita gunakan peristiwa ini untuk mindset yang sesuai. Semuanya perlu dimanfaatkan utk dakwah.

Bukan sekadar menghafal materi daripada buku untuk diluahkan. Tidak, itu bukan tarbiah!

Sekiranya itu yang berlaku, maka ianya umpama bercerita tentang kaedah jual beli Islam, pada seorang yang sedang sedih meratapi kematian saudaranya. Umpama bercerita tentang kaedah pewarisan harta Islam kepada seorang yang baru menikah. Bagaimana kita ingin mereka menjiwai seruan ini, kita ingin mereka bersama dalam perubahan islah ini, sekiranya yang disampaikan pada mereka terlalu berbeza dengan masalah/kehidupan/keadaan yang mereka lalui sehari-hari?

Masalah: Tidak ada idea/peristiwa yang sesuai untuk mencapai hadaf yg dirancang

Antara qodoyah yang sering dikongsikan, ialah tiadanya peristiwa yang sesuai untuk menyampaikan hadaf tertentu. Para Murobi buntu dan menjadi kusut.

Kadangkala para murobi terlalu khusus tentang apa yang ingin dicapai. Lantas hanya menyempitkan ruang tarbiah pada sudut-sudut tertentu, tanpa melihat dan memahami keseluruhan kehidupan mutarabbi.

Mutarobi kita bukanlah robot yang perlu diprogram mengikut apa yang kita rasakan terbaik untuknya

Mereka adalah manusia yang sama seperti kita, yang telah disusun hidupnya dengan sebaik-baik oleh Allah swt. Mereka punya daya fikir, punya hati dan perasaan. Maka tarbiahlah mereka seperti seorang manusia juga

Perhatikanlah setiap perisitwa yang menimpa mutarobi kita. Pastinya peristiwa² yang berlaku dalam kehidupan seharian punya hikmah yang besar untuk kita dan mereka. Kembangkan horizon tarbiah, pandu mereka menuju Allah. Kaitkan segala yg berlaku dengan ALlah, perlahan-lahan berpindah dari satu tahapan tarbiah menuju yang seterusnya. Dari mengenal kekuasaan Allah, kepada mengaku dan merasainya, dan kemudian perlahan-lahan kepada menyedari dan seterusnya menyedarkan pula manusia lainnya.

Murobi Agung adalah Allah swt

Selalu kita terlupa, bahawa yang inginkan kebaikan kepada mutarobi kita, bukanlah diri kita sahaja. Tetapi Tuhan Yang Maha Penyayang, itu jauh lebih menginginkan kebaikan buat mutarobi kita. Peristiwa yang Allah susunkan untuk semua manusia, pastinya adalah yang terbaik untuk mendekatkan diri masing-masing kepada Allah. Pasti terkandung hikmah yang cukup sesuai dengan keperluan dan keadaan diri kita. Firman Allah:

...Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (3:191)

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? (23:115)

Tidak ada peristiwa yang Allah susunkan utk kita sia-sia. Maka, mengapa para murobi ingin mensia-siakannya setelah mutarobi tadi gagal memperoleh ibroh dari susunan kehidupannya? Seharusnya, Murabbi itulah yang membelek lembaran pengajaran daripada tragedi yang berlaku, agar bisa menghidupkan jiwa mutarabbi. Takkanlah apa yang Allah susun itu tidak punya tujuan...

Kita perlu yakin dan percaya, Allah itu sendiri sudah menyusun yang terbaik buat hamba-hambaNya. Maka tugas dan kerja kita, hanyalah untuk menyambung peristiwa-peristiwa yang dirasai mad'u agar bisa membuatnya celik hati dan mahu meningkat sesungguh-sungguhnya. Jangan bazirkan peristiwa yang telah Allah susunkan, hanya dengan alasan tidak tahu mengaitkannya dengan Islam. Jangan pula sekadar mencurahkan kembali materi daripada buku, dengan harapan ianya dapat membantu hati yang keliru.

Allah bersama Kita

Kerja dakwah ini adalah kerja membawa manusia kepada Allah. Kerja yang tinggi derajat dan kemuliaan disisi Allah. Kerja para kekasih Allah. Pastilah Allah terlalu ingin membantu kita melaksanakan kerja ini. Pastilah Allah akan menghantar para malaikat yang memakai tanda, seperti yg terjadi dalam Perang Badr. Pastilah Allah akan mengirim hujan yg menenangkan untuk membantu pasukan Islam.

Maka.... Sekiranya Allah bersama kita, pastilah Dia akan menyusun hidup kita dan mutarobi kita, agar dakwah yang kita seru itu 'kena' dengan mereka. Agar peristiwa yang mereka lalui itu jelas hikmahnya. Agar kesenangan/kesusahan/ujian/malapetaka yang kita rasai itu, dekat untuk kita tadabburkan dengan sirah dan Al-Quran. Pasti, Allah akan memudahkan hati-hati yang ikhlas ini merasai kebenaran, lantas menyampaikannya dengan penuh kekuatan.

Kejelasan perkara ini akan membawa kepada kesungguhan dan ketundukan kita pada Allah. Kerana apa pun yang kita seru, yang memegang hati manusia itu Allah. sekiranya Dia ingin memberi hidayah, maka tiada siapa yang dapat mneyesatkan, tetapi sekiranya dia ingin menyesatkan, maka siapa yang berkuasa memberi petunjuk selainNya?

Jadi... Para Murobi sekalian, banyakkanlah berfikir, dan banyakkanlah berbincang, tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku. Semuanya adalah tarbiah buatmu, dan buat mutarabimu... Tarbiah Islam ini menghidupkan kita untuk hidup, bukan menghidupkan kita untuk menjadi buku... Kemaskanlah tarbiah, binalah para mujahid dakwah yang siap menginfaqkan seluruh hidupnya demi Allah, yang tidak langsung kenal erti alasan dan rungutan, kerana jiwa mereka sudah merasai kemanisan kehidupan yang tidak ada tandingan...

Percayalah pada Allah, Dia pasti akan memberi pertolongan yang di luar jangkaanmu.. Pertolongan yang akan hanya meyakinkan lagi dirimu untuk beriltizam dengan ad-deen ini.. Dan yakinlah, dengan usaha yang berterusan, pergantungan yang tinggi pada Allah, mujahadah yang ikhlas, adalah formula pentarbiahan yang pekat. InshaAllah, kita akan berjaya menghasilkan generasi yang tajarud dan all-out seperti zaman terdahulu.

Wallahua'lam

Wassalam





Sunday, April 28, 2013

Pertolongan Allah



Alhamdulillah.. syukur sangat.
ternyata sekali, Dia berkuasa penuh untuk lakukan apa sahaja yang Dia inginkan
Dan pada masa ini, aku terduduk bersyukur, menghitung banyaknya nikmat dan kesenangan yang Dia berikan padaku.

Banyak kesukaran yang ALlah telah keluarkan aku daripadanya.
Masalah² yang ALlah ilhamkan penyelesaiannya.
Semoga semuanya adalah yg terbaik...

Percayakah kita, bahawa Allah sangat-sangat nakkan kebaikan pada diri kita?

Betul... seriyes nih.

Dia hanya meminta kita untuk melakukan sedikit kebaikan, dan selebihnya, dia akan bantu dan guide kita. Dia akan mudahkan, ringankan badan kita, support dan timbulkan keinginan kita.
Syarat pertama, dia mintak kita start dulu.

Kalau kita merasakan susah dalam nak buat satu² amal.. rasa liat, rasa berat, rasa x suka.
Cuba perhatikan ayat ini...


إِنَّ ٱلَّذِينَ تَوَلَّوۡاْ مِنكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡتَقَى ٱلۡجَمۡعَانِ إِنَّمَا ٱسۡتَزَلَّهُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ بِبَعۡضِ مَا كَسَبُواْ‌ۖ وَلَقَدۡ عَفَا ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ۬ 
Sesungguhnya orang-orang yang berpaling di antaramu pada hari bertemu dua pasukan itu, hanya saja mereka digelincirkan oleh syaitan, disebabkan sebagian kesalahan yang telah mereka perbuat [di masa lampau] dan sesungguhnya Allah telah memberi ma’af kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. (3:155)

Kenapa rasa berat dan susah? sebabnya, Allah yang bagi kita rasa macam tu, Allah benarkan syaitan menggelincirkan kita dan Allah x protect kita. Sebabnya, dosa-dosa lampau yang kita lakukan... Kalau x, ALlah memang akan lindungi dan jaga kita punya lah!

Cuba tengok kisah Nabi Yusuf....


وَلَقَدۡ هَمَّتۡ بِهِۦ‌ۖ وَهَمَّ بِہَا لَوۡلَآ أَن رَّءَا بُرۡهَـٰنَ رَبِّهِۦ‌ۚ ڪَذَٲلِكَ لِنَصۡرِفَ عَنۡهُ ٱلسُّوٓءَ وَٱلۡفَحۡشَآءَ‌ۚ إِنَّهُ ۥ مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُخۡلَصِينَ
Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud [melakukan perbuatan itu] dengan Yusuf, dan Yusufpun bermaksud [melakukan pula] dengan wanita itu andaikata dia tiada melihat tanda [dari] Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang Ikhlas (terpilih).
(12:24)

Itulah realitinya.. Kalau kita benar-benar menjaga diri kita, tatkala kita nak buat dosa pun, Allah akan palingkan diri kita daripada berbuat kemungkaran. Hebat dan sayangnya Allah pada orang-orang yg betul ikhlas nih. Bayangkan, kita nak buat dosa, ada je benda yg ALlah datangkan untuk sukarkan kita buat dosa. Best tak kalau macam tu?

Nak tengok movie masa housemates lain xde kat rumah, tuptup, internet takde.
Nak pinjam hardisk kawan nak copy cerita korea, tiba-tiba usb drive rosak.
Nak duduk mengumpat pasal orang, tiba-tiba pening kepala dan nak tido.
Nak ponteng usrah, nak skip dauroh, tiba-tiba .... ada je benda yg jadi, kita tak boleh nak lari.

Rasulullah SAW pun, kan ada sekali nak pg ke pesta, tapi Allah takdirkan Baginda SAW tertidur di pertengahan jalan? Haa..! Itulah buktinya, kalau betul kita ni ikhlas dan Allah akui keikhlasan kita, maka pastilah Dia akan jaga dan susun hidup kita punyalah!

Inilah tandanya, ALlah sedang menolong kita.. Dia memilih kita berkali-kali, dia jaga kita, dia tolak segala perancangan buruk kita dan gantikan dengan ketentuan yang baik. Pernah jadik tak perisitwa macam ni? Haa... cuba ingat balik.. tak ke segan plus malu bila Allah dah pilih dan tolong kita macam tu, tapi kita still tak appreciate, still x all-out untuk balas kebaikan ni?
adoi.. apa la nak jadi dgn kita ni kan?

On the other side.. cuba fikir pulak..
bila kita nak buat jahat, peluang buat jahat tu macam terbukak luas-luas.
senang pulak.
Nak tengok bola, tiba-tiba roomate takde, line clear.
Nak skip kelas, tiba-tiba bilik air rosak so alasan untuk skip storng, sedapkan hati pun senang
Nak tipu mutabaah amal, tiba-tiba macam solid pulak reason yang keluar dari mulut
Nak sound sorang ikhwah sebab tak puas hati, tiba-tiba ikhwah tu buat silap, lampu hijau nak fire dia.

Pernah jadik macam ni pulak ke?
Senang je nak buat jahat.. senang dan menarik, plus ada jaminan takkan kantoi pulak nak buat jahiliyyah. ''berjahiliyyah dengan tenang dan gembira''. pernah ke?
Kalau yer...

وَأَمَّا مَنۢ بَخِلَ وَٱسۡتَغۡنَىٰ
Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup
وَكَذَّبَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ
serta mendustakan pahala yang terbaik,

فَسَنُيَسِّرُهُ ۥ لِلۡعُسۡرَ
maka kelak Kami akan menyiapkan/menyenangkan baginya [jalan] yang sukar.

(92:8-10)

Astaghfirullah...

Boleh jadi, mudahnya kita berbuat jahat, berlaku fasik, jahiliyah dalam diam, adalah kerana Allah bukak jalan untuk kita jadi jahat besar-besar. Sebab kesalahan dan dosa-dosa kita. Sebab kita macam dah pilih nak jadi jahat, jadi Allah tolong kita betul² jadi jahat.

Boleh jadi.. depan manusia kita macam rahib. macam ustaz. murabbi agung. contoh qudwah bagai.
tapi belakang manusia.. kita la tokey movie
kita la raja bola
kita la mamat korea
kita la macam-macam benda lagho dan jahiliyah lain. dan kita seronok, sebab boleh buat semua benda2 ni, tanpa kantoi, senyap² je.. Hoi, ketahuilah, Allah itu maha melihat. Dia tahu apa yang dijahrkan, dan apa yang tersembunyi.

Macam mana nak betulkan semua ni?

macam awal² tadi la.. mulakan dulu langkah pertama. Start! You need to start doing things. Start the change. kayuh pedal beskal tu. The rest will get His support. Dia akan tolong yang lain. seperti firmanNya:

فَأَمَّا مَنۡ أَعۡطَىٰ وَٱتَّقَىٰ
Adapun orang yang memberikan [hartanya di jalan Allah] dan bertakwa, 
وَصَدَّقَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ
dan membenarkan adanya pahala yang terbaik [surga],
فَسَنُيَسِّرُهُ ۥ لِلۡيُسۡرَىٰ
maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah.
(92:5-7)


Jadi.. when you want to change, you want to improve yourself, you want to do things, stop being worried. Just plan, then START! InshaAllah, kalau betul kita sungguh², ikhlas, Dia akan berikan pertolongan. Dia akan tunjukkan jalan. Dia akan beri segala-galanya..

Percayalah

Jommmmmm
Kita beramal~~~

Wallahua'lam



Friday, April 12, 2013

Thiqoh Pada Allah



Ada masa-masa dalam dakwah
Selepas kita penat memerah segala kudrat
Kita luangkan masa, fikiran, tenaga, malah duit kita
Untuk perjuangan ini, untuk menyampaikan risalah suci pada sekalian manusia
Tiba-tiba...
Yang dirancang tak menjadi
Yang tak terduga pula yg mendatang

Apakah pada kala itu, bibir-bibir kita mengucap rasa kesal dan kecewa?
Pada siapa kecewa itu kita sandarkan?
Apakah kita menuding jari pada Rabbul Jalil?
Apakah kita merasakan, Aku sudah lakukan segalanya, mengapa Allah datangkan lagi kesusahan?

Ikhwah...
Astaghfirullah...
Moga Allah ampunkan kegopohan dan kejahilan kita

Ingatkah kita akan Al-Badr,
tatkala segala kepenatan dan kesusahan yang dilalui Ar-Rasul dan para sahabat
Mereka diuji bukan main dahsyat
Mereka mendapat kesengsaraan, ujian demi ujian
Diboikot, makan rumput, dan macam-macam lagi
setelah 'masterplan' hijrah terlaksana
Mereka sangkakan... kemenangan telah tiba
Kemudian datang Al-Badr... berhadapan 3 kali ganda tentera lengkap senjata

Apakah mereka mencela takdir Allah?
Apakah mereka keluh kesah
merungut dan mengomel?

Tidak ikhwah...
Mereka berpegang pada thiqoh yg berikan pada Al-Ilah
Kepercayaan total
Kerinduan
Kecintaan
Kethiqohan
yang tiada tolok banding

Thiqohkah kita dengan Allah?
Bahawa Dia akan menunaikan janji-janjiNya?
Bahawa Dia benar-benar sayang dan cintakan hamba-hambaNya?
Bahawa Dia Maha Adil, Maha Berkuasa?

Thiqohkah kita dengan Allah?
Bahawa takdirNya adalah benar-benar yg terbaik
Dia telah menyusun segala-galanya,
Untuk kebaikan kita, kebaikan dakwah, bahkan kebaikan seluruh alam buana
Percayakah kita?

Tadi dalam halaqah.. ada seorang ikhwah berkongsi:



مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِىٓ أَنفُسِكُمۡ إِلَّا فِى ڪِتَـٰبٍ۬ مِّن قَبۡلِ أَن نَّبۡرَأَهَآ‌ۚ إِنَّ ذَٲلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌ۬ (٢٢) لِّكَيۡلَا تَأۡسَوۡاْ عَلَىٰ مَا فَاتَكُمۡ وَلَا تَفۡرَحُواْ بِمَآ ءَاتَٮٰڪُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٍ۬ فَخُورٍ

Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan [tidak pula] pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab [Lauh Mahfuzh] sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (22) [Kami jelaskan yang demikian itu] supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri(23)

(Al-Hadid, 57:22-23)

Apa² pun yang luput, hilang, berkecai daripada tangan kita...
Jangan pernah rasa berduka cita
Kerna semuanya sudahpun tertulis
Sudahpun ditetapkan
Sudahpun ditentukan
Oleh Yang Maha Bijaksana
Dalam mengatur sebaik-baik aturan kehidupan

Maka, percayalah
Thiqohlah
Semuanya dalam jagaanNya
Dia akan memelihara semuanya

Tugas kita,
Hanyalah mengutip sisa-sisa amal
Yang mampu kita persembahkan
Buat bekal
Moga mendapat keredhaanNya
Di hari kemudian

Kerna apabila kita thiqoh... Kita mula mempercaya..
Dan apabila kita mempercaya.. Kita mula redha dan menerima
Lantas terbangunlah sebuah azam
Kekuatan dan kesungguhan
Untuk meneruskan
Ghazwah panjang yang belum selesai

Berhentilah mengeluh
Berhentilah... kerana keluhan mu itu entahkan layak atau tidak
Sedangkan peperangan masih berlangsung
Tangisan sang kader yang kebudak-budakan
Merimaskan malah menghairankan

Thiqohlah,
Tadahlah kedua tanganmu
Umpama tadahnya tangan ar-Rasul meminta pertolongan sebelum Al-Badr
Sungguh-sungguh, bahkan hingga terjatuh selendang Baginda
Kemudian
teruskanlah amalmu
Dia sedang menunggumu dengan janji-janjiNya


Wallahua'lam

Mohd Aqmin
London

Friday, March 22, 2013

Membina Generasi QS



Apabila kita membuka pintu dakwah seluasnya, kita menjemput semua manusia untuk melihat keindahan Islam, dan sama-sama menyertai usaha dakwah yg kita serukan...

Kita menjemput yg kuat, tahan lasak, cita² tinggi, dalam masa yg sama kita juga menjemput yg lemah, fragile, dan lebih selesa dengan hidup yg aman tenteram..

Mereka semuanya kita menjemput untuk bergabung dengan dakwah, dan kita merasakan ianya satu kejayaan..

Benar, ia adalah satu indikator luasnya capaian dakwah, posisi yg sgt baik untuk terus menyampaikan Islam ke seluruh pelusuk kota, menyebarkan risalah cinta dari Tuhan yg Maha Pencinta... Dan kita serlahkan rahmat yg terkandung di dalamnya..

Akan tetapi... awas lah! berwaspadalah!
Sekiranya peluasan ini berlaku tanpa pembinaan kumpulan teras yg berjuang di dalamnya.

Perhatikanlah pementasan yg dilakukan Allah azzawajalla bagi mendidik kita dalam melaksanakan dakwah...
Perhatikan interaksi antara proton dan elektron dalam satu² elemen.. Tidakkah kita dapati, elektron itu sangat mudah berlaku khianat dan meninggalkan posisinya? Tidakkah kita dapati, semakin besar proton, semakin kuat dan bertambah bilangannya, maka semakin banyaklah elektron yg mampu dikawalnya? Semakin bertambah elektron yg mengorbitnya..?

semakin besar proton dan neutron, semakin 'ramai' elektron yg bakal mengorbit mereka


Demikianlah, apa yg sedang berlaku dalam dakwah hari ini...
Benar sekali, kita ingin menyerukan dakwah yg merupakan rahmatan lil alamin ini kepada semua.. Kita ingin sekali seluruh manusia merasai kelazatan Islam, keindahan dan kewibawaannya.. bahkan kita terlalu ingin ini berlaku, supaya seluruh perintah² Allah dapat ditegakkan, tugas khalifah kita dapat terlaksana dengan jayanya..

Namun pengajaran dari alam seringkali cuba membisik,
sekiranya kumpulan teras itu tidak cukup gravitinya, maka percayalah, dengan begitu mudah segala objek yg mengorbitnya sekelip mata bakal meninggalkan pusaran itu.. Kita tidak akan mampu menghalangnya daripada tergelincir dari orbitnya.. kerana saja, tarikan dan kekuatan yg kita ada tidak cukup untuk menampungnya..

Tanpa kumpulan teras ini, realitinya semua 'elektron' td tidak mempunyai apa² hubungan mahupun keterikatan untuk terus berlegar disekeliling fikrah ini.. Mereka tidak perlu, malah mungkin saja akan hilang minat dan keinginan untuk terus berlegar disitu.. Kecuali, kumpulan teras ini kukuh, dan mampu memusatkan graviti supaya semuanya beredar mengelilinginya

Kumpulan teras inilah yg dinama Qaidah Sulbah
Tulang belakang kepada satu² kumpulan
Sekiranya ia tidak wujud, maka akan kucar-kacirlah segala 'elektron' yg ada disitu
Ia adalah kunci kepada tansiq(penyatuan),
bahkan ia-lah titik mula kepada manhaj taghyir yg kita serukan

Jadi dalam mana² keadaan sekalipun...
Jangan sekali² kita lupa tentang QS ini..
Tidak kira betapa besar dan betapa luasnya capaian dakwah
Tetapi pembinaan dan pengkaderan QS harus menjadi
Adanya masalah pada bahagian ini, bakal mengundang ribuan bahkan jutaan masalah lain

Kerana itulah, fasa ikhtiyar itu perlu berlaku dengan teliti...
sangat teliti
Anasir² yg kuat harus dipilih dan ditakwin dengan keras
Pembinaan mereka harus rapi dan kemas
Mereka perlu dibina dengan pembinaan yg luar biasa
Dan tentu sekali tidak sama seperti pembinaan yg kita susunkan untuk orang lain
Mereka harus mendapat 'sentuhan' yg jauh lebih pekat
Mereka harus diuji dan diuji, agar mereka menjadi semakin kuat dan semakin pekat...

Seperti makna perkataan 'fitnah'
yang mana emas dibakar dengan api yg sangat panas...
Yang disemburkan dengan gelojak yg membara, hinggakan suhu mencapai tahap yg sangat tinggi
semata-mata untuk memastikan emas tadi adalah emas yg tulen..
untuk memastikan, apa² yg bukan tulen dibakar lesap, dan yg tinggal hanyalah emas tulen berkualiti tinggi
Itulah QS, yg perlu dibakar dan dipanggang, di uji dan di uji..

Itulah metod pembinaan QS..
yg tinggal daripada pembinaan ini
adalah QS yg tulen, yang sanggup memikul apa sahaja
Yang sanggup mengorbankan apa sahaja
Yang berfikiran besar, mampu menilai setiap situasi
Tenang dalam membuat perancangan
Tetapi tenangnya tetap penuh dengan semangat dan amal
Dan cita²nya cukup besar bagi mengisi setiap manusia di dalamnya...

Dengan wujudnya kumpulan berkualiti tinggi ini...
Maka capaian dakwah akan menjadi jauh lebih luas
Kerana teras kepada gerakan ini bertambah kuat
dan segala anasir lain pasti akan mengorbit kelilingnya..

Maka sekiranya kita inginkan capaian dakwah yg luas
Jangan sekali² kita lupa,
QS ini adalah kumpulan yg perlu kita bina
Dengan sungguh², usaha keras dan tanpa putus

Namun sekiranya kita terpedaya dengan bilangan² yg besar
Kita tertipu dengan kuantiti yg menimbun²
Dan kita menyangkakan dakwah bertambah kuat,
dan kita jadikan kuantiti itu sebagai ukuran tahap kemampuan menanggung beban..
Maka saksikanlah satu persatu 'elektron' pergi meninggalkan kita
dan tentu sekali, setiap elektron yg pergi, akan menghasilkan 'letupan' reaksi yg memedihkan
hanya kerana kita terlalu ingin mengejar bilangan dan angka

Maka kemaskanlah tarbiyyah...
Periksalah binaan² kita
siapakah yang sesuai dimasukkan dalam api yg bergejolak
Untuk dibina sebagai QS yg bakal membuka pintu² kejayaan yg lebih besar
InshaAllah

Wallahua'lam



Mohd Aqmin
London


Friday, March 1, 2013

Otak Kamu tengah relaks!



Kisah Fitnah Imam Ahmad

Pertamanya... Imam Ahmad merupakan seorang yang thiqoh, baik dari ilmu-ilmu yang diajarkannya, mahupun peribadi dan tindakannya..
Buku Al-Muntalaq banyak meng-quote- Imam Ahmad, kerana kisah dan nukilannya, terlalu banyak pengajaran, dan sangat berpotensi untuk menjadi ''pembakar'' semangat para daieyah yang cuba untuk sama-sama mengikuti jejak langkah para Awwalun..

Pemahaman Golongan Mu'tazilah yang menyifatkan Al-Quran sebagai makhluq belum berani untuk ''hidup'' terang-terangan pada masa khilafah Al Mahdi, Ar-Rasyid dan Al Amin, malah Ar-Rasyid pernah mengancam akan membunuh tokoh Mu'tazilah yang mengatakan bahwa Al Qur’an adalah makhluq. Namun dia terus bersembunyi pada masa khilafah Ar-Rasyid, setelah Khalifah wafat, barulah dia menampakkan kebid’ahannya dan menyeru manusia kepada kesesatan ini.

Di masa khilafah Al Ma’mun, orang-orang Mu'tazilah berjaya meyakinkan khalifah untuk menjadikan pemahaman Mu'tazilah sebagai ajaran rasmi negara. Kiranya, satu negara tu ikut pemahaman Bid'ah Mu'tazilah, yang memberatkan isu-isu aqidah, etc. Khalifah turut memaksa seluruh rakyatnya untuk mengatakan bahwa Al Qur’an makhluk, terutama para ulamanya. Barangsiapa yang menuruti dan tunduk kepada ajaran ini, maka dia selamat dari siksaan dan penderitaan. Bagi yang menolak dan berdegil dengan mengatakan bahwa Al Qur’an Kalamullah bukan makhluk maka dia akan dipenjarakan, disebat dan berbagai bentuk siksaan lain.

Karena beratnya siksaan dan parahnya penderitaan banyak ulama yang tidak tahan, akhirnya mereka pun mengucapkan apa yang disuruh oleh penguasa zalim. Ramai yang mengambil ''jalan rukhsah'', kerana menyatakan di lisan dan bukan terima di hati masih 'ok'. Tapi, Imam Ahmad sangat berkeras, dan beliau sangat kecewa dengan sikap2 seperti itu, antara kata beliau: “Bagaimana kalian menyikapi hadits “Sesungguhnya orang-orang sebelum Khabbab, yaitu sabda Nabi Muhammad ada yang digergaji kepalanya namun tidak membuatnya berpaling dari agamanya”. HR. Bukhari 12/281. lalu beliau menegaskan, 



“Saya tidak peduli dengan kurungan penjara, penjara dan rumahku sama saja”.

Cuba perhatikan pula petikan daripada Al-Muntalaq dibawah:


Ahmad bin Daud Abu Said al-Wasiti telah berkata:  

“Aku telah masuk ke dalam penjara untuk menemui Imam Ahmad bin Hanbal 
sebelum beliau di sebat. Aku berkata kepadanya, “Wahai Abu Abdullah (gelaran Imam Ahmad), engkau ada keluarga, engkau ada anak-anak kecil. Engkau diberi keuzuran oleh syarak (boleh mengambil rukhsah)”  
Rupa-rupanya kata-kataku itu  memudahkan padanya untuk menjawab. 
Maka berkata Imam Ahmad kepadaku: 
“Wahai Abu Said, kalau beginilah cara fikirmu, engkau sebenar telah berehat.”


Demikianlah.... Para Awwalun telah meletakkan satu standard yang tinggi untuk kita kejar.. Mereka tidak ''relaks'' dan mengikuti flow yang ada.. Tetapi, mereka mengerah untuk berfikir, apakah cara dan celah-celah yang boleh mereka beramal dan mengubah ''masalah/kekangan'', agar semuanya menguntungkan Islam dan dakwah.

Apabila masalah datang.. ia tidak menjadi asbab untuk kita ''memaafkan kedhaifan diri kita''... apabila tiba ujian, mehnah, tidak ''mengizinkan kita untuk menjadi slow''...

masalah mmg ada banyak

ada masalah studi, ada masalah kerja, ada masalah famili, ada masalah kekasih lama, ada masalah kewangan, ada masalah hati, ada masalah ukhuwah, ada masalah anak-anak, ada masalah itu ini itu ini. the list goes on and on.

tp bak kata orang...

"hanya ikan yg mati sahaja yg akan mengikut 'flow'@arus lautan"...

Jadi... boleh ke, sebab xde duit, kita cakap, xleh g usrah?

xde kete tak boleh pg df?

kerja tension xleh fokus dauroh?

mungkin boleh, kalau kita mengambil jalan rukhsah.. tp kalau kita jumpa Imam Ahmad, sila lari laju2, sebab kalau x nanti dia akan cakap

"adakah otak kamu tengah relaks?"

Wallahua'lam


Mohd Aqmin
Bangi

Tuesday, November 13, 2012

Bukannya gila pon...




Firman Allah SWT:
 مَآ أَنتَ بِنِعۡمَةِ رَبِّكَ بِمَجۡنُونٍ۬ (٢) وَإِنَّ لَكَ لَأَجۡرًا غَيۡرَ مَمۡنُونٍ۬
berkat ni’mat Tuhanmu kamu [Muhammad] sekali-kali bukan orang gila. (2) Dan sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang besar yang tidak putus-putusnya. (3)
(Al-Qalam 68:2-3)


“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.

Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.

Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.

Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.

Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

-Ustaz KH Rahmat Abdullah.

Wallahua'lam

Mohd Aqmin
London

*dalam kekusutan menyusun segala kewajipan dan tanggungjawab. Moga ini lah tarbiyyah terbaik untukku.




Friday, October 26, 2012

Basiroh



Hari demi hari berlalu, jam di dinding tidak pernah berhenti berdetik.. Roda masa terus berputar tanpa sejenak berpaling..

Muhasabah demi muhasabah
Renungan demi renungan
keluhan demi keluhan
sayu...
pilu...

Sampai bila nak statik? seminggu? sebulan? 6 bulan? setahun?

Sampai bila nak terluka?

Sampai bila???

Masa tidak akan berhenti macam kita ni.. bila down berhenti..
Kita sakit? Kita hancur? Hatta kita mati sekali pun, roda masa takkan berhenti meratapi pemergian kita..

Sebab itulah, dasar pondasi dakwah ini, ialah ila Allah.
Matlamat yang satu. Jelas.

Ribut, Taufan, Halilintar...
Semua mmg telah dijanjikan akan ''melawat'' kita sepanjang perjalanan ni...
Tinggal sahaja, untuk kita ''sedar'' masa diorang datang, supaya tak terbuai dek kesedihan..
Tak luntur dengan rayuan dunia.. Dengan goncangan perasaan..

Dakwah tak pernah akan berhenti, biarpun ada sepuluh pejuangnya yang futur..
Seratus? Seribu?
Argh!
Dakwah tetap akan berjalan dengan baik..
Bahkan, mungkin sahaja bertambah baik..

Ujian mmg akan datang..
"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita khabar gembira kepada mereka yang Sabar"
(2:155)

Siapa yang tidak lulus ujian itu.. Allah akan terus mengujinya.. Peluang demi peluang.. Peristiwa demi peristiwa.. Untuk melayakkannya menjadi pejuang Agama ini.. Atau mgkin sahaja Allah akan memberinya kemewahan utk menambahkan kekufurannya itu. Naudzubillahimindhzalik... Semoga Allah sahajalah yang menetapkan yang baik-baik untuk hambaNya yang beriman...

Akhirnya azam dipasang
Penuh keyakinan
Atas kejelasan manhaj Islam
Atas bashiroh makna kehidupan

Inilah penyelesaiannya..!!!

"Qul Hazihi Sabilee. Ud3u ila Allah, ala Bashiroh"

This is what I chose. My Path. And why can there be any regrets and doubts, when everything seems so clear? So real? There shall be no DOUBT, not even a single tiny part of my heart doubts this!

Takkanlah ujian-ujian kecil dah menghancurkan segala kefahamanmu?

Ketakutan?
Kelaparan?
Kekurangan harta?
Jiwa?
Buah-buahan ?

Come on la!
Semua ni Allah dah warning siap² kot.... Takkan dah ada disclaimer pun bila kena kita nak lari? nak down? nak give-up.

Bertalu-talu kesakitan, penderitaan...? Nah:
"Hadza ma wa3adana Allahu warasuluhu, wasodaqa Allahu wa rasuluhu"
"Inilah janji Allah dan RasulNya, dan benarlah Allah dan RasulNya"

Kata-kata muslimin tatkala melihat gerombolan tentera Ahzab. The victory is near.
Allahu akbar..!

Wallahua'lam

Mohd Aqmin
London

Friday, April 13, 2012

Menjadi Ghuraba'



Ar-Rasul dan Para sahabat, pada era permulaan dakwah, mendapat tentangan yang tidak putus-putus. Ada sahaja yang mengejek, mengeji, menghina dan mencerca mereka. Ada yang diseksa, hinggakan ada yang syahid dalam mempertahankan aqidahnya.

Mereka pada waktu itu, adalah ghuraba'. Asing. Berbeza sekali dengan yang lainnya.

Hidup mereka berbeza dengan hidup manusia lain. Matlamat mereka berbeza. Cara mereka menjalani kehidupan mereka berbeza. Cara mereka bergaul berbeza. Cara mereka bekerja berbeza. Pendek kata, semuanya berbeza, lagaknya umpama harimau belang disekalikan dengan sang singa. walau dari jauh, sudah cukup untuk teserlah perbezaannya.

Pasti terpacul persoalan, bagaimana perbezaan ini boleh berlaku selepas keislaman. Sedangkan, sebelum datangnya Islam, mereka sama sahaja. Sama-sama menanam anak perempuan. Sama-sama meminum arak. Sama-sama mengamalkan riba', sama-sama menyembah berhala. Tapi meresapnya iman dalam jiwa musabiqun al-awwalun(golongan² awal) ini, telah menukar secara total, dari kepercayaan, pemikiran, hinggalah kepada perilaku mereka. (rujuk analogi bola besi)



Itu kisah mereka. Kisah mereka menjadi berbeza daripada sekeliling. Kisah mereka melawan arus, menolak keinginan sendiri semata-mata untuk menjadi seperti yang dimaksudkan Al-Quran. Mereka tidak lagi menjadi orang yang mengikut atas sebab ingin ''bersama'' majoriti. Mereka bukan jenis pengecut yang takut kalau orang lain tidak boleh menerima mereka. Mereka adalah ghuraba' yang berani dan jelas dengan pendirian sendiri.

Bagaimana pula kisah kita? Sudahkah kita menjadi ghuraba'?

Atau kita ini, hanyalah orang yang mengikut-ikut sahaja. Hanya orang yang tidak mahu menjadi berbeza, takut dipandang pelik, tidak mahu ditinggalkan sahabat dan teman. Kita tidak bertindak berdasarkan kefahaman. Kita tidak mempunyai reaksi. Tidak mempunyai pendapat. Yang ada, hanya perasaan dan pendapat orang lain.

Adakah setelah sampainya kefahaman dan kesedaran Islam itu, kita berani untuk tampil ke hadapan, mengambil segala risiko, melawan segala kemungkinan, dan akhirnya kita pun terus membuat keputusan dan melangkah ke hadapan.

Adakah apabila kita sedar, ummat pada hari ini tenat, maka kita bersedia menjadi ''doktor''nya.
Terus kita tawarkan ''rawatan'' buat pesakitnya. Kitalah yang perlu mencari ''pesakit'' ini, dan memberi ''ubatan'' yang sesuai dengannya. Kita lah yang perlu mewujudkan kesedaran pada masyarakat, ''penyakit'' ini boleh diubati, dan caranya ada dengan kita. Kita lah yang perlu lakukan semua ini, apabila kita sedar dan faham kewajipan yang ada pada kalimah syahadah yang kita agungkan.

Dan apabila kesedaran ini timbul, maka segala alasan penerimaan orang lain, pandangan dan skeptik, segala ragu-ragu yang pernah wujud, semuanya akan lesap, semuanya akan ditelan dan dicincang habis sehingga hilang. Kerana perasaan tanggungjawab itu jauh lebih besar daripada segala yang lain.

Sungguh, Islam itu datang dalam keadaan yang Asing.
Dan akan kembali dalam keadaan yang Asing.
Maka beruntunglah orang² yang Asing.

Jom! Jangan tunggu² lagi! Mulakan langkahmu sekarang!



Sunday, April 1, 2012

Terus dan terus lagi!



Dakwah ini adalah satu misi, satu cita-cita dan satu impian. Kita bukannya ingin semata-mata menjadi salah seorang pendakwah. Bukan setakat itu. Sebaliknya, seorang yang obses dengan syurga dan keredhaan Allah, akan punya irodah(keinginan) yang mengatasi keinginan orang-orang biasa. Mereka punya visi yang cukup besar, punya ufuk pandang yang cukup jauh. Dan mereka-lah, yang bisa menyinar lebih dari yang selainnya, lantas terus menjadi yang paling depan untuk beroleh rahmah dan maghfirahnya.

Ya, kita hendak menjadi daie yang terbaik.
Sepertimana keinginan kita menjadi pelajar terbaik.
Sepertimana juga keinginan kita menjadi pekerja terbaik.
Sepertimana juga keinginan kita menjadi seorang jutawan paling kaya.

Di mana obsesi kita untuk dakwah?

Kita dulu pun, pernah punya irodah yang cukup mengagumkan. Jika tidak, tentulah kita tak akan dapat biasiswa dan scholarship yang ada sekarang nih. Dalam kebanyakan pelajar yang bijak dan pandai semuanya, kitalah yang punya obsesi yang lebih besar, hinggakan kita sertai kelab-kelab, persatuan, permainan, pertandingan, dan segala macam aktiviti kokurikulum yang lain, untuk membuktikan kita ini lebih bercahaya daripada pelajar-pelajar biasa. Ya, kitalah yang lebih ke depan. Dulu pasti sahaja kita merasakan, dalam arena study kita, kita-lah yang paling berjaya, tidak ada sesuatu pun yang mustahil dalam pandangan kita. Semuanya boleh. Tak ada masalah. Susah bagaimanapun, kita merasakan dalam diri kita ini, ada kemampuan dan kekuatan untuk mengatasinya.

Tapi, setelah mengenal tujuan hidup dan kewajipan dakwah, di mana hilangnya sifat ini?

Apakah tarbiyyah hanya telah membantutkan kita?

Adakah dakwah menjadikan manusia lembik dan cincai?

Hohoho...

Percayalah, kekuatan itu ada dalam diri kita!
Hanya menunggu kunci yang bisa membuka segala kehebatan tersebut.

Didik lah jiwa, jangan manjakannya.
Hidup ini medan perjuangan, tempat nak berhempas-pulas.
Akhirat nanti kan dah ada untuk kita menikmati semuanya.
Biarlah tubuh kita terluka, badan lebam serba serbi, tidur tak cukup, dan sebagainya.
Kerana ni'mat mendekati Allah dengan ruh yang tenang itu, sungguh memang tiada bandingan dan misalannya.

jadi, Ayuh....!
Terus dan terus lagi





Wednesday, March 7, 2012

Ubat penyakit



Setiap zaman itu mempunyai penyakit dan masalahnya yang tersendiri. Dan penyelesaian kepada penyakit setiap zaman itu tidak sama, jadi seandainya seorang daie itu adalah mereka yang mengambil template dan meletakkannya dalam perancangan dakwah tarbiyyahnya, tanpa benar-benar cuba memahami penyakit yang ada, maka barangkali dia umpama seorang doktor yang sedang memberi vitamin yang serupa kepada semua pesakitnya. Pasti sahaja pesakit-pesakit tadi akan mengadu, dan mula memarahi dan mengutuk doktor tadi, kerana demam pun diberinya vitamin C, batuk pun sama, selsema pun sama, bahkan kalau patah tangan pun tetap disuruhnya menelan vitamin C.

Mari perhatikan ''pesakit'' kita pada hari ini.

Apa gambaran Islam yang ada pada mereka?
Solat, puasa, zakat, kalau kaya sikit, haji.
Itu sahajakah Islam agak-agaknya? Habis kita buat haji, nak buat apa dah? Dah masuk syurga lah kalau buat haji ek? Kena banyak sedekah jariah. Kena selalu buat baik kat orang lain.
Errkk.......

Itulah penyakit umat kita.

Kalau kita berikan mereka ubat yang diberikan Imam Syafie kepada ''pesakit''nya dulu.
Kita ajarkan ilmu feqah, kita susun permasalahan yang ada. Kalau nak solat macam ni... Nak puasa tapi perut berlubang, macam ni.. Nak tu macam tu.. nak ti macam ti. nak ta macam ta.
Agak-agak selesai tak ''penyakit'' tu?
Habis lagi lah pesakit kita akan ingat islam dan agama itu pada bab-bab solat, pada bab-bab puasa dsb. Bila masuk bab mencari pekerjaan, oh itu tak ada kaitan dgn Islam. Bila mencari bab pentadbiran, hello, that is soo kolot. Bila datang bab prioriti, hey, dunia tak boleh tinggal lah, penting!
=.=''

Ataupun, kita berikan ubat yang pernah diberikan oleh Imam Muhammad Abd Wahab?
Segala amalan bid'ah diharamkan. Syirik dengan cara mempersekutukan Allah dgn kubur-kubur, kesemuanya dihapuskan dan diperangi. Agak-agak apa pulak yang akan jadi?
Habis semua orang berperang, dan Islam akan dilihat sebagai agama yang ektremis, semua benda tak boleh buat, habis semua orang tengah buat syirik. Bid'ah dah la merata-rata, ye dok?
Habis la, nanti bergaduh, kalau sekarang nak bagi ceramah kena ada sijil, nanti nak bagi salam pun kena ada kebenaran gamaknya.
@.@

Maka apa sebenarnya ubat yang paling sesuai untuk ''pesakit'' kita?
Itu terserah kepada kita untuk berfikir dan mencarinya. Mencari ubat untuk pesakit-pesakit kurun ke 14 Hijrah. Mencari apa sebenarnya keperluan dan kemestian untuk mereka menyedari tujuan dan tanggungjawab dalam kehidupan ini. Supaya tidaklah mereka terkapai-kapai dan meraung-raung dalam gelak tawa mereka, kerana mereka sebenarnya menderita, cuma sedang berpura-pura gembira. Kegembiraan yang kita rasa, tidak pernah mereka rasakan pun.

Hadith Rasulullah SAW:
ان الله تعالى يبعث لهذه الامة على رأس كلّ مائة سنة من يجدد لها دينها
Sesungguhnya Allah Taala telah membangkitkan untuk umat ini atas setiap ''kepala'' seratus tahun mereka yang akan memperbaharui agama untuk umat ini.
--->Mujaddid.

Itulah dia!

Penantian yang ditunggu-tunggu umat. Untuk lahirnya mujaddid yang akan menganalisis masalah dan kekurangan serta penyakit umat hari ini. Yang akan menyusun formula-formula untuk menyelesaikan masalah-masalah ini.  Mereka yang benar-benar memahami dan mendalami keadaan mad'u semasa.

Demikianlah penting dan dahsyatnya orang-orang yang berjaya menganalisis keadaan semasa. Mereka tahu dengan jelas apa yang perlu/ingin dilaksanakan mereka. Dan untuk kita berjaya memahami waqi' setempat itu, bukanlah dngan cara kita mempelajari ilmu feqah yang tinggi, menghafal quran setiap ayat, atau sebagainya. Tetapi caranya adalah dengan kita mempelajari Fiqh Ad-Dakwah ini sendiri. Kerana sesungguhnya,

sekiranya melakukan ssuatu yang wajib itu memerlukan sesuatu lain bersamanya, maka sesuatu yang lain itu juga akan dikira sebagai wajib. 

Sepertinya untuk solat kita memerlukan wudhu, maka pada waktu itu menjadi kewajipun untuk melakukan wudhu. Sama juga, untuk berdakwah kita memerlukan ilmu dan kefahaman(fiqh), maka mendalami fiqh dakwah itu juga lantas menjadi kewajiban.

Kerana itulah kita mempelajari Fiqh Dakwah daripada buku Muntalaq. Kerana kita faham daripada buku inilah kita akn dapat melihat waqi' dan suasana ummat, untuk kita sendiri meneruskan perjalanan yang maish sangat panjang ini. Dan buku Muntalaq juga merupakan antara permulaan daripada siri Ihya' Fiqh Dakwah yang terdiri dariapda buku tarbiyyah Sheikh Ahmad Ar-Rasyid seperti Al-Awaiq(hambatan), Al-Raqaiq(Pelembut jiwa). Dengan kefahaman Fiqh Dakwah yang jelas, nescaya lebih mudahlah untuk kita memilih, ubat apa yang paling sesuai untuk pesakit kita.

Jadi.. Jom kita belajar Al-Muntalaq!!

Wallahua'lam


Wednesday, February 29, 2012

Pendidikan



Baru-baru ini, saya cuba untuk membaca sebuah buku. Tajuknya, Qasasul Anbiya'(Kisah-kisah Nabi). Buku nih ditulis khas untuk kanak-kanak. Yerp, highlight benda nih, buku ni ditulis KHAS UNTUK KANAK-KANAK. Buku nih ditulis dalam bahasa Arab, so memang kalau baca terkial-kial gak la, tapi nak buat macam mana, kalau nak improve bahasa arab, kenalah start usaha kan? Sebab tu sengaja mulakan dengan buku kanak-kanak.

Buku yang dimaksudkan. Besstt!!

Tak sangka betul, ingatkan kalau baca buku nih, mesti ala-ala macam baca buku cerita rakyat, cerita Si Luncai, Sang Kancil dan Pak Cik Kura-kura. Kiranya, ingatkan buku nih ringan la, boleh baca dengan lancar dan tak ''berat'' sangat. Tapi sangkaan nih meleset, buku tu cukup beraaatttttttt!!

Bayangkan, start dari awal, penulis buku tu menceritakan zaman sebelum Nabi Adam diciptakan. Dia cerita pompampompam, bumi diciptakan tanpa tiang, tanah yang menumbuhkan pohon2, kekuasaan Allah yang tiada tandingan dsb... Lepas tu, dia cerita pulak, ada golongan malaikat, yang mana bila Allah berfirman pasal penciptaan seorang Khalifah dari kalangan manusia(2:30), penulis AJAK pembaca untuk bayangkan, betapa malaikat sepatutnya terkejut super, sebab malaikat tuh non-stop bertakbir, bertahmid dan bertasbih kepada Allah SWT. Kenapa tak nak jadikan makhluk yang macam ni sebagai khalifah, tapi nak cipta sesuatu yang lain.

Lepas tu penulis TERANGkan lagi, yang malaikat walaupun situasinya macam tu, malaikat tetap taat, patuh. Mereka cuma bertanya, adakah Allah nak ciptakan makhluk yang akan membuat kerosakan atas muka bumi etc2... Dan penulis cakap kat sini, Allah reply dengan jawapan "Sesungguhnya Aku tahu apa yang tidak kamu ketahui". Lepas tu, penulis AJAK pembaca berfikir lagi, dia tulis, "Apa agaknya rahsia yang Allah tahu dan tidak malaikat, mengenai penciptaan manusia ni? Apa rahsia yang sangat besar tu?" Seriyes, kalau baca, memang akan terbit di ufuk timur rasa nak tahu yang super, dengan penyusunan bahasa seolah menggeletek hati sehingga menjadikannya gatal dan perlu digaru-garu. Erk.. boleh ke guna adjektif nih untuk hati? Apa-apa lah....
=.=''

Anyways, dalam part nih jugak, penulis terangkan lagi, (dengan support2 dari ayat Al-Quran), yang bahawa manusia nih, kalau dia dalam keadaan ''aman wa taqwa'', dia akan menjadi hamba yang super taat pada Tuhannya, akan jadi super Ikhlas dalam amalnya, akan jadi super beriman dengan petunjuk-petunjukNya. Dan inilah, rahsia yang Allah simpan, yang mana manusia yang betul2 dapat merasai ''aman wa taqwa'', mereka darjatnya lebih tinggi daripada Malaikat, lebih disayangi oleh Allah Azza Wa Jalla. Akan tetapi, manusia yang MEMBIARKAN dirinya dalam zulm wa fujurat, mereka ini darjatnya jatuh mendurum, daripada sebaik-baik ciptaan, akan menjadi sehina-hinanya, dan dikongsikan jugak ayat "Ulaaika kal An'am, Bal hum Adol" (Mereka ini umpama binatang ternak, bahkan lebih teruk lagi).

nangis 1.3 saat.
(TTT________________________________TTT)


Itulah ringkasan daripada ayat-ayat yang ditulis dalam bab pertama bagi kisah Nabi Adam. Belum pun lagi masuk bila Adam diciptakan. Huhuhu... Seriyes, bila baca buku nih, (ingat, buku ni ditulis KHAS UNTUK KANAK-KANAK) memang terasa melekat terus kat hati, yang kita nih kena jadi hamba yang betul2 ''aman dan taqwa'', kalau tak, kalau kita MEMBIARKAN diri kita dalam kefujuran, boleh jadi kita nih lagi teruk dari binatang ternak. Fruuuhhhhh.......

Inilah yang saya nak share. Hebatnya pendidikan orang-orang Arab. Kecik-kecik lagi, dah dibasuh kaw-kaw, dengan tujuan hidup dan mindset dan realiti penciptaan kita. Patutlah sheikh-sheikh besar ramai daripada sana, plus kalau tengok parlimen Mesir sekarang pun, berapa ramai Hafiz Quran, Hadith bagai... dari kecik dah ditarbiyyah dengan tarbiyyah yang cantik... Huuu.. Jujurnya, saya sendiri baru sedar saya nih diciptakan bertujuan, sedar yang Allah dah cerita macam-macam sebelum penciptaan Nabi Adam, pasal syaitan dengan Nabi Adam semua, HANYA SEDAR BILA DAH BESAR PANJANG. Ok, takde lah panjang sangat, tapi bila umur dah dekat 20 baru sedar. Waktu kecik, yang sedar ialah Dragon Ball ada 7 bijik. Doraemon takde telinga sebab kena makan tikus. Ninjaboy la, digimon la, macam-macam. Kalaupun ada baca buku pun, masa kecik dok baca cerita Sang Luncai, Itik emas, Robinhood, Red Riding Hood, Cindarella. Erghh.. Orang kat mesir kecik-kecik dah disemai dengan pokok kehidupan. Kita masa kecik, asyik dengan dunia fantasi jer. huuuuu...

Kecik-kecik lagi dah fikir, macam mana nak selamatkan ummat ni?

Kalau nak buat perbandingan, cuba tanya orang Mesir, entah-entah, cerita-cerita karut macam Jack dan Kacang Ajaib, ada je yang tak pernah dengar. Cuba tanya orang Malaysia. Tanya apa yang jadi masa Allah suruh semua malaikat sujud kat Nabi Adam. Entah-entah, ramai super yang tak tahu. T______T

Seriyes, ummat kita nih jadik huru-hara, sebab semua keliru dengan dunia. Tak nampak ke mana nak pergi, dari mana datang, nak buat apa dsb. Kita hidup atas kehidupan orang lain, kita buat something, semata-mata sebab nampak ''mainstream'' sekarang buat macam tuh. Kesannya, kita jadik macam sabut kelapa lah, kena pukul ombak kiri kanan. Tak kemana...!!

Eh, sorry.. Bukan nak marah sesapa yer. Just nak gambarkan pukulan kayu besbol yang terkena tepat dekat batang hidung nih, lepas baca beberapa mukasurat daripada buku Qasasul Anbiya' nih. Nampak sangat, ummat kita nih, baik Malaysia ataupun the whole Muslim ummah, are deprived from education. Tak mendapat pendidikan yang sepatutnya. Macam kalau dalam kelas tuh, cikgu tak pernah datang. Tak hairanlah murid-muridnya semua gagal. Bukan salah diorang, tapi cikgu yang asyik ponteng kelas tuh lah yang kena dibawa ke muka pengadilan. PECAT cikgu tuh! Ikat dia dekat kayu, kita lepas kerengga sikit bagi dia menderita. Oooh, tahu macam-macam tapi tak nak ajar murid-murid yer? RASAKAN..!! hahahaha

Ok, kembali semula kepada tajuk pendidikan. Itulah sebabnya, kenapa sangat-sangat super penting kita yang tahu walaupun seciput nih, sampaikan semuanya, barulah tak ada murid-murid yang tak sedar pun diorang tengah amik exam, dok melukis atas lengan sebab bosan dan keliru. Seriyes, takkan nak biar diorang nih terkapai-kapai, nanti mak ayah diorang datang lapor kat pihak sekolah, anda jugak yang akan menyesal. Jadi,

wahai guru-guru sekalian, Bangunlah, dan pergilah mengajar.

:)

Wallahua'lam