Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, July 21, 2010

Apa Erti Kesusahan?

Apa agaknya erti kesusahan ye?

Cuba kita fikirkan sama-sama. Adakah apa yang kita alami, yang tidak kita gemari, bulih diklasifikasikan sbg kesusahan?

Kita merungut, soklan exam susah. Kita kata, ini susah nih, kena pergi jauh-jauh nak join program Tarbiyyah. Kita cakap, ujian nih, susah, duit dah x cukup. Kita cakap lagi, susah nih, mad'u keras. Kita merungut lagi, kata, tak cukup masa. Malah, kita sempat bersungut lagi, penat la, itulah, x ada transport la, inilah, dan kata, semuanya susah.

.

.

.

tahukah kita apa itu kesusahan?

Allah berfirman,

أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kemelaratan dan penderitaan serta digoncangkan (dengan goncangan yang dahsyat), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.
(Al-Baqarah, 2:214)

Ingat cerita Khabbab?

Beliau disiksa setelah diketahui keislamannya, dipanggang sehingga menitis air-air dagingnya.
Setelah sekian masa, maka beliau pergi menemui Rasulullah SAW, bukan dengan niat untuk merungut pun, cuma ingin Ar-Rasul mendoakan akan pertolongan Allah datang kepada orang-orang yang disiksa.

Tahu jawapan Rasulullah?
Baginda SAW menceritakan tentang kisah siksaan orang-orang terdahulu.
Ada yang digergaji badannya, ada pula yang disikat dengan sikat besi dagingnya.
Dan mereka kesemua tidak pun merungut, kerana yakin akan aturan Tuhan.
Dan dikatakan, kamu, Khabbab, terlalu gopoh.


Oh, itu kisah Khabbab Al-Arat. Yang dahsyat pengorbanannya, yang terkenal sebagai guru besar dalam bekorban. Yang sampai menitis air daging disiksa beliau, tapi, yang beliau lakukan hanyalah berjumpa Ar-Rasul untuk mendoakan agar pertolongan Allah tiba, dek tak tahan dengan ujian itu, tapi Ar-Rasul sudah mengatakan bahawa dia terburu-buru.

Hai, kalaulah begini pun tidak layak merungut, masalah kita tu, bolehke kira sebagai kesusahan?

layakkah ia dikategorikan Ba'sai waddhaarro wazulzilu?

Hrm... Renung2kan...


Sunday, July 18, 2010

Muhasabah



Oh, di luar sudah gelita.
Di dalam, apakah masih punya cahaya?

Hidup ini, satu perjalanan.
Oh tuhan, tunjukkan aku jalan.

Saturday, July 10, 2010

Antara mimpi dan cita-cita



"aku mahu melihat semua manusia kembali kepada tuhannya"

"aku berjanji pada diri sendiri untuk terus thabat pada jalan ini sampai mati!"

"aku nak jadi murabbi yang kuat bekerja. moga-moga, nanti disayangi Allah"

"Cita-cita aku, nak jadi golongan yang redha dan diredhai oleh Allah"


Tinggi cita-cita. Tapi bila ana buka mata, rasa seolah penat. Rasa seolah mustahil, terlalu mustahil. Rasa bagaikan mahu menelan satu dulang penuh paku-paku tajam. Pedih.
Bagaimana cita-cita itu bisa tercapai dalam keadaan sekarang? Ustadziatul alam apa namanya?

Ummatnya nyata sudah jauh lari dari Al-Quran. kalamullah hanya digunakan untuk buat pendinding. jauhkan dari hantu tegasnya. surah-surah cuma dibaca untuk buat penawar penyakit. dukun bomoh bagai. Kalaulah ada sekalipun ayat yang dibaca, nyatalah untuk buat tarannum, halwa telinga. Musabaqah Al-Quran setiap tahun. Itulah fungsi quran gamaknya.

Itu baru sedikit.

belum tengok yang mengejar rezeki setiap hari. Yang pergi 'bekerja' di jalan Nya didakwa extremis, kena rasuk, x ada masa depan.
Lupakah kita dengan hadis kotak Rasulullah SAW?

Dalam kesibukan dan kepenatan mengejar wang dan harta ini, masih ramai pulak lagi yang sempat duduk di sofa menonton pelbagai hiburan x tentu siaran. Mencari hiburan konon jiwa tertekan. Dakwanya, kalau asyik serius, nanti jadi gila. Kena la happy, rock-rock sikit.

Hoi! Takkan tak pedih jiwa mendengar nya?

lagi pedih, kalau semua ini berlaku depan mata.

Dalam diam, aku bertanya pada diri sendiri.
Eh, aku ni bermimpi ke?


Wallahua'lam.


*dalam senyap2, cuba juga untuk melihat semula nota manhaj perubahan.
Iradah, himmah, istiqomah.
Ya Allah, bantulah aku.
Ya muqallibal qulub, thabit qalbi, ala dinik
Aamin

Tuesday, July 6, 2010

Realiti



Tempoh hari ana berkunjung ke sebuah pasaraya.
Niatnya, nak mencari buku-buku untuk dibaca sepanjang berada dalam rumah.
Pergi ke Popular, konon-konon nak mencari buku-buku tarbawi yang bulih meniupkan api semangat. Harapannya, supaya nanti x cepat lelah bernafas dalam asap tebal di rumah.
tapi, silap ana juga. Kenapalah diletakkan harapan yang tinggi sangat. Nyata kecewa bila tiba di rak buku berlabel 'Islam'.
Buku apa yang ada?
-Rahsia rumah tangga bahagia
-Teknik solat khusyu'
-Rahsia Surah Yassin
-300 manfaat surah al-Fatihah
-Cara perdagangan Rasulullah
-Menjadi suami berjaya

Aah.. bukan kepalang kecewanya. Tiada walau sekelumit helaian yang menyebut tentang dakwah, suntikan ruhiyy atau apa-apa sekumpulan dengannya. Apa ini?
Oh, mungkinkah aku tersilap kedai? Tapi bukankah Popular itu sudah terlalu agung sebagai pusat jualan buku2 ternama? Apakah segala buku tarbawiyy itu sudah ditolak ketepi dari arus perdana? Eh, bukan nak perkecilkan buku-buku itu, cumanya, perkara yang lebih aula' tidak ada langsung! Kalau nak diumpamakan, macam dalam satu peperangan, dikumpulkan segala macam makanan, tapi langsung tidak ada walau satu senjata. Itu bukan peperangan namanya, tapi pesta makan. Kalau dalam seerah, kita belajar, macam mana para shabat hanya dibekalkan dengan sebiji kurma untuk pergi berperang. Kalau perang khandak, lagilah, semua pakat ikat perut. Yang lebih utama perlu didahulukan. Ini, kewajiban yang sangat dituntut, tidak ada langsung support systemnya.
Oh tuhan, apakah kami sudah terlalu lama tidur, sehingga ada mata tapi tidak mampu melihat, ada telinga tapi tidak mampu mendengar, ada hati tapi tidak mampu berfikir?

Dalam kekecewaan, ana pun mundar-mandir mencari kedai buku yg seterusnya...Nyatalah, semua serupa belaka. Cumanya, di MPH, aku terjumpa buku-buku karangan Abdul Latip Talib. Sekurang-kurangnya, ada jugalah sintipan seerah buat pedoman di masa terikat di rumah.

dengan memegang buku Umar Abdul Aziz, ana pun berjalan menuju ke pintu keluar pasaraya yang sangat besar itu.
tak semena-mena, ana dikejutkan pula dengan hentakan muzik rock. erk. Bukan muzik biasa2 nih. Ada satu band tengah perform kat stage. bergegar2. berdiri bulu roma tengoknya.
Muka semua melayu. Yang laki dok pakai seluar koyak rabak. konon macho. Perempuannya.. Astaghfirullah... Audiens dia? Penuh. Menyanyi melompat2. Menjerit2.
Oh, kalau tadi kecewa dengan ketiadaan suntikan ruhiyy, tiada buku-bku tarbawiy, sekarang?

Kecewa di satu sudut. Tapi satu sudut yang lebih dalam, rasa beban.
Ya, aku telah diberi ruang untuk memahami tanggungjawab sebagai khalifaturrahman. Maka tanggungjawabku berganda lebih besar.

"Dan sesungguhnya kami jadikan kamu umat pertengahan, untuk kamu menjadi saksi keatas manusia, dan menjadi rasul sebagai saksi keatas kamu....."
-Al-Baqarah, 2:143-

Aku hanya terpegun. Apakah cukup untuk aku menitiskan air mata untuk menyelamatkan aku dari azab yang pedih nanti? Oh, Tuhan, berilah aku kekuatan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabku.

Mungkin dulu di negara orang keadaan jauh lebih dahsyat. namun, mereka bukan muslim. Maka kurang rasa keterikatanku dengan mereka. namun ini semuanya muslim belaka. Muslim yang dimulakan dengan M besar. Oh, beratnya tugas ini~
Inilah yang dikatakan, REALITI UMMAT.

Aku baru sahaja terjaga dari lamunan ayam-ayam ku. Oh, dahsyat nya mimpi itu. Perasaan yang memaksa mata mengalirkan butir-butir bercahaya.
Tuhan sahaja yang tahu keadaan itu.

Kawan-kawan. JOM BUAT KERJA!