Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, November 2, 2010

Ketatnya Tajarrud..



Pernah, sewaktu dahulu aku tertanya-tanya, mengapa tidak kita gunakan segala 'ghazwah' yang dilabuhkan demi menghancurkan kita, sebagai alat untuk kembali mengislahkan manusia.

Kenapa, tidak sahaja kita 'taslim'kan segala macam wahan keduniaan, hiburan?
Kenapa, tidak sahaja kita 'ibrah'kan perjuangan Naruto, kisah cinta Romeo, ukhuwwah Digimon dan sebagainya?

Kunci kepada persoalan itu, adalah tajarrud.

Islam, SEPENUHNYA.

Suci dan bersih dari segala macam bentuk kekotoran, hatta sebiji habuk sekalipun tidak tersisa diatasnya. Ibarat bayi yang bersih, ditanggalkan segala macam pakainya: tanpa sebarang litupan lain, yang tinggal hanyalah ISLAM. Inilah tajarrud. Inilah yang diajarkan Para Rasul dan Nabi, yang sewajarnya kita dalami.

Selagi mana fikrah seseorang itu masih belum kukuh dan utuh, selagi itulah, dia sebenarnya tidak mempunyai kemampuan untuk menapis segala yang disogok kepadanya. Selagi belum benar-benar jelas, selagi itulah belum ada Al-Farouq yang sibghah dalam benaknya. Selagi itulah, tajarrud itu perlu sangat ketat pengawasannya. Sangat teliti penilaiannya.

Ada yang bertanya, bagaimana jika seseorang itu ingin untuk terus bersama dalam pasukan Islam, tetapi dalam masa yang sama, masih punya rasa cinta pada dunia.
Hakikatnya, tiada jalan tengah antara Islam dan Jahiliyyah. TIDAK sama sekali. Apakah jawatan untuk memegang panji Deenullah itu murah harganya? TIDAK!!

"Allah tidak akan membiarkan orang-orang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, hingga Dia membezakan antara yang baik dan buruk."
(Ali Imran, 3:179)

Ya, Dia akan membezakan kita, siapa yang benar-benar ikhlas untukNya, dan siapa pula yang munafik dan berpura-pura dalam perjuangan ini.

Ada satu analogi yang cukup keras dan jelas dalam menerangkan hal ini.
Jika terdapat 2 pasukan bolasepak, setiap satunya berjumlah 10 orang. Andai kata anda mengaku anda ahli pasukan Islam dan anda memakai baju pasukan Islam, tetapi anda berperlakuan seperti ahli Jahiliyyah, anda bergerak sehaluan dengan Jahiliyyah, bekerjasama dengan ahli pasukan jahiliyyah, mengiyakan apa yang diserunya, maka apakah status anda? Bukankah anda telah mengurangkan jumlah pasukan Islam, di masa yang sama menambahkan jumlah pasukan Jahiliyah? Apakah anda merasakan yang Pengurus Pasukan Islam(Allah) tidak berhak untuk mengeluarkan anda dari pasukan Islam?
Its either white, or black, no shades of grey.
Lakum deenukum wa liya Deen
Ingatlah, bukan Islam yang perlukan KITA, tapi KITA yang perlukan Islam.

Tanpa tajarrud, tidak mungkin akan lahir rijal-rijal yang sejahtera iman dan taqwanya, kerana hakikatnya, tajarrud itu adalah satu hasil selepas sebatinya iman dalam jiwa. Jelasnya taqwa dalam benak. Lantas, apakah misi perjuangan KITA? bukankah buah yang kita dambakan adalah buah qaedah sulbah dari pepohon Islam yang benar? Tajarrud bagi Muslim umpama Akar bagi Pokok. Tanpa akar, matilah pokok, tanpa tajarrud, pudarlah islam.

Kalau ada yang menyoalkan, kenapa terlalu ketat? tidakkah boleh dilonggarkan?
Kalaulah Abu Dzar sanggup meletakkan mukanya diatas tanah untuk dipijak gara-gara takut akan murka Allah, gara-gara takut masih tersisa karat-karat Jahiliyyah dalam dirinya, semata-mata kerana hal yang cukup halus jika nak dibandingkan Jahiliyyah masa kini, maka apa lagi bentuk kelonggaran yang kita mahukan?

Tajarrud bukan sekadar bersih dari jahiliyyah, malah ia juga melambangkan kesucian dan kemurnian, serta kesempurnaan dan kejelasan Islam. Tanpa ada apa-apa pun yang membatasinya. 'Adil dalam melambangkan apa itu Islam yang sebenarnya.

Longgarnya tajarrud yang kita kenakan pada bawaan kita, maka semakin kaburlah definisi islam pada mereka. Dan longgarnya tajarrud yang kita kenakan pada DIRI KITA sendiri, maka semakin hanyutlah kita dalam ombak yang serba keliru dan kelabu.

Setiap tindakan kita, tanyakanlah, adakah ini untuk dakwah secara tidak langsung untukku, ataukah adakah ini untuk aku secara tidak langsung untuk dakwah.
Sibghah kah islam dalam KITA?

No comments:

Post a Comment