Kalamullah
Sunday, July 14, 2013
Bergembiralah
Saturday, July 13, 2013
Keladak

Umpama air yg tersekat
di dasarnya terhimpun mendapan
Setelah sekian lama permukaannya tampak jernih
Hinggakan tertarik hati yg memandang
Tapi tatkala dihumban batu-batu realiti
Air tadi terus berkeladak
Jernih berubah kotor
Mendapan kembali tersebar
Segalanya berlumpur
.
.
.
Umpama terik di padang pasir
Buminya terhimpun pepasir dan debuan
Jalannya tampak lenggang
jelas bahkan seolah bersih
Tiba-tiba
Datangnya kuda-kuda berlari
Maka terapunglah..!
Teserlahlah segala debuan mewarnai udara
kotoran yg bisa menyesakkan dada
.
.
.
Barangkali... Itulah hati ini..
kotorannya telah mendap
debuannya telah menetap
Dari permukaan, ia kelihatan bersinar
Hati itu kelihatan cergas dan ceria
Dengan manisnya kelazatan iman
Dengan asyiknya ligat dalam amal
Tapi...
Saat realiti menghempap
Saat ujian dan cabaran menderu
Segala kelodak hati timbul
Terapung semuanya
Menutup terus permukaan yg tadinya bersinar
Menyesakkan terus titik yg tadinya nadi
Sedih.. kecewa.. putus asa...
Maka terjadilah...
perasaan insaf, semangat, futur dan kecewa
berbolak-balik dan berubah dalam masa seminit
Bahkan mungkin semua itu bertukar-tukar kurang dari setengah menit
Menjadi manusia yg berputar-putar
Kalbu yg keliru
Apakah ini realiti hidup?
.
.
.
Tenanglah...
Berikanlah dirimu peluang untuk belajar..
Hati dan akalmu perlukan pendidikan
Mereka selama ini dipaksa berperang tanpa peluang memahami hidup
Berikanlah dirimu harapan dan kepercayaan
Maafkanlah kesilapan
Periksalah jiwa
Bersihkanlah sengketa
Tenanglah...
Usah terlalu berselirat
Tingkatkan kesabaran
Tambahkan tawakkal
Percayalah dan tenanglah..
Tiada gunanya bersikap ceroboh dan terburu
Hidupmu bukan utk menyentuh langit angkasa
Tapi untuk menikmati perasaan hamba di bawah naungan Tuhan
Tenanglah...
Sabarlah...
Dan percayalah..
Periksa hatimu... Ia sedang menangis dirobek nafsu dan cerobohmu
Ubatilah ia dengan iman.. Dengan taqwa.. Dengan tawakkal..
Wallahua'lam
Wednesday, June 26, 2013
Sebiji bongkah catur..
“Ajaibnya orang beriman, sesungguhnya setiap urusannya untuk mereka adalah baik, sekiranya mereka diuji mereka bersabar, dan sekiranya mereka diberikan anugerah mereka bersyukur”
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikianlah.....
Jiwa seorang Abid... apa yg dpt menggembirakannya? Pujian drpd tuannya.. apabila Tuannya melebihkan darjat dia berbanding abid2 yg lain.. perasaan istimewa.. perasaan yg jauh lebih mengasyikkan drpd kepuasan yg terbayang di akal...
Bukan apabila dia dipuji hamba2 lain.. bukan apabila dia dilantik mnjd ketua oleh hamba2 lain... bahkan bukan juga kiranya hamba2 lain menyerahkan segala yg mereka punyai kpdnya... Tidak! Itu tidak memuaskan langsung dirinya... Dia hanya mahu pengiktirafan dr tuannya.. pujian tuannya.. kekayaan drpd tuannya... Itu yg dicari2...
Maka apabila tuannya meletakkan dia pada kerja2 berat dan susah... dia pun gembira dan bersabar... tekun dan sungguh2 cuba meng-impresskan tuannya.... apabila tuannya meletakkan dia pada kerja2 ringan dan mudah... dia pun gembira dan bersyukur.. dia tetap tekun dan sungguh2 utk meng-impress tuannya.. dia tidak mahu lalai, kerana itu akan menjatuhkan peluangnya utk menjadi yang paling tinggi..
Itulah hamba... dia redha dan sedia menerima apa pun perancangan tuannya utk dirinya... dia siap, kiranya dia perlu ke mana2 utk menyempurnakan master plan tuannya.. dia akur dan patuh pd apa yg disuruh tuannya... tidak sekali dia mempersoal, mengapa aku yg perlu buat ini? Mengapa kau biarkan si polan gembira? Mengapa kau bg kerja2 yg berat dan susah utkku? Mengapa kau tidak adil...? Mustahil sekali si abid ini celupar mulutnya...
Baginya, dia adalah buah catur... satu komponen kecil dlm pasukan Islam.. kalau dia lah yg perlu dikorbankan utk pasukannya, dia akan patuh, dan memenuhi tanggungjawabnya.. kalau dialah yg perlu menyerang, maka dia menyerang... kalau dia perlu bertahan, maka dia bertahan...kerana itulah tujuan penciptaannya.. untuk patuh...
Ya Allah, Moga Kau jd kan kami hamba yg patuh, hamba yg redha dgn segala ketentuanMu, yang percaya dgn perancanganMu, yang hatinya cenderung pada ketaatan dan kepatuhan, yang benar-benar hamba... yang redha... kerdilnya kami ya Allah... sedarkanlah jiwa kami yg bongkak ini, ia hanyalah hamba... tidak ada suatupun yg sebenarnya mnjdi hak kita, kerana kita ini hanyalah hamba...
Marilah bernafas dengan jiwa hamba.... udara ini bukan milik kita pun sebenarnya...
Keyakinan inilah... yg akan menjadikan kita ini terlalu ajaib.... kerana tidak ada yg menyedihkan hati kita lg, kecuali hilangnya Allah, terputusnya tali cintaNya drpd hati kita...
"Wa la tahiinu wa la tahzanu wa antumul 'alauna in kuntum mu'minin..."
Ya, tidak ada apa pun yg menyedihkan kita... selagi mana kita yakin kita ini sedang menyempurnakan satu kisah yg disusun oleh Tuhan yg sangat mencintai kita... kesat air matamu, kau terlalu sedih sedangkan kau patutnya gembira jalan hidupmu tidak sama spt yg lain.. kau istimewa.. percayalah pd Dia.. selagi dirimu seorg mu'min, tidak ada sebab utk engkau merasa lemah dan sedih..
Wallahualam
Friday, May 31, 2013
Kit Murobbi: Tarbiah Bil Ahdath

Dengan kuasa dan ketentuan Allah swt, dakwah yang pada suatu masa dahulu dimulakan oleh seorang Rasul, kini sudahpun tersebar ke seluruh dunia. Asalnya Baginda Ar-Rasul SAW memulakan dakwah ini, seperti yg kita baca dalam buku-buku dan yg kita rasai dalam nukilan² ayat Quran dan himpunan Hadith, dengan menyampaikan mesej Uluhiyyah kepada Allah. Totalitas menyerahkan seluruh jiwa dan raga pada Allah swt, Tuhan yang menciptakan dan menyempurnakan.
Kita saksikan ke'pekat'an tarbiah yang dilakukan Rasulullah, melalui produk tarbiahnya.
Bilal bin Rabah, hamba yg walau diseksa dengan dahsyat, masih tetap dengan "Ahad" nya.
Abu Bakr, yang infaqnya utk Peperangan Tabuk merupakan seluruh hartanya. Bahkan beliaulah yg banyak memerdekakan hamba yg diseksa semasa zaman Makkah.
Umar, dari musuh jadi pejuang setia, matinya dibunuh ketika solat. muhasabahnya luar biasa.
Mus'ab bin Umayr, sanggup meninggalkan kemewahan yg mengasyikkan, hinggakan beliau syahid dalam keadaan kainnya tidak cukup menutup seluruh badan.
Dan ratusan lagi contoh yang bisa membeliakkan mata dan mengalirkan air mata....
Kerana mereka semuanya produk yang luar biasa. Tadhiyah mereka pada dakwah ini cukup hebat sekali. Mereka ternyata beriman dengan ayat:
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (9:24)
Kisah Dhamrah bin Jundub
Ketika perintah hijrah diturunkan, terdapat sekelumpuk muslimin di Mekah yang tidak ikut berhijrah. Sebahagiannya kerana ketidakmampuan: uzur, tua, sakit, tidak ada upaya, dan sebagainya, manakala sebahagian lain kerana takut, berat, tidak sanggup tinggalkan perkara yg dicintai, dsb. Allah swt telah menurunkan satu ayat amaran yg sangat keras kepada golongan kedua, iaitu:
Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu? Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya? Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah Neraka Jahanam dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berupaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui satu jalan (untuk berhijrah) (4:97-98)
Ketika mendengar ayat ini, Dhamrah bin Jundub seolah terketar-ketar. Dia adalah seorang tua yg tidak mampu berhijrah, namun ketakutannya pada Allah mendorongnya utk terus berkata kepada anaknya, "Pikul lah aku, sesungguhnya aku tidak layak tergolong dalam golongan yg lemah, demi Allah aku tidak akan tinggal di Mekah walaupun satu malam"
akhirnya Dhamrah mati dalam perjalanan ke Madinah. Matinya dalam kemuliaan. Kemenangan yg cukup mahal. Dia telah menjual hidupnya demi Allah, dan Allah telah membelinya dengan syurga, spt firmanNya:
.....dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (4:100)
Bagaimana Mengulang formula tarbiah ini?
Para penggerak dakwah pasti mencemburui kepekatan penghayatan para sahabat. Bagaimana mereka mampu jadi se'obses' itu dengan Islam? Bagaimana mereka sampai begitu mahu memberikan segala-galanya untuk dakwah? Apa rahsianya? Apa resipinya?
Lagi-lagi pada ketika ini, kita membuka lapangan dakwah yang meluas, begitu banyak tuntutan daripada pelbagai medan. Dakwah kita bukan lagi dakwah yang sirri, tapi adalah dakwah yang jahriyy, cuba utk memercikkan cahaya Islam pada seluruh masyarakat. Berkongsi keindahan dan kemanisannya dengan semua. Tapi tentunya keluasan lapangan memerlukan kepekatan yg lebih luar biasa. Memerlukan kadernya yg lebih sanggup bekorban, lebih menjiwai dakwah, lebih merasai suka dan derita dakwah. Menangis dan ketawa kerana dakwah. Kita memerlukan rijal seperti ini, untuk menampung bebanan yang jauh lebih besar dari sebelumnya. Adalah satu 'suicide' untuk memikulkan bebanan yang berat pada kader yang belum rela menjual seluruh dirinya utk dakwah, kerana nauzubillahimindhalik, boleh jadi keduanya akan saling membenci, kader tadi akan benci pada dakwah, dan dakwah akan serik dengan lemahnya komitmen kader begitu.
Maka para murobbi perlu lebih pantas, perlu lebih cekap dan perlu lebih peka. Tunjang pentakwinan perlu kemas, perlu jelas dan perlu kukuh. Asas pembinaan kekuatan dakwah adalah tarbiah, adalah murobbi. Kalau murobbinya ala kadar, maka saksikanlah kehancuran dakwah satu persatu. Kalau murobbinya main-main, maka dakwah juga hanya akan sekedar menjadi satu jenaka. Murobi perlu menjadi agen tarbiah yg peka dan kreatif. Seandainya murobi sendiri sudah melonggarkan segala perkara, apa yg kita harapkan pada mutarobi?
Meningkatkan mutu tarbiah
Apabila kita bedah permasalahan tarbiah, satu perkara yg sering kita jumpa ialah:
...kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (22:46)
Banyak keadaannya, bukan tidak tahu, tetapi tidak merasai.
Bukan jahil akal, tapi jahil hati.
Liqa' usari yang dibawa banyak sekali membahaskan tentang ilmu. Ayat-ayat quran ditadabur. Hadith-hadith dihurai. Tapi tidak memercikkan api keimanan.
Apakah kerana ayat quran kini tidak lagi valid? Ataukah hadith kini makin kering?
Mustahil! Manhaj ini diturunkan Allah swt dengan jaminan 'relevan' hingga akhir zaman. Mustahil manhaj ini menjadi lapuk dan tidak lagi sesuai.
Mungkinkah... Masalahnya jatuh pada liqa' usari yang hanya berhenti pada akal, tetapi tidak pecah pada hati?
Cuba antum bayangkan... sekiranya dakwah yang diseru oleh Rasul SAW hanya berlegar tentang ayat-ayat quran dan hadith.. Baginda datang berjumpa dengan sahabat dan bercerita itu dan ini.. Apakah ianya bisa menjadi relevan? Hanya sekedar membaik dan membaik, tanpa tujuan. Para sahabat yang sibuk dengan pelbagai urusan, tiba-tiba nak didatangi dengan ayat quran yang takde apa-apa kaitan sgt dengan kehidupan mereka. Bagaimana hati ingin celik dan terkesan?
Kreativiti: Tarbiah bil Ahdath(tarbiah melalui peristiwa)
Disinilah perlunya kreativiti murobi...
Risalah Al-Quran turun dengan susunan Allah swt, mengikut peristiwa yang berlaku..
Apabila terjadi Perang, maka ayatnya menceritakan tentang perang..
Apabila terjadi perdebatan, ayatnya tentang isi perdebatan..
Apabila terjadi apa pun, tarbiah berjalan dengan memanfaatkan peristiwa tersebut.
Misalannya... bagaimana Rasulullah SAW ingin mentarbiah tentang nilai tajarud, nilai niat dan nilai ikhlas?
Ketika perisitwa Hijrah, Rasulullah SAW bercakap tentang hadith Niat.
Menyentuh langsung tentang niat orang yg hijrahnya kerana perempuan. Menyentuh langsung orang yang niat hijrahnya kerana dunia. Mereka akan mendapat apa yang mereka mahukan. Sedangkan orang yg hijrahnya kerana Allah dan Rasul, akan mendapat keredhaan Allah dan Rasul, yang nilainya jauh melepasi segala yg mampu diimaginasi akal fikiran. Maka jiwa para sahabat pun bergetar, terasa dekat hadith ini. Muhasabah dan evaluasi terus menguasi fikiran mereka: "benarkah aku hijrah kerana Allah dan rasul? jika tidak, aku hanya akan bekorban isi dunia, dengan isi dunia, sedangkan aku punya peluang berjual beli isi dunia dengan akhirat yg abadi."
Ketika para sahabat sibuk dengan urusan jual beli di pasar... Rasulullah SAW pun bercerita tentang bangkai kambing dan nilai dunia. Secara terus membuat perbandingan kesibukan harian para sahabat itu umpama sibuk berebut mendapat sesuatu yang tidak ada nilai. Lantas membuka hati untuk berfikir, "berbaloikah aku mengejar dan bersibuk tentang hal-hal ini?"
Pada awal dakwah baginda, yang diceritakan adalah tentang aqidah...
ayat-ayatnya langsung 'direct' tentang kehidupan masyarakat arab ketika itu.
Budaya Jahiliah: Anak perempuan yang ditanam hidup-hidup
Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: Ditanya. (8) Dengan dosa apakah dia dibunuh? (9) Dan apabila surat-surat amal dibentangkan. (10) Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya. (11) Dan apabila Neraka dinyalakan menjulang. (12) Dan apabila Syurga didekatkan. (13) (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya. (14) (81:8-14)
Kisah Abu Lahab yang dikutuk Allah dalam Al-Quran
Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama; (1) Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. (2) Dia akan menderita bakaran api Neraka yang marak menjulang. (3) Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. (4) Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal. / (5) (111:1-5)
Dan banyak lagi... Kisah Abrahah dalam Surah Al-Fil, kisah dalam surah Quraisyh, Fathul Makkah dalam An-Nasr, etc.
Semua ayat Quran dan Hadith datang mentarbiah mengikut keadaan semasa, situasi, masa, tempat.
Peringatan yang datang 'kena' pada suasana.
Amaran yang 'related' dengan kehidupan dan harian yg dilalui
Teguran yang 'direct' tentang peristiwa yang sedang berlaku
Maka Para Murobi harus juga berfikir dengan kerangka yang sama, memberikan tarbiah agar ia 'kena' dengan kehidupan mad'u. Tepat dengan keperluan dan kehendaknya, berdasarkan keadaan dirinya. Apa yang dialaminya. Apa yang dirasainya. Peristiwa apa yang berlaku ke atasnya.
Disinilah perlunya kepekaan terhadap persekitaran dan peristiwa. Dan kebijaksanaan menyampaikan materi. Bagaimana peristiwa semasa, berita-berita yg terdapat dalam surat khabar misalannya, yang menjadi tarikan mad'u digunakan utk menyampaikan risalah. Menggunakan tragedi yang dilalui mad'u utk mendekatkan dirinya pada Allah.
Contohnya, ketika berlaku pergaduhan antara mad'u dan temannya, kita gunakan isu ini utk capai ahdaf yang ditetapkan. ketika musim baru berkenalan, baru menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, kita gunakan peristiwa ini untuk mindset yang sesuai. Semuanya perlu dimanfaatkan utk dakwah.
Bukan sekadar menghafal materi daripada buku untuk diluahkan. Tidak, itu bukan tarbiah!
Sekiranya itu yang berlaku, maka ianya umpama bercerita tentang kaedah jual beli Islam, pada seorang yang sedang sedih meratapi kematian saudaranya. Umpama bercerita tentang kaedah pewarisan harta Islam kepada seorang yang baru menikah. Bagaimana kita ingin mereka menjiwai seruan ini, kita ingin mereka bersama dalam perubahan islah ini, sekiranya yang disampaikan pada mereka terlalu berbeza dengan masalah/kehidupan/keadaan yang mereka lalui sehari-hari?
Masalah: Tidak ada idea/peristiwa yang sesuai untuk mencapai hadaf yg dirancang
Antara qodoyah yang sering dikongsikan, ialah tiadanya peristiwa yang sesuai untuk menyampaikan hadaf tertentu. Para Murobi buntu dan menjadi kusut.
Kadangkala para murobi terlalu khusus tentang apa yang ingin dicapai. Lantas hanya menyempitkan ruang tarbiah pada sudut-sudut tertentu, tanpa melihat dan memahami keseluruhan kehidupan mutarabbi.
Mutarobi kita bukanlah robot yang perlu diprogram mengikut apa yang kita rasakan terbaik untuknya
Mereka adalah manusia yang sama seperti kita, yang telah disusun hidupnya dengan sebaik-baik oleh Allah swt. Mereka punya daya fikir, punya hati dan perasaan. Maka tarbiahlah mereka seperti seorang manusia juga
Perhatikanlah setiap perisitwa yang menimpa mutarobi kita. Pastinya peristiwa² yang berlaku dalam kehidupan seharian punya hikmah yang besar untuk kita dan mereka. Kembangkan horizon tarbiah, pandu mereka menuju Allah. Kaitkan segala yg berlaku dengan ALlah, perlahan-lahan berpindah dari satu tahapan tarbiah menuju yang seterusnya. Dari mengenal kekuasaan Allah, kepada mengaku dan merasainya, dan kemudian perlahan-lahan kepada menyedari dan seterusnya menyedarkan pula manusia lainnya.
Murobi Agung adalah Allah swt
Selalu kita terlupa, bahawa yang inginkan kebaikan kepada mutarobi kita, bukanlah diri kita sahaja. Tetapi Tuhan Yang Maha Penyayang, itu jauh lebih menginginkan kebaikan buat mutarobi kita. Peristiwa yang Allah susunkan untuk semua manusia, pastinya adalah yang terbaik untuk mendekatkan diri masing-masing kepada Allah. Pasti terkandung hikmah yang cukup sesuai dengan keperluan dan keadaan diri kita. Firman Allah:
...Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (3:191)
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? (23:115)
Tidak ada peristiwa yang Allah susunkan utk kita sia-sia. Maka, mengapa para murobi ingin mensia-siakannya setelah mutarobi tadi gagal memperoleh ibroh dari susunan kehidupannya? Seharusnya, Murabbi itulah yang membelek lembaran pengajaran daripada tragedi yang berlaku, agar bisa menghidupkan jiwa mutarabbi. Takkanlah apa yang Allah susun itu tidak punya tujuan...
Kita perlu yakin dan percaya, Allah itu sendiri sudah menyusun yang terbaik buat hamba-hambaNya. Maka tugas dan kerja kita, hanyalah untuk menyambung peristiwa-peristiwa yang dirasai mad'u agar bisa membuatnya celik hati dan mahu meningkat sesungguh-sungguhnya. Jangan bazirkan peristiwa yang telah Allah susunkan, hanya dengan alasan tidak tahu mengaitkannya dengan Islam. Jangan pula sekadar mencurahkan kembali materi daripada buku, dengan harapan ianya dapat membantu hati yang keliru.
Allah bersama Kita
Kerja dakwah ini adalah kerja membawa manusia kepada Allah. Kerja yang tinggi derajat dan kemuliaan disisi Allah. Kerja para kekasih Allah. Pastilah Allah terlalu ingin membantu kita melaksanakan kerja ini. Pastilah Allah akan menghantar para malaikat yang memakai tanda, seperti yg terjadi dalam Perang Badr. Pastilah Allah akan mengirim hujan yg menenangkan untuk membantu pasukan Islam.
Maka.... Sekiranya Allah bersama kita, pastilah Dia akan menyusun hidup kita dan mutarobi kita, agar dakwah yang kita seru itu 'kena' dengan mereka. Agar peristiwa yang mereka lalui itu jelas hikmahnya. Agar kesenangan/kesusahan/ujian/malapetaka yang kita rasai itu, dekat untuk kita tadabburkan dengan sirah dan Al-Quran. Pasti, Allah akan memudahkan hati-hati yang ikhlas ini merasai kebenaran, lantas menyampaikannya dengan penuh kekuatan.
Kejelasan perkara ini akan membawa kepada kesungguhan dan ketundukan kita pada Allah. Kerana apa pun yang kita seru, yang memegang hati manusia itu Allah. sekiranya Dia ingin memberi hidayah, maka tiada siapa yang dapat mneyesatkan, tetapi sekiranya dia ingin menyesatkan, maka siapa yang berkuasa memberi petunjuk selainNya?
Jadi... Para Murobi sekalian, banyakkanlah berfikir, dan banyakkanlah berbincang, tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku. Semuanya adalah tarbiah buatmu, dan buat mutarabimu... Tarbiah Islam ini menghidupkan kita untuk hidup, bukan menghidupkan kita untuk menjadi buku... Kemaskanlah tarbiah, binalah para mujahid dakwah yang siap menginfaqkan seluruh hidupnya demi Allah, yang tidak langsung kenal erti alasan dan rungutan, kerana jiwa mereka sudah merasai kemanisan kehidupan yang tidak ada tandingan...
Percayalah pada Allah, Dia pasti akan memberi pertolongan yang di luar jangkaanmu.. Pertolongan yang akan hanya meyakinkan lagi dirimu untuk beriltizam dengan ad-deen ini.. Dan yakinlah, dengan usaha yang berterusan, pergantungan yang tinggi pada Allah, mujahadah yang ikhlas, adalah formula pentarbiahan yang pekat. InshaAllah, kita akan berjaya menghasilkan generasi yang tajarud dan all-out seperti zaman terdahulu.
Wallahua'lam
Wassalam
Monday, May 20, 2013
Tawwabin

Pernah tak kita terfikir, apa la yang malaikat Atid(mencatat amal kejahatan) duk fikir, tiap-tiap hari kena tulis kejahatan-kejahatan kita. Bahkan, selalunya kejahatan tu adalah kejahatan² yang sama, yang kita ulang hampir setiap hari.
Kalau boleh copy-paste, tentu dah copy-paste, banyak sgt nak tulis.
Mata, apa yang dilihatnya sepanjang hari, apakah menambah keimanan, ataukah sebaliknya?
Telinga, apa yang didengarnya? Apakah dzikrullah, atau 'ghibah'-mengumpat- yang mengasyikkan?
Lidah, yg tajamnya lebih dari sebilah pedang, yang kadang kita tak terkawal dengan kata-kata,
Tangan, kaki, dan segala anggota lain
Malah hati, mungkin terlintas di benak sanubari benih² kebencian sesama makhluk, atau rasa takabbur yg bisa membakar diri sendiri
Bukankah semua ini dosa, yang mana setiap hari adalah hari kita berperang daripadanya. Setiap hari, malah setiap saat, adalah pertempuran.
Mujurlah.. Mujur sekali Allah swt itu Maha Rahim, Maha Pemurah.. Bahkan Maha Mencintai..
Sabda Ar-Rasul SAW:
Demikianlah gambaran betapa ALlah sangat-sangat gembira apabila kita ini bertaubat...
Gembira itu hinggakan tak terbanding dengan gembiranya manusia yg paling amat. Allah akan sangat-sangat gembira, apabila hamba yang tenggelam dalam kemaksiatan, yang bermandikan dosa, akhirnya pada satu malam yang hening, menundukkan wajahnya, dan mengangkat kedua belah tangannya sambil berdoa, memohon Allah mengampun dosa-dosanya. Hamba yang berpuluhan kali menyebut, "Anta Ghafur Ya Allah, Anta Ghafur...", merayu-rayu sambil menyebut satu persatu dosa yang diperbuatnya.
Hamba itu sedar, segala perbuatan yang dilakukan ketika imannya merundum, adalah perbuatan-perbuatan yang hanya menjauhkan lagi dirinya dari Al-Khaliq. Air matanya tidak lagi tertahan, saat ia akhirnya sedar bahawa dirinya telah tertipu dengan syahwat dan keinginan. Terbayang di kotak fikirannya, saat perbuatan-perbuatan hina yang dilakukannya itu, sebenarnya semuanya dilihat dengan jelas oleh Yang Maha Melihat. Lantas dia tidak lagi tertahan, pantas dia membongkok dan menghentakkan dahinya ke bumi. Bibirnya tak henti-henti mengulang, "La ilaha Illa anta, subhanaka Inni kuntum minadzolimin.."
"Hamba sangat zalim.. Hamba sangat jahil.. Hamba sangat lemah.. Hamba adalah pendosa..."
rayu benak sang hamba tadi.
Kemudian hamba itu terbayang pula, apa agaknya nasib dirinya di akhirat kelak. Dengan dosa yang dikendongnya, dimanakah pengakhirannya?
Lalu hamba itu terus hanyut dalam buaian sujudnya.. Dia terasa tidak sanggup mengangkat wajahnya, kerana berasa malu yang amat sangat kepada Allah swt. Dia terus merayu dan merayu.. Mengharapkan Allah menjawab langsung rayuannya. Semakin lama dia dalam sujud, hatinya semakin mencengkam. semakin kuat rayuannya. Rasa menyesal memenuhi seluruh kamar ibadah hamba itu tadi. Sejadahnya seolah remuk dengan sujudnya yang tidak berpenghujung.
Tiba-tiba, di fikiran hamba itu terlintas sepotong ayat Al-Quran..
Allahurabbi... esakan hamba itu bergema dengan lebih kuat. Hatinya sudah tidak tertahan. Dia menangis teresak-esak, umpamanya seperti seorang bayi. Hatinya penuh rasa khauf(takut), kerana dia tahu, dosa-dosa yang dilakukannya, bukanlah kerana jahil, sebaliknya kerana tewas dengan nafsu. Bukannya dia tidak tahu apa yang betul dan apa yang salah, tapi saja, kerana imannya yang meleset, dek tewas dengan pujukan syaitan.
Hamba itu terus dalam buaian sujud dan air mata.. terus dan terus mengulang "Anta Ghafurur Rahim.. Anta Ghafurur Rahim.."
Semoga Allah mengampuni dosa aku, kamu dan kita semua.
Firman Allah,
Semoga kita akhirnya dikumpulkan dalam kumpulan manusia-manusia yang dicintai Allah, diliputi keredhaanNya, penuh dengan keindahan yang luar biasa, jauh di luar dugaan penghuni dunia..
Aamin
Sunday, May 5, 2013
Tak terkata

Oh, sukarnya nak ungkapkan perasaan dalam diri ketika ini.
rasa diri sendiri tak guna, tak bermanfaat, lemah, lesu, banyak masalah dan sebagainya. seolah hampir putus asa. give up. rasa nak nyorok dalam gua. nak tutup mata, sangat kecewa.
lagi-lagi apabila "compare" kan diri dengan ikhwah2 yang hebat dan banyak bekorban dan beramal di atas jalan ini. rasa tewas. x berguna. apakah nanti di hadapan Allah swt, aku ni ada nilai? apakah nanti dihadapan ALlah, aku hanya akan dilayan seperti habuk2, yang adanya aku hanya menjadi bebanan.
Bertambah rasa lemah dan kecundang, apabila sedar, tarbiyyah diri yang semakin lama semakin tidak terjaga. Kesibukan dan tekanan, seolah menjadikan aku orang yang tidak punya tujuan hidup. Menjadi lalang, mengikut tiupan angin. Hidupku tidak lagi diukir senyuman. Mana tidaknya, hati tidak terasa tenang, jauh sekali bahagia. Mengapa begitu sukar untuk mencintaiMu?
bertambah sedih apabila bermuhasabah....
banyaknya nasihat-nasihat, penyampaian-penyampaian yg aku berikan, mgkin tampak kemas dan bersemangat, tapi realitinya... adakah ianya memberi kesan kepada hatiku sendiri? ataukah ianya hanya tahi-tahi bintang yg gemerlapannya hanya sementara, kemudian hilang lesap bersama debu.. Apakah aku mampu memberi, sesuatu yang aku sendiri kehilangan dan sedang mencari? Mungkin dihadapan manusia aku kelihatan biasa. Senyum tawa seperti biasa. Bahkan mungkin sekali, orang-orang terapat denganku sekalipun, tidak bisa memahami kerumitan yang melanda.
Kemudian hatiku semakin kecewa dan bertambah sedih, melihat betapa rendahnya potensi diri sendiri. Oh, benarlah, medan khayal itu sangat luas, tetapi mengecil dan mengecil apabila nak diterjemahkan pada amal. Akhirnya, aku hanya menjadi orang yg banyak berkata-kata, tetapi amal sangat sedikit. Berdegang-degang bercerita besarnya cita-cita, tapi akhirnya lesu, tidak ada apa-apa. Terus bermain dengan perkataan. Tapi keseriusan untuk mencapainya sifar.
Aqliyyah apakah ini?
Astaghfirullah...
Kalau sahabat semulia Umar Al-Khattab mampu menangis hinggakan pipinya berbekas dengan tanda hitam bukti kerapnya air mata yang mengalir, mengapa aku begitu sukar menitis walau sesekali? Umar sangat takut, bahkan sampai seolah menggila, apabila memikirkan apakah dia bakal masuk neraka. Barangkali itulah antara motivasinya. Push yang kerap mengetuk dirinya untuk sentiasa meningkat.
Aku? Apa akan jadi padaku nanti? Apakah kemungkinan untuk aku masuk neraka begitu rendah, hinggakan begitu jarang terlintas rasa takut?
Aduh.. Celakanya aku ini...
Bukankah Tuhan kepada segala lautan dan sungai adalah Allah,
lalu mengapa mata ini begitu kikir mengalirkan walau setitis air untukNya?
Bukankah Tuhan kepada segala pepohonan dan bebunga adalah Allah,
lalu mengapa hati ini begitu kikir membungakan walau sekuntum cinta untukNya?
Aduh.. celakanya aku...
Apa aku lupa, akhir nanti setiap saatku akan dihisab
apakah hidupku di dunia membawaku ke syurga
atau nauzubillahimindhalik, menyeretku ke Jahannam
Ampunkan aku Ya Alloh
Dan jangan kau biarkan aku tentukan nasibku, walau sekedar sekelipan mata
Kokohkan azamku,
Jauhkan aku dari rasa putus asa
Kerna aku lemah ya Alloh..
Kerna aku begitu mudah berputus asa dan kecewa ya Alloh
Mungkin sahaja, semua ini kerna aku begitu Jauh dariMu..
Ya Alloh, jadikan aku dalam kalangan orang-orang yang mencintaiMu, dan Kau cintai..
Tanpa cintaMu, benarlah hati bisa menjadi gersang
kering kontang
mati
Wallahua'lam
Sunday, April 28, 2013
Pertolongan Allah

Alhamdulillah.. syukur sangat.
ternyata sekali, Dia berkuasa penuh untuk lakukan apa sahaja yang Dia inginkan
Dan pada masa ini, aku terduduk bersyukur, menghitung banyaknya nikmat dan kesenangan yang Dia berikan padaku.
Banyak kesukaran yang ALlah telah keluarkan aku daripadanya.
Masalah² yang ALlah ilhamkan penyelesaiannya.
Semoga semuanya adalah yg terbaik...
Percayakah kita, bahawa Allah sangat-sangat nakkan kebaikan pada diri kita?
Betul... seriyes nih.
Dia hanya meminta kita untuk melakukan sedikit kebaikan, dan selebihnya, dia akan bantu dan guide kita. Dia akan mudahkan, ringankan badan kita, support dan timbulkan keinginan kita.
Syarat pertama, dia mintak kita start dulu.
Kalau kita merasakan susah dalam nak buat satu² amal.. rasa liat, rasa berat, rasa x suka.
Cuba perhatikan ayat ini...
Kenapa rasa berat dan susah? sebabnya, Allah yang bagi kita rasa macam tu, Allah benarkan syaitan menggelincirkan kita dan Allah x protect kita. Sebabnya, dosa-dosa lampau yang kita lakukan... Kalau x, ALlah memang akan lindungi dan jaga kita punya lah!
Cuba tengok kisah Nabi Yusuf....
Astaghfirullah...
Boleh jadi, mudahnya kita berbuat jahat, berlaku fasik, jahiliyah dalam diam, adalah kerana Allah bukak jalan untuk kita jadi jahat besar-besar. Sebab kesalahan dan dosa-dosa kita. Sebab kita macam dah pilih nak jadi jahat, jadi Allah tolong kita betul² jadi jahat.
Boleh jadi.. depan manusia kita macam rahib. macam ustaz. murabbi agung. contoh qudwah bagai.
tapi belakang manusia.. kita la tokey movie
kita la raja bola
kita la mamat korea
kita la macam-macam benda lagho dan jahiliyah lain. dan kita seronok, sebab boleh buat semua benda2 ni, tanpa kantoi, senyap² je.. Hoi, ketahuilah, Allah itu maha melihat. Dia tahu apa yang dijahrkan, dan apa yang tersembunyi.
Macam mana nak betulkan semua ni?
macam awal² tadi la.. mulakan dulu langkah pertama. Start! You need to start doing things. Start the change. kayuh pedal beskal tu. The rest will get His support. Dia akan tolong yang lain. seperti firmanNya:
Jadi.. when you want to change, you want to improve yourself, you want to do things, stop being worried. Just plan, then START! InshaAllah, kalau betul kita sungguh², ikhlas, Dia akan berikan pertolongan. Dia akan tunjukkan jalan. Dia akan beri segala-galanya..
Percayalah
Jommmmmm
Kita beramal~~~
Wallahua'lam