Kalamullah

Kalamullah

Friday, August 30, 2013

Jangan Minta Penangguhan



Seringkali, apabila kita diminta melakukan suatu amal...
"Nanti boleh tak?"
"Erm.. sekarang ana busy sikit. Minggu depan nta dtg tanya lg boleh?"
"Ana x ready lagi nak bawak usrah akhi.. ana baru je join usrah.. baru setahun.. bagi la ana masa sikit lagi.."
"Ana x kuasai bahan lagi la akhi.. Nanti ana dah kuasai bahan baru ana bawak usrah eh"
"Ana tak habis dengar recording lg tajuk tu. Kalau boleh bagi ana masa 2 bulan ok? By that time iA ana ready jadi muwajjih"

Selalu.. sangat selalu.. Kita gemparkan dunia dengan jutaan alasan..  Walhal Allah swt telah dgn jelas menceritakan:

Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka:  "Tahanlah tanganmu [dari berperang], dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat!" Setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian dari mereka [golongan munafik] takut kepada manusia [musuh], seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih sangat dari itu takutnya. Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan berperang kepada kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan [kewajiban berperang] kepada kami beberapa waktu lagi?" Katakanlah: "Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikit pun. (4:77)-Ayat ini tentang orang² yg di Mekah kononnya mahu berperang tp tak diizinkan, tp apabila di madinah, diturunkan perintah perang, mereka berbalik kebelakang.

Apabila bercakap... Bukan main lebat.. Kita cakap kita nak ustadziatul Alam.. Nak jadi mujahid.. Nak berjuang.. Nak bekorban.. Nak mati syahid.. Siap jerit² dalam syiar..

Tapi bila diminta realisasikan janji itu.. Banyak pulak alasan.

Minta tangguh. Next time. Lain kali. Not now.

Jawapan Allah:
Mataa3ud Dunia Qaleel.. Wal Aakhiratu khairul limanittaqa.

Orang-orang ini sebenarnya tak tahu.. tak sedar.. tak percaya.. yang dunia ini hanya pendek.. sedikit.. sekejap.. dan akhirat itu jauh lebih mulia..

Orang-orang ini sebenarnya tidak mempercayai perkara ghaib.. tak cukup yakin dengan akhirat...

sedangkan, sambung Allah lagi, "kamu tidak akan dizalimi..."
Kalau kita bekorban.. kita berjuang.. kita bagi semua.. percayalah.. kita tidak akan dizalimi.. takkan rugi.. Allah akan balas setiap peluh, air mata, darah, masa, tenaga kita... duit kita.. semuanya Allah akan balas dengan seadil-adilnya.. Percayalah, mataa3ud Dunya Qaleel!

Allah lagi menceritakan...

Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri [3], [kepada mereka] malaikat bertanya: "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?". Mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri [Mekah]". Para malaikat berkata: "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?". Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali, (4:97)-Ayat ini pula tentang orang² yg tak ikut sama berhijrah ke Madinah.. Alasan mereka pelbagai, akhirnya mereka ditinggalkan di Mekah...Dan apabila Perang Badar, mereka dipaksa utk berperang bagi pihak musyrikin, dan apabila mereka dibunuh, ayat ini menceritakan dialog mereka dgn Malaikat.


Alasan... Banyak sangat alasan...
xkan habis kalau nak tulis alasannya.

Tak sempat prepare. Busy. xde transport. penat. xde tu. xde ni. etc³....

Bayangkan, kalau kita mati masa tu.. Dan kita dipersoal.. "Eh, asal ko ni. mati dalam rumah. xde keje dakwah ke nak buat?"

Kita pulak cakap.. Oh, aku ni baru nak start kerja.. duit xde.. transport xde..

Memang kena pelempang dgn malaikat.

"Bukankah bumi Allah ni luas?"

Dan paling sedih.. orang yg duk bagi alasan ni...
tempatnya di akhirat... akhirat akhi... xmo.. sobs³...

Ar-Rasul tidak memaksa semua muslimin berhijrah.. Baginda hanya menyampaikan perintah Allah...

Dan masing² akan menjawab.. Allah benarkan orang² yg uzur utk tidak turut serta.. tp seuzur manakah kita?

Kita boleh menjawab di hadapan manusia, dengan alasan²... dan mereka akan memaafkan kita.. mereka akan menerima alasan kita.. mereka akan husnudzon dengan kita.. dengan alasan² ciptaan kita...

Murabbi kita sekalipun, bahkan tidak akan melebihi daripada apa yg Ar-Rasul kerjakan.. Baginda tidak memaksa, bahkan menyerahkan pilihan itu bulat² kepada setiap Muslimin.. Anda tak mahu berhijrah, maka itu urusan anda dan tuhan. tugas Rasul, menyampaikan... mengajak.. Menunjukkan qudwah.. Menjelaskan dengan terang..

Murabbi kita boleh mentaujih kita utk beramal.. Minta bantuan kita untuk itu dan ini.. Tapi seandainya kita tidak mahu, dan kita mula mencipta alasan utk menipunya.. Maka, dia pasti akan menerimanya...

Cuma kitalah yang perlu bersedia menjawab dengan para malaikat...

"Alam takun Ardullahi waasi3ah?"

Mampukah kita menjawab sindiran itu?

Kerana begitu banyak ruang yang ada, cuma tinggal kita sahaja berusaha mencarinya, inisiatif utk mencari jalan utk beramal.. Utk tidak lagi memberi alasan.. Kerana bumi Allah itu begitu luas.. rezeki yg ada didalamnya begitu banyak..

Maka Ikhwah akhwat....

Berhentilah memberi alasan, atau meminta penangguhan..

Tetapi berusahalah utk all-out, cari segala jalan yg ada, usahakan sebenar-benar.. Jangan mudah sekali memutuskan engkau tidak boleh, hanya kerana alasan² picisan..

Kerja boleh disiapkan
Tak bersedia boleh disediakan
Tak habis dengar recording boleh baca nota
Tak de masa boleh susun
Tak de transport boleh cari/pinjam

Tidak wajar ada alasan...

Kalau urusan penting, seperti mendapat kerja/jawatan pangkat tinggi.. Kalau kena lakukan apa², tak keluar pula alasan² yg sama.. bahkan sanggup ketepikan semua masalah lain, utk sempurnakan tugasan...

Sampai bila nak kelas-keduakan dakwah?

Doakan kita semua thabat dan terus berhimmah tinggi dalam amal,

Wallahua'lam






Wednesday, August 28, 2013

Sujud Yg Membebaskan



Dalam hidup kita, kita didatangi dengan pelbagi ujian dan kesukaran
-exams
-homeworks
-assignments
-deadlines
-boss yg pressure
-rakan sekerja yg macam-macam

Itu baru kesukaran dengan kaca mata manusia biasa.

Hati akan terasa lebih tercucuk, lebih terhiris, saat kita bermuhasabah...
Mengapa semua ini, tidak bernaung di bawah al-Islam.
Melihat bos, rakan sekerja kita, kawan-kawan kita, keluarga kita
Bahkan mungkin diri kita sendiri
Melakukan maksiat pada Allah
Melakukan kemungkaran pada Allah

Tidakkah semua ini cukup memedihkan?

Belum lagi kita menghayati...
ayat-ayat Allah
tentang balasan bagi orang-orang yang tidak melakukan amar ma'ruf
balasan bagi orang-orang yang memilih untuk duduk baik sendiri
balasan untuk orang yang redha dengan kekufuran

ALlah.....

Saat kita mula berfikir dengan kasih sayang
cinta dan mahukan yang terbaik buat semua saudara seaqidah kita
kita akan rasa terketar... Apakah nasib aku di akhirat?
Apakah nasib mak dan ayahku di akhirat?
adikku? abangku? kawan-kawanku?
rakan sekerja ku? bos ku?
Adakah semua nya akan terselamat daripada azab api neraka?

Selamatkah kita semua daripada kemurkaan Allah, walhal di dunia kita dengan selamba membiarkan suruhan-suruhan ALlah.

Mengapa hati kita boleh jadi begitu buta?

Pada saat penuh kekusutan ini...
Siapa agaknya yagn kita cari untuk cari jalan penyelesaian?
adakah tikar sembahyang itu menjadi tempat hinggap dahi kita setiap malam
Dalam usaha mengadu dan merintih pada Allah azzawajalla
Kerana hanya Dia-lah yang benar-benar memahami
Dia-lah yang benar-benar menyelami
segala perasaan yang terbuku dalam hati ini....

Allahu rabbi...

Hanya Engkaulah yang tahu apa dihati ini
Hanya Engkaulah yang bisa meredakan api kesedihan
Meredakan ombak putus asa
Meredakan puting beliung kecewa

Tiap hari aku menyebut
" Allahu somad "
Allah-lah tempat segala rayuan dan aduan
Tempat memohon tempat meminta
Nukleas kepada ruh yang mencari...

Hanya dengan menempelkan wajah ini di atas tanah-lah
Segala kekusutan kan terurai
Segala kesedihan kan berlalu
Segala putus asa kan terpadam

ya Allah, kau bantulah aku
Untuk memperbanyakkan sujud
Untuk berasa khusyu dalam salat2 ku
Agar aku dapat merasai manisnya bertemu Mu

Sunday, July 28, 2013

Misr, Kami bersamamu



وَڪَأَيِّن مِّنۡ ءَايَةٍ۬ فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ يَمُرُّونَ عَلَيۡہَا وَهُمۡ عَنۡہَا مُعۡرِضُونَ
Dan banyak sekali tanda-tanda [kekuasaan Allah] di langit dan di bumi yang mereka melaluinya, sedang mereka berpaling daripadanya.
(12:105)

Ya, apa yg berlaku harini, semuanya adalah tanda-tanda daripadaNya
Langit yg masih biru
Awan yg berarak
Kucing dan anjing yg masih tak sebulu
Burung yg kadang-kala melepaskan 'bom' atas kereta
semua itu adalah tanda² daripada Allah
untuk kita tadabburkan
Fikirkan
Dan ambil ibroh

Termasuklah yg berlaku di Mesir
Kita marah
Kita geram
Tapi, apakah mesej yg cuba Allah sampaikan pada kita melaluinya?

Kita pernah mendengar kisah² dari kitab² kuning....
Kisah² ajaib, tentang para mu'minin yg dihempap kezaliman taghut
Tentang Bani Israel diperlaku dgn kejam oleh Firaun
Tentang pelbagai kejadian luar biasa
Yang mana usai membaca kisah itu, dada kita berombak, mulut kita hanya mampu menuturkan
"La hawla wala Quwwata Illa billahil Aliyyil Adzim"

Kini,
Hari ini,
Dalam usia kita masih hidup,
Allah datangkan lagi kisah semisal itu
Kisah ibu yang merebus batu untuk menyedapkan hati sang anak
Kisah kanak-kanak yg bangkit menolak kedzaliman
Orang yg berdarah² dalam medan perang, tetapi tidak mahu membuka puasa
Hanya kerana mereka mahu syahid dalam keadaan berpuasa
Mereka mahu berjumpa Allah azza wajalla sambil dapat berkata
"aku berjuang di jalanMu, dalam keadaan berpuasa"

Apakah pengakhiran mereka nanti...???

Orang-orang seperti ini... Tidakkah Allah swt akan membalas mereka dengan syurga?

Masihkah ada ruang di Jannatul Firdaus Mu ya Allah untuk hamba sejahil aku.. yang sarat dengan dosa..

Kisah 1

Hala Mohamed Abu She'sha
Telah syahid dalam serangan samseng semasa perarakan menyokong legitimasi di Mansurah Jumaat semalam, 10 Ramadhan 1434H.

Status terakhir beliau di akaun facebook peribadi miliknya:
"Kami mencintai kesyahidan jauh lebih besar dari kami mencintai kehidupan, oleh itu jangan cabar kami, bagi kami syahid itu adalah cita-cita tertinggi kami"

Kisah 2

Walaupun beliau cedera parah, beliau tetap menolak untuk berbuka, kerana beliau berharap untuk berbuka di syurga.

Kisah 3

Gambar As Syahid Umar Al Haridy, seorang hafiz quran yang membantu anak-anak kecil di Masjid menghafal Al Quran.

Lihatlah pada tolak ansur agama ini di wajahnya dan pada kitab Allah di tangan kanannya.

Selepas hari beliau pergi ke Medan Rabiatul Adawiyah, setiap hari anak-anak ini datang bertanyakan perihal Umar Al Haridy di hadapan Masjid dan menanti-nanti kedatangannya untuk membantu mereka menghafal Al Quran lagi.



Dan pelbagai lagi kisah² yg menyayat hati...

Bukan tersentuh semata-mata kerana mereka dizalimi...
Tapi kerana kukuhnya keinginan mereka utk mati di jalan Allah
Dan Allah telah mengabulkan impian mereka

Mereka ini nyata sekali orang yg terpilih...


Ya Allah, aku juga mahu tercatat sebgai orang yg berjuang untukMu
Walau aku tahu... aku ini terlalu berdosa... terlalu hina.. terlalu teruk...

Perangaiku masih sgt menyedihkan
amalanku super kurang
aku masih banyak membuang masa
Masih banyak maksiat

Tapi ya Allah
Aku berdoa
aku memohon
Aku mengharap

Satu hari nanti... Kau kabulkan doa ku ini
Moga Aku tercatat dalam kalangan orang² yg syahid
Kerana berjuang utkMu

Kau bantulah aku membina imanku
Bantulah aku membina peribadiku
Bantulah aku membina diriku

Moga Aku satu hari nanti layak
Utk mati syahid di jalanMu





''Nafas kebenaran itu lebih panjang daripada nafas kebatilan, jangan sangka kami takut, tertekan atau ragu-ragu dengan kudrat tuhan kami".

"Kami akan kekal disini, dan jika dengan izinNya dicatat kematian untuk kami, maka kami akan mati sebagai syuhada, dan jika dicatat hidup untuk kami, maka kami akan hidup dengan merdeka"

"Aku akan kekal disini sehingga Dr Mursi kembali menjadi pemimpin, sehingga Mubarak kembali ke penjara, dan sehingga As Sisi dihukum gantung, hak-hak orang yang telah mati tidak akan disia-siakan, kami akan mati bersama mereka, tidak ada apa yang dapat mengalahkan orang yang mencintai kematian, dan kami cinta kepada kematian!"

Kata-kata Al-Haq sememangnya mempunyai graviti yg sgt dahsyat, bagaimana ia mampu terlahir?

Kekuatan, strategi, kekuasaan, pemerintahan mungkin mampu untuk mengawal jasad manusia. Tapi hati manusia yg tertarbiah, nyata sekali tidak akan tergugah dgn apa² gesakan fizikal. Kita sudah nampak dgn jelas siapa pemenang sebenar "permainan" ini...

Kalau pertempuran ini mengejar material, ya, Sisi mungkin bisa jadi pemenang
Tapi kalau 'goal' pertempuran ini ialah kekuatan dan kesatuan, keyakinan dan kepercayaan,
Sisi adalah 'loser' paling teruk

Kecuali semua yg berkumpul (50-60% penduduk Mesir) dibunuh/dihalau keluar/dirasuk hantu,
Mesir tidak akan pulang kepada pemerintahan toghut.

HasbunaAllahu wani'mal wakeel

Allahummansur Islama wal Muslimeen
Fi Misr, fi falastin, fi syiria, fi kulli makan, wa kulli zaman

Ayuhlah singa-singa Islam
Tanda apa lagi yg kau tunggu daripada Tuhanmu
Agar engkau akhirnya sedar, dan bingkas bangun dari lenamu

Sekaranglah masanya
Sudah berlalu masa rehatmu
Sudah tiada masa berlapang tangan

Ayuh!!

Wallahua'lam



 فَلَمَّآ أَحَسَّ عِيسَىٰ مِنۡہُمُ ٱلۡكُفۡرَ قَالَ مَنۡ أَنصَارِىٓ إِلَى ٱللَّهِ‌ۖ قَالَ ٱلۡحَوَارِيُّونَ نَحۡنُ أَنصَارُ ٱللَّهِ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَٱشۡهَدۡ بِأَنَّا مُسۡلِمُونَ
Maka tatkala ’Isa mengetahui keingkaran mereka [Bani Israil] berkatalah dia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk [menegakkan agama] Allah?" Para hawariyyin [sahabat-sahabat setia] menjawab: "Kamilah penolong-penolong [agama] Allah. Kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri
(3:52)


Cinta itu mistik




Cinta pada Allah
Betulkah anda mencintaiNya?

Cinta itu dapat dilihat
Ia bukan dibuat-buat
Ia bukan dipaksa-paksa

Orang bercinta...
Tiba-tiba dia akan tersenyum seorang diri
Tiba-tiba dia risau dan gelabah andai ada yg tak jadi
Hidupnya berputar sekeliling satu objek
Objek yang dicintainya

Dalam laci
Penuh surat-surat cinta
Dalam phone
mesej² istimewa disimpan supaya tak terdelete
Setiap hari rasa nak whatsapp buah hati
Setiap hari rasa nak tanya "apa kaba" "harini buat ape" "sihat ke"
Tak pernah pulak terlintas "bosannya buat benda sama setiap hari"

Kalau nak jumpa..
Mesti pakai baju cantik².. wangi²..
Mesti fikir apa nak bg hadiah spesel harini...
Mesti nak buat impression yg best²
Kalau x jadi.. akan down..
akan nangis..
akan x lalu makan..

Mistik tak cinta?
Habis duit
Habis masa
Habis semua
Xpe... demi cinta kan?
Semua jadi berbaloi

Antara harta benda dan kekasihnya...
Ambik la semua harta, jgn sentuh kekasih ku...
Kita selalu tengok dalam drama orang sanggup bayar puluhan ribu sbg tebusan isteri/anak yg diculik
Kalau hero yg kuat² pun, kelemahan dia mesti kekasih yg dicintainya..

Antara kerja dan buah hatinya...
Bukankah biasanya orang sanggup amik cuti untuk honeymoon? Lunch hour lama sikit sbb 'lunch date' dengan kekasih? Ponteng kerja sebab nak pg vacation? "kerja boleh carik. cinta hati, susah kot nak jumpa!"

Ajaib.. Hebat.. Mistik..

Agak-agak kan.. Kita ni, jadi cemas, jadi rindu, jadi excited, jadi gembira, jadi sedih, jadi kuat, jadi lemah, jadi longlai, jadi bersemangat..... Kebanyakannya dipandu oleh apa ek?

Girlfriend lama mesej? -->excited, resah, happy, etc²
Kerjaya dapat offer kerja best² -->risau, semangat, kuat etc
Bisness kita yg makin berkembang/menguncup? --->risau, pening, x leh tidur, call semua org tanya pendapat
Study kita yg first class tu? --->risau, xleh tidur, kuat, disiplin, semangat
Pasukan bola sepak yg kita puja²? -->happy, excited, melompat bila gol
Hero dalam cerita korea/hindustan yg kita tengok? -->nangis sama² mcm heroin dlm cerita tu
Tidur atas katil yg kita suka... -->zzzzz

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَندَادً۬ا يُحِبُّونَہُمۡ كَحُبِّ ٱللَّهِ‌ۖ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَشَدُّ حُبًّ۬ا لِّلَّهِ‌ۗ وَلَوۡ يَرَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ إِذۡ يَرَوۡنَ ٱلۡعَذَابَ أَنَّ ٱلۡقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعً۬ا وَأَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعَذَابِ
Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa [pada hari kiamat], bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya [niscaya mereka menyesal].
(2:165)


Banyaknye tuhan kita
T______T


1. siapa org yg sembah benda lain? orang yg cinta macam² seolah² benda² tu sama taraf dengan Allah
2. siapa orang yg beriman? orang yg betul² cinta pada Allah. kata orang "Maa fi Qalbi Ghairu Allah" "Apa lg dalam hatiku selain Allah"
3. Orang-orang yg pertama tadi, Allah label sebagai orang yg berbuat zalim
4. Orang² zalim ni akan melihat kekuatan dan kekuasaan Allah. Macam mana? Melalui siksaan.
5. orang² ni adalah orang² yg akan menyesal...


Jadi.. Nasihat saya pd diri sendiri dan semua... Jom cari Cinta Allah. Allah ni Maha Menyintai tau. Dia tak jual mahal. Xyah nak tackle susah².

Hadith Qudsi:
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : "Allah Ta'ala berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. jika ia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil"

Wallahua'lam



Sunday, July 14, 2013

Bergembiralah















Luasnya rahmat Allah...

Kita manusia sangat mudah putus asa.. Walhal, Islam mengajarkan kita hidup dengan penuh rahmat dan ketenangan... Allah tak pernah jemu menerima taubat kita.... Kita je yang selalu give up nak taubat sebab asyik ulang semula dosa.. Terus kan taubat, dan teruslah meminta agar Allah kokohkan hati, hidupkan Iman.. Agar kita dapat melawan segala nafsu dan syaitan yg cuba menyesatkan kita.. menggelincirkan kita...

Kalau Iblis yang derhaka, terlaknat, terkutuk tu mintak doa untuk hidup sampai hari akhirat supaya dapat sesatkan manusia pun Allah terima, takkanlah doa orang yang solat, yang sujud, Allah tak terima...

Tapi.. Bila kita mintak Allah kukuhkan hati kita... Kita mintak Allah hidupkan iman kita... Kite kena fahamlah.. Allah pasti kabulkan punya doa kita.. Macam mana nak kukuhkan hati? Macam mana nak hidupkan iman? Kalau para sahabat dulu pun, hati mereka dikukuhkan dan iman mereka hidup bukan secara magic (ie tiba-tiba kuat iman). Mereka diuji... DIUJIIIII!

Ujian yang macam mana? Yang gila-gila. Yang menyesakkan dada. Yang sampaikan para rasul dan orang-orang yang bersama mereka pun bertanya, "mata nasrullah..."

Percayalah... Teruslah bertaubat.. Dan yakinlah dengan percaturan Allah.. Bergembiralah, doamu sedang dikabulkan


Wallahua'lam




Saturday, July 13, 2013

Keladak



Umpama air yg tersekat
di dasarnya terhimpun mendapan
Setelah sekian lama permukaannya tampak jernih
Hinggakan tertarik hati yg memandang

Tapi tatkala dihumban batu-batu realiti
Air tadi terus berkeladak
Jernih berubah kotor
Mendapan kembali tersebar
Segalanya berlumpur
.
.
.
Umpama terik di padang pasir
Buminya terhimpun pepasir dan debuan
Jalannya tampak lenggang
jelas bahkan seolah bersih

Tiba-tiba
Datangnya kuda-kuda berlari
Maka terapunglah..!
Teserlahlah segala debuan mewarnai udara
kotoran yg bisa menyesakkan dada
.
.
.
Barangkali... Itulah hati ini..
kotorannya telah mendap
debuannya telah menetap
Dari permukaan, ia kelihatan bersinar
Hati itu kelihatan cergas dan ceria
Dengan manisnya kelazatan iman
Dengan asyiknya ligat dalam amal

Tapi...
Saat realiti menghempap
Saat ujian dan cabaran menderu
Segala kelodak hati timbul
Terapung semuanya
Menutup terus permukaan yg tadinya bersinar
Menyesakkan terus titik yg tadinya nadi
Sedih.. kecewa.. putus asa...

Maka terjadilah...
perasaan insaf, semangat, futur dan kecewa
berbolak-balik dan berubah dalam masa seminit
Bahkan mungkin semua itu bertukar-tukar kurang dari setengah menit
Menjadi manusia yg berputar-putar
Kalbu yg keliru
Apakah ini realiti hidup?
.
.
.
Tenanglah...
Berikanlah dirimu peluang untuk belajar..
Hati dan akalmu perlukan pendidikan
Mereka selama ini dipaksa berperang tanpa peluang memahami hidup
Berikanlah dirimu harapan dan kepercayaan
Maafkanlah kesilapan
Periksalah jiwa
Bersihkanlah sengketa
Tenanglah...
Usah terlalu berselirat
Tingkatkan kesabaran
Tambahkan tawakkal
Percayalah dan tenanglah..

Tiada gunanya bersikap ceroboh dan terburu
Hidupmu bukan utk menyentuh langit angkasa
Tapi untuk menikmati perasaan hamba di bawah naungan Tuhan
Tenanglah...
Sabarlah...
Dan percayalah..

Periksa hatimu... Ia sedang menangis dirobek nafsu dan cerobohmu
Ubatilah ia dengan iman.. Dengan taqwa.. Dengan tawakkal..

Wallahua'lam


Wednesday, June 26, 2013

Sebiji bongkah catur..

“Ajaibnya orang beriman, sesungguhnya setiap urusannya untuk mereka adalah baik, sekiranya mereka diuji mereka bersabar, dan sekiranya mereka diberikan anugerah mereka bersyukur” 
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikianlah.....

Jiwa seorang Abid... apa yg dpt menggembirakannya? Pujian drpd tuannya.. apabila Tuannya melebihkan darjat dia berbanding abid2 yg lain.. perasaan istimewa.. perasaan yg jauh lebih mengasyikkan drpd kepuasan yg terbayang di akal...

Bukan apabila dia dipuji hamba2 lain.. bukan apabila dia dilantik mnjd ketua oleh hamba2 lain... bahkan bukan juga kiranya hamba2 lain menyerahkan segala yg mereka punyai kpdnya... Tidak! Itu tidak memuaskan langsung dirinya... Dia hanya mahu pengiktirafan dr tuannya.. pujian tuannya.. kekayaan drpd tuannya... Itu yg dicari2...

Maka apabila tuannya meletakkan dia pada kerja2 berat dan susah... dia pun gembira dan bersabar... tekun dan sungguh2 cuba meng-impresskan tuannya.... apabila tuannya meletakkan dia pada kerja2 ringan dan mudah... dia pun gembira dan bersyukur.. dia tetap tekun dan sungguh2 utk meng-impress tuannya.. dia tidak mahu lalai, kerana itu akan menjatuhkan peluangnya utk menjadi yang paling tinggi..

Itulah hamba... dia redha dan sedia menerima apa pun perancangan tuannya utk dirinya... dia siap, kiranya dia perlu ke mana2 utk menyempurnakan master plan tuannya.. dia akur dan patuh pd apa yg disuruh tuannya... tidak sekali dia mempersoal, mengapa aku yg perlu buat ini? Mengapa kau biarkan si polan gembira? Mengapa kau bg kerja2 yg berat dan susah utkku? Mengapa kau tidak adil...? Mustahil sekali si abid ini celupar mulutnya...

Baginya, dia adalah buah catur... satu komponen kecil dlm pasukan Islam.. kalau dia lah yg perlu dikorbankan utk pasukannya, dia akan patuh, dan memenuhi tanggungjawabnya.. kalau dialah yg perlu menyerang, maka dia menyerang... kalau dia perlu bertahan, maka dia bertahan...kerana itulah tujuan penciptaannya.. untuk patuh...

Ya Allah, Moga Kau jd kan kami hamba yg patuh, hamba yg redha dgn segala ketentuanMu, yang percaya dgn perancanganMu, yang hatinya cenderung pada ketaatan dan kepatuhan, yang benar-benar hamba... yang redha... kerdilnya kami ya Allah... sedarkanlah jiwa kami yg bongkak ini, ia hanyalah hamba... tidak ada suatupun yg sebenarnya mnjdi hak kita, kerana kita ini hanyalah hamba...

Marilah bernafas dengan jiwa hamba.... udara ini bukan milik kita pun sebenarnya...

Keyakinan inilah... yg akan menjadikan kita ini terlalu ajaib.... kerana tidak ada yg menyedihkan hati kita lg, kecuali hilangnya Allah, terputusnya tali cintaNya drpd hati kita...

"Wa la tahiinu wa la tahzanu wa antumul 'alauna in kuntum mu'minin..."

Ya, tidak ada apa pun yg menyedihkan kita... selagi mana kita yakin kita ini sedang menyempurnakan satu kisah yg disusun oleh Tuhan yg sangat mencintai kita... kesat air matamu, kau terlalu sedih sedangkan kau patutnya gembira jalan hidupmu tidak sama spt yg lain.. kau istimewa.. percayalah pd Dia.. selagi dirimu seorg mu'min, tidak ada sebab utk engkau merasa lemah dan sedih..

Wallahualam