Kalamullah

Kalamullah
Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Friday, January 7, 2011

Jangan tanyakan daku


MashaAllah. Beautiful nasheed.




Jangan tanyakan daku tentang hidupku
Kerana ia adalah sebuah rahsia kehidupan
Ia adalah anugerah
Ia adalah mehnah
Ia adalah satu alam dari cita-cita
Maka aku menjualnya kepada Allah
Kemudian aku bergerak menyertai barisan pembawa petunjuk

Apakah jalanku?
Ia adalah Quran, ia adalah pedang, ia adalah ujian
Allah memberkahinya
dan telah berjalan atasnya nabi-nabi terdahulu
dan para Syuhada' telah menyiramnya dengan sungai darah
Maka jadilah taman indah yang dikelilingi cahaya

Apakah takdirku?
Ia adalah apa yang meredhakan Al-Ilah
dan apa yang Dia inginkan
Kemenangan dengan pertolongan yang nyata
atau kesyahidan dan keabadian
Maka apabila engkau berjumpa atas bumi
dan umurmu terbatas oleh pembatasan
Maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
jika tidak, alangkah buruknya kehidupanmu

Kenapa jadi begini?




Pernahkah kita peruntukkan masa untuk berfikir, kenapa agaknya, dalam sekelip mata satu manhaj Islam yang sempurna, yang berjaya menghasilkan insan-insan dengan akhlak rabbani, tiba-tiba hilang dan lesap?



Cuba kita baca seerah. Kisah Khalid Al-Walid yang gagah tapi sifar nilai egonya. Abu Bakr, yang walau sangat lemah lembut dan penyayang, tetapi tegasnya jelas terpancar tatkala aqidah jadi taruhan. Abdul Rahman bin Auf, pedagang jutawan yang dermawan. Uthman, kayanya dengan amalan, SubhanaAllah.. Umar, yang berani dan hebatnya jika dibaca seolah tidak habis kisah kehebatannya. Dan lebih dahsyat lagi, mereka semua ini punya sifat tarbawi yang tiada tanding, solat malam mereka, deru tangis mereka dikala insan lain nyenyak tidur... Memang menjangkaui segala sangkaan.
Ini produk Islam dahulu.

Tapi cuba kita ambil satu tokoh hari ini.
Sesiapa pun boleh. Ambillah.

Pasti perbandingan yang kita lakukan akan menampakkan satu jurang yang super besar. Ah, mudahnya, letakkan sahaja diri kita dalam beaker ujian. Pasti tampak perbezaan yang nyata antara Islam dahulu dan Islam kini. Di mana silapnya?

Theodore Hertzel – pencetus idea penubuhan negara Yahudi
( penulis buku Negara Yahudi : 1895 )

“Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam.

Jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri. Orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan pangkat.

Jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil. Laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran” - Ucapan di Persidangan Yahudi di Basel, Switzerland : 1897.

Yaaa..!!!
Kita telah lama di'jauh'kan dari agama ini.

Nah, cuba sahaja kita tanya antara kita hari nih, siapa sahaja yang mampu menghafal keseluruhan Al-Quran? Ah, cuba sahaja tanyakan, siapa sahaja yang bacanya Al-Quran mampu menderu air mata tanda ketakutan padaNya? Bahkan bahasa Arab itu sendiri sangat jauh dengan kita, apatah lagi isi Al-Quran itu.

Siapa yang sifatnya seperti Umar, cukup sensitif hinggakan bila ternampak api mengingatkannnya akan Jahannam? Oh, jauhnya kita dari manhaj Islam.. Kita melihat awan dan langit tapi yang kita nampak hanyalah angkasa lepas dan peluang untuk berjaya disana. Bukannya kebesaran dan kehebatan Si Pencipta. Bukannya luas dan terbentangnya nikmat Allah. Bukan semua ini.
Apakah masih layak untuk kita digelar Muslim?

Sampai bila kita ingin ''stratergi berjauhan'' Yahudi ini terlaksana?
Ayuh, marilah kembali menjadi seperti yang sepatutnya, kembali kepada Ad-Deen kita.
Kembali kepada Allah.



Wallahua'lam.

Tuesday, May 11, 2010

Ghuraba'


SubhanaAllah.
Ceramah pendek yang sangat terkesan.
Ghuraba', yang tajarrud itu pakaian mereka, akan berasa senang untuk menjadi 'asing'.
Lihatlah, dengarlah, dengan mata hati...
=)





Wallahua'lam