Kalamullah

Kalamullah
Showing posts with label Keresahan. Show all posts
Showing posts with label Keresahan. Show all posts

Saturday, January 11, 2014

takut



aku takut...









Apakah orang-orang yang membuat kejahatan itu menyangka bahwa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh, yaitu sama antara kehidupan dan kematian mereka? Amat buruklah apa yang mereka sangka itu
(45:21)


hidup di dunia lagi mereka ni dah dibezakan..
hidup penuh masalah.. kusut masai.. tertekan.. pressure..

apatah lagi bila mati..

Ampunkan aku ya Allah.
seriyes tak terkata... hati seolah x mampu berdenyut lagi..
rasa serba tak kena.. apakah aku semakin jauh dariMu ya Allah?
Jangan... jangan tinggalkan aku.. kemana aku nak pg nanti kalau kau murka padaku..

Masukkanlah aku dalam golongan orang-orang yg Kau ridhoi...
:'(

Wallahua'lam

PS: Tertanya²... macam mana antum kekalkan semangat dan pengharapan ye? as in rasa tenang dan gembira.. rasa sedap hati.. terlalu kerap dihantui perasaan takut dan kusut.. resah.... Kadang-kala seolah tekanan pun ade. huhu.. 





Friday, April 12, 2013

Thiqoh Pada Allah



Ada masa-masa dalam dakwah
Selepas kita penat memerah segala kudrat
Kita luangkan masa, fikiran, tenaga, malah duit kita
Untuk perjuangan ini, untuk menyampaikan risalah suci pada sekalian manusia
Tiba-tiba...
Yang dirancang tak menjadi
Yang tak terduga pula yg mendatang

Apakah pada kala itu, bibir-bibir kita mengucap rasa kesal dan kecewa?
Pada siapa kecewa itu kita sandarkan?
Apakah kita menuding jari pada Rabbul Jalil?
Apakah kita merasakan, Aku sudah lakukan segalanya, mengapa Allah datangkan lagi kesusahan?

Ikhwah...
Astaghfirullah...
Moga Allah ampunkan kegopohan dan kejahilan kita

Ingatkah kita akan Al-Badr,
tatkala segala kepenatan dan kesusahan yang dilalui Ar-Rasul dan para sahabat
Mereka diuji bukan main dahsyat
Mereka mendapat kesengsaraan, ujian demi ujian
Diboikot, makan rumput, dan macam-macam lagi
setelah 'masterplan' hijrah terlaksana
Mereka sangkakan... kemenangan telah tiba
Kemudian datang Al-Badr... berhadapan 3 kali ganda tentera lengkap senjata

Apakah mereka mencela takdir Allah?
Apakah mereka keluh kesah
merungut dan mengomel?

Tidak ikhwah...
Mereka berpegang pada thiqoh yg berikan pada Al-Ilah
Kepercayaan total
Kerinduan
Kecintaan
Kethiqohan
yang tiada tolok banding

Thiqohkah kita dengan Allah?
Bahawa Dia akan menunaikan janji-janjiNya?
Bahawa Dia benar-benar sayang dan cintakan hamba-hambaNya?
Bahawa Dia Maha Adil, Maha Berkuasa?

Thiqohkah kita dengan Allah?
Bahawa takdirNya adalah benar-benar yg terbaik
Dia telah menyusun segala-galanya,
Untuk kebaikan kita, kebaikan dakwah, bahkan kebaikan seluruh alam buana
Percayakah kita?

Tadi dalam halaqah.. ada seorang ikhwah berkongsi:



مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِىٓ أَنفُسِكُمۡ إِلَّا فِى ڪِتَـٰبٍ۬ مِّن قَبۡلِ أَن نَّبۡرَأَهَآ‌ۚ إِنَّ ذَٲلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌ۬ (٢٢) لِّكَيۡلَا تَأۡسَوۡاْ عَلَىٰ مَا فَاتَكُمۡ وَلَا تَفۡرَحُواْ بِمَآ ءَاتَٮٰڪُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٍ۬ فَخُورٍ

Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan [tidak pula] pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab [Lauh Mahfuzh] sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (22) [Kami jelaskan yang demikian itu] supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri(23)

(Al-Hadid, 57:22-23)

Apa² pun yang luput, hilang, berkecai daripada tangan kita...
Jangan pernah rasa berduka cita
Kerna semuanya sudahpun tertulis
Sudahpun ditetapkan
Sudahpun ditentukan
Oleh Yang Maha Bijaksana
Dalam mengatur sebaik-baik aturan kehidupan

Maka, percayalah
Thiqohlah
Semuanya dalam jagaanNya
Dia akan memelihara semuanya

Tugas kita,
Hanyalah mengutip sisa-sisa amal
Yang mampu kita persembahkan
Buat bekal
Moga mendapat keredhaanNya
Di hari kemudian

Kerna apabila kita thiqoh... Kita mula mempercaya..
Dan apabila kita mempercaya.. Kita mula redha dan menerima
Lantas terbangunlah sebuah azam
Kekuatan dan kesungguhan
Untuk meneruskan
Ghazwah panjang yang belum selesai

Berhentilah mengeluh
Berhentilah... kerana keluhan mu itu entahkan layak atau tidak
Sedangkan peperangan masih berlangsung
Tangisan sang kader yang kebudak-budakan
Merimaskan malah menghairankan

Thiqohlah,
Tadahlah kedua tanganmu
Umpama tadahnya tangan ar-Rasul meminta pertolongan sebelum Al-Badr
Sungguh-sungguh, bahkan hingga terjatuh selendang Baginda
Kemudian
teruskanlah amalmu
Dia sedang menunggumu dengan janji-janjiNya


Wallahua'lam

Mohd Aqmin
London

Wednesday, April 10, 2013

Hati yang tertipu


***Diambil daripada buku Fadhail El-Fitan, di bawah tajuk "Ketika Kaki terbulus dalam lumpur"***


Al-Ghazali memulakan dengan memberi ingat: bahawa rangsangan bagi kebanyakan orang mengembangkan ilmu ialah kelazatan dapat menguasai, gembira kerana banyak pengikut, keriangan dengan pujian dan sanjungan. Syaitan mengabui pandangan mereka dengan berkata:
“Matlamat kamu ialah menyebarkan agama Allah dan mempertahankan syariat yang telah disyariatkan Rasulullah saw”.
Anda lihat wa`iz (pemberi peringatan) menyebut–nyebut kepada Allah bahawa dia telah memberi nasihat kepada khalayak umum, memberi peringatan kepada para sultan, dia bergembira atas penerimaan manusia terhadap ucapannya dan sambutan mereka terhadapnya, dia mendakwa sangat gembira dengan kemudahan yang diberikan kepadanya untuk memenangkan agama Allah, namun sekiranya muncul di kalangan rakan sebayanya sesaorang yang lebih baik dalam memberi nasihat dan peringatan yang menyebabkan orang ramai meninggalkannya dan mengarah kepada rakan sebayanya itu  dia merasa tidak senanag dan membuatnya rasa duka… Kalaulah yang mendorongnya memberi nasihat dan peringatan ialah agama Allah sepatutnya dia bersyukur kepada Allah kerana telah memikulkan sebahagian bebannya kepada orang lain. Kemudian selepas itu syitan masih tidak akan membiarkannya dan berkata kepadanya:
“ Kamu dukacita kerana pahala telah terputus daripadamu, bukan kerana manusia  meninggalkan kamu dan pergi kepada orang lain, kerana sekiranya mereka mendengar nasihatmu tentulah kamu yang akan mendapat pahala, kedukaanmu kerana kehilangan pahala adalah terpuji”.
Wa`iz yang malang ini tidak mengetahui bahawa ketundukannya kepada kebenaran dan penyerahan urusan kepada orang lain yang lebih baik, lebih besar pahalanya dan lebih menjana keuntungan akhirat berbanding jika dia bertindak bersendirian. Saya ingin tahu sekiranya Umar berdukacita apabila Abu Bakar mendahuluinya mengambil tempat menjawat kepimpinan. Apakah kedukaannya  sesuatu yang terpuji atau dikeji?. Orang yang berpegang teguh dengan agama tidak ragu-ragu kalau yang yang sedemikian itu telah berlaku nescaya Umar patut dikeji, kerana ketundukannya  kepada kebenaran dan penyerahannya akan urusan kepada orang yang lebih berkelayakan daripadanya lebih membawa keuntungan dalam urusan agama berbanding dia memikul kepentingan-kepentingan manusia, sekalipun di samping itu dia akan mendapat pahala yang banyak. Malah Umar sangat gembira dengan kebebasan orang yang lebih layak daripadanya dengan pengurusan itu  kenapa pula ulamak tidak bergembira dengan perkara yang sama.
Kadangkala sebahagian ilmuan tertipu dengan kelicikan tipudaya syaitan, lantas dia berbicara kepada dirinya; jika muncul orang yang lebih wajar daripadanya memikul urusan itu dia akan gembira. Pemakluman akan hal sedemikian tentang dirinya sebelum menempuh dugaan dan ujian adalah suatu kejahilan dan keangkohan.  Ini kerana jiwa manusia mudah dipimpin memberi janji dalam hal-hal  sebegini sebelum urusan itu turun, kemudian setelah mengalaminya dia berubah dan kembali (dukacita) dan tidak menunaikan janji. Semua ini tidak akan diketahui kecuali oleh mereka yang arif tentang kelicikan tipuhelah syaitan dan nafsu serta sudah lama sibuk mengujinya. Maka orang menperkenalkan…..hakikat keikhlasan dan mengamalkannya: adalah laut yang dalam, semua orang lemas di dalamnya kecuali saorang yang pelikl, jarang ada, individu yang ampuh. Mereka inilah  yang dikecualikan Allah dalam firmannya: إلا عبادك منهم المخلصين “ Kecuali hamba-hambamu yang ikhlas”. Sesaorang hamba Allah itu sepatutnya sangat memerhati dan menyelidik  perkara-perkara yang halus ini, jika tidak dia akan terikut sama menjadi pengikut syaitan sedangkan dia tidak merasakannya”. (Al-Ghazali:Ihya Ulum al-Din 4:381)
Ulangkalikan pemerhatian terhadap satu bentuk perilaku hati ini, nescaya akan terbuka untuk kamu pintu yang luas tentang fiqh al-qulub( pemahaman yang dalam tentang hati-hati) yang dengan izin Allah akan membebaskan anda dari kesempitan/ kesusahan  fitnah-fitnah yang mungkin merangsang saorang da`ie bersaing dengan saoran da`ie lain, dia tidak merasa senang dengan kewujudan da`ie itu, bicara dan pengajarannya,  tiada disana selain daripada  hasad dengki, wal`iyazubillah (semuga di lindungi Allah), lalu dia membuat adudomba terhadapnya  kepada kepimpinan.
Kesan hasad dengki jenis ini mungkin terbatas, tetapi tabiatnya membuat hati orang yang hasad sentiasa mendidih, ia akan memamah dirinya, dan syaitan amat ingin mencapai lebih banyak perolehan lagi, lalu dia merangsang saorang yany hasad itu  melakukan adudomba antara orang yang dia dengki dan rakan-rakannya, dengan itu kesannya merebak dan balanya menyeluruh/ melata.
Inilah keadaan yang diadukan oleh kebanyakan golongan fukaha’ muslim dan gulungan orang-orang Islam yang mulia, generasi demi generasi, Sesetengah du`at masih mengadu mengenainya, laporan-laporan dan kesaksian mahkamah juga menuturkannya, لا حول ولا قوة إلا بالله
Anda mendengar derita orang didengki berkata:
Dia menyebarkan satu ucapan  yang saya tidak pernah ucapkan
Dia melakukan sesuatu yang tidak betul
Hati anda seperti diramas: merasai derita yang ditanggungnya dan anda kecewa dengan keruntuhan akhlak ini.
Kemudian anda berpaling lalu pandangan anda terserempak dengan seorang yang solat berdoa kepada Tuhannya agar melindunginya daripada godaan dalam meriwayat (memindahkan sesuatu maklumat), lantas anda boleh mengkhayalkan betapa muslim ini telah disiksa oleh godaan bermain dengan kata-kata dan kenyataan-kenyataan.
Anda bertanya sejarah tentang perkara yang sangat menyusahkan Abdullah Bin al-Zubair, maka rupanya dia adalah apa yang Al-Afwah al-Awdi terus terangkan dalam ucapannya:
Aku tidak pernah melihat dalam bencana-bencana sesuatu yang amat dahsyat kesan
dan lebih sukar daripada memusuhi  seseorang. (al-Sayuti: Tarikh al-Khulafa’ 203)
Anda dapat lihat keluhannya ini semata-mata satu ruas/persimpangan dalam urutan  (kehidupan/ peristiwa) yang membawa kepada  dirinya di gantung di hadapan kaabah …… sebagai saorang perwira yang tidak mengalah …..
Anda ikuti cerita …. ia berlarutan.
Rawatan perbuatan memburuk-burukan orang lain ini bukanlah dengan memberi nasihat kepada pelakunya, kerana syaitan itu ramai anakpinaknya, takdir menentukan pembiakannya. Mereka dalam kerahsiaan mereka gembira dan megah dengan keturunan mereka. Tetapi rawatan yang berkesan ialah menyekat kepercayaan terhadap orang yang membuat kerosakan yang celupar, memperbaiki sangkaan terhadap orang-orang yang beriman, mengutamakan berita yang anda tahu tentang   saudara anda berbanding berita daripada orang yang berbisik di telinga anda. Memgigat kembali sejarah lampau saudara anda yang baik dan menjadikan hari-harinya yang berlalu sebagai bukti.

****************************************************************************************


Banyak rupanya jerat² yang telah menipuku dalam perjalan menuju Tuhanku
Maka tidak hairanlah, kiranya aku makin hari makin terasa sempit
keluh kesahku seolah tidak lagi didengari Tuhan
Mungkin saja, aku yang telah semakin jauh dariNya
Dek tertipu, terjerat dengan jerat Syaitan yg keji




Wallahua'lam

Thursday, March 28, 2013

Ruh yg tersiksa



Sejak kebelakangan ni, hatiku sering dibayangi satu perasaan. Perasaan yg super misteri, x reti nak describe.

Seolah-olah perasaan sebelum menjawab peperiksaan.

Berdebar? Cuak? Nervous?

Hrm... lebih kurang mcm perasaan orang yg tengah buat salah pun ada.

Hati berdegup lain dari biasa. Tidak tenang.

Cuba buat apa pun, perasaan tu mesti datang semula, menghantui celah² masaku.

Teringat Ar-Rasul pernah bersabda, apabila datang seorang sahabat bertanya ttg kebaikan.
(au kama qal)

“Tanyalah hati saudara. Sebenarnya kebaikan itu adalah perkara yang apabila saudara melakukannya, jiwa dan hati saudara akan berasa tenang. Walaupun saudara bertanya berkenaan hal itu kepada orang lain dan mereka memberikan pendapat yang berbeza dengan perkara yang saudara rasakan itu. Manakala kejahatan dan dosa itu pula adalah perkara yang apabila saudara lakukan, jiwa saudara tidak tenang dan saudara berasa teragak-agak dan risau di dalam hati. Walaupun saudara bertanya berkenaan hal itu kepada orang lain dan mereka memberikan pendapat yang berbeza dengan apa yang saudara rasakan itu"

Allah... apakah perasaan tidak selesa ini sumbernya kerana aku sedang berdosa?

Apa yg ingin Allah tunjukkan padaku kali ni?

Apakah perasaan ini, datangnya dari masa² yg terbazir, masa yg aku lalai?

Ataukah, perasaan ini datangnya dari hati yg kotor, amal² yang tidak ikhlas dan hanya mengharap ganjaran manusia?

Ataukah, perasaan ini datangnya dari riak, takabbur dan berbangga ?

ataukah, perasaan keluh kesah dan tidak senang ini datangnya dari keringnya air mata walaupun timbunan dosa tidak pernah mengurang...

Astaghfirullah... astaghfirullah...

Hai hati, sedarlah engkau
Harga syurga itu mahal
dengan kotoran dan busuknya dirimu
Apakah kau sangka, kau bisa menghirup bau syurga?

Hai hati, keluarlah dari lumpur dosa
Amal mu tidak akan pernah cukup untuk membalas walau sekecil mana ni'mat dariNya
Maka apakah yg kau kejar, selain redha, cinta dan sayangnya Allah padamu?

Allah.... Engkau sahajalah yg memahami hati ini
Jauh lebih dari aku sendiri mengenalinya
Sembuhkan ia dari penyakit²
Agar terbuka hijab dan penghalang padanya
Agar bisa aku menikmati hidup seorang hamba yg dicintai

Allah... Betapa zalimnya diri yg cukup bongkak ini
Dengan kemalasan, nafsu, dosa², jahiliyyah² yg ada
Apakah masih ada secebis tempat di syurgaMu
Untuk jiwa sekotor dan hina ini?

Allah.....
Jangan Kau tinggalkan aku...
Aku cukup lemah.. hinggakan nafsuku sendiri gagal ku jinakkan
Bantulah aku... bantulah aku... bantulah aku..

Ampunkan dosa² ku, dan tidaklah ku meminta apa², selain rahmat dan keredhaanMu
aku sanggup lakukan apa sahaja, demi mencapai tahap kecintaanMu
semoga Kau kurniakanku
''sakinah'' dan ketengan yg dpt menguatkan
Agar aku bisa bernafas, dengan jiwa hamba...


Wallahua'lam

London

Wednesday, January 23, 2013

Hanya Engkau Tahu...



Angkuh benar jiwa ini
sepotong ayat dihafal, segunung ego yg terbina
keras, kotor, malah makin sukar menerima apa²

apakah, dgn semakin lamanya masa, kau semakin tidak perlu bersyukur?
YOU CAN NEVER EVER PAY HIM
tidak akan pernah....
maka mengapa begitu pantas kau mencemuh rasa sombong?
bagaimana engkau boleh memilih jalan untuk menjadi begitu ingkar..

begitu buta
pekak
dengan akhlak yg sedemikian hodoh...

apakah hati ini sudah terlalu kotor?
ditambah dengan dosa-dosa yg tidak pernah putus...
Ya, dosa yang itu. yang aku lakukan saban hari

lalu dalam solatku aku tanpa malu memuji-muji tuhanku.. walhal dibelakangNya, AKU lah si keparat tak kenal budi.

lalu dalam doa-doaku kau meminta dan meminta disucikan segala dosa.. walhal di masa² lain, aku seolah pemuja berhala

Inikah kualiti yg ingin dipaparkan kepada Allahu Rabbi?

Inikah persembahan yg aku harapkan dapat membawaku ke syurga Jannatul Firdaus..?

Bukalah mata....

apalah guna kuantiti amalmu..
andai hubungan dgn Rabb begitu rapuh..
andai dosa kendiri makin menimbun..


Apa persamaannya, untuk orang yg makin tidak merasai al-quran?
makin tidak mencintai Allah?
mungkin fisiknya cergas, tp jiwanya lompong?
apa kesudahan orang² seperti ini..?

Ya Rabb.... suluhkanlah aku jalan pulang...
jalan yg mana aku kan bisa merasai kepuasan..
redha dan diredhai..

aku keliru.. apa punca semua ini..
aku gelisah.. kemana hilangnya rindu itu..

Moga Kau tak palingkan hati ini
jauh daripada mencintaiMu..

Wallahua'lam

Mohd Aqmin
London






Saturday, January 12, 2013

Betapa angkuhnya kamu!



Allah swt telah menciptakan SEMUA manusia, dengan seadil-adilnya. Ya, Dia Maha Adil. Tidak sekali-kali dia meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Maka... apakah Adil, seorang hamba di lahirkan dalam penuh kesusahan, kesengsaraan,

di lahirkan dalam kota peperangan

membesar dengan bedilan peluru

dengan serpihan bom

darah, mayat, semuanya umpama pameran harian



dan mereka ini dibandingkan dengan....



K. I. T. A.

Adil kah?

Kita hidup membesar dgn adanya ibu ayah

Makan kita tak pernah tak cukup

tidur kita beratap dan berdinding

hari-hari kita gembira, seronok...

Malah kita dapat dan dapat lg pelbagai nikmat...

wang yang banyak.. gajet² yg terkini...

makanan yg mewah dan mahal.. pakaian² berjenama...



ADIL KAH?



Tentu sahaja adil... kerana yg hidup penuh kesukaran, diuji bertalu-talu, di hilangkan ruang utk bersuka ria dgn dunia... mereka semuanya akan mendapat ganjaran yg mulia di sisi Allah

sedangkan yg tak bersusah payah nih... apa balasan yg layak untuk mereka? Apa balasan untuk orang yg dapat tidur nyenyak tanpa pernah terasa sedih pun melihat ribuan orang lain menderita. Apakah mereka menganggap dunia ini untuk mereka?

Pernah kah kita terfikir....

APA PERASAAN KITA SEKIRANYA KITA MENJADI MEREKA?

tak ada pilihan

tak ada nak ngada-ngada

tak ada nak persoal benda merepek-merepek

semuanya menjadi jelas...

kaca mata kita bebas dari tipu daya syaitan..

tanpa diperngaruhi sifat bodoh dan sombong yg semakin membuak-buak dalam jiwa sanubari itu..





Ya Allah, Tuhan yg berkuasa, Tuhan yg Maha Bijaksana, Tuhan yg membolak-balikkan hati....

Pimpinlah kami, sedarkanlah kami dengan segera, selamatkanlah kami dari kebodohan dan kesombongan kami sendiri.... sebelum semuanya terlambat...

Aamin

Wallahua'lam



Mohd Aqmin
London




Wednesday, December 5, 2012

Dunia apakah ini?



Hati saya seolah-olah dicucuh dgn besi panas. Pedih yang teramat sangat.

Apakah tidak pelik manusia ini...? Ataukah dunia ini sememangnya pelik..? ataupun, saya seorang sahaja yg merasai kepelikan ini?

Apa tidaknya.. apabila manusia menjadikan ratusan, bahkan ribuan alasan utk mengelakkan mereka daripada berfikir ttg akibat sesuatu perbuatan...

Bagaimana otak mereka ini berfungsi..??

Bagaimana otak mereka, mampu utk mengalihkan pemikiran, membuang rasa 'perlu cari jawapan' itu daripada benak hati mereka..?

Tipulah, kalau dalam diri seorang manusia itu, tidak terlintas, apa yg ingin dicapainya dalam kehidupan ini..
Tipulah, kalau dalam diri manusia itu tidak pernah terfikir, yg dia satu hari nanti akan mati..
Tipulah, kalau dalam diri manusia itu tidak ada persoalan tentang dari mana dia datang, apa yg perlu dilakukannya disini, kemana tempat yg bakal dia pergi selepas ini...

Tipu! Tipu!

Tapi.... biarpun persoalan-persoalan ini datang pada diri mereka... bagaimana agaknya otak mereka boleh menolak persoalan-persoalan itu daripada menghantui diri mereka? Apakah 'ubat bius' yg digunakan, hinggakan boleh hilang terus rasa risau, tidak sedap badan dan runsing dalam diri mereka?

Bagaimana, dengan kematian demi kematian yg mereka saksikan dengan mata sendiri, ataupun kisah-kisah kematian yg pernah mereka dengarkan, boleh hanya menjadi seperti satu jenaka, ataupun 'satu lagi' cerita kosong? Takkan peristiwa-peristiwa ini tidak menimbulkan persoalan... Apa jadi pada arwah? Apa yg bakal dilaluinya selepas ini? Bagaimana mereka 'melarikan diri' daripada persoalan-persoalan ini..????

Tidakkah semua ini satu perkara PELIK..!!!

Kita berlumba-lumba mendapatkan gred peperiksaan yg tinggi, ingin menjadi pelajar cemerlang, mendapat pujian daripada ramai orang, ingin menjadi 'pelajar yg terkenal'.... tapi untuk apa semua itu? untuk 'kepuasan' yg sementara? yg tak sampai setahun pun ia bertahan, sebelum kita mula mengejar pengkat-pangkat dan nama yg lain... kita sendiri pun menyedari.. besarnya nama kita sebagai pelajar cemerlang itu, tidak akan dipandang sesiapa pun sekiranya apabila memasuki bidang kerjaya, kita gagal memenuhi standard yg diminta..sama seperti tatkala kita menjadi seorang pekerja yg hebat, ia tidak membawa apa-apa makna apabila kita memasuki alam baru, alam akhirat.

Kita tahu semua ini

Tapi kita masih mengejar dgn usaha yg gila-gila, untuk dapatkan 'kepuasan' sementara itu..

Kemudian kita cuba berhempas pulas menjadi pekerja paling cemerlang.. dengan meletakkan harapan dapat menjadi pegawai besar.. dapat menjadi bos.. dapat menjadi 'datuk' dan sebagainya.. kita mahukan 'kejayaan' baru.. mahu menjadi kaya..

Tapi tidakkah itu 'kepuasan' sementara jugak..?

Kaya mana pun kita pada harta, itu tidak akan pernah memberi kita ketenangan, keindahan dan keselesaan.. Kerana semua itu, hanya datang daripada hati yg dapat dikawal.. hati yg dapat tunduk pada kesederhanaan.. dapat redha dengan ketentuan.. dapat patuh dan taat pada perintah..

Kaya mana pun kita, hebat mana pun kita, besar mana pun, tidakkah kita masih tetap seorang hamba???

Apa bezanya seorang hamba degnan seorang hamba yang lain?

Tidak ada beza, melainkan seorang itu lebih disayangi tuannya.. sama ada dia mempunyai banyak harta atau tidak, harta-harta itu mesti dipulangkan/diserahkan semula kepada tuannya.. itu bukan hak milik seorang hamba.. apakah wujud istilah 'bos kepada hamba-hamba'...??? hanya jiwa yg terlalu hina yg rela menjadi hamba kepada hamba..!!! hanya hamba yang tidak cerdas, tidak 'hidup' sahaja yg mahu mati-matian menjadi 'bos' kepada hamba yg tidak ada nilai.. lantas, untuk apakah usaha dan penat lelah kita ini..? sekadar menjadi bos kepada hamba???

Sedarlah.... apapun yg kita kejarkan.. yg ingin kita capai.. ingin kita peroleh.. Kita tetap seorang hamba..

apalah nilai seorang hamba.. saatnya di akhirat nanti ditemplak..

(Allah) berfirman: Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam Neraka dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu! (23:108)

(Lalu dikatakan kepada mereka: Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasakanlah azab seksa kerana kamu melupai(disebabkan kesibukan, tidak sempat berfikir/mengingat) pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan(akan melupakan) keselamatan kamu lagi dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan. (32:14)

Ya Tuhan, dunia apakah yang sedang aku diami ini..??



Sunday, January 29, 2012

Bukankah..




Dalam Al-Quran, Allah SWT telah berfirman:

Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan? (6) Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)? (7) Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan? (8)
(Ad-Dhuha, 93:6-8)


Latar belakang:
Surah Ad-Dhuha diturunkan dalam keadaan Rasulullah SAW ''kering'', yang mana Baginda terputus wahyu buat seketika waktu, dan baginda diremeh-remehkan oleh Musyrikin, kononnya Allah SWT telah melupakan baginda. Pertamanya, untuk memahami situasi, kita kena cuba merasakan rasa kasih dan cinta yang wujud dalam diri Ar-Rasul kepada Allah SWT. Perasaan kasih dan cinta, yang teramat tinggi dan agung, antara makhluk dan Sang Pencipta. Itulah perasaan baginda, jauh lebih tinggi dari sebarang bentuk cinta lain. Namun, tiba-tiba perasaan cinta itu tidak disapa, di tunggu dan di tunggu sekian hari, namun masih tidak menjengah. Masih bisu. Masih sepi.

Syed Qutb di dalam Tafsir Fil Zilal menyebut keadaan ini sebagai:

"Penerimaan wahyu, pertemuan dengan Jibril dan perhubungan
dengan Allah, merupakan bekalan-bekalan kepada Rasulullah dalam
mengharungi jalan da’wah yang sukar, merupakan air minum di panas yang
terik dalam menghadapi keingkaran......"
"...Apabila wahyu terputus seketika, maka putuslah bekalannya,
keringlah matairnya dan sepi-lah hatinya dari kekasih, dan tinggallah beliau
seorang diri di tengah panas terik tanpa bekalan, tanpa air dan tanpa bau
kekasih tercinta yang biasa dini’matinya. Dan ini menjadikan Rasulullah
s.a.w. begitu sengsara menanggungnya dari segala sudut."


Cuba gambarkan pula kita dalam potret yang sama. Perasaan ditinggalkan. Perasaan keseorangan. Perasaan sepi dan sunyi. Tidakkah ianya sangat memeritkan? Tidakkah ianya sangat pilu dan mendukacitakan? Tidakkah ianya satu gurisan yang sangat dalam? Ya, demikianlah perasaan Baginda. Ditambah pula pedih cuka yang mengherdik dari puak Musyrik, yang memperolok dan memperlekeh perjuangan Baginda. Pada saat itu, apa agaknya kekuatan yang ada dalam diri kita seandainya perkara yang sama dihempapkan pada kita??

Mendung awan...

Maka turunlah ayat-ayat ini, bagi menyegarkan kembali kita, mengingatkan kembali diri kita, tidaklah Allah akan meninggalkan kita terkapai-kapai. Tidak walau sesaat. Dulu Dia-lah yang melindungi kita saatnya kita yatim. Dulu, Dia-lah yang menunjuki kita saatnya kita mencari-cari halatuju. Dulu, Dia-lah yang mengurniakan kita saatnya kita kemiskinan dan tidak punya apa-apa. Ingatkah lagi kita perkara ini?

Bukankah dulu, di zaman Jahiliyah kita, apabila kita dalam bahaya, kita hilang tempat bergantung, kita tidak punya tempat meluahkan masalah, Dia-lah yang menghantar insan yang dipilihNya untuk mendampingi kita, untuk membantu kita, untuk mengurai satu persatu kerisauan kita. Dulu, dizaman Jahiliyah, Dia berikan ini. Takkanlah dalam zaman kita menggalas bebanan dakwah, Dia akan biarkan sahaja kita berkarat dengan masalah tanpa jalan menyelesaikannya. Takkanlah Dia akan tinggalkan kita sepi, biarkan kita tanpa tempat pergantungan dan pengharapan. Loh, mungkin sahaja kita yang terlalu asyik mengharapkan makhluk, sampai melupakan Allah, dan Dia sebenarnya mahu kita kembali menangis dan merintih kepadaNya. Tidakkah Dialah tempat pengharapan dan pergantungan ultimate kita?

Bukankah dulu, di zaman Jahiliyah kita, kita mencari-cari apa yang patut kita lakukan di atas muka bumi. Kita merasakan bosan dengan ritual harian kita yang tidak bermakna. Kita terpinga-pinga, apa tanggungjawab ku? Saat itu, Allah SWT turunkan petunjuk-petunjuk, dipandunya hati kita yang kering dan gersang, dengan mata air yang lazat dan menyegarkan. Dia sentuh jiwa kita dengan kalimat-kalimat cintaNya, Dia halakan kita pada orang-orang yang sama-sama mengingati dan mencintaiNya, untuk kita turut sama merasai tempiasnya. Takkanlah, apabila kita menyatakan keazaman dan kesanggupan untuk berkhidmat untuk agamaNya, Dia tarik semua itu, Dia tutup petunjukNya untukmu, dia sesatkan engkau dalam engkau membutuhkan cahaya dariNya? Mungkin sahaja, ini adalah antara tarbiyyahNya untukmu, siapa tahu?





Benar.. Mungkin tribulasi ini memeritkan.. Tapi percayalah.. Dia tidak pernah meninggalkanmu. Dia tidak pernah meninggalkanmu. Dia tidak pernah meninggalkanmu. Hanya saja, engkaulah yang melupakanNya, tidak percaya pada aturanNya, tidak utuh dan kokoh dengan pengharapan padaNya. Moga kenangan yang pernah dirasai, menjadi pengubat, menjadi penguat, menjadi pengingat untuk kita semua. Ingatlah, Bukankah dulu Dia pernah......



Akhi, percayalah, Dia tidak pernah melupakanmu.




Monday, October 17, 2011

Istiqamah


Kunci kepada satu perjuangan, atau dalam kata lainnya, 3 wasilah umum dakwah:
1)Imanul Ameeq
2)Takwinul Daqiq
3)Amalul Mutawassil

Dan yang paling peritnya, adalah Amalul Mutawassil. Kerana had perjuangannya, dari mula kita bernafas, sehingga tercabutnya roh dari jasad. Istiqamah. Berterusan.

Sungguh, dakwah bukan sekadar sebuah projek mega. Yang akan memakan masa kita, sehinggalah projek itu berjaya. Tapi dakwah adalah benih kehidupan dan nyawa. Ia adalah hirupan udara, degupan jantung, malah ia adalah punca ataupun sebab yang melayakkan kita untuk terus hidup.

Maka ayuhlah, kita cuba mencari rentak paling sempurna untuk terus istiqamah. Terus dan terus melangkah tanpa henti. Setiap kali jatuh, bangun semula. Setiap kali terpesong, kembali! Setiap kali suudzon, jernihkan dgn husnudzon. Istighfar dengan setiap dosa. Setiap kali rasa marah, tenang, istighfar dan ingatkan jiwa akan kekerdilan kita sebagai hamba. Sabar itu barangkali lebih mahal harganya dari segala amalan yang pernah kita lakukan. Setiap retak-retak dalam hidup ini, tidak lain hanyalah akan menjadikan jalan ini makin susah. Maka hindarilah semua itu, sinarilah dan pancarkanlah dengan cahaya keimanan dan kasih sayang. Tanpanya, tidak mungkin bendera ini mampu dipegang lama. Ia pasti akan jatuh tidak bersambut. Dan pada waktu itu, barangkali tiada lagi jalan kembali.

Wallahua'lam

Tuesday, June 14, 2011

Buah Catur



Gerak si buah catur
Sudah diatur sang pemain
Tatkala diarahkan kedepan
Maka jiwa atau perasaan mana yg mampu menahan?

Oh, hidup ini andai semuanya tentang perasaan
Mungkin lebih warna warni
Mungkin juga terlalu kucar-kacir
Kerana jiwa kan sentiasa berperang

Oh si buah catur
Mungkin sekali gusar kelam mu kau rasa hilang
Tapi yakinilah, tenang sang pantai
Tak akan terselindung dari seliratnya sang ombak

Oh bulan
Ku pelik, mengapa sehingga begini jadinya
Benarlah, aku di bumi, terlalu jauh dari melihatmu
Tapi selama ini, cahaya yang kau pantulkan yang jadi tali hubungan kita. Saatnya kau kelam, terlalu sukar untuk ku cari jasadmu itu.

Barangkali hidup ini memang sedemikian
Tiada hubungan yang kan kekal abadi
Yang tinggal, hanyalah mimpi dan kenangan
Yang mengisi singkatnya kehidupan

Terasa terkilan
Melihat realiti membaham fantasi
Memamah segala mimpi dan cita
Menjadi pahit dan tajamnya hakikat kehidupan

Wahai hati, jangan sekali kau tangisi
Kerna hidup terlalu singkat untuk menyesali
Maka kejarlah lagi
Angan-angan dan senyuman
yang bakal kembali


-Rintihan hati yang baru tersedar realiti kehidupan yang penuh warna warni-

Monday, May 2, 2011

Harapan itu masih ada!


Kadang-kala, kita memerlukan harapan untuk terus bernafas.
Kita perlukan galakan dan dorongan.

Benarlah, jalan dakwah sememangnya penuh dengan dugaan dan cubaan.
Tapi, dengan susunan perkataan yang indah, segala kesusahan itu akan dirasakan terlalu kecil jika hendak dibanding dengan kebahagiaan yang telah kita rasai. Kebahagiaan memperoleh nikmat kefahaman itu. Seharusnya jauh lebih menggembirakan berbanding dengan apa2 kesusahan pun.

Sakit apa pun yang kita rasa, anggaplah ia benih yang disemai untuk dituai kelak di syurga.

Andai segala pintu rezki tertutup erat, anggaplah ia petanda akan tibanya rezki yang baru dariNya. Takkanlah kita akan dibiar terkapai-kapai dalam dunia ini...

Genggamlah seerat-eratnya Al-Quran dan sunnah Rasulullah.
Itulah rahsia kebahagiaan yang kita kecapi ini.

Dan senyumlah...
Barangkali senyumanmu bisa menjadi penawar duka ikhwah yang sedang kecewa.

Ayuh, sama-sama kita hidupkan mindset ini, mindset seorang Muslim yang senantiasa tenang dan redha, yakin dan percaya, segala-galanya pasti akan selesai.

HARAPAN ITU MASIH ADA!



Friday, March 4, 2011

Hidayah jarang datang bertandang..


Sungguh, manusia itu jarang sekali bersyukur. cukup naif bila bercakap tentang penghargaan. Kita butuhkan segala macam ganjaran, layanan. tapi bila mula dihitung usul penghargaan.... mungkin sekali kitalah yang paling tidak memahami atau lebih teruk, kitalah yang paling menentang konsep menghargai ini. Kita nistakan si pejuang dengan kata-kata pertikaian keikhlasan, kita jolokkan jihadnya dengan tuduhan-tuduhan melampau. Apakah ada tempat untuk orang seperti ini dihadapan Allah kelak?

Itu baru penghargaan kita dengan manusia. bagaimana pula dengan Pencipta kepada manusia tersebut?

Sadarkah kita, betapa banyak peristiwa yang telah disusun dalam kehidupan kita untuk dititipkan dengan secebis nikmat hidayah? rasa izzah dan cinta kepada ad-deen. rasa tanggungjawab, rasa hina diri, rasa bersalah, rasa loser dan rasa kecewa dengan amalan kita yang lesu. Apakah anda rasa perasaan ini biasa? Hey!! Inilah pintu-pintu kepada hidayah!
Siapa sahaja yang diberikan peluang untuk rasa dirinya loser? Betapa ramainya orang diluar sana yang merasakan dirinya cukup hebat dan ditenggelami ego dan kerakusan. Betapa ramainya orang diluar sana yang tidak punya rasa bersalah, rasa hina, kecewa dengan hidupnya.

Semua inilah pintu hidayah wahai ikhwah kesayanganku.
Tatkala kesemua pintu-pintu ini ditutup, dan kita merasakan cukup. Maka istighfarlah..
Mungkinkah hati kita sudah menjadi terlalu hitam hinggakan tiada cahaya yang menerpa..

Masalah ummah hari ini, tatkala didatangkan dengan perasaan-perasaan sebegini, tidak pernah berlaku muhasabah yang berpanjangan. dan tentunya, tidak ada berlakunya tindakan sebagai langkah penjagaan semangat. biasanya semangat yang ada itu dibiarkan terkubur dek tiada tindakan. Maka, boleh jadi kita yang suatu masanya menangis kerana rasa bersalah pada tuhan, kecewa kerana rasa hina, kini tidak lagi merasai perasaan-perasaan itu, bahkan yang lebih teruk, kita merasakan kesemua perasaan itu hanyalah mainan emosi. dan kita terus menolak tentang segala perkara dan peristiwa yang membawa kita kepada tahap tersebut.

Saat tercabutnya perasaan-perasaan ini dari lubuk hati kita..
Ujilah tahap keimanan kita, kerana hakikatnya ia terlalu rendah hingga tidak layak diuji Allah sekalipun. Rupa paras, kacak wajah dsb,
kesemuanya kita akan inilai berdasarkan keimanan.

Dan perhatikanlah!!
Jika benar kita telah meninggalkan saat-saat sedemikian, apakah kita masih lagi punya perasaan/keazaman yang serupa pada waktu ini? Ataukah kesemua itu sudahpun ditenggelamkan dek dahsyatnya arus nafsu dan gelojaknya haloba. Ketahuilah, hidayah tidak bertandang berkali-kali. Apabila ia datang sebaliknya kita tidak menghargainya, kita tidak mengendahkan ia, ataupun kita hanya menyambutnya buat beberapa ketika, kita tidak menggengam seerat mungkin....
Ketahuilah, perasaan itu mungkin pergi, dan tidak akan kembali, buat selama-lamanya...

Saya doakan, moga Allah titipkan semangat dan keazaman kepada seorang teman yang saya kasihi, supaya Allah kembalikan roh Islam yang dahulunya mekar dalam jiwanya. Moga Allah menjaga kita semua dari kemunafikan, dari kelesuan dan kereputan himmah.

Benar, sekali kita terlepas dari tiang hidayah, alangkah sukarnya untuk kita kembali memegang erat dan melekat padanya.

Ya Muqallibal Qulub...
Tsabbit ala deenik.

Aamin.

Tuesday, November 16, 2010

Nikmat Hati


Perlu saya akui, setelah sekian lama post demi post berlalu, tapi tidak hadir pula post-post yang mirip dengan post-post dahulu, yang selalu disangkut pada kata hati, pada frasa perasaan. Ada juga saya cuba untuk bermuhasabah. Apakah telah lenyap hati dari jiwa ini?
Ya Allah, Iftahli Babul Qalbi minal Quranil Karim.

Dulu cukup terang keresahan yang minimpa diriku. Sering sahaja hatiku terusik dengan percaturan tuhan. Ada sahaja yang dirasakan tak kena. Mudah benar mengalir butir-butir airmata, selalunya dek terlintas rasa kecewa dengan diri, rasa tak mampu, rasa tidak cukup. Ada juga terlintas perasaan yang mencucuk, yang cukup dalam, melayan perasaan hiba.

Ah, pernah sekali, aku meronta-ronta dengan kesedihan. Aku terlampau sedih tatkala diletakkan dirumah dengan keadaan yang terbatas, tak mampu untuk keluar, duduk dan terus duduk di rumah. Waktu itu aku menangis, aku merayu-rayu pada Allah, perasaan hamba itu... Oh, sungguh aku rindukan!

Pernah sekali aku terasa seolah ditembak. Manakan tidak, dalam penuh suci niat dan jernih azam untuk mengislahkan ummat, aku dihamburkan dengan jahiliyyah super. Sini sana penuh manusia berlompat-lompat. Pedih. Waktu itu aku sekali lagi menangis. Aku menjerit dalam hati. Merayu-rayu pada tuhan. Oh, Tuhanku! Mana hilangnya perasaan hamba itu?

Satu ketika itu, aku berasa malu dengan diriku sendiri. Yang tidak mampu untuk menyalurkan segala kekuatan dan kemampuanku untuk Allah. Yang hanya aku mampu lakukan, hanyalah duduk dan membaca. Sekali sekala berbual dengan rakan-rakan satu saf yang lain. Aku rasa sangat kecewa. Tidak mampu untuk mengejar Allah. Tapi kini, mana pergi sifat dan perasaan itu? Oh Tuhan, apakah Kau telah cabut nikmat kehambaan dalam jiwa ini?

Sungguh, kini, dulu dan selama-lamanya, aku tetap adalah HAMBA. Status ini TIDAK akan berubah tidak kira apapun yang berlaku. Maka hati, percayalah. KAU ITU HAMBA!!!

Sesaat tercabutnya perasaan hamba itu dalam diri ini, maka pada waktu itu, tidak berguna lagi nyawa yang masih menjiwa.
Oh Tuhanku, Aku merayu dan meminta, agar kau kembalikan perasaan hamba dalam diri ini. Kau lembutkanlah hati yang semakin mengeras ini, janganlah kau palingkan aku setelah kau beri hidayah.
Aamin.

Saturday, July 10, 2010

Antara mimpi dan cita-cita



"aku mahu melihat semua manusia kembali kepada tuhannya"

"aku berjanji pada diri sendiri untuk terus thabat pada jalan ini sampai mati!"

"aku nak jadi murabbi yang kuat bekerja. moga-moga, nanti disayangi Allah"

"Cita-cita aku, nak jadi golongan yang redha dan diredhai oleh Allah"


Tinggi cita-cita. Tapi bila ana buka mata, rasa seolah penat. Rasa seolah mustahil, terlalu mustahil. Rasa bagaikan mahu menelan satu dulang penuh paku-paku tajam. Pedih.
Bagaimana cita-cita itu bisa tercapai dalam keadaan sekarang? Ustadziatul alam apa namanya?

Ummatnya nyata sudah jauh lari dari Al-Quran. kalamullah hanya digunakan untuk buat pendinding. jauhkan dari hantu tegasnya. surah-surah cuma dibaca untuk buat penawar penyakit. dukun bomoh bagai. Kalaulah ada sekalipun ayat yang dibaca, nyatalah untuk buat tarannum, halwa telinga. Musabaqah Al-Quran setiap tahun. Itulah fungsi quran gamaknya.

Itu baru sedikit.

belum tengok yang mengejar rezeki setiap hari. Yang pergi 'bekerja' di jalan Nya didakwa extremis, kena rasuk, x ada masa depan.
Lupakah kita dengan hadis kotak Rasulullah SAW?

Dalam kesibukan dan kepenatan mengejar wang dan harta ini, masih ramai pulak lagi yang sempat duduk di sofa menonton pelbagai hiburan x tentu siaran. Mencari hiburan konon jiwa tertekan. Dakwanya, kalau asyik serius, nanti jadi gila. Kena la happy, rock-rock sikit.

Hoi! Takkan tak pedih jiwa mendengar nya?

lagi pedih, kalau semua ini berlaku depan mata.

Dalam diam, aku bertanya pada diri sendiri.
Eh, aku ni bermimpi ke?


Wallahua'lam.


*dalam senyap2, cuba juga untuk melihat semula nota manhaj perubahan.
Iradah, himmah, istiqomah.
Ya Allah, bantulah aku.
Ya muqallibal qulub, thabit qalbi, ala dinik
Aamin

Tuesday, July 6, 2010

Realiti



Tempoh hari ana berkunjung ke sebuah pasaraya.
Niatnya, nak mencari buku-buku untuk dibaca sepanjang berada dalam rumah.
Pergi ke Popular, konon-konon nak mencari buku-buku tarbawi yang bulih meniupkan api semangat. Harapannya, supaya nanti x cepat lelah bernafas dalam asap tebal di rumah.
tapi, silap ana juga. Kenapalah diletakkan harapan yang tinggi sangat. Nyata kecewa bila tiba di rak buku berlabel 'Islam'.
Buku apa yang ada?
-Rahsia rumah tangga bahagia
-Teknik solat khusyu'
-Rahsia Surah Yassin
-300 manfaat surah al-Fatihah
-Cara perdagangan Rasulullah
-Menjadi suami berjaya

Aah.. bukan kepalang kecewanya. Tiada walau sekelumit helaian yang menyebut tentang dakwah, suntikan ruhiyy atau apa-apa sekumpulan dengannya. Apa ini?
Oh, mungkinkah aku tersilap kedai? Tapi bukankah Popular itu sudah terlalu agung sebagai pusat jualan buku2 ternama? Apakah segala buku tarbawiyy itu sudah ditolak ketepi dari arus perdana? Eh, bukan nak perkecilkan buku-buku itu, cumanya, perkara yang lebih aula' tidak ada langsung! Kalau nak diumpamakan, macam dalam satu peperangan, dikumpulkan segala macam makanan, tapi langsung tidak ada walau satu senjata. Itu bukan peperangan namanya, tapi pesta makan. Kalau dalam seerah, kita belajar, macam mana para shabat hanya dibekalkan dengan sebiji kurma untuk pergi berperang. Kalau perang khandak, lagilah, semua pakat ikat perut. Yang lebih utama perlu didahulukan. Ini, kewajiban yang sangat dituntut, tidak ada langsung support systemnya.
Oh tuhan, apakah kami sudah terlalu lama tidur, sehingga ada mata tapi tidak mampu melihat, ada telinga tapi tidak mampu mendengar, ada hati tapi tidak mampu berfikir?

Dalam kekecewaan, ana pun mundar-mandir mencari kedai buku yg seterusnya...Nyatalah, semua serupa belaka. Cumanya, di MPH, aku terjumpa buku-buku karangan Abdul Latip Talib. Sekurang-kurangnya, ada jugalah sintipan seerah buat pedoman di masa terikat di rumah.

dengan memegang buku Umar Abdul Aziz, ana pun berjalan menuju ke pintu keluar pasaraya yang sangat besar itu.
tak semena-mena, ana dikejutkan pula dengan hentakan muzik rock. erk. Bukan muzik biasa2 nih. Ada satu band tengah perform kat stage. bergegar2. berdiri bulu roma tengoknya.
Muka semua melayu. Yang laki dok pakai seluar koyak rabak. konon macho. Perempuannya.. Astaghfirullah... Audiens dia? Penuh. Menyanyi melompat2. Menjerit2.
Oh, kalau tadi kecewa dengan ketiadaan suntikan ruhiyy, tiada buku-bku tarbawiy, sekarang?

Kecewa di satu sudut. Tapi satu sudut yang lebih dalam, rasa beban.
Ya, aku telah diberi ruang untuk memahami tanggungjawab sebagai khalifaturrahman. Maka tanggungjawabku berganda lebih besar.

"Dan sesungguhnya kami jadikan kamu umat pertengahan, untuk kamu menjadi saksi keatas manusia, dan menjadi rasul sebagai saksi keatas kamu....."
-Al-Baqarah, 2:143-

Aku hanya terpegun. Apakah cukup untuk aku menitiskan air mata untuk menyelamatkan aku dari azab yang pedih nanti? Oh, Tuhan, berilah aku kekuatan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabku.

Mungkin dulu di negara orang keadaan jauh lebih dahsyat. namun, mereka bukan muslim. Maka kurang rasa keterikatanku dengan mereka. namun ini semuanya muslim belaka. Muslim yang dimulakan dengan M besar. Oh, beratnya tugas ini~
Inilah yang dikatakan, REALITI UMMAT.

Aku baru sahaja terjaga dari lamunan ayam-ayam ku. Oh, dahsyat nya mimpi itu. Perasaan yang memaksa mata mengalirkan butir-butir bercahaya.
Tuhan sahaja yang tahu keadaan itu.

Kawan-kawan. JOM BUAT KERJA!

Friday, June 25, 2010

Bukan semua...


Bismillahi Ghafurrur Rahim

Duhai diri, Aku harap kau sedar akan apa yang sedang kau lakukan.
Ingat, setiap saat yang berlalu, tidak akan kembali bertamu.
Apakah nanti kau mampu menangkis segala persoalan yang diajukan terhadap saat-saat yang kau bazirkan?

Oh, jiwa, jangan kau berani hirup walau sezarah udara!
Kalau masa yang kau peroleh dengan bernafas bukan untuk bekerja untukNya.
Ya, mungkin benar kau sekarang terpaksa bertempur dalam lumpur.
Ya, mungkin benar kau juga kini terbelenggu dengan rantai darah yang membataskan dirimu
Ya, mungkin juga benar, untuk kau pertahankan imanmu juga, sudah dikira jihad

Tapi, mungkin kau terlupa.

"Dan sungguh, usahamu beraneka macam. Maka barang siapa yang memberikan dijalan Allah dan bertaqwa, dan membenarkan adanya yang terbaik, Maka akan kami mudahkan baginya jalan menuju kesenangan"
Surah Al-Lail, 92:4-7


Ya, benar. Kalau benar iman didadamu meronta-ronta untuk beramal kepadanya, maka kau tidak akan menjumpai apa-apa alasan untuk menghalangimu.
Yang akan kau jumpai, hanyalah bantuan-bantuan Allah yang beserta dengan semangat jihadmu.
Berhentilah beralasan, dan berhentilah menjadi ahli ibadat yang bermain2!
Kau itu 'abid Allah, dalam masa yang sama khalifaturrahman!

Hai orang muda!
Semangat yang membuak-buak kurniaanNya, bukan satu kurniaan yang percuma!
Apa kau ingin dicela dihari kemudian?
Kau sanggup, pada hari itu, kau diseru dengan kecelakaan?
Hey, sedarlah, tanggungjawabmu sangat besar!
Setiap saat yang ada adalah masa untuk kau menyempurnakan tugasmu.

Malu lah kamu, baru dihidangkan dengan arus dunia di depan mata, kau sudah seakan hilang arah tuju, kau hampir sahaja tergelincir dari niat yang satu.
Kalau beginilah lemahnya hatimu, bagaimana ingin kau berjihad dijalanNya?
Benarlah kata Allah, hanya hambaNya yang terpilih sahaja yang layak untuk membawa panji-panji Islam. Tidak mungkin akan dibiarkan orang mu'min dan munafik dalam satu golongan tanpa didatangkan ujian untuk membezakan antara mereka.

Kalau kerikil yang berlari di udara dek lontaran si pemuda pun bukan semua yang akan mengena sasaran, apatah lagi kita manusia, yang diberikan kelonggaran memilih sendiri haluan perjalanan hidup. Oh jiwa, sedarlah!!
Aku tidak mahu menjadi kerikil yang tidak mengenai sasaran, aku tidak sanggup pada hari kebangkitan nanti diseru dengan nama-nama yang hina, aku tak sanggup dimurkai tuhanku, aku tidak mahu nanti aku digelar sebagai pendusta ayat-ayatNya!

Bukan semua hamba layak diredhoi..
Layakkah aku? Ya Allah...
Ya Allah, tetapkanlah hatiku ini, khusus untuk Mu.
Aamin.

Saturday, June 5, 2010

Masalah, selesaikan.

Aku bersyukur.
Dalam luka ini, Allah kenalkan aku dengan rasa sakit.
Allah juga kenalkan aku dengan ubat.
Sebagai tanda harapan, selain jalan untuk mencapai keizinanNya.

Aku juga bersyukur.
Dalam konflik ini, Allah jumpakan aku dengan perasaan resah.
Allah juga jumpakan aku dengan jalan penyelesaian.
Sebagai pengajaran, untuk aku jadi hamba yang menurut perintahNya.

Ini, adalah tarbiyyah terbaik untukku.
Itu yakin hati kecil ini.
Alhamdulillah.

Thursday, April 22, 2010

Semut kecil



Berjalan seekor semut kecil
Menghadapi satu alam yg tak dikenali
Jauh sekali hujungnya
Entah kemana halanya

Kecil sungguh semut itu
Bila ia berdepan dengan balak yang tertimpa
Bila ia terkatup dek daun yang menjalar
bila ia tertolak arus dek sungai yang mencabar

Apakah semut mengerti
Dia tidak berlaku seperti yg sepatutnya?
Bukankah semut bergerak dalam kumpulan?
Mencari makan untuk satu gerombolan?

Besar cita-cita si semut
Dalam ia berkhayal mendapat kota impian
Berisi buah-buahan untuk jiwa yg kontang
Sedang itu bukan apa yg terbentang

Friday, April 16, 2010

Dihantui rindu....



Manusia, lemah dan hina.
Masih mengimpi kasih yang kosong.
Masih dahagakan sayangnya seorang insan.
Sedangkan, Aku ada Tuhan.

Digambarkan, seekor burung yang tidak pernah tahu ia boleh terbang.
Apakah ia kan punya cita-cita untuk membelah udara?
Jawapannya YA, bila teman kiri dan kanan sudah lama berada angkasa.
Berganti-ganti, sayap yang dikepak memberi harapan fana.

Wahai Burung!!!!
Kau tu makhluk tuhan!
Kau dicipta tidak boleh terbang, ada sebabnya!
Jangan disebabkan sayapmu cacat, kau salahkan Allah!
Sungguh, bagi setiap sesuatu, ada sebabnya!
Allah itu Maha Adil, Maha Kuasa, Maha Bijaksana!
Tidakkah kau sedar berada diudara bukan tujuan asalmu?
Kau punya tanggungjawab, sebagai makhluk tuhan!
Apakah kau lupa, kasihNya lebih afdal dari segalanya??!

Sungguh, aku rindu.
Rindu kepada perasaan seorang hamba.
Yang senantiasa dambakan cintaNya semata.
Itulah matlamat kita semua.

........

Sunday, March 14, 2010

Sakit.




Sukar.
Perih.
Jerih.

Terkilan.
Terjelus.
Kecewa.

Apakah memang aku tidak layak?
Tidak berhak tok berjuang?

Aku cuba.
Aku paksa.

Tapi akhirnya
Aku seakan mati.
Mati dalam peperangan diri
Yang terkumat kamit meyakinkan hati.

Apa yang kau minta sebenarnya?
Apa yang kau mahu sebenarnya?
Adakah kau minta aku membelah dada dan menikam kau sepuasnya?

Sudah terlalu lama kau disana.
Dengan mulutmu memuncung menghasut durjana
Sudah kering air mata
menyesali hasutan yang kau bina.

Jangan sampai satu masa
Aku tak endahkan langsung apa yang kau kata
Bertambah menyepilah kau seorang dalam gelita.
Wahai hati, kepada engkaulah aku sedang berkata!
Jangan kau tutup telinga,
Jangan sampai aku cantas nyawamu!


-Yang terkapai-kapai mencari punca-