Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, December 7, 2010

The Right thing, at the right time

Dulu, aku sering mendengar,
"Saya x boleh cerita perkara ni kepada awak, sebab awak tak betul-betul merasainya, jadi kalau saya cerita, saya khuatir awak tidak akan benar-benar ''dapat'' point saya. lagipun, kalau awak benar-benar menghadapi perkara ini, barulah macam ''terhentak'' kalau saya cerita. baru effect dia besar, dan berkekalan"

Rasa macam sukar juga untuk terima, walaupun hati dipaksa untuk akur.
"alah, cerita je lah, bila sampai masanya, bolehlah aku terus tangkap point tuh, dan x perlu ulang kesilapan yang sama. Kalau x, kenapa nak ajar orang driving baru bagi lesen? lebih baik biar dia accident, lepas tuh baru kasik driving class. barulah dia rasa"
Getus hatiku yang dulu.

Namun, bila tibanya saat aku sendiri yang menuturkan perkataan yang mula-mula tadi, barulah aku benar-benar faham kenapa dan mengapa ianya dikeluarkan sedemikian. Mengapa ianya dimaksudkan begitu. Inilah yang kita namakan, Fiqhul Dakwah, hanya boleh dipelajari dan dihadam dengan AMALAN.
setelah melalui perkara ini, barulah saya faham kenapa dahulu saya juga diberitahu perkara yang serupa.

Benarlah, kita boleh menceritakan tentang fokus dakwah kepada sesiapa.
Tapi, apabila kita menceritakan perkara ini kepada mereka yang telah pun faham dan buat dakwah itu sendiri, maka dengan lebih mudah dan lancar, ia dapat difahami dan diterima.

Benarlah, kita boleh menceritakan tentang masalah ikhlas kepada sesiapa.
Tapi, apabila kita 'tackle' persoalan ini tatkala mutarabbi kita sendiri yang mencari dan menanyakannya, maka lebih mudah air mata sayu dan keinsafan, kehambaan dan keimanan, yang bisa mengalir dari hati yang jernih itu.

Benarlah, kita boleh sahaja menceritakan tentang cita-cita KITA, untuk membebaskan umat manusia secara keseluruhannya, rancangan masa depan KITA, tumuhat KITA saat tibanya kita kembali ke tanahair, tapi jika ini yang diceritakan kepada adik-adik yang masih tidak jelas siapa dan kemana kita cuba pergi, pastinya lebih banyak keraguan dari keyakinan yang akan terpancar.

Mungkin kata-kata
"setiap perkara ada fasanya. Kalau seekor rama-rama pun tidak terus terbang, perlu menjadi beluncas dan kepompong terlebih dahulu, apatah lagi kita manusia yang penuh ego dan emosi"
terlalu sinonim, biasa didengar, bahkan mungkin sahaja ramai yang faham dan hadam.

Tapi bagi aku, setelah melalui semua ini, ia seolah satu dimensi yang berbeza, tahap keyakinan yang berbeza, malah kesanggupan+semangat juga turut berubah. Ternyatalah, seorang yang telah ''melalui'' akan lebih ''merasai'' dari mereka yang hanya mendengar.

Samalah juga, seorang yang mempunyai mutarabbi yang perlu dijaga dan dibentuk, pastinya akan dapat melihat dengan kaca mata yang berbeza berbanding dengan seorang yang hanya sekadar dapat meninggikan tsaqafah tanpa dapat menyalurkan kefahamannya kepada orang lain. Disebabkan itulah, KITA harus perlu punya keinginan, kesediaan dan kemahuan untuk terus melaksanakan tugas syahadatul Haq kita, kerana hanya dengan inilah, kita dapat melaksanakan amanah dari-Nya, selain kita dapat memahami Al-Quran dengan apa yang difahami oleh Rasul SAW.

Benarlah kata orang, "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul~"

Wallahua'lam.


1 comment:

  1. Kata ISHAB, "Al-Wajibat aktsaru minal auqat."

    Kewajipan kita lebih byk daripada masa yg kita ada. Kalau kita gopoh dan tak sabar, satu apa pon tak jalan..

    Rindunya pada post2 memeyn. Rindu lagi pada si penulisnya..! ;)

    ReplyDelete