Kalamullah

Kalamullah

Thursday, August 19, 2010

Apa itu Beriman Kepada Allah?


Wah, mudah-mudahan, di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, kita sama-sama cuba memperbanyakkan kegiatan-kegiatan yang bisa membawa ridhoNya kedalam jiwa.

Harap-harapnya, dapatlah diambil jis-jis dari perkongsian ini ya. Makna dan erti keimanan.

Seperti yang ditulis dalam post sebelum ini, sesungguhnya Allah sendiri membezakan, hamba-hambaNya dalam kalangan orang-orang yang pergi bersolat ke masjid itu. Cuba bayangkan, orang yang pergi solat di masjid itu dah la tidak ramai, itupun, Allah tetap menapis lagi, siapa diantara mereka, yang benar-benar layak untuk mengimarahkan rumah-Nya.

Fikirkanlah.

Kata Allah, orang-orang yang layak ini, adalah mereka yang beriman kepada Allah.

"Aik? Bukankah solat itu sendiri sudah cukup untuk membuktikan yang kita beriman kepada Allah? Ada ke orang yang tak beriman nak solat? Orang beriman tapi tak solat tu, adalah!"

Jadi, apa sebenarnya maksud beriman kepada Allah?

Apakah dengan solat, belum cukup untuk membuktikan keimanan kita kepadaNya?

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan,

“Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan mengadap penuh kepada Allah s.w.t. Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah. Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketelusan berinteraksi dengan-Nya. Di dalam hati juga terdapat sebuah kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah. Di dalam hati, juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan, dan keputusan Allah, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan-Nya.”

Itulah dia erti keimanan.
Yang mana, tanpa perasaan ini, hati kita akan terasa seolah dirobek dengan kekasaran jahiliah, terasing dengan kegelapannya, sedih, gelisah dan bergejolak tatkala jahiliyah itu menyapa. Hanya dengan rasa imanlah, hati ini akan kembali tenteram dan bebas dari perasaan-perasaan itu.

Cuba kita pandang langit
Apakah ia punya tiang? Apakah ia pernah bergoyang?

Cuba perhatikan burung-burung yang menari-nari diangkasaraya.
Apakah kita terlalu buta untuk melihat kekuasaanNya?

Oh Tuhan, bukakanlah mata hati kami, untuk kami pupuk rasa rindu dan cinta kepadaMu
Oh Tuhan, tunjukilah hati kami, jalan-jalan untuk kami ma'rifat akanMu

Sesungguhnya, iman ini bukan satu perkara yang dibuat-buat, tapi adalah satu kurniaan, setelah kita berusaha mencarinya. Firman Allah,

قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا ۖ قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَـٰكِن قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ ۖ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Orang-orang " A'raab (Badwi)" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Hujurat, 49:14)


Nyatalah disini, iman itu bukan sesuatu yang mudah. Yang mudah adalah menjadi Islam. Tapi untuk memperoleh darjat keimanan itu, iman perlu masuk meresap kedalam hati. Dan sesungguhnya, ia akan hanya berlaku, bila si pemilik merayu-rayu, dan meminta dengan penuh ikhlas, untuk memahami dan memperolehnya.

Mungkin sukar untuk difahami, tapi demi sesungguhnya, fikirkanlah. Hanya dengan berfikir, kita mampu memahami bait-bait kalimahNya. Berkali-kali, Allah menegur kita, Afala tatafakkarun! Apakah kamu tidak berfikir! Marilah sama-sama kita hayati. Marilah sama-sama kita selusuri. Makna, dan erti keimanan.

Demi sesungguhnya, dengan keimanan kepada Allah-lah, kita akan dapat menggarap erti sebenar, kehidupan. Lantas, dengan inilah, kita mampu memahami, cara dan qaedah, untuk mengubati ummat.
Wallahua'lam.

Hayatilah bait-bait lagu ini. InshaAllah, sangat terkesan.




Wednesday, August 18, 2010

Solat akan menjadi Nur


Dunia pada hari ini telah membeliakkan mata melihat hakikat ummat Islam ditindas.
Oh, maafkan saya, dunia pada hari ini tertidur, sambil ummat Islam dipijak dan dinista. Seolah-olah tiada yang menyedari, akan hakikat pengkhianatan hak manusia yang konon-kononnya menjadi perjuangan aktivist keamanan dunia sedang berlaku dengan dahsyatnya.

Hoho.. bulih tahan lagik ayat karangan bm nih. :)

Hrm... Sebelum kite pg jauh-jauh, bincang masalah Islam dah tak sehebat dulu, Islam tak diterima dalam politik ke ape ke, apa kata kita bincang bende small scale, yang mana benda macam nih pun, kita masih tidak berjaya selesaikan. Amacam?

Erm.... Solat kita, apa khabar ek? Sihat ke dalam bulan ramadhan nih? Harap-harapnya, sempena ''Bazaar Shahru Ramadon" nie, makin 'berisi' lah solat-solat kita ye. Sabda Rasulullah,

Pada hari Hisab, solat akan menjadi nur kepada orang yang mengejarkannya;...

dan Allah pun kan dah cakap,
إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ‌ۗ

"... Sesungguhnya, solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar....."
Al-Ankabut, 29:45



Maka, sebelum kita berfikir jauh-jauh cara mencegah kemungkaran, jom kita tengok bab solat kita dulu, nak? :)

Eh, jangan salah sangka tau! Masalah ummat sekarang(lalai, leka, lari dari kefahaman Islam sebenar, buang bayi, saling bertelingkah, tidak bersatu, bla bla bla.....) semuanya berpunca dari masalah gagal menghayati makna dan tujuan solat.
Eh, x percaya ke? Betul la!
Nanti kita akan korek dalam-dalam tajuk nih. Kita akan tengok, macam mana dengan solat, mampu mengatasi semua permasalahan tu.
Ok? Tapi, syaratnya, kita kenalah menghayati solat kita ni dulu.
Kenalah memahami tujuan kita solat lg. Barulah boleh pergi apa 'kuasa' yang ada dalam solat.

Kalau tambah tolak pun tak betul lagi, takkan dah nak ajar yang matematik boleh cipta bom. betul tak? hihihi

Ok, ni ada fakta yang rasanya seeeemmmmuuuuaaaaa orang dah tahu.
Solat berjemaah, lebihnya darjat dari solat sendirian, sebanyak 27 kali.
Maka, marilah kita solat jemaah di masjid!

Hrm... tapi kan...
Allah ada kata,

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ
فَعَسَىٰ أُولَـٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. At-Taubah, 9:18


Eh eh! Perasan tak? Allah cakap, orang-orang yang layak memakmurkan masjid Allah itu hanyalah orang-orang yang ciri-cirinya dinyatakan diatas. Waah!

huhu.. Bila reflek balik, baru sedar..
"Sejauh mana aku beriman kepada Allah?
Adakah aku benar-benar ma'rifat akan-Nya? Apakah aku benar-benar memahami hakikat kebesaran-Nya? Siapa Allah? Kenapa aku perlu tunduk kepadaNya? Sudahkah semua persoalan ini terjawab?

Sejauh mana pula aku beriman pada hari akhirat? Takutkah aku dengan azab api neraka? Bergetarkah hati dan jantungku, bila perkataan "JAHANNAM" itu disebutkan dalam bait-bait perkataanNya dalam Quran? Apakah aku benar-benar memahami dan menghayati nikmat syurga, sehingga aku sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya?

Oh.. patutlah selama ini, bila sahaja aku pergi masjid untuk solat jemaah, pasti tidak dapat istiqamah. Pasti sahaja esok lusa, aku akan rasa malas. Akan timbul rasa tidak mahu pergi. Oh tuhan, nyatalah aku ini terlalu jahil tentang Mu!"

Huhu.. tapi kalau macam nih, kira bukan semua orang la layak solat dekat masjid? Kira bukan semua orang la layak untuk dapat pahala 27 kali ganda tu dekat masjid? Habis tu, macam mana pulak solat dapat cegah kemngkaran? Macam mana pulak solat tu cahaya?

Hrm... Ingin tahu jawapan-jawapan nya?
Stay tuned!
Ikuti sambungannya nanti!




Thursday, August 12, 2010

Api kelam, bercahayalah!



SubhanaAllah. Satu lagi hari penuh dengan nikmat Allah. Penuh dengan kurniaanNya.

Pernahkah kita terfikir, sampai kapankah perjuangan ini akan usai?

Oh Tuhan, janganlah kau jauhkan hati ini dari Ad-Deen mu.
Kegusaran pasti akan timbul, tatkala kita merasakan seolah-olah sudah hilang 'bekas-bekas' cahaya dalam hati ini. Mula terasa berat, mula terasa seolah-olah tiada tujahan untuk terus kedepan. Hatta untuk melakukan ibadat-ibadat khusus sekalipun, terasa seakan malas, seakan berat.

Ah, mana mungkin aku biarkan kefuturan ini terus meraja dalam jiwa. Akan aku tentang, akan aku perjuangkan kalimah syahadahku. Mana mungkin, aku biarkan segala-galanya tergadai semata-mata kerana kejatuhan himmah dari dalam diri ini. Oh Tuhan, kau uji hatiku dengan perasaan keduniaan. Mungkinkah kerana kebongkakkan aku yang mendakwa aku takkan bisa tergoda dek kemewahan dunia? Oh tuhan, ampuni kejahilan hambaMu. Aku sedar, bukan aku yang menang, tapi engkaulah yang menangkan sesiapa yang kau ingin menangkan.

فَلَا تُزَكُّوٓاْ أَنفُسَكُمۡ‌ۖ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰٓ
.....maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa. (An-Najm, 53:32)


Terima kasih Al-Quran. Terima kasih Allah. Kau betulkan aku sejurus selepas kau dapati aku tersasar dari jalanMu.

Janganlah kita sekali-kali mendakwa kita bebas dari apa-apa ujian. Kerana sesungguhnya, Dialah yang menentukan tiap-tiap perkara itu. Mungkin kita rasa kita tidak akan tergoda dengan keduniaan, tapi Dia boleh hilangkan minat kita terhadap akhirat, hinggakan kita hilang semangat dan kekuatan untuk terus beribadat kepada-Nya. Dia hilangkan rasa cinta kita kepadaNya, sehinggakan terasa cukup berat untuk menitiskan air mata.

Ya Ayyuhal Ikhwah. Marilah sama-sama kita bermuhasabah kembali, lemahnya jiwa kita ini. Jangan mudah rasa senang dengan amalan kita, kerana sesungguhnya, kita belum tahu sejauh mana nilaian Allah terhadapnya.
Maka,
Fastabiqul Khairat~

Wednesday, August 11, 2010

Datangnya Ramadhan...


Saya sangat yakin, datangnya Ramadhan akan menyemarakkan semangat dan keazaman raaaammmaaaiii muslimin di seluruh dunia. Pasti sahaja, ada yang memasang niat untuk menggandakan ibadat, untuk melakukan seribu macam jenis amalan sunat.
Maklumlah, bulan Ramadhan nie lah msanya untuk dapat 'bonus' dalam ibadat kita.

Pesanan saya, teruslah melaksanakan segala niat untuk meraih ridho-Nya!

Pesanan saya juga, ingatlah ya, kita tidak mahu menjadi semata-mata seperti Fudhail bin Iyadh, Abidul Haramain. Kita tidak mahu bermain-main dengan ibadat. Kita tidak mahu semata-mata bermandikan dengan air mata keinsafan.
Tapi kita mahu menjadi seperti Ibnul Mubarak. Ibarat Rahib di malam hari, tetapi seperti singa di siangnya. Ramadhan bukan lampu isyarat untuk membenarkan kita berhenti dari tugas Khalifah, bukan tandanya kita boleh menghela nafas lega dengan menumpukan sepenuhnya masa kita untuk ibadat2 khusus sahaja.

Sebaliknya, Ramadhan lah masanya menyediakan ruhiyy kita dengan sebaik-baik amalan. Dengan amal-amal inilah, akan menguatkan hubungan kita dengan Allah, supaya nanti segala perkara yang kita lalui semuanya dpt dijalani dengan penuh kesediaan. Ingatlah, tugas Daie itu bukan satu tugas yang punya cutinya, selagi masih bernyawa tubuh kita, selagi itulah tugas itu masih terkendong di bahu kita.

Dan, janganlah lupakan, sediakanlah masa untuk muhasabah. Setiap hari yang telah berlalu itu nyatalah tidak akan kembali, maka bermuhasabahlah, supaya kesilapan hari ini tidak berulang kembali.

Wallahu'alam.





Wednesday, July 21, 2010

Apa Erti Kesusahan?

Apa agaknya erti kesusahan ye?

Cuba kita fikirkan sama-sama. Adakah apa yang kita alami, yang tidak kita gemari, bulih diklasifikasikan sbg kesusahan?

Kita merungut, soklan exam susah. Kita kata, ini susah nih, kena pergi jauh-jauh nak join program Tarbiyyah. Kita cakap, ujian nih, susah, duit dah x cukup. Kita cakap lagi, susah nih, mad'u keras. Kita merungut lagi, kata, tak cukup masa. Malah, kita sempat bersungut lagi, penat la, itulah, x ada transport la, inilah, dan kata, semuanya susah.

.

.

.

tahukah kita apa itu kesusahan?

Allah berfirman,

أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kemelaratan dan penderitaan serta digoncangkan (dengan goncangan yang dahsyat), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.
(Al-Baqarah, 2:214)

Ingat cerita Khabbab?

Beliau disiksa setelah diketahui keislamannya, dipanggang sehingga menitis air-air dagingnya.
Setelah sekian masa, maka beliau pergi menemui Rasulullah SAW, bukan dengan niat untuk merungut pun, cuma ingin Ar-Rasul mendoakan akan pertolongan Allah datang kepada orang-orang yang disiksa.

Tahu jawapan Rasulullah?
Baginda SAW menceritakan tentang kisah siksaan orang-orang terdahulu.
Ada yang digergaji badannya, ada pula yang disikat dengan sikat besi dagingnya.
Dan mereka kesemua tidak pun merungut, kerana yakin akan aturan Tuhan.
Dan dikatakan, kamu, Khabbab, terlalu gopoh.


Oh, itu kisah Khabbab Al-Arat. Yang dahsyat pengorbanannya, yang terkenal sebagai guru besar dalam bekorban. Yang sampai menitis air daging disiksa beliau, tapi, yang beliau lakukan hanyalah berjumpa Ar-Rasul untuk mendoakan agar pertolongan Allah tiba, dek tak tahan dengan ujian itu, tapi Ar-Rasul sudah mengatakan bahawa dia terburu-buru.

Hai, kalaulah begini pun tidak layak merungut, masalah kita tu, bolehke kira sebagai kesusahan?

layakkah ia dikategorikan Ba'sai waddhaarro wazulzilu?

Hrm... Renung2kan...


Sunday, July 18, 2010

Muhasabah



Oh, di luar sudah gelita.
Di dalam, apakah masih punya cahaya?

Hidup ini, satu perjalanan.
Oh tuhan, tunjukkan aku jalan.

Saturday, July 10, 2010

Antara mimpi dan cita-cita



"aku mahu melihat semua manusia kembali kepada tuhannya"

"aku berjanji pada diri sendiri untuk terus thabat pada jalan ini sampai mati!"

"aku nak jadi murabbi yang kuat bekerja. moga-moga, nanti disayangi Allah"

"Cita-cita aku, nak jadi golongan yang redha dan diredhai oleh Allah"


Tinggi cita-cita. Tapi bila ana buka mata, rasa seolah penat. Rasa seolah mustahil, terlalu mustahil. Rasa bagaikan mahu menelan satu dulang penuh paku-paku tajam. Pedih.
Bagaimana cita-cita itu bisa tercapai dalam keadaan sekarang? Ustadziatul alam apa namanya?

Ummatnya nyata sudah jauh lari dari Al-Quran. kalamullah hanya digunakan untuk buat pendinding. jauhkan dari hantu tegasnya. surah-surah cuma dibaca untuk buat penawar penyakit. dukun bomoh bagai. Kalaulah ada sekalipun ayat yang dibaca, nyatalah untuk buat tarannum, halwa telinga. Musabaqah Al-Quran setiap tahun. Itulah fungsi quran gamaknya.

Itu baru sedikit.

belum tengok yang mengejar rezeki setiap hari. Yang pergi 'bekerja' di jalan Nya didakwa extremis, kena rasuk, x ada masa depan.
Lupakah kita dengan hadis kotak Rasulullah SAW?

Dalam kesibukan dan kepenatan mengejar wang dan harta ini, masih ramai pulak lagi yang sempat duduk di sofa menonton pelbagai hiburan x tentu siaran. Mencari hiburan konon jiwa tertekan. Dakwanya, kalau asyik serius, nanti jadi gila. Kena la happy, rock-rock sikit.

Hoi! Takkan tak pedih jiwa mendengar nya?

lagi pedih, kalau semua ini berlaku depan mata.

Dalam diam, aku bertanya pada diri sendiri.
Eh, aku ni bermimpi ke?


Wallahua'lam.


*dalam senyap2, cuba juga untuk melihat semula nota manhaj perubahan.
Iradah, himmah, istiqomah.
Ya Allah, bantulah aku.
Ya muqallibal qulub, thabit qalbi, ala dinik
Aamin