Kalamullah

Kalamullah

Thursday, December 16, 2010

Mungkin terlepas pandang...






Mirror mirror on the floor, did I not realise that's me over there?


Gambar yang ringkas, tapi cukup dalam maksudnya. Inilah yang dimaksudkan lupanya kita untuk muhasabah, dan mudahnya kita mengambil langkah untuk menyalahkan.
Muhasabah, itu sahaja yang diminta.
Apalah guna segala yang telah dilalui, jika ia gagal dimunasabah, kerana pengalaman itu akan kekal sebagai pengalaman tanpa pengajaran sekiranya gagal diambil iktibar.

Haa!! Jangan terlalu cepat dan lekas mencari masalah kepada satu kerosakan itu pada orang lain! Muhasabahlah terlebih dahulu apa yang telah ENGKAU lakukan, kerana pada pengakhirannya, Allah tidak memberi ganjaran kepada satu kejayaan dan mengazab pada satu kegagalan. Sebaliknya, Allah menilai berdasarkan amalan dan usaha.

Ketahuilah, bayang-bayangmu ini, lebih dekat denganmu dari apa-apa sekalipun, termasuklah diri orang-orang disekelilingmu.

Wahai burung muda, sebelum kau salahkan sesiapa kerana ketidakmampuanmu untuk terbang, marilah lihat bayang-bayangmu terlebih dahulu.
Nescaya, kau kan ketemu masalahnya dimana.

Wallahua'lam.

Friday, December 10, 2010

Bila Cahaya Di'rasa' suram..


Ah.. Mengapa gamaknya terasa semakin lama, pencerahan, tazkirah, pembacaan, semuanya semakin gagal untuk menggetarkan jiwa?
Getus seorang Akh yang kebingungan mencari semangat yang lesap dek hakisan Sang Masa.

Memanglah kita kena bersabar, tapi at one point rasa macam dah tak ada harapan je.. Macam mana ekk?
Rintih seorang lagi Akh yang disulami rasa kecewa.

Hrmm... Macam mana la agaknya eh masa depan kita kalau macam ni..
terputus-putus suara seorang lagi, seakan-akan putus asa


Mengapa jadi begini?
Mengapa barisan mujahid yang diharapkan menjadi benteng Ummah, kini asyik dengan rungutan dan rintihan? Apa dia yang kita panggil sebagai perjuangan, kalau hanya disambar rasa penat dan luka cita-cita, kita terus terkubur dijajah futur?

Lupakah KITA suatu masa dahulu, kita telah dikutip oleh Allah, dari lembah penuh kehinaan dan kejahilan, dari kegelapan yang maha gelap, dan kita diberi peluang, ya kita diberi PELUANG untuk merasai cahaya.
Bukankah indah saat dulu?
Saat cahaya itu menyinari, kita rasa seolah sangat hampir denganNya. Yang asyik terpacul dari bibir-bibir adalah "Aku memburu RedhaNya", "Aku ingin MencintaiNya, lebih lagi".
Mana pergi kalimat-kalimat cinta itu?
Mengapa yang tinggal kini hanya butir-butir 'keterpaksaan', benih-benih 'keperitan'?

Apakah sama orang yang melakukannya kerana cinta, dan mereka yang melakukannya kerana takut api neraka?

Mana hilangnya cinta itu?
Apakah ia berlalu pergi, seperti berlalu perginya hidayah?

Oh...!!

Segala yang dirasakan ini, apakah ia petanda hatiku telah ditutup?

"KhatamaAllahu 'Ala Qulubihim, wa 'Ala Sam'iihim wa A'la Absorihim min Ghisyawah..."
Khatam. Khatam. KHATAM MIN GHISYAWAH!!

Apakah Allah telah menutup pintu-pintu hati ini, rapat-rapat, sehingga tidak tersisa walau sebentuk cahaya sekalipun?
Aah.... Bukankah dulu aku telah katakan, perasan indah, penuh jiddiyah, diselangi butir-butir cinta, adalah satu ni'mat yang perlu kau pelihara?
Aahh.... Lihatlah sekarang, ''pohon-pohon'' yang disiram, makin lama makin layu.. Layu dek hilangnya akar ruhiyyah!

Apakah ini kerana aku gagal menghargai?

Tuhannnn!!

Cahaya yang tidak pernah berubah terangnya, tapi kini dirasakan makin suram.
Tidak lain tidak bukan, kini sudah ada tabir yang menghadang cahaya itu dari terus sampai kepadaku.

Hai Syabab!
Kalau benarlah perjuangan yang kau pilih
Maka berjuanglah untuk tekorban
Bukan berjuang untuk terselamat

Apakah kita ini terlalu lemah untuk bekorban, sehingga semua perkara menjadi masalah?
Atau adakah kita ini terlalu kebudak-budakan, seperti kata Syed Qutb dalam Fil Zilal, pemikiran kanak-kanak?
atau...Mungkinkah semua ini kerana kita telah larut dalam kemewahan dunia?
Firman Allah, dalam surah An-Naziat, (79: 38,39)

وَءَاثَرَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا
فَإِنَّ ٱلۡجَحِيمَ هِىَ ٱلۡمَأۡوَىٰ

Dan dia mengutamakan kehidupan dunia
Maka sesungguhnya neraka Jahannamlah tempat kediamannya

Perhatikan disini, penggunaan huruf "fa".
Fa itu bermaksud terus, secara pantas dan direct.
Maksudnya, mereka yang mengutamakan kehidupan dunia, secara terusnya,(by default, etc) neraka jahannamlah tempat kediamannya.
Na'uzubillahmindhalik.

Ya Tuhan, Kokohkanlah bangunan kami, seperti mana kau kokohkan bangunan hati para sahabat disekeliling Nabi.
Ya Tuhan, kau semaikanlah rasa menghargai dalam diri kami, seperti mana menghargainya para sahabat terhadap Rasulullah.
Ya Tuhan, kau benarkanlah kami merasai semula rasa cinta itu, seperti mana tinggi cintanya Muhammad SAW kepadaMu.

Aamin.


Tuesday, December 7, 2010

The Right thing, at the right time

Dulu, aku sering mendengar,
"Saya x boleh cerita perkara ni kepada awak, sebab awak tak betul-betul merasainya, jadi kalau saya cerita, saya khuatir awak tidak akan benar-benar ''dapat'' point saya. lagipun, kalau awak benar-benar menghadapi perkara ini, barulah macam ''terhentak'' kalau saya cerita. baru effect dia besar, dan berkekalan"

Rasa macam sukar juga untuk terima, walaupun hati dipaksa untuk akur.
"alah, cerita je lah, bila sampai masanya, bolehlah aku terus tangkap point tuh, dan x perlu ulang kesilapan yang sama. Kalau x, kenapa nak ajar orang driving baru bagi lesen? lebih baik biar dia accident, lepas tuh baru kasik driving class. barulah dia rasa"
Getus hatiku yang dulu.

Namun, bila tibanya saat aku sendiri yang menuturkan perkataan yang mula-mula tadi, barulah aku benar-benar faham kenapa dan mengapa ianya dikeluarkan sedemikian. Mengapa ianya dimaksudkan begitu. Inilah yang kita namakan, Fiqhul Dakwah, hanya boleh dipelajari dan dihadam dengan AMALAN.
setelah melalui perkara ini, barulah saya faham kenapa dahulu saya juga diberitahu perkara yang serupa.

Benarlah, kita boleh menceritakan tentang fokus dakwah kepada sesiapa.
Tapi, apabila kita menceritakan perkara ini kepada mereka yang telah pun faham dan buat dakwah itu sendiri, maka dengan lebih mudah dan lancar, ia dapat difahami dan diterima.

Benarlah, kita boleh menceritakan tentang masalah ikhlas kepada sesiapa.
Tapi, apabila kita 'tackle' persoalan ini tatkala mutarabbi kita sendiri yang mencari dan menanyakannya, maka lebih mudah air mata sayu dan keinsafan, kehambaan dan keimanan, yang bisa mengalir dari hati yang jernih itu.

Benarlah, kita boleh sahaja menceritakan tentang cita-cita KITA, untuk membebaskan umat manusia secara keseluruhannya, rancangan masa depan KITA, tumuhat KITA saat tibanya kita kembali ke tanahair, tapi jika ini yang diceritakan kepada adik-adik yang masih tidak jelas siapa dan kemana kita cuba pergi, pastinya lebih banyak keraguan dari keyakinan yang akan terpancar.

Mungkin kata-kata
"setiap perkara ada fasanya. Kalau seekor rama-rama pun tidak terus terbang, perlu menjadi beluncas dan kepompong terlebih dahulu, apatah lagi kita manusia yang penuh ego dan emosi"
terlalu sinonim, biasa didengar, bahkan mungkin sahaja ramai yang faham dan hadam.

Tapi bagi aku, setelah melalui semua ini, ia seolah satu dimensi yang berbeza, tahap keyakinan yang berbeza, malah kesanggupan+semangat juga turut berubah. Ternyatalah, seorang yang telah ''melalui'' akan lebih ''merasai'' dari mereka yang hanya mendengar.

Samalah juga, seorang yang mempunyai mutarabbi yang perlu dijaga dan dibentuk, pastinya akan dapat melihat dengan kaca mata yang berbeza berbanding dengan seorang yang hanya sekadar dapat meninggikan tsaqafah tanpa dapat menyalurkan kefahamannya kepada orang lain. Disebabkan itulah, KITA harus perlu punya keinginan, kesediaan dan kemahuan untuk terus melaksanakan tugas syahadatul Haq kita, kerana hanya dengan inilah, kita dapat melaksanakan amanah dari-Nya, selain kita dapat memahami Al-Quran dengan apa yang difahami oleh Rasul SAW.

Benarlah kata orang, "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul~"

Wallahua'lam.